Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang tukar kerajaan 3 kali dalam masa 3 tahun, dalam penggal yang sama.
Itali pernah (3 kerajaan sejak 2018). Jepun pernah (4 kerajaan dari 1993-96).
Malah jalan cerita Malaysia 2018-21 ada banyak persamaan dengan Jepun semasa 1993-96.
Dalam PRU tahun 1993, Parti Demokratik Liberal (LDP) yang telah memerintah Jepun selama 38 tahun (sejak 1955) hanya dapat 223 daripada 511 kerusi Dewan Perwakilan. Walaupun LDP masih parti terbesar, ia gagal meraih majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan iaitu 256.
Punca LDP hilang majoriti ialah krisis dalaman yang melanda partinya pada 2-3 tahun sebelum PRU. Skandal rasuah menghakis keyakinan rakyat terhadap LDP, percakaran antara faksi PM Kiichi Miyazawa dan Setiausaha Agung LDP Ichiro Ozawa juga memecahkan parti.
Ozawa dan beberapa orang besar LDP keluar parti dan menubuhkan parti baharu. Ozawa dan Tsutomu Hata mengasaskan Shinseito (Renewal Party). Morihiro Hosokawa mengasaskan New Party. Masayoshi Takemura mengasaskan Sakigake. Maka undi LDP beralih ke parti-parti baharu ini.
Hasil daripada pujukan Ozawa, semua parti selain LDP & Komunis bergabung menjadi kerajaan. Shinseito ada 55 kerusi, gabung dengan Sosialis (70), Komeito (51), New Party (35), Sosialis Demokratik (15), Sakigake (13), Demokratik Sosialis (4), beberapa MP bebas, dapatlah majoriti.
Hosokawa dari New Party dinamakan sebagai PM bagi kerajaan Pakatan 7 Parti ini. Namun Shinseito yang paling berkuasa. Hata yang merupakan presiden Shinseito menjawat TPM dan Menteri Luar.
Ahli Shinseito juga pegang portfolio Menteri Kewangan, Perdagangan, Pertahanan, Pertanian. Semua jawatan strategik dan sedap. Tak boleh buat apa, sebab Ozawa yang jadi broker.
Apa pun, rakyat Jepun excited dengan Jepun Baharu. PM pun muda, berumur 55, paling muda sejak Kakuei Tanaka yang jadi PM pada 1972 semasa umur 54. Approval rating Hosokawa mencecah 70%, tertinggi dalam sejarah Jepun. Semua orang optimis Jepun akan berubah ke arah lebih baik.
Namun tak lama kemudian, kerajaan ini nampak lemah dan indecisive. Banyak sangat parti dalam gabungan, semua nak tunjuk kepala. Hosokawa yang muda dan idealis tak mampu lawan Ozawa yang jauh lebih licik. Selepas 8 bulan, approval rating kerajaan Hosokawa jatuh ke 40%.
Hosokawa letak jawatan. TPM Hata naik jadi PM. Sasaran Ozawa seterusnya ialah Sosialis. Selain perbezaan ideologi, Sosialis juga ada lebih banyak kerusi berbanding Shinseito, menggugat dominasi Shinseito. Jadi Ozawa & Hata plan nak buat langkah tendang Sosialis keluar kerajaan.
Sosialis dapat tahu dan bertindak lebih awal. Sosialis pergi dekat LDP, mencadangkan penubuhan gabungan baharu yang memiliki majoriti.
LDP dalam dilema. Sosialis adalah musuh LDP selama 40 tahun yang lepas. LDP kerajaan, Sosialis pembangkang. Tapi disebabkan rindu nak jadi kerajaan semula, LDP setuju bergabung dengan Sosialis untuk jatuhkan kerajaan Hata.
Sosialis (dan juga Sakigake) keluar Pakatan 7 Parti. Dengan itu, kerajaan Hata jatuh selepas berkuasa 2 bulan saja, digantikan dengan kerajaan gabungan Sosialis-LDP-Sakigake. Ketua Sosialis, Tomiichi Murayama dinamakan sebagai PM.
Ketua LDP, Yohei Kono dinamakan sebagai TPM, sebelum digantikan dengan Ryutaro Hashimoto yang menggantikan Kono sebagai presiden LDP.
Tapi kerajaan ini pun sama bermasalah. Pertama, LDP dan Sosialis memang tak sehaluan. Kedua, LDP sebagai parti yang mempunyai lebih banyak kerusi tak suka tunduk kepada Sosialis. Jadi benda yang sama berlaku: indecision, infighting.
Murayama dapat bertahan 18 bulan. Selepas Murayama letak jawatan, Hashimoto dapat sokongan majoriti untuk jadi PM ke-4 dalam masa 3 tahun. Undi sekali dapat 4 PM, dapat balik LDP pulak.
LDP kembali memegang tampuk kerajaan tanpa melalui PRU. Selepas 9 bulan, LDP membubarkan Dewan Perwakilan, mengadakan PRU pada Oktober 1996 dengan harapan untuk dapat kembali majoriti.
Namun sekali lagi, LDP tak dapat majoriti dan memerlukan sokongan parti lain untuk menubuhkan kerajaan. Walaupun kerusi bertambah, peratusan undi kepada LDP merosot, menunjukkan ramai orang kecewa (disillusioned) dengan LDP yang sanggup bekerjasama dengan Sosialis.
Sosialis langsung terkubur dan berpecah kepada beberapa parti baharu termasuk Parti Demokratik (DPJ).
Terlalu awal kembali berkuasa juga membuat LDP terlepas peluang untuk melakukan reform dalaman. Masalah politik wang dan "warlord" yang sekian lama membelenggu LDP tak sempat dibersihkan.
Masalah-masalah dalaman itu menyebabkan LDP sekali lagi jatuh dalam PRU 2009. Kali ini kalah real dalam PRU, hampir kena wiped out. Tapi disebabkan DPJ yang menggantikan LDP lagi bengap, maka LDP bangkit sekali lagi dalam PRU 2012 di bawah kepimpinan Shinzo Abe.
Pergelutan politik 1993-1996 merupakan titik tolak sejarah yang menandakan Jepun mula hilang daya saingnya. Ia adalah punca Jepun diatasi oleh China dan dikejar rapat oleh Korea pada hari ini.
Kerajaan yang bertukar-tukar, dasar yang berubah-ubah membuat ekonomi Jepun makin mencorot, lebih-lebih lagi waktu tu Jepun tengah mengalami krisis "asset price bubble crash". Indeks pasaran saham Nikkei-225 menjunam dari 38,915 pada 1989 kepada 12,879 pada 1998, merosot 67%.
Satu demi satu syarikat Jepun bankrap. Apabila syarikat bankrap, ramai hilang kerja. Apabila ramai hilang kerja, pendapatan kurang, perbelanjaan pun kurang. Apabila perbelanjaan kurang, syarikat rugi, seterusnya bankrap. Jadi vicious cycle.
Pertumbuhan ekonomi ada hubungan langsung dengan kestabilan politik. Nak satu dasar ekonomi memberi hasil memakan masa, paling kurang pun 4-5 tahun. Kalau politik tak stabil, kerajaan bertukar setiap 2-3 tahun, dasar berubah-ubah, memang lah ekonomi ke laut.
Jadi, "what's wrong" dengan model gabungan kerajaan Jepun 1993-1996 yang membuat ia jadi tak stabil?
Pertama, ideologi parti komponen gabungan berbeza. Dalam gabungan Hosokawa ada parti berhaluan kiri (Sosialis, Sosialis Demokratik) dan juga kanan (Shinseito, New Party, Sakigake). Gabungan Sosialis-LDP pun satu kiri satu kanan.
Ini bermasalah. Ambil contoh dasar ekonomi, "kiri" akan mahukan cukai yang lebih tinggi ke atas bisnes dan utamakan kebajikan orang ramai. "Kanan" pula mahukan cukai lebih rendah ke atas bisnes. Macam mana kerajaan nak berfungsi kalau ahli kerajaan sendiri pun tak sekepala.
Kedua, walaupun gabungan terdiri daripada parti-parti yang sama ideologi, ia tetap tak akan stabil kalau wujud "power parity", iaitu keadaan di mana parti komponen mempunyai kekuatan yang setara.
Macam Sosialis dan Shinseito, satu ada 70 kerusi, satu 55 kerusi. Dua-dua sama kuat. Apabila sama kuat, maka akan berlaku persaingan kuasa. Dalam kes gabungan Sosialis-LDP pula, Sosialis yang lebih lemah tak mampu kawal LDP yang lebih kuat.
Jadi model gabungan hanya akan stabil apabila (1) parti-parti dalam gabungan sehaluan dari segi ideologi, dan pada masa yang sama (2) wujud satu parti yang cukup dominan sehingga parti rakannya tak terfikir nak merebut kuasa dengannya.
Eventually, semasa 1998-2009 dan sejak 2012, LDP menubuhkan gabungan dengan Komeito yang berhaluan tengah-kanan (hampir dengan LDP tapi voter base tak sama) dan lebih lemah (menjadi junior partner kepada LDP).
Dua parti saling melengkapi bukan menyaingi. Dengan itu, satu formula kestabilan berjaya dijumpai.
Di zaman Shinzo Abe (2012-2020), LDP-Komeito berjaya melaksanakan banyak dasar yang swift dan decisive dengan ada majoriti yang kukuh. Itu membolehkan Jepun beransur pulih sejak 2012, walaupun belum pulih sepenuhnya.
Jadi, inilah punca krisis sebenar negara kita: kegagalan untuk mewujudkan gabungan politik yang kukuh. Selagi tak jumpa formula gabungan yang sesuai, buat lah berapa kali PRU, gantikan lah semua orang tua dengan orang muda pun, politik negara tak akan stabil.
***BTW, aku dah lama ulas pasal Jepun 1993-1996 dalam buku Politik Untuk Pemula. Boleh dapatkan di shopee.com.my/amp/The-Patrio…
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Esok, kita akan tahu siapa di antara Kamala Harris dan Donald Trump yang akan dinobatkan sebagai presiden US (POTUS) ke-47.
Apa beza Kamala dan Trump dari segi dasar luar? Apa kesannya kepada geopolitik dunia?
[Thread]
Ramai kata 'sama je dua-dua' 'dua-dua sokong Zionis' 'dua-dua setan'.
Betul, dasar luar US agak konsisten. Siapa pun jadi POTUS, ada benda yang tak berubah.
Benda ni berlaku bukan sebab ada 'hidden hand' yang kawal POTUS, tapi sebab US ada 'core interest' yang kena jaga.
Apa 'core interest' itu?
Memelihara 'primacy' US.
Primacy datang dari perkataan 'prime'. Primacy merujuk kepada keadaan sesebuah negara jadi negara paling dominan dalam sistem antarabangsa. Negara no. 1. Negara adikuasa tunggal.
Idea BRICS dicipta oleh seorang investment banker di Goldman Sachs bernama Jim O'Neill pada 2001, merujuk kepada 4 negara yang dianggap akan jadi kuasa ekonomi pada abad ke-21.
Pada asalnya dia hanya merujuk kepada Brazil, Rusia, India & China. Afrika Selatan tak termasuk.
Dalam politik antarabangsa, saiz ekonomi (diukur dengan KDNK total) ialah petunjuk penting kuasa sesebuah negara.
US jadi adikuasa (superpower) dunia sebab saiz ekonomi dia mewakili 20-30% ekonomi dunia.
Sebab tu korang tak jumpa pun Greater Israel dari "Nile ke Euphrates" disebut dalam mana2 dokumen dasar Israel.
Di kalangan Zionis, maksud Greater Israel bukan Nile to Euphrates tapi merujuk kepada seluruh tanah "Canaan": Palestin + tebing barat dan timur Sungai Jordan.
Tanah yang Zionis nak ni selain ada sentimen "Promised Land", ia berkait rapat dengan keselamatan Israel.
Selagi Israel tak kuasai kawasan ni, ia akan sentiasa terdedah kepada ancaman.
Tahun 1947, UN bahagikan Palestin kepada 2 negara, Zionis kecewa tapi terima.
3 Mac 2024 menandakan 100 tahun sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah (Ottoman Caliphate) pada 3 Mac 1924 (28 Rejab 1342 H).
Apakah punca kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah? Dan kenapa tiada lagi khalifah Islam sejak itu?
Ini thread (yang panjang).
Khilafah Uthmaniyyah merujuk kepada pemerintahan para sultan Uthmaniyyah yang memegang jawatan khalifah Islam dari tahun 1517-1924. Bermula dengan Selim I, berakhir dengan Abdul Majid II. Berlangsung selama 407 tahun dan seramai 29 orang khalifah.
Khalifah (bermaksud pewaris) ialah gelaran pemimpin ummah (umat Islam) selepas kewafatan Rasulullah SAW pada tahun 632.
Umat Islam pada asalnya satu, berpusat di Mekah dan Madinah. Jadi, khalifah ialah satu-satunya pemerintah orang Islam. Tiada amir, sultan dan sebagainya.
Selepas keluar dari Mesir, Bani Israil mendirikan kerajaan di Canaan (nama lama Palestin). 3 raja pertama ialah Talut (Saul), Daud (David) & Sulaiman (Solomon). Ibu kota Jerusalem.
Selepas Nabi Sulaiman wafat, kerajaan pecah 2. Kerajaan utara 10 suku, kerajaan selatan 2 suku.
Kerajaan utara ditakluk oleh kerajaan Assyria (dari Iraq utara) pada tahun 722 SM. 10 suku utara ditawan dan dipindah ke wilayah2 lain Empayar Assyria. Maka hilanglah 10 suku itu dari sejarah.
Kerajaan selatan ditakluk oleh kerajaan Babylonia (dari Iraq selatan) pada 586 SM.
Babylonia hancurkan Kuil yang dibina oleh Nabi Sulaiman. Penduduk kerajaan selatan dibawa ke Babylon, sebelum dibebaskan oleh Cyrus dari Parsi yang mengalahkan Babylonia pada 537 SM.
Cyrus membebaskan penduduk kerajaan selatan ke wilayah asal mereka, yang dinamakan sebagai...
1. Parti tunggal dapat majoriti. Ni macam PAP di Singapura, LDP di Jepun, Conservatives di UK.
2. Gabungan (coalition) parti dapat majoriti. Ni macam BN 1959-2013, PH 2018.
Unity government adalah salah satu jenis kerajaan coalition.
3. Kerajaan minoriti. Ni berlaku apabila parti/gabungan yang tak capai majoriti dapat jadi kerajaan dengan sokongan parti2 lain menerusi confidence & supply.
Apa yang bezakan C&S daripada kerajaan gabungan ialah: parti yang beri sokongan tak masuk kerajaan.