Aziz Sattar ialah Malaysia's most beloved comedian. Beliau mudah didekati oleh sesiapa saja, tak kira tua atau muda. Kalau nak tahu, Aziz Sattar mula menghiburkan orang ramai sejak beliau berusia 9 tahun lagi!
(Bebenang)
Aziz Sattar atau nama sebenarnya Abdol Azez bin Satta dilahirkan di Pekalongan, Kepulauan Bawaen, Surabaya pada 8 Ogos 1925. Anak kepada pasangan Satta Sawal dan Satimah Jalal ini kemudiannya membesar di Pasir Panjang, Singapura.
Aziz Sattar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Raja, Singapura. Antara kawan rapatnya ketika kecil ialah seniman Shariff Dol dan Salleh Kamil.
Ketika Perang Dunia Kedua, beliau pernah ditangkap oleh pihak tentera Jepun kerana disyaki mencuri beras. Beliau juga pernah dipenjarakan sehinggalah Jepun menyerah kalah pada tanggal 8 Ogos 1945.
Ketika berusia 9 tahun, beliau sudah mula membuat lawak secara spontan. Di samping itu, beliau juga sering menyanyi di majlis kenduri kahwin dan sebagainya.
Sebelum memasuki bidang perfileman, Aziz Sattar aktif di pertunjukan pentas. Ketika itulah beliau mengenali seorang pelawak pentas yang terkenal iaitu Aziz King Godobell.
Aziz King Godobell sangat tertarik dengan keperibadian dan lawak jenaka yang dipersembahkan oleh Aziz Sattar. Selepas itu, beliau sering mempelawa Aziz Sattar untuk mengadakan persembahan bersama di majlis-majlis keraian di seluruh Singapura.
Aziz Sattar telah mula bekerja di studio Jalan Ampas sebagai juru alih suara pada tahun 1952. Setahun kemudian, beliau berlakon dalam filem Putus Harapan (1953) sebagai pelakon tambahan. Ketika itu beliau menggunakan nama Aziz Jr.
Pada tahun 1955, Aziz Sattar berlakon sebagai penjahat dalam filem Ribut. Wataknya macam psiko sikit. Yang menariknya filem ini dibuat dalam bentuk warna!
Dua tahun kemudian, Aziz Sattar terpilih untuk membintangi filem Bujang Lapok (1957) arahan P.Ramlee. Dalam filem inilah P.Ramlee membawa lawak jenaka Aziz Sattar dan S. Shamsuddin ke next level.
In real life, Aziz Sattar pernah kahwin dengan Dayang Sofia, gadis yang diselamatkannya dalam filem Bujang Lapok. Mereka bernikah pada bulan November 1959, kira-kira dua tahun selepas filem Bujang Lapok ditayangkan.
Komen Aziz Sattar ketika diambil berlakon dalam Bujang Lapok: "Saya biasa melawak dengan P.Ramlee di mana-mana sahaja. Tapi bila dia jadi pengarah, dia jarang ambil saya berlakon. "
"Rupa-rupanya dia pilih seseorang pelakon bukan kerana kawan, tapi mengikut kesesuaian watak. Kalau peranan itu sesuai, musuh pun dia ambil berlakon."
Selain berlakon filem, Aziz Sattar sering diundang untuk membuat persembahan pentas di seluruh pelusuk tanah air. Regunya di pentas ialah seniman Ibrahim Pendek.
Ini pula gambar dari tahun 1962, Aziz Sattar sedang buat persembahan dengan satu lagi pasangan suami isteri dalam kalangan bintang filem iaitu Jins Shamsudin dan Rahmah Rahmat.
Aziz Sattar beliau berlakon studio Jalan Ampas sehinggalah penutupannya pada tahun 1967. Selepas itu Aziz Sattar menyepikan diri daripada industri filem. Beliau lebih banyak membuat persembahan pentas di sekitar Singapura dan Malaysia.
Pada tahun 1975, barulah Aziz Sattar kembali semula ke dunia perfileman dengan menjadi pengarah di bawah syarikat Sabah Film Production milik Deddy M. Borhan. Filem pertama yang diarahkannya ialah Keluarga Comat (1975).
Beliau juga pernah menghidupkan semula trio Bujang Lapok yang terkubur sejak 1961 menerusi filem Bujang Lapok Kembali Daa… (1985) yang menampilkan S. Shamsuddin, Nasir P.Ramlee dan dirinya sendiri.
Sepanjang penglibatan dalam dunia seni, Aziz Sattar telah mengarahkan banyak filem termasuklah Si Badol (1978), Setinggan (1981), Penyamun Tarbus (1981) yang memenangi Anugerah Filem Komedi Terbaik semasa Festival Filem Malaysia ke-2 pada tahun 1981 dan Darah Satria (1983).
Bagi Aziz Sattar, pelawak pentas tak perlu pakai macam badut untuk buat orang ketawa. Pakai smart pun boleh, yang penting adalah pengisian bahan lawak tersebut.
Pelawak-pelawak di tahun 1950-an sampai 1980-an (zaman Jamali Shadat, Yahya Sulong, R. Jaafar & A.R. Badul) mereka semua pakai coat bila buat ‘stand-up comedy’.
Bagi menghargai jasa & sumbangannya dalam industri filem, Aziz Sattar telah dikurniakan Ahli Mangku Negara (AMN) pada 1990, Anugerah Seniman Veteran di Festival Filem Malaysia ke-11 pada tahun 1994 dan Darjah Panglima Jasa Negara (PJSN) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2007.
Pada tahun 2012, Aziz Sattar pernah muncul dalam satu episod siri animasi Upin & Ipin. Hara pada geng Les’ Copaque yang buat episod tu kongsikan pengalaman bekerja dengan Pak Aziz.
Aziz Sattar meninggal dunia pada 6 Mei 2014 ketika berusia 89 tahun. Beliau kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Al Fatihah buat rohnya, semoga dihimpunkan bersama orang-orang yang beriman.
Tamat ringkasan kisah hidup Aziz Sattar. Bebenang ini adalah permintaan daripada @rausyannur.
Kongsikan pandangan anda terhadap seniman Aziz Sattar. Terima kasih kerana sudi baca bebenang ini.
"Semua orang dalam dunia ini menganggap ahli lawak sebagai orang yang mempunyai kuasa untuk menghiburkan hati yang duka. Tetapi malangnya seorang ahli lawak itu tidak dapat pula menghiburkan hatinya sendiri bila dia berada dalam keadaan yang luka" - Aziz Sattar
😢
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Zaiton adalah salah seorang seniwati dari era Studio Jalan Ampas yang masih ada bersama kita.
Beliau sering diingati dengan wataknya sebagai kekasih Abang Sudin dalam filem Bujang Lapok dan Chombi dalam filem Ibu Mertua Ku.
(Bebenang)
Dilahirkan pada 2 April 1937 di Singapura dengan nama Zaiton binti Abdul Hamid.
Zaiton berasal daripada keluarga yg sederhana. Bapanya meninggal dunia sewaktu usianya masih kecil. Sejak berada di bangku sekolah, beliau ingin bantu keluarganya untuk memperbaiki kehidupan mereka.
Pada tahun 1954, selepas tamat persekolahan beliau bekerja sebagai tukang jahit di sebuah kedai pakaian. Salah seorang pelanggan yang kerap berkunjung ke kedai itu ialah H.M. Rohaizad, penolong pengarah di Studio Jalan Ampas.
Idea penubuhan Pustaka Peringatan P. Ramlee telah dicetuskan oleh DS @anwaribrahim pada tahun 1983. Ketika itu, beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kesenian, Belia dan Sukan.
Penubuhan pustaka ini adalah untuk mengenang jasa dan sumbangan P. Ramlee terhadap dunia seni tanah air serta menggalakkan kajian & penyelidikan dalam aspek seni dan budaya negara.
Menurut DS Anwar, "Sebagai rakyat Malaysia kita harus memberi penghormatan kepada P. Ramlee di atas sumbangan dan jasanya dalam industri seni filem dan muzik."
Bangunan ini mula dibina pada tahun 1937 dan siap pada tahun 1941. Di dalamnya ada pawagam, restoran dan hotel. Ia sering muncul pada montaj pembukaan filem-filem Melayu terbitan Cathay Keris.
Ia kini masih beroperasi sebagai pusat membeli belah, restoran, pusat hiburan dan apartmen mewah. Pawagamnya pun masih ada!
Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama adalah individu yang bertanggungjawab menulis cerita Raja Bersiong yang kemudiannya difilemkan pada tahun 1968.
(Bebenang) 🧵
Menurut Jamil Sulong (pengarah filem ini), Tunku sendiri telah mengeluarkan wangnya sendiri sebanyak $750,000 bagi menzahirkan semangat dan kecintaan beliau terhadap sejarah negeri Kedah.
Raja Bersiong merupakan kisah legenda seorang raja yang zalim yang bernama Raja Ong Maha Perita Deria pernah memerintah Kerajaan Kedah Tua di Lembah Bujang. Penggambaran filem ini dibuat di Singapura dan Kedah.
Nordin Ahmad ialah pelakon lelaki paling jantan dalam sejarah perfileman Malaysia. Beliau memiliki aura keperwiraan Melayu tulen. Mutu lakonannya juga berada dalam kelas yang tersendiri.
(Bebenang)
Nordin bin Ahmad dilahirkan di Kampung Kota, Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 4 Ogos 1929. Ketika membesar, Nordin disifatkan sebagai seorang kanak-kanak yang pendiam dan kurang bergaul dengan anak-anak kampung yang lain.
Di zaman kanak-kanaknya, Nordin gemar menonton wayang gambar dan opera Cina. Apabila pulang ke rumah, beliau akan meniru aksi yang baru ditontonnya itu. Watak yang sangat digemarinya ketika itu ialah Zorro dan Tarzan.