Di Facebook sekarang, satu projek pembodohan orang Melayu sedang berjalan lancar.
Modalnya mudah. Satu kenyataan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dari DAP yang dipetik luar konteks tanpa sebarang pembacaan mendalam dan disimpulkan kononnya, Melayu terancam.
Ya saya setuju Melayu terancam. Tapi bukan diancam oleh bangsa lain tetapi oleh bangsa Melayu sendiri. Terancam kerana jadi bodoh dan malas membaca.
Jadi apa dia kenyataan 'kontrak sosial' yang Steven Sim duk sebut tu?
Steven Sim berucap tentang 'kontrak sosial' di pentas Persidangan Buruh Antarabangsa ke-112 di Geneva, Switzerland.
Sebagai Menteri Sumber Manusia, beliau adalah wakil tertinggi negara ke persidangan tersebut.
Dalam teks ucapan beliau, ada 4 kali istilah 'kontrak sosial' disebut dengan jelas.
Ini saya kongsikan screenshot FB saya sendiri mengenai istilah 'kontrak sosial' yang disebut sebanyak 4 kali dalam ucapan Menteri Sumber Manusia.
Baca dan nilaikan sendiri kalau petikan ini ada mengancam kedudukan istimewa orang Melayu.
PN knows the value of propaganda. And they know the best propaganda is the one done it its simplest form.
Video Syahir tu takde isi apa pun sama macam debat dia.
Tapi ulang sebut 'national stability' berkali-kali dan selit satu momen dia jadi imam solat jemaah dah cukup.
Samalah dengan aktiviti kibar bendera pada kenderaan. Kalau perasan, benda ni dibuat pada hari terakhir kempen. Kemuncaknya konvoi pada malam terakhir kempen.
Berkesan ke?
I think so, the last 24 hours adalah waktu paling kritikal nak ubah sentimen pengundi.