Ayman Rashdan Wong Profile picture
Jul 29, 2021 14 tweets 5 min read Read on X
Tema "The Devil Judge" adalah "tyranny of the majority".

Drama ni menyentuh tentang persoalan "adakah suara majoriti melambangkan kebenaran?" "adakah keadilan dicapai sekiranya rakyat menjadi penentu segala-segalanya?"
Dalam drama ini, sistem kehakiman dijadikan macam sebuah reality show. Rakyat akan menentukan tertuduh bersalah atau tidak, menerusi undian di App.

"Rakyat hakim negara" ni sebenarnya pernah berlaku, iaitu di Athens pada 2500 tahun yang lepas.
Athens ketika itu mengamalkan sistem demokrasi langsung (direct democracy), di mana semua warga kota (citizen) boleh mengundi dan menganggotai kerajaan. Jawatan kerajaan diisi secara rawak, semua akan dapat mengikut giliran.
Warga Athens bangga dengan sistem mereka, sehingga kejadian "trial of Socrates".

Socrates adalah warga Athens yang mengasaskan ilmu falsafah. Musuh Socrates menuduh dia sebarkan ajaran sesat, dan dia dihadapkan ke mahkamah yang dianggotai 500 juri dari kalangan warga Athens.
280 daripada 500 juri berpendapat Socrates bersalah, maka dia dihukum mati.

Kematian Socrates menyebabkan anak muridnya Plato menjadi pengkritik demokrasi yang lantang. Plato anggap demokrasi sebagai sistem yang zalim kerana keputusan dibuat oleh majoriti yang tak berilmu.
Ahli falsafah/sains politik selepas Plato pun anggap demokrasi langsung akan mengancam kebebasan individu. Mereka berpendapat tyranny bukan hanya berlaku apabila seorang pemerintah menyalahguna kuasa, malah boleh berlaku "tyranny of the many/majority" yang menindas minoriti.
Jadi mekanisme seperti "separation of powers" dan "checks and balances" diwujudkan sebagai pengimbang kepada suara majoriti. Dalam sistem demokrasi moden, rakyat juga tak buat keputusan secara langsung, tapi secara tidak langsung menerusi "wakil rakyat".
Sistem ni dipanggil "liberal democracy". Demokratik, tapi pada masa yang sama liberal (menjamin hak individu).

Sistem kehakiman dipisahkan daripada politik, supaya hakim boleh mengadili kes secara profesional.
Namun, pada tahun-tahun kebelakangan, arus "populisme" melanda Eropah dan US. Semakin ramai orang anggap sistem demokrasi liberal sebagai undemocratic, malah hanya memperkayakan "wakil rakyat". Jadi mereka mahu lebih banyak control/kuasa.
Hasilnya mereka undi ahli politik populis seperti Trump yang tunggang nama rakyat, langgar sini sana, menghakis asas demokrasi liberal.

Di Korea Selatan, masalah korupsi yang berpanjangan juga buat orang takut populisme akan bangkit dan mengancam institusi demokrasi liberal.
Jadi drama ni memberi sedikit gambaran tentang bahayanya sentimen populisme yang boleh membawa kepada tyranny of the majority.

Kang Yo-han dalam drama ni adalah seorang "populist hero" yang menjunjung kedaulatan rakyat melebihi segala-galanya.
Mula-mula, penonton rasa syok tengok dia menghukum orang kaya korup. Tapi lama-kelamaan, boleh nampak sisi buruk kaedah "public trial" ini.

Tak ada jaminan orang tak bersalah tak akan dianiayai, jika sentimen orang ramai dijadikan kayu ukur untuk menjatuhkan hukuman.
Lebih-lebih lagi orang ramai buat keputusan ikut emosi, yang dipengaruhi oleh Kang menerusi persembahan media.

Ini adalah hint kepada ahli politik populis yang suka memanipulasi pendapat umum menerusi media sosial, yang fokus kepada sentimen/persepsi, bukan fakta/bukti.
Dan walaupun kelihatan sebagai people's champion, Kang pun nampak ada agendanya sendiri. Rakyat hanyalah anak catur baginya menjatuhkah musuh.

Dari segi pemikiran, drama ni lebih deep berbanding Vincenzo, dan lebih depressing.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ayman Rashdan Wong

Ayman Rashdan Wong Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AymanRashdanW

Jun 30
Untuk yang tak sempat tonton streaming semalam, video penuhnya di sini:



Rumusan:

1. Disiplin IR/geopolitik bertujuan untuk menjawab persoalan kenapa (WHY) sesuatu berlaku dalam politik global, bukan untuk menyokong mana2 pihak dalam konflik. facebook.com/ZRASTRIM/video…Image
2. Untuk menjawab "kenapa", kita perlu bersikap empirikal, berpandukan bukti yang objektif & boleh diuji.

3. Ramai orang Islam hari ini meninggalkan pendekatan empirikal, walhal ia sebenarnya sebahagian daripada warisan intelektual Islam, seperti yang dibawa oleh Ibn Khaldun.
4. Sebaliknya, Barat mengambil pendekatan ini dan mengembangkannya, mengiktiraf Ibn Khaldun sebagai bapa sosiologi.

5. Kurangnya penghayatan terhadap ayat-ayat al-Quran yang mengajak kita memerhati alam dan mengkaji hukum-hukum di sebaliknya (seperti ayat2 tentang ulul albab).
Read 11 tweets
Jun 18
Samson Option tu dasar Israel untuk guna senjata nuklear kalau dia hampir dikalahkan.

Samson = Nabi Syam'un, yang guna kekuatannya untuk runtuhkan bangunan tempat baginda diikat, supaya mati sekali dengan musuh-musuh.

Maksud Israel: "Nak aku mati? Kita mati sama-sama." Image
Israel ialah salah satu daripada 9 negara yang ada senjata nuklear.

Disebabkan Israel duduk di tengah-tengah dunia Arab, risiko dikepung dan dihapuskan tu ada.

Sebab tu sejak 1950-an, dia mula bangunkan bom nuklear untuk jadi senjata akhir kalau hampir kalah. Image
Dalam Perang Yom Kippur 1973, Israel hampir kalah lawan gabungan Mesir-Syria.

Israel ugut nak guna senjata nuklear. Ugutan tu buat US campur tangan dan paksa gencatan senjata.

Dari situ, pemimpin Arab sedar: selagi tak ada nuklear, selagi tu tak boleh lawan Israel. Image
Read 9 tweets
May 2
Gambar ni diambil hari ni, 80 tahun lepas (2 Mei 1945), 2 hari lepas Hitler mati.

Askar Soviet pacak bendera atas Reichstag (parlimen Jerman), tanda Soviet menang ke atas Jerman dan naik jadi "superpower".

Tapi lepas 45 tahun, Soviet tumbang. Why?

#ADIKUASA
#21HariMenujuPBAKL Image
Soviet ni negara komunis. So kebangkitan dia membawa kepada Cold War antaranya dan Amerika (kapitalis) dari tahun 1947 sampai 1991.

Cold War juga beri kesan kepada Malaysia, dengan Parti Komunis Malaya (PKM) lawan kerajaan Malaya dan Malaysia dari tahun 1948 sampai 1989. Image
Walaupun komunis ni pernah jadi musuh nombor satu negara, ramai masih tak berapa faham apa benda sebenarnya komunis ni.

Ramai ingat komunis = China, tapi sebenarnya ideologi komunis ni mula dari Eropah abad ke-19. Image
Read 23 tweets
Apr 30
Hari ni, 80 tahun yang lepas, Hitler membunuh diri semasa Perang Dunia Kedua (WW2).

Beberapa hari kemudian, Jerman menyerah kalah. Cita-cita Jerman nak jadi adikuasa terkubur.

Sebelum tu, Jerman pun kalah dalam WW1.

Kenapa Jerman gagal 2 kali?

#ADIKUASA
#23HariMenujuPBAKL Image
Sebelum WW1, Empayar British merupakan adikuasa dunia untuk masa hampir 100 tahun (1815–1914), zaman yang dipanggil sebagai "Pax Britannica".

British waktu tu menjajah 1 per 4 daripada permukaan bumi dan hampir menguasai semua laluan laut utama dunia. Image
Tapi walaupun British mendominasi dunia, ekonomi dia mula dicabar oleh dua kuasa yang naik: Amerika Syarikat dan Jerman.

British ni masih banyak bergantung kepada teknologi Revolusi Industri Pertama.

Amerika dan Jerman pula dah mula masuk era Revolusi Industri Kedua. Image
Read 29 tweets
Apr 10
Ada 2 pendapat pasal motif tarif Trump.

1. Mempengaruhi pasaran saham, bagi untungkan diri sendiri & kroni.

2. Memelihara hegemoni ekonomi US.

Dua-dua ni tak bercanggah.

Trump boleh je kaut untung, sambil buat benda yang dia percaya akan "Make America Great Again". Image
Dalam ucapan angkat sumpah dia, Trump sebut pasal "kemerosotan Amerika" (American decline).

Maknanya, dia percaya US tengah menurun macam kuasa besar lain dulu, misalnya UK yang mendominasi dunia pada abad ke-19. Image
Pada zaman itu, UK jadi “kilang dunia” hasil Revolusi Industri. Barang dari UK dieksport ke seluruh dunia.

UK guna kekuatan tentera untuk paksa negara lain buka pasaran. China yang nak sekat candu dari UK dikalahkan dalam Perang Candu (1839–1842) dan menyerahkan Hong Kong. Image
Read 24 tweets
Dec 3, 2024
Basically presiden Korea Selatan sekarang (Yoon Suk Yeol) ni banyak isu. Korup, nepotis, bini buat hal. Approval rate pun 20% je.

Pembangkang (Minjudang) nak buat usul "impeach" pendakwa raya, which akan bongkarkan salah laku bini dia.

So dia declare darurat gantung parlimen. Image
Tindakan dia pasti akan backfire sebab rakyat Korea Selatan ni sensitif dengan pencabulan demokrasi.

Dalam sejarah moden Korea Selatan ada 2 diktator: Park Chung-hee (1962-79) dan Chun Doo-hwan (1980-88). Diorang tentera yang rampas kuasa dan buat darurat gantung demokrasi. Image
Tindakan Chun Doo-hwan bawa kepada demonstrasi di Gwangju pada Mei 1980. Chun respond dengan bunuh orang Gwangju ramai-ramai.

Kejadian tu lah yang dipanggil sebagai Gwangju Uprising, titik hitam dalam sejarah Korea Selatan. Image
Read 5 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(