Danial Aziz Ahmad Profile picture
Jul 4, 2021 23 tweets 7 min read Read on X
Suara dan gayanya memang cukup dikenali. Dia sering membawa peranan antagonis dalam filem-filem terbitan studio Jalan Ampas pada tahun 1950-an dan 1960-an.

Inilah Salleh Kamil, "supervillain" paling agung dalam sejarah perfileman Melayu.

(Bebenang)
Salleh Kamil atau nama sebenarnya Salleh bin Abdullah dilahirkan pada 24 April 1924 di Singapura. Sebelum menjadi pelakon filem, beliau bekerja sebagai pemandu teksi untuk mencari nafkah kehidupan.
Dia sering menghantar orang ke studio Jalan Ampas. Penumpang teksinya terdiri daripada pelakon-pelakon yang bekerja di studio itu. Salah seorang yang kerap menjadi penumpangnya ialah P. Ramlee yang pada ketika itu tengah naik sebagai penyanyi dan pelakon.
Setiap kali menghantar P. Ramlee, Salleh akan mengambil kesempatan untuk berbual tentang bekerja sebagai pelakon. Lama kelamaan, minatnya untuk berlakon itu timbul. Pada tahun 1951, Salleh memberanikan diri untuk pergi screen test dan nasib menyebelahi dirinya.
Salleh diterima berlakon tapi dengan syarat dia perlu menukar namanya kerana di studio ketika itu sudah ada pelakon tambahan bernama Salleh Abdullah. Pihak studio mencadangkan agar dia menggunakan nama "Salleh Kamil" sebagai nama komersialnya.
Kali pertama Salleh Kamil muncul di layar perak ialah menerusi filem Penghidupan (1951) sebagai watak penari tanpa dialog. Selepas berlakon dalam beberapa buah filem, Salleh mula diberi peranan sebagai watak jahat.
Awal tahun 1950-an tu pelakon berwatak jahat belum ramai. Yang selalu berlakon watak jahat di studio Jalan Ampas ketika itu ialah A. Rahim dan Nordin Ahmad.
Ketika P. Ramlee diangkat menjadi pengarah pada tahun 1955, dia telah memilih Salleh Kamil sebagai watak jahat utama kepada Salleh Kamil untuk filem Penarek Becha.
Pemilihan itu sudah kena pada tempatnya kerana Salleh Kamil berjaya membawa peranan sebagai Ghazali itu dengan sangat baik sehingga membuatkan penonton meluat kepadanya.
Menerusi filem Penarek Becha, Salleh Kamil telah berjaya mendapat Anugerah Seniman Pembantu Terbaik melalui satu pertandingan yang dianjurkan oleh Utusan Filem dan Sport, salah satu akhbar terbesar di Tanah Melayu pada tahun 1955. Ala-ala ABPBH jugalah anugerah ni.
Setelah memenangi anugerah itu, nama Salleh Ghani menjadi semakin popular dan menjadi rebutan pengarah di studio Jalan Ampas untuk melakonkan watak jahat dalam filem mereka.
Setiap kali ditanya rahsia kejayaannya sebagai pelakon watak jahat, Salleh Kamil akan memberi penghargaan kepada P. Ramlee yang dianggapnya sebagai orang yang bertanggungjawab menaikkan namanya.
Komen Salleh Kamil terhadap berlakon sebagai penjahat dalam filem: "Hebat juga menjadi orang jahat ini. Peminat bukan sahaja mencemuh, ada juga yang meludah jika bertemu. Tetapi saya puas kerana watak itu berkesan."
Sebagai pelakon berwatak jahat, Salleh Kamil dibayar $350 sebulan. Selain daripada berlakon, dia juga turut menyumbang ilmu lakonannya dan sering menjadi penasihat babak pergaduhan kepada pelakon-pelakon lain seperti Jins Shamsudin, Aziz Jaafar dan Ahmad Mahmood.
Falsafah lakonan Salleh Kamil: "Untuk menimbulkan watak jahat di dalam lakonan bukanlah dibentuk dalam chorak air muka garang, perchakapan kasar dan pergerakan ganas. Ada tempatnya watak jahat dapat diperlihatkan dalam chara lemah lembut tetapi mampu menimbulkan kesan buruk".
Ketika dipilih untuk berlakon dalam filem 3 Abdul, P. Ramlee telah mengubah sedikit peranan jahat Salleh Kamil. Walaupun masih berperanan jahat tetapi diselitkan juga elemen komedi pada watak Kassim Patolan, tuan penasihat 25%.
Salleh Kamil sangat gembira berlakon dalam filem 3 Abdul kerana ia memberi satu kelainan kepada watak jahat yang sering dibawa olehnya. Kata Salleh Kamil: "Menjadi seorang pelakon bukanlah semata-mata tergantung kepada bakat, tetapi perlu mendalami kepada tugas lakonan".
Sepanjang kariernya sebagai pelakon, Salleh Kamil telah berlakon lebih daripada 40 buah filem. Antara filem-filem lakonan Salleh Kamil:
Apabila studio Jalan Ampas ditutup pada tahun 1967, Salleh Kamil memilih untuk terus bersara daripada berlakon. Dia meneruskan kehidupannya dengan kembali membawa teksi. Apabila ditanya tentang soal ini, Salleh Kamil jawab: “Nak cari makan. Apa nak dimalukan?”
Dalam kebanyakan watak jahat yang dilakonkan oleh Salleh Kamil, yang paling meninggalkan kesan pada dirinya ialah ketika berlakon dalam filem Isi Neraka pada tahun 1960. Anda boleh baca kisahnya di sini:
Salleh Kamil telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Singapura pada 4 Julai 1998 ketika berusia 74 tahun. Hari ini genap 23 tahun pemergian Salleh Kamil ke Rahmatullah.

Al Fatihah buat rohnya.
Tamat ringkasan kisah hidup Salleh Kamil. Terima kasih kerana sudi baca bebenang ini 🙏🏼
Bebenang ini adalah permintaan daripada @thewalkingrig. Siapa nak request bebenang seterusnya boleh DM saya 🤘🏼

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Danial Aziz Ahmad

Danial Aziz Ahmad Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @danialazizahmad

Jul 26, 2022
Filem Malaysia yang catat kutipan terendah di pawagam (Edisi Kemaskini)

*Badang takde dalam senarai, jangan risau.
1. Impermanence Life (2018) – RM9313.00
Genre: Drama / Keluarga
Trailer:
2. Bella & Jamie (2019) – RM9186.50
Genre: Komedi
Trailer:
Read 33 tweets
Nov 9, 2021
Zaiton adalah salah seorang seniwati dari era Studio Jalan Ampas yang masih ada bersama kita.

Beliau sering diingati dengan wataknya sebagai kekasih Abang Sudin dalam filem Bujang Lapok dan Chombi dalam filem Ibu Mertua Ku.

(Bebenang)
Dilahirkan pada 2 April 1937 di Singapura dengan nama Zaiton binti Abdul Hamid.

Zaiton berasal daripada keluarga yg sederhana. Bapanya meninggal dunia sewaktu usianya masih kecil. Sejak berada di bangku sekolah, beliau ingin bantu keluarganya untuk memperbaiki kehidupan mereka.
Pada tahun 1954, selepas tamat persekolahan beliau bekerja sebagai tukang jahit di sebuah kedai pakaian. Salah seorang pelanggan yang kerap berkunjung ke kedai itu ialah H.M. Rohaizad, penolong pengarah di Studio Jalan Ampas.
Read 23 tweets
Aug 10, 2021
Idea penubuhan Pustaka Peringatan P. Ramlee telah dicetuskan oleh DS @anwaribrahim pada tahun 1983. Ketika itu, beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kesenian, Belia dan Sukan.
Penubuhan pustaka ini adalah untuk mengenang jasa dan sumbangan P. Ramlee terhadap dunia seni tanah air serta menggalakkan kajian & penyelidikan dalam aspek seni dan budaya negara.
Menurut DS Anwar, "Sebagai rakyat Malaysia kita harus memberi penghormatan kepada P. Ramlee di atas sumbangan dan jasanya dalam industri seni filem dan muzik."
Read 12 tweets
Aug 8, 2021
The Cathay, Singapore. 1960 & 2019. ImageImage
Bangunan ini mula dibina pada tahun 1937 dan siap pada tahun 1941. Di dalamnya ada pawagam, restoran dan hotel. Ia sering muncul pada montaj pembukaan filem-filem Melayu terbitan Cathay Keris. Image
Ia kini masih beroperasi sebagai pusat membeli belah, restoran, pusat hiburan dan apartmen mewah. Pawagamnya pun masih ada! ImageImageImageImage
Read 4 tweets
Aug 5, 2021
Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama adalah individu yang bertanggungjawab menulis cerita Raja Bersiong yang kemudiannya difilemkan pada tahun 1968.

(Bebenang) 🧵
Menurut Jamil Sulong (pengarah filem ini), Tunku sendiri telah mengeluarkan wangnya sendiri sebanyak $750,000 bagi menzahirkan semangat dan kecintaan beliau terhadap sejarah negeri Kedah.
Raja Bersiong merupakan kisah legenda seorang raja yang zalim yang bernama Raja Ong Maha Perita Deria pernah memerintah Kerajaan Kedah Tua di Lembah Bujang. Penggambaran filem ini dibuat di Singapura dan Kedah.
Read 15 tweets
Aug 4, 2021
Nordin Ahmad ialah pelakon lelaki paling jantan dalam sejarah perfileman Malaysia. Beliau memiliki aura keperwiraan Melayu tulen. Mutu lakonannya juga berada dalam kelas yang tersendiri.

(Bebenang)
Nordin bin Ahmad dilahirkan di Kampung Kota, Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 4 Ogos 1929. Ketika membesar, Nordin disifatkan sebagai seorang kanak-kanak yang pendiam dan kurang bergaul dengan anak-anak kampung yang lain.
Di zaman kanak-kanaknya, Nordin gemar menonton wayang gambar dan opera Cina. Apabila pulang ke rumah, beliau akan meniru aksi yang baru ditontonnya itu. Watak yang sangat digemarinya ketika itu ialah Zorro dan Tarzan.
Read 26 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(