Lawak jenakanya masih segar serta mampu membuatkan kita ketawa sehingga ke hari ini.
Malah dalam satu bengkel seni lakon, seniman Nordin Ahmad pernah berkata: "Jika ingin jadi pelawak, belajar dengan A.R. Tompel dan S. Shamsuddin".
(Bebenang)
S. Shamsuddin atau nama sebenarnya Samsudin bin Dali dilahirkan pada 1 Januari 1929 di Pasir Panjang, Singapura. Bapanya berasal dari Melaka, manakala ibunya berasal dari Singapura.
Sebelum menjadi pelakon, Sudin bekerja sebagai tukang kayu di studio Jalan Ampas. Beliau mula bekerja di sana pada tahun 1948. Kerjanya membuat set untuk filem-filem terbitan studio itu. Gajinya ketika itu $50 sebulan.
Kali pertama Sudin dapat peluang berlakon ketika pengarah B.S. Rajhans mengarahkan sebuah filem berjudul Chempaka pada tahun 1948. Itu pun sebagai pelakon extra je dengan bayaran $3. Lepaslah untuk Sudin buat minum-minum kopi.
Selepas 2 tahun jadi pelakon extra, barulah Sudin naik jadi pelakon pembantu dalam filem Aloha (1950) bersama P.Ramlee. Dalam filem tu Sudin jadi pak lawak dan lakonannya memuaskan hati majikan. Selepas filem Aloha, Sudin kerap berlakon sebagai pelawak di studio Jalan Ampas.
Pada tahun 1953, Sudin diberi kepercayaan untuk jadi pelakon utama dalam filem Istana Impian arahan V. Girimaji. Ini adalah salah satu filem Sudin yang beliau bawa watak serius.
Pada tahun 1957, Sudin bersama Aziz Sattar terpilih untuk menjadi pelakon utama dalam filem komedi pertama arahan P. Ramlee iaitu Bujang Lapok. Filem ini mula ditayangkan pada 30 November 1957.
Insan yang sering menghantui hidup Abang Sudin. Kalau jumpa asyik kena pau je 😅😂
Komen P. Ramlee: "S. Shamsuddin adalah seorang pelakon lawak yang memang berbakat. Saya tak perlu mengajar dia berlawak, memadai menerangkan kemahuan saya, dan lebih menyenangkan saya, dia dapat membuatnya lebih baik daripada yang saya jangkakan."
Berikutan kejayaan besar filem Bujang Lapok, P. Ramlee meneruskan lagi siri itu dengan tiga buah filem lain iaitu Pendekar Bujang Lapok (1959), Ali Baba Bujang Lapok (1961) dan Seniman Bujang Lapok (1961).
Satu kehebatan Sudin dalam berlawak, beliau adalah seorang yang tidak memerlukan skrip dalam menterjemahkan dialognya. Permainan mimik mukanya juga sangat berkesan sehingga mempu membuat penonton ketawa walaupun Sudin tak berdialog.
Salah satu teknik yang Sudin amalkan untuk membuatkan lawak ialah dengan menggunakan kerengga. Menurut S. Sudarmadji, Sudin akan berlatih seorang diri dengan meletakkan kerengga di atas batang hidungnya dan membiarkan kerengga itu berkeliaran di mukanya.
Dengan cara ini Sudin dapat membuat senaman muka bagi mengelakkan beliau berasa geli akibat berkeliarannya kerengga itu tadi. Secara tidak langsung Sudin telah melakukan teknik mimik muka yang natural dan bukannya dibuat-buat.
Menurut Wahid Satay, sangat susah untuknya mendominasi pentas apabila beliau digandingkan dengan Sudin ketika melakukan 'stand-up comedy'.
"Kalau ada 'kunci'nya, baru kita boleh diamkan Sudin", kata Pak Wahid.
Menurut Aziz Sattar pula, Sudin adalah pelakon yang sukar untuk dikawal ketika di set. Kalau berlawak, dia suka buat dialog sendiri. Tapi kebiasaannya pengarah akan terima je sebab apa yang Sudin buat tu lebih baik dan kelakar daripada benda yang sepatutnya dia kena buat.
Di luar bidang lakonan, Sudin adalah seorang yang pendiam. Sudin tak suka campur hal orang dan tak pernah bercakap hal buruk tentang orang. Dia buat hal sendiri je. Ramai pelakon dan pekerja studio senang dengan sifatnya ini.
Sudin bekerja di studio Jalan Ampas sehingga penutupannya pada tahun 1967. Sesekali beliau akan dapat tawaran berlakon di Cathay Keris.
Pada tahun 1970-an dan 1980-an, Sudin sering berulang alik dari Singapura ke Kuala Lumpur untuk berlakon filem. Sudin pernah diberi anugerah Pelawak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-2 (1981) menerusi filem Dia Ibuku arahan Yassin Salleh.
Di Festival Filem Malaysia ke-22 (2009) pula, Sudin diberi penghargaan Anugerah Khas Juri: Artis Veteran Lelaki di atas sumbangannya dalam bidang seni di Malaysia.
S. Shamsuddin meninggal dunia pada 4 Jun 2013 di Singapura ketika berusia 84 tahun. Beliau meninggalkan seorang balu dan 7 orang anak. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Singapura. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang beriman.
Zaiton adalah salah seorang seniwati dari era Studio Jalan Ampas yang masih ada bersama kita.
Beliau sering diingati dengan wataknya sebagai kekasih Abang Sudin dalam filem Bujang Lapok dan Chombi dalam filem Ibu Mertua Ku.
(Bebenang)
Dilahirkan pada 2 April 1937 di Singapura dengan nama Zaiton binti Abdul Hamid.
Zaiton berasal daripada keluarga yg sederhana. Bapanya meninggal dunia sewaktu usianya masih kecil. Sejak berada di bangku sekolah, beliau ingin bantu keluarganya untuk memperbaiki kehidupan mereka.
Pada tahun 1954, selepas tamat persekolahan beliau bekerja sebagai tukang jahit di sebuah kedai pakaian. Salah seorang pelanggan yang kerap berkunjung ke kedai itu ialah H.M. Rohaizad, penolong pengarah di Studio Jalan Ampas.
Idea penubuhan Pustaka Peringatan P. Ramlee telah dicetuskan oleh DS @anwaribrahim pada tahun 1983. Ketika itu, beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kesenian, Belia dan Sukan.
Penubuhan pustaka ini adalah untuk mengenang jasa dan sumbangan P. Ramlee terhadap dunia seni tanah air serta menggalakkan kajian & penyelidikan dalam aspek seni dan budaya negara.
Menurut DS Anwar, "Sebagai rakyat Malaysia kita harus memberi penghormatan kepada P. Ramlee di atas sumbangan dan jasanya dalam industri seni filem dan muzik."
Bangunan ini mula dibina pada tahun 1937 dan siap pada tahun 1941. Di dalamnya ada pawagam, restoran dan hotel. Ia sering muncul pada montaj pembukaan filem-filem Melayu terbitan Cathay Keris.
Ia kini masih beroperasi sebagai pusat membeli belah, restoran, pusat hiburan dan apartmen mewah. Pawagamnya pun masih ada!
Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama adalah individu yang bertanggungjawab menulis cerita Raja Bersiong yang kemudiannya difilemkan pada tahun 1968.
(Bebenang) 🧵
Menurut Jamil Sulong (pengarah filem ini), Tunku sendiri telah mengeluarkan wangnya sendiri sebanyak $750,000 bagi menzahirkan semangat dan kecintaan beliau terhadap sejarah negeri Kedah.
Raja Bersiong merupakan kisah legenda seorang raja yang zalim yang bernama Raja Ong Maha Perita Deria pernah memerintah Kerajaan Kedah Tua di Lembah Bujang. Penggambaran filem ini dibuat di Singapura dan Kedah.
Nordin Ahmad ialah pelakon lelaki paling jantan dalam sejarah perfileman Malaysia. Beliau memiliki aura keperwiraan Melayu tulen. Mutu lakonannya juga berada dalam kelas yang tersendiri.
(Bebenang)
Nordin bin Ahmad dilahirkan di Kampung Kota, Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 4 Ogos 1929. Ketika membesar, Nordin disifatkan sebagai seorang kanak-kanak yang pendiam dan kurang bergaul dengan anak-anak kampung yang lain.
Di zaman kanak-kanaknya, Nordin gemar menonton wayang gambar dan opera Cina. Apabila pulang ke rumah, beliau akan meniru aksi yang baru ditontonnya itu. Watak yang sangat digemarinya ketika itu ialah Zorro dan Tarzan.