Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama adalah individu yang bertanggungjawab menulis cerita Raja Bersiong yang kemudiannya difilemkan pada tahun 1968.
(Bebenang) š§µ
Menurut Jamil Sulong (pengarah filem ini), Tunku sendiri telah mengeluarkan wangnya sendiri sebanyak $750,000 bagi menzahirkan semangat dan kecintaan beliau terhadap sejarah negeri Kedah.
Raja Bersiong merupakan kisah legenda seorang raja yang zalim yang bernama Raja Ong Maha Perita Deria pernah memerintah Kerajaan Kedah Tua di Lembah Bujang. Penggambaran filem ini dibuat di Singapura dan Kedah.
Kelihatan dalam gambar pengarah Jamil Sulong, Art Director A.V. Bapat dan Jaafar Abdullah menghadap Tunku Abdul Rahman di residensi bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan filem Raja Bersiong karya Tunku sendiri.
10 fakta menarik tentang filem Raja Bersiong
1. Buat julung-julung kalinya penggambaran filem ini menggunakan khidmat pelakon luar, iaitu penari kebudayaan Diraja Thailand - Thai Fine Arts Department.
2. Beratus askar Melayu diambil untuk memegang watak sebagai askar-askar Siam yang berperang dengan orang-orang Kedah dipimpin oleh Brig. Jen. Dato' Syed Mohammad Al-Saggoff.
3. Filem Raja Bersiong dibuat dalam bentuk filem warna Eastmancolor diterbitkan oleh Malay Film Producations (MFP), milik Shaw Brothers di Singapura. Ia merupakan filem warna ketiga yang dibuat oleh MFP selepas filem Ribut (1956) dan Hang Tuah (1956).
4. Menggunakan khidmat 3 orang pakar teknik dari Jepun:
Pengarah bersama - Tokujiro Yamazaki
Jurukamera - Ryoichi Arano
Pakar Warna & Cahaya - Tokio Matsushita
5. Skrip filem ini mengambil masa yang panjang untuk disiapkan kerana kesibukan Tunku sebagai Perdana Menteri. Pengambaran filem ini pula mengambil masa selama 4 bulan.
6. Walaupun Jamil Sulong dilantik sebagai pengarah rasmi filem ini, beliau dibantu oleh Tokujiro Yamazaki dari Jepun dalam banyak perkara. Babak-babak yang melibatkan adat istiadat orang Melayu sahaja diarahkan oleh Jamil Sulong tanpa melibatkan Yamazaki.
7. Penggambaran hari pertama dibuat di dalam studio berupa sebuah set Istana Raja Kalha yang luas dan hebat.
8. Sebuah kota dibina di Pasir Panjang, Singapura yang menggunakan khidmat anggota tentera Malaysia.
9. Hampir kesemua pelakon dari Malay Film Productions mengambil bahagian di dalam filem ini.
10. Ini merupakan filem terakhir keluaran Shaw Brothers di Singapura. Walaupun Tunku melaburkan kos pengambaran yang tinggi, namun filem ini tidak mendapat sambutan dari penonton dan akhirnya gagal menyelamatkan studio tersebut dan ditutup buat selama-lamanya.
Kalau tak silap, Tunku Abdul Rahman satu-satunya Perdana Menteri dalam dunia ni yang tulis skrip filem ketika masih menjawat jawatan tersebut š¤
⢠⢠ā¢
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Zaiton adalah salah seorang seniwati dari era Studio Jalan Ampas yang masih ada bersama kita.
Beliau sering diingati dengan wataknya sebagai kekasih Abang Sudin dalam filem Bujang Lapok dan Chombi dalam filem Ibu Mertua Ku.
(Bebenang)
Dilahirkan pada 2 April 1937 di Singapura dengan nama Zaiton binti Abdul Hamid.
Zaiton berasal daripada keluarga yg sederhana. Bapanya meninggal dunia sewaktu usianya masih kecil. Sejak berada di bangku sekolah, beliau ingin bantu keluarganya untuk memperbaiki kehidupan mereka.
Pada tahun 1954, selepas tamat persekolahan beliau bekerja sebagai tukang jahit di sebuah kedai pakaian. Salah seorang pelanggan yang kerap berkunjung ke kedai itu ialah H.M. Rohaizad, penolong pengarah di Studio Jalan Ampas.
Idea penubuhan Pustaka Peringatan P. Ramlee telah dicetuskan oleh DS @anwaribrahim pada tahun 1983. Ketika itu, beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kesenian, Belia dan Sukan.
Penubuhan pustaka ini adalah untuk mengenang jasa dan sumbangan P. Ramlee terhadap dunia seni tanah air serta menggalakkan kajian & penyelidikan dalam aspek seni dan budaya negara.
Menurut DS Anwar, "Sebagai rakyat Malaysia kita harus memberi penghormatan kepada P. Ramlee di atas sumbangan dan jasanya dalam industri seni filem dan muzik."
Bangunan ini mula dibina pada tahun 1937 dan siap pada tahun 1941. Di dalamnya ada pawagam, restoran dan hotel. Ia sering muncul pada montaj pembukaan filem-filem Melayu terbitan Cathay Keris.
Ia kini masih beroperasi sebagai pusat membeli belah, restoran, pusat hiburan dan apartmen mewah. Pawagamnya pun masih ada!
Nordin Ahmad ialah pelakon lelaki paling jantan dalam sejarah perfileman Malaysia. Beliau memiliki aura keperwiraan Melayu tulen. Mutu lakonannya juga berada dalam kelas yang tersendiri.
(Bebenang)
Nordin bin Ahmad dilahirkan di Kampung Kota, Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 4 Ogos 1929. Ketika membesar, Nordin disifatkan sebagai seorang kanak-kanak yang pendiam dan kurang bergaul dengan anak-anak kampung yang lain.
Di zaman kanak-kanaknya, Nordin gemar menonton wayang gambar dan opera Cina. Apabila pulang ke rumah, beliau akan meniru aksi yang baru ditontonnya itu. Watak yang sangat digemarinya ketika itu ialah Zorro dan Tarzan.
Anda pernah terfikir tak, filem Melayu apa yang ditayangkan pada 31 Ogos 1957? š¤
Jawapannya ialah Dendam Pontianak. Orang dulu sambut merdeka dengan tonton filem seram!
Dendam Pontianak merupakan sekuel kepada filem Pontianak yang juga ditayangkan pada tahun 1957. Ia dilakonkan oleh Maria Menado, Mustapha Maarof, Salmah Ahmad dll. Cerita siri 'Pontianak' ini ditulis oleh suami Maria Menado sendiri iaitu A. Razak dan diarahkan oleh B.N. Rao.