Danial Aziz Ahmad Profile picture
Jul 2, 2021 25 tweets 8 min read Read on X
Lakonan M. Zain sebagai Labu dalam filem Labu dan Labi (1962) telah membawa tuah kepadanya. Sebelum itu, dia hanya bergelar pelakon tambahan di studio Jalan Ampas. Namun P. Ramlee berjaya membentuk M. Zain menjadi seorang pelawak superstar.

(Bebenang) Image
Tentu ramai peminat P. Ramlee masih teringat aksi lucu M. Zain dalam siri Labu Labi. Tetapi mungkin juga ramai yang tidak mengetahui kisah peribadi M. Zain di belakang tabir.
M. Zain dilahirkan di Jalan Perak, Pulau Pinang pada tahun 1921. Nama sebenarnya Mohd Zain bin Shariff. Bapanya seorang penjual mi di Pulau Pinang.
Di zaman kanak-kanak, M. Zain selalu ponteng sekolah kerana lebih tertarik untuk menonton pertunjukan bangsawan di Pulau Pinang. Ketika umurnya 14 tahun, M. Zain membuat keputusan untuk mengikut sebuah kumpulan bangsawan yang aktif di Pulau Pinang. Image
Tugas awal M. Zain adalah memasang, mengecat dan mengemas pentas dan dibayar upah harian. Selepas dua tahun, dia menjadi pelakon tambahan dan banyak menjelajah ke seluruh pelusuk Tanah Melayu dengan rombongan bangsawan Sri Noran Opera.
M. Zain mempunyai hubungan yang rapat dengan Normadiah. Normadiah dan suaminya, Abdul Rahman yang banyak memberi peluang M. Zain menyinar di pentas bangsawan sebagai pelawak. Image
Apabila kumpulan bangsawannya gulung tikar, M. Zain terpaksa menganggur buat seketika. Tapi atas bantuan Normadiah, M. Zain mendapat pekerjaan di studio Jalan Ampas pada tahun 1958. Normadiah ketika itu sudah menjadi salah seorang pelakon utama di sana. Image
M. Zain bermula dari bawah. Dia menjadi pembantu jurusolek dan pembuat prop di studio Jalan Ampas. Peluangnya untuk berlakon tiba apabila pengarah Jamil Sulong mengambilnya berlakon peranan kecil dalam filem Raja Laksamana Bintan pada tahun 1959. Image
Kemunculan awal M. Zain kebanyakannya sebagai pelakon pembantu saja. Tapi ada beberapa wataknya yang sangat memorable.
Antara watak M. Zain yang diingati:

1. Che’ Kachung yang diberi minum kopi arang (Nujum Pa’ Blalang)
2. Jurulelong hamba (Ali Baba Bujang Lapok)
3. Lelaki India yang bergaduh dengan isterinya (Seniman Bujang Lapok)
4. Abang Ali pemilik rumah sewa Kassim Selamat (Ibu Mertua Ku) Image
P. Ramlee nampak ada sesuatu yang istimewa pada M. Zain iaitu dia mampu berlawak dengan bersahaja. Untuk mengetengahkan bakatnya itu, P. Ramlee mengambilnya berlakon dalam filem Labu dan Labi. Inilah kali pertama dia memegang penanan utama selepas berlakon dalam 16 buah filem. Image
Di tangan P. Ramlee, M. Zain menjadi king of comedy yang baharu. Peranannya sebagai orang gaji Haji Bakhil telah membuatkan popularitinya menjulang tinggi. Chemistry antara M. Zain dan P. Ramlee memang tip top. ImageImage
P. Ramlee mendapat ilham watak Labu dan Labi ni daripada watak Laurel and Hardy, pasangan komedi yang sangat popular di Hollywood ketika era silent film. Image
Babak perlawanan boxing dalam filem sekuel Nasib Si Labu Labi (1963) pula diambil daripada filem City Light lakonan Charlie Chaplin. P. Ramlee suntik elemen kemelayuan sikit dalam babak ni: ada bukaan langkah silat dan pakai gong sebagai ring bell. Image
Komen M. Zain ketika berlakon di bawah arahan P. Ramlee: “Teruk betul berlakon untuk babak boxing. Dia suruh saya tumbuk dia sampai 100 kali. Apabila saya kena tumbukan dia pula, tiga kali kena tumbuk dah bengkak muka saya!” Image
M. Zain dan P. Ramlee bergambar dengan pegawai dan kakitangan Outram Prison selepas selesai penggambaran filem Nasib Si Labu Labi (1963). Turut kelihatan penolong pengarah S. Sudarmadji di sebelah M. Zain. Image
Ini pula adalah skrip original filem Nasib Si Labu Labi. Setiap kali selesai shooting sesebuah babak, P. Ramlee akan sign dekat tepi.

Kitorang dari @RepairGambarRGL berpeluang tengok skrip ni ketika ia dipamerkan di Pustaka Peringatan P. Ramlee awal tahun lepas. ImageImage
P. Ramlee adalah individu yang bertanggungjawab dalam menaikkan nama M. Zain. Malangnya, M. Zain tidak lagi berpeluang berlakon bersama P. Ramlee selepas itu kerana P. Ramlee berhijrah ke Studio Merdeka di Kuala Lumpur pada April 1964
M. Zain kemudiannya bergandingan dengan seorang lagi pelawak legend, Aziz Sattar dalam filem Pileh Menantu arahan Omar Rojik. Tapi dalam tahun 1964-1967 ni studio Jalan Ampas ni banyak sangat masalah dan selalu terjadi mogok artis. Kualiti filem pun kian merosot. Image
Filem-filem lakonan M. Zain sepanjang kariernya: Image
Dalam kalangan rakan-rakan artis, M. Zain disifatkan sebagai seorang yang jujur dan periang. Jarang orang tengok dia bad mood. Image
Pada tahun 1966 M. Zain sering jatuh sakit dan pernah dirawat di Hospital Besar Singapura. M. Zain dibenarkan pulang tapi dinasikatkan untuk tidak membuat kerja-kerja berat. Makan minumnya ketika ini dijaga oleh Normadiah kerana ahli keluarga M. Zain berada di Pulau Pinang.
Filem Aksi Kuching pada tahun 1966 merupakan filem terakhir yang dilakonkan oleh M. Zain. Walaupun babaknya sedikit dan kelihatan tak berapa sihat, namun M. Zain tetap memberi 100% komitmen. Dapat dilihat kemesraannya dengan Normadiah yang turut berlakon dalam filem itu. Image
M. Zain meninggal dunia pada 31 Januari 1967 ketika baru berusia 46 tahun. Jenazahnya diuruskan di rumah Normadiah sebelum dikebumikan di Pusara Bidadari, Singapura. Al Fatihah buat rohnya.

“Pendek kata selagi belum tutup mata, kerja kerja kerja…” ImageImage
Tamat kisah M. Zain. Terima kasih kerana sudi membaca 🙏🏼

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Danial Aziz Ahmad

Danial Aziz Ahmad Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @danialazizahmad

Jul 26, 2022
Filem Malaysia yang catat kutipan terendah di pawagam (Edisi Kemaskini)

*Badang takde dalam senarai, jangan risau.
1. Impermanence Life (2018) – RM9313.00
Genre: Drama / Keluarga
Trailer:
2. Bella & Jamie (2019) – RM9186.50
Genre: Komedi
Trailer:
Read 33 tweets
Nov 9, 2021
Zaiton adalah salah seorang seniwati dari era Studio Jalan Ampas yang masih ada bersama kita.

Beliau sering diingati dengan wataknya sebagai kekasih Abang Sudin dalam filem Bujang Lapok dan Chombi dalam filem Ibu Mertua Ku.

(Bebenang)
Dilahirkan pada 2 April 1937 di Singapura dengan nama Zaiton binti Abdul Hamid.

Zaiton berasal daripada keluarga yg sederhana. Bapanya meninggal dunia sewaktu usianya masih kecil. Sejak berada di bangku sekolah, beliau ingin bantu keluarganya untuk memperbaiki kehidupan mereka.
Pada tahun 1954, selepas tamat persekolahan beliau bekerja sebagai tukang jahit di sebuah kedai pakaian. Salah seorang pelanggan yang kerap berkunjung ke kedai itu ialah H.M. Rohaizad, penolong pengarah di Studio Jalan Ampas.
Read 23 tweets
Aug 10, 2021
Idea penubuhan Pustaka Peringatan P. Ramlee telah dicetuskan oleh DS @anwaribrahim pada tahun 1983. Ketika itu, beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kesenian, Belia dan Sukan.
Penubuhan pustaka ini adalah untuk mengenang jasa dan sumbangan P. Ramlee terhadap dunia seni tanah air serta menggalakkan kajian & penyelidikan dalam aspek seni dan budaya negara.
Menurut DS Anwar, "Sebagai rakyat Malaysia kita harus memberi penghormatan kepada P. Ramlee di atas sumbangan dan jasanya dalam industri seni filem dan muzik."
Read 12 tweets
Aug 8, 2021
The Cathay, Singapore. 1960 & 2019. ImageImage
Bangunan ini mula dibina pada tahun 1937 dan siap pada tahun 1941. Di dalamnya ada pawagam, restoran dan hotel. Ia sering muncul pada montaj pembukaan filem-filem Melayu terbitan Cathay Keris. Image
Ia kini masih beroperasi sebagai pusat membeli belah, restoran, pusat hiburan dan apartmen mewah. Pawagamnya pun masih ada! ImageImageImageImage
Read 4 tweets
Aug 5, 2021
Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama adalah individu yang bertanggungjawab menulis cerita Raja Bersiong yang kemudiannya difilemkan pada tahun 1968.

(Bebenang) 🧵
Menurut Jamil Sulong (pengarah filem ini), Tunku sendiri telah mengeluarkan wangnya sendiri sebanyak $750,000 bagi menzahirkan semangat dan kecintaan beliau terhadap sejarah negeri Kedah.
Raja Bersiong merupakan kisah legenda seorang raja yang zalim yang bernama Raja Ong Maha Perita Deria pernah memerintah Kerajaan Kedah Tua di Lembah Bujang. Penggambaran filem ini dibuat di Singapura dan Kedah.
Read 15 tweets
Aug 4, 2021
Nordin Ahmad ialah pelakon lelaki paling jantan dalam sejarah perfileman Malaysia. Beliau memiliki aura keperwiraan Melayu tulen. Mutu lakonannya juga berada dalam kelas yang tersendiri.

(Bebenang)
Nordin bin Ahmad dilahirkan di Kampung Kota, Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 4 Ogos 1929. Ketika membesar, Nordin disifatkan sebagai seorang kanak-kanak yang pendiam dan kurang bergaul dengan anak-anak kampung yang lain.
Di zaman kanak-kanaknya, Nordin gemar menonton wayang gambar dan opera Cina. Apabila pulang ke rumah, beliau akan meniru aksi yang baru ditontonnya itu. Watak yang sangat digemarinya ketika itu ialah Zorro dan Tarzan.
Read 26 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(