Danial Aziz Ahmad Profile picture
Jul 6, 2021 25 tweets 8 min read Read on X
Pendeknya itu bukan beerti kurang, katiknya itu bukan bermakna pincang. Perbezaan yang ada pada dirinya adalah satu kelebihan yang istimewa.

“Banyak-banyak si buah betik,
Manakan sama yang baru dipetik;
Banyak-banyak si orang katek,
Manakan sama Che' Ibrahim Pendek”

(Bebenang) Image
Ibrahim Pendek dilahirkan di Taiping pada tahun 1932 dengan nama Ibrahim bin Hassan. ketika berusia 17 tahun, dia keluar dari kampung halamannya untuk bekerja sebagai buruh di kebun sayur di Cameron Highland.
Tak terlintas langsung dalam fikirannya untuk jadi bintang filem. Pada tahun 1953 sewaktu Ibrahim pergi bercuti di Singapura, dia telah diperhatikan oleh Run Run Shaw - tauke studio Jalan Ampas. Ibrahim yang sedang berkelah tu langsung tak perasan yang dia sedang diperhatikan. Image
Run Run Shaw tertarik dengan wajah dan fizikal Ibrahim. Katanya Ibrahim ni unik. Run Run Shaw pergi approach Ibrahim dan memintanya datang ke studio Jalan Ampas keesokan harinya.
Esoknya, Ibrahim datang ke studio dan diaturkan untuk jalani satu screen test. Setelah disuruh bercakap di depan kamera dan buat beberapa aksi, pihak studio berpuas hati dengan screen test itu.
Ibrahim ditawarkan bekerja di studio Jalan Ampas sebagai pelakon dengan gaji sebanyak $150 sebulan. Umurnya masa tu baru 22 tahun. Tapi, dia kena tukar nama sebab di studio Jalan Ampas waktu tu dah ada pelakon bernama Ibrahim Hassan.
Oleh sebab fizikalnya pendek, maka dia telah digelarkan Ibrahim Pendek. Ibrahim Pendek diberi peranan kecil dalam filem Mangsa (1953) dan Iman (1954). Selepas itu, dia diperkenalkan dalam filem Panggilan Pulau (1954). Kira nama dah start ada di credit title. Sebelum tu takde. Image
Ibrahim Pendek bukanlah dikenali sebagai hero filem. Sepanjang kariernya, dia lebih banyak diberi watak ‘comic relief’ dalam sesebuah filem. Mungkin sebab fizikalnya tu sesuai dengan watak-watak yang sedemikian rupa. Image
Untuk menghidupkan aksi komedi dan lucu bukanlah perkara yang susah bagi Ibrahim Pendek. Gaya, telatah, bentuk badan dan ketinggiannya itu menjadi satu kelebihan untuk dirinya bawakan watak-watak yang mencuit hati.
Dengan ketinggian 130cm, kemunculannya di layar perak sentiasa mendapat perhatian penonton. Kata Ibrahim Pendek mengenai ketinggiannya: “Saya tidak berasa kesal sedikit pun kerana saya telah dijadikan Tuhan begini. Saya sedar tiap-tiap yang dijadikan Tuhan itu mempunyai rahsia”. Image
Pada tahun 1958, Ibrahim Pendek pernah berlakon dalam sebuah filem berbahasa Cina yang berjudul The Circus. Filem arahan Phani Majumdar ini adalah usahasama Shaw Brothers Singapore-Hong Kong. Mesti ramai yang tak tahu pasal ni kan? ImageImage
Selepas berlakon dalam filem Ali Baba Bujang Lapok pada tahun 1961, Ibrahim Pendek telah mendapat tawaran untuk berlakon di Hollywood. Image
Seorang ejen dari Universal Studio yang tertarik dengan lakonannya dalam filem tu menghubungi Shaw Brothers untuk menawarkan watak pembantu kepada pelakon Rock Hudson dan Burl Ives dalam filem The Spiral Road. Image
Pada 18 Ogos 1961, Ibrahim Pendek telah bertolak ke Hollywood selama 54 hari bagi menjalani penggambaran di sana. Suasana di airport bagaikan pesta dengan kehadiran para pelakon dan petugas studio. Member dapat offer berlakon dengan Rock Hudson, siapa tak bangga! Image
Selama berada di sana, Ibrahim Pendek tinggal di sebuah banglo milik Rock Hudson di Beverly Hills. ImageImage
Cuma yang tak bestnya, Ibrahim Pendek hanya dibayar $10 sehari ketika berada di sana. Jumlah bayaran yang sepatutnya diterima oleh Ibrahim Pendek tidak diketahui sampai sekarang. Image
Mengikut perjanjian, pihak Universal Studio kena buat bayaran kepada syarikat Shaw Brothers, bukan direct kepada Ibrahim Pendek kerana dia ada kontrak dengan Shaw Brothers di Singapura. Senang cakap, payment Ibrahim Pendek ni dah kena kelepet awal-awal.
Selain berlakon filem, Ibrahim Pendek sering berpasangan dengan Aziz Sattar semasa membuat pertunjukan pentas. Dua pelawak ni selalulah dijemput untuk berjenaka di pentas untuk kutipan amal persatuan budaya dan sekolah-sekolah di seluruh tanah Tanah Melayu dan Singapura. Image
Ibrahim Pendek bekerja di studio Jalan Ampas sehinggalah penutupannya pada tahun 1967. Kemudian dia buka sebuah kedai pakaian dan kasut di Geylang Serai untuk meneruskan kehidupannya di Singapura. Image
Ibrahim Pendek juga dapat tawaran berlakon secara sambilan di studio Cathay Keris. Filem lakonannya di sana ialah Mat Lanon dan Mat Toyol. Selepas beberapa tahun, Ibrahim Pendek menutup kedainya di Geylang dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kerjaya lakonnya. Image
Antara filem-filem lakonan Ibrahim Pendek: ImageImage
Ibrahim Pendek berumahtangga sebanyak dua kali iaitu dengan Che Hasnah dan Asiah Osman. Daripada dua perkahwinan ini, dia dikurniakan 7 orang anak. Tapi Mus May tu bukan anak Ibrahim Pendek ya. Tu ‘Mandela Effect’ juga tu sebab ramai yang cakap Mus May anak Ibrahim Pendek. Image
Ibrahim Pendek meninggal dunia pada 25 November 2003 ketika berusia 71 tahun. Waktu ni umat Islam sedang sambut hari raya pertama. Saya masih ingat laporan berita tentang pemergian arwah di Buletin Utama. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Midah, Cheras.
Ibrahim Pendek meninggalkan satu legasi yang sangat bermakna dalam sejarah perfileman tanah air. Hats off dan Al Fatihah buat rohnya. Image
Tamat ringkasan kisah hidup Ibrahim Pendek. Bebenang ini adalah permintaan daripada @rdnaiman @ajib_bone @cicikawa. Enjoy!

Terima kasih sebab sudi baca 🙏🏼

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Danial Aziz Ahmad

Danial Aziz Ahmad Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @danialazizahmad

Jul 26, 2022
Filem Malaysia yang catat kutipan terendah di pawagam (Edisi Kemaskini)

*Badang takde dalam senarai, jangan risau.
1. Impermanence Life (2018) – RM9313.00
Genre: Drama / Keluarga
Trailer:
2. Bella & Jamie (2019) – RM9186.50
Genre: Komedi
Trailer:
Read 33 tweets
Nov 9, 2021
Zaiton adalah salah seorang seniwati dari era Studio Jalan Ampas yang masih ada bersama kita.

Beliau sering diingati dengan wataknya sebagai kekasih Abang Sudin dalam filem Bujang Lapok dan Chombi dalam filem Ibu Mertua Ku.

(Bebenang)
Dilahirkan pada 2 April 1937 di Singapura dengan nama Zaiton binti Abdul Hamid.

Zaiton berasal daripada keluarga yg sederhana. Bapanya meninggal dunia sewaktu usianya masih kecil. Sejak berada di bangku sekolah, beliau ingin bantu keluarganya untuk memperbaiki kehidupan mereka.
Pada tahun 1954, selepas tamat persekolahan beliau bekerja sebagai tukang jahit di sebuah kedai pakaian. Salah seorang pelanggan yang kerap berkunjung ke kedai itu ialah H.M. Rohaizad, penolong pengarah di Studio Jalan Ampas.
Read 23 tweets
Aug 10, 2021
Idea penubuhan Pustaka Peringatan P. Ramlee telah dicetuskan oleh DS @anwaribrahim pada tahun 1983. Ketika itu, beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kesenian, Belia dan Sukan.
Penubuhan pustaka ini adalah untuk mengenang jasa dan sumbangan P. Ramlee terhadap dunia seni tanah air serta menggalakkan kajian & penyelidikan dalam aspek seni dan budaya negara.
Menurut DS Anwar, "Sebagai rakyat Malaysia kita harus memberi penghormatan kepada P. Ramlee di atas sumbangan dan jasanya dalam industri seni filem dan muzik."
Read 12 tweets
Aug 8, 2021
The Cathay, Singapore. 1960 & 2019. ImageImage
Bangunan ini mula dibina pada tahun 1937 dan siap pada tahun 1941. Di dalamnya ada pawagam, restoran dan hotel. Ia sering muncul pada montaj pembukaan filem-filem Melayu terbitan Cathay Keris. Image
Ia kini masih beroperasi sebagai pusat membeli belah, restoran, pusat hiburan dan apartmen mewah. Pawagamnya pun masih ada! ImageImageImageImage
Read 4 tweets
Aug 5, 2021
Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama adalah individu yang bertanggungjawab menulis cerita Raja Bersiong yang kemudiannya difilemkan pada tahun 1968.

(Bebenang) 🧵
Menurut Jamil Sulong (pengarah filem ini), Tunku sendiri telah mengeluarkan wangnya sendiri sebanyak $750,000 bagi menzahirkan semangat dan kecintaan beliau terhadap sejarah negeri Kedah.
Raja Bersiong merupakan kisah legenda seorang raja yang zalim yang bernama Raja Ong Maha Perita Deria pernah memerintah Kerajaan Kedah Tua di Lembah Bujang. Penggambaran filem ini dibuat di Singapura dan Kedah.
Read 15 tweets
Aug 4, 2021
Nordin Ahmad ialah pelakon lelaki paling jantan dalam sejarah perfileman Malaysia. Beliau memiliki aura keperwiraan Melayu tulen. Mutu lakonannya juga berada dalam kelas yang tersendiri.

(Bebenang)
Nordin bin Ahmad dilahirkan di Kampung Kota, Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 4 Ogos 1929. Ketika membesar, Nordin disifatkan sebagai seorang kanak-kanak yang pendiam dan kurang bergaul dengan anak-anak kampung yang lain.
Di zaman kanak-kanaknya, Nordin gemar menonton wayang gambar dan opera Cina. Apabila pulang ke rumah, beliau akan meniru aksi yang baru ditontonnya itu. Watak yang sangat digemarinya ketika itu ialah Zorro dan Tarzan.
Read 26 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(