Dr Rusty Blade Profile picture
Sep 3, 2021 145 tweets 26 min read Read on X
2hb Sept 1998 permulaan segala-galanya, banyak kisah suka duka aku. Dulu setiap hari aku akan ke rumah di Bukit Damansara. Reformasi jalanan x pernah miss. Busines jatuh sbb kontrak ditamatkan oleh puak rejim tapi aku tetap jalan terus dan LAWAN.
(ada masa aku update inshaAllah)
Aku akan simpan kisah ini disini agar dapat dibaca oleh anak cucu aku dikemudian hari supaya mereka tahu yang i've done my part untuk ubah negara ini. Cerita yg tak seberapa tapi penuh ranjau duri. Aku bergerak solo sebab aku ni dulu jenis tak suka menonjol.
Dulu aku tak kisah pun pasal politik dan tak sertai mana2 parti. Pada petang 2hb Sept 98 masa tu kat Klang Lama dlm restoran mamak dan terlihat berita dalam TV3 yang DsAI dipecat. Entah mcmana aku secara spontan menunjukkan reaksi bantahan walhal aku x follow pun DsAI sebelum tu.
Waktu itu aku seorang businessman muda, aku tak senang tapi cukup makan. Alhamdulillah banyak juga projek aku dapat bersilih ganti melalui tender & sebutharga sebab aku ni seorang yg aktif.
Aku datang dari jauh ke KL semata-mata untuk cari makan maka aku kena usaha lebih.
Aku bergerak solo, tak ada siapa pun tahu pada mulanya. Budak2 ofis pun x tau sebab aku pejabat sendiri di blok sebelah. 1 hari tu radio ada live talk pasal apa entah dan aku call dn dapat get through. Aku bebel isu pemecatan DsAI dalam radio sehingga comentator tu terdiam.
Aku lupa pejabat aku masa tu waktu kerja akan pasang radio untuk staff. Kerja sambil berhibur, release tension. Live aku tu didengari satu ofis. Nasib Big Boss tak ada. Sejak itu staff ramai jumpa aku dan bertanya isu pemecatan DsAI. Macam2 soalan aku jawab dengan semangat.
Hari demi hari aku semakin dalam penglibatan aku. Masa itu kami semua bergerak tanpa platform. Tak ada PKR tak ada BERSIH masa tu. Akhirnya diketuai oleh Ds Wan Azizah dan Dr Chandra Muzafar kami bersama tubuhkan Movement for Social Justice (ADIL), geng riben putih.
Waktu itu gerakan reformasi telah mula bergerak di sekitar Sogo, Masjid Jamek & Masjid Negara. Bermula setiap Jumaat dan kemuncaknya hari Sabtu tengahari. Masa tu belum ada lagi facebook, twitter etc ni. Jadi sebaran maklumat kami lakukan secara manual ke surau2 dan masjid2.
Tanpa dipaksa, disuruh dn tanpa upah kami akan print atas kertas dan potong kecik2 size memo pad untuk bagitau rakyat tentang program reformasi jalanan. Modal sendiri. Kadang2 kami ambil sehelai dan reprint kalau x cukup. Semakin hari semakin ramai yang join the movement.
Aku seorang peserta aktif dalam setiap demonstrasi jalanan waktu itu. Kerja2 juga tapi aku tak akan miss demo jalanan walupun secara solo. Aku x suka menonjol atau ke depan mungkin sebab pemalu kot. Sebab itu twitter bio aku tu 'Aku menulis bukan kerna nama'.
Atas sifat 'Aku Menukis Bukan Kerna Nama' lah maka sehingga hari ini selepas 23 tahun identiti aku masih anonymous dan aku lebih suka begitu. Aku bukan nak jawatan atau habuan just purely mahukan perubahan terhadap sistem dalam negara tercinta ni.
Kaminwaktu itu menghadapi masalah kewangan sebab rata2 kami ni bukan golongan kayangan. Maka setiap program itu kami tangung sama2. Malah kami take turn untuk organise solat hajat di kediaman DsAI. Waktu itu setiap malam orang ramai disana.
Aku selalu bayar makcik jual kuih kat rumah aku untuk buat kuih atau meehoon untuk dihantar ke rumah DsAI. Waktu itu solat hajat orang penuh. Kesian sebab tak nak bebankan family Kak Wan yang of course sedang bersedih amat ketika itu.
Aku akan hantar dan keluar tanpa tegur sapa2. Anonymous katakan 😁 Perancangan demi perancangan dibuat, demo jalanan tak putus. Tak ada memo pun demo tetap jalan pada waktu itu. Momentum rakyat telah bermula. Rakyat seakan tau Jumaat/Sabtu hari Reformasi so mereka akan turun.
Pernah 1 hari tu DsAI berceramah di PPauh. Aku drive ke Permatang Pauh selepas waktu kerja dalam hujan lebat. Gila laju aku drive, alhamdulillah sempat sampai. Bila aku pikir balik ya Allah kenapa aku sanggup redah hujan lebat drive laju semata utk bersama DsAI di PPauh. Gila 😨
Pada hari DsAI ditangkap (kes topeng rempuh rumah DsAI) siang tu Masjid Negara dan Dataran Merdeka penuh dengan demonstran. Video ada kat Youtube. Aku waktu itu juga berada disana bersama rakan2 tegar reformasi dari kawasan aku. 20-30 orang kalau x silap.
Kenangan semasa demo jalanan ni takkan aku dapat hilang dari memori aku. Semangat mahukan perubahan memuncak sehingga setiap waktu aku akan buat pencerahan terhadap orang2 yg aku kenal dan x kenal. Kiranya duduk je dengan aku maka dengarlah celoteh aku. Makin lama makin ramai.
Makin ramai tu sampai semua mereka itu aku serapkan dalam penaja PKN (skrg PKR) di kawasan aku. Aku kena pecahkan kepada 2 team sebab jumlah ramai lebih kurang 170 orang waktu itu.
Dalam aku bz bergerak solo, satu hari pagi Isnin, Boss (Partner) panggil aku ke pejabat dia. Aku ingatkan dia nak update tentang projek2 yg aku berjaya dapat tapi sebaliknya dia sorong newspaper Sunday Star ke arah aku. Selama ini mmg aku kerja sorang. Partner tau main golf aje.
Aku kasi sikit info ttg partner aku ni. Dia ni ex Ket Bahagian Umno dan sangat rapat dengan Najib Razak waktu itu. Dia jadi partner aku sebab waktu itu dia nak aku join untuk perkuatkan kedudukan syarikat untuk pegi listed. So aku setuju lagipun aku perlukan modal projek2 aku.
Akhbar Sunday Star itu terpampang muka aku sedang demo jalanan. Sebenarnya aku dah jangka perkara ini akan berlaku dan aku pun dah bersedia. Bagi aku, alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.
Aku masih ingat lagi kata2nya depan aku hari tu. Lebih kurang begini "I never tot that you are involve in this movement. You even an active member. You jeopardise your business for Anwar? You know that I received a letter from PMO?" Of course la aku tak tau bodoh! And he goes on
At that time dia capai satu surat ada jata negara hulur kat aku dan aku sempat baca walaupun aku x minat nak ambik tau. Dalam surat tu dia diminta untuk istihar sokongan dia di sebelah mana. Anwar atau Mahathir la tu. WOW! Sampai macam ni.
Kemudian dia sambung lagi "I was wondering why I terima surat ni but now it seems clear." Maksudnya sebab aku lah tu. Aku diam je biarkan dia habis cakap. Maklumlah dia 'Datuk' so all due respectlah.
I was 28-29 years old then. Bila dah habis dia bebel, time aku pulak bercakap. Aku tak jawab pun soalan2 dia cuma bab jeopardise businees tu aku ada la jawab 'rezeki bukan dari Mahathir tapi dari Tuhan.' Lepas tu aku cakap it seems like we hv different views.
Dia nak aku hentikan segala penglibatan aku dalam movement but aku reject bluntly. Aku cakap "rezeki aku bukan dari Mahathir so I will not backout. If you want me to leave I will leave. We settle the share issues instantly but I wont backout."
Maka hari itu business aku dan ex Ketua Bahagian Umno itu telah dibubarkan secara prinsip tapi projek2 sediada tu aku kena habiskan. Lagipun key person adalah aku bukan dia. Kekuatan dia title Datuk, ada company besar and orang Umno je. Ada connection kata orang.
Aku ingat isu business tu selesai sebab masing2 dah buat decision tapi tidak. Lagi parah jadinya bila satu persatu projek aku kena terminate tanpa alasan kukuh. Aku jadi lemas sorang2 menghadapi semua tekanan dari pelbagai pihak. Aku pulak jenis melawan so aku lawan terus.
Lagi ditekan lagi lawan. Bertahun juga aku hadapi masalah dari tekanan puak2 zalim ni. Sehinggakan rumah aku x mampu bayar dan kemudian di rampas bank, kereta aku kena tarik bank, ofis equipment aku jual untuk bayar sewa pejabat. Fuhh masa tu Tuhan je tau perasaan aku 😰
Projek kena terminate, rumah kena rampas bank, kereta di tarik, pejabat kena kunci. Ironinya masa itu semangat melawan aku tetap kental. Aku tak undur malah terus maju ke depan. Aku makin giat kumpul kekuatan akar umbi.
Aku aktif kumpul kekuatan akar umbi sebab kebetulan pada waktu itu Parti Keadilan Nasional baru ditubuhkan dan aku ada masa perlancaran parti di Hotel Renaissance KL. Ada la tangkap gambar dgn Semburit, Kak Wan, Dr Chandra, Zainur Zakaria dan arwah Pak Mail (ayah Kak Wan).
Waktu in adalah zaman gelap bagi aku. Kereta x ada, rumah x ada, business stop tapi aku kuat semangat. Dari rumah teres 2 tingkat 5 bilik aku terpaksa pindah ke rumah flat sewa dgn family aku sebab aku dah level papa kedana waktu ini. Tapi semangat aku tetap kuat nak lawan.
Dalam serba kekurangan itu aku tetap bergerak jalankan aktiviti underground raih sokongan terhadap perjuangan ini. Modal sendiri je. Masa tu mana ada orang berani sponsor2 macam sekarang. Dulu masih ramai takut nyatakan pendirian lebih2 lagi termakan propaganda kerajaan.
Setiap kali demo jalanan aku akan keluar modal untuk budak2 aku buat banner dan sepanduk. Baner2 tu pulak lepas demo kami akan gantung di jejantas biar orang tengok. Minggu depan kami buat banner baru pulak. Buat banner pulak di belakang flat tempat tersembunyi.
Alfatihah kepada rakan2 yg bersama ketika ni dan telah pergi lebih awal. You guys memang pejuang tulen, hujan panas tetap turun jika diperlukan. Sampai ke Indera Kayangan, Perlis kami buat kerja. Kenangan bersama kalian kekal segar dalam ingatan.
Mereka itu 'unsung heroes' bagi aku. Masa rumah aku didatangi penguasa merekalah yang bantu kemaskan keluarkan bahan2 berkaitan reformasi dari rumah aku. Sepantas kilat korang kerja.
PKN ditubuhkan pd 4 April 1999 lebih kurang setahun selepas ADIL. Sejak dari itu kami ada platform baru perjuangan kami. Namun begitu walaupun PKN parti yg sah berdaftar, perjalanan kami penuh ranjau dek kerana tekanan dan birokrasi pemerintah. Nak dapat permit ceramah pun susah.
Selalunya kami main langgar je, permit lulus tak lulus kami tetap akan jalan ceramah. Selesai ceramah macam biasa kami akan dipanggil Polis untuk diambil keterangan sebab ceramah tanpa permit. Mintak tapi mereka x luluskan atas macam2 alasan.
Jadi waktu itu kami ambil pendekatan langgar dulu jawab kemudian. So aktiviti2 pencerahan berlaku disana-sini di kawasan aku. Pernah sekali kami gantung kain putih besar di dinding flat 10 tingkat dan tayang gambar Agustin Paul (gula2 Hacks) 🤣 lepas tu ramai ke balai.🤣
Uihhh makin panjang dah thread ni, bosan pulak korang nanti. Aku stop dulu nanti sambung. Panjang lagi jalan ceritanya maklumlah dari 98 hingga 2021 tu 23 tahun lamanya.
Masa ni PAS dipimpin oleh arwah Dato Ustaz Fadhil Noor. Ayahanda kepada @FaizFadzilNoor Arwah seorang yg lantang menentang kezaliman Mahathir semasa hayatnya. Bersama DAP & PSM. Mungkin anak muda x kenal PSM. PSM ni Parti Sosialis Malaysia pimpinan Dr @syedhusinali
Sorry bukan PSM tapi PRM - Parti Rakyat Malaysia logo kepala lembu.
Jadi dari situ korang boleh tengok bahawa perjuangan menentang kezaliman ini didukung oleh banyak pihak termasuk kumpulan2 NGO diantaranya ialah puak2 ABIM, SUARAM, GERAK.
Parti Keadilan Nasional lahir melalui pengambil alihan sebuah parti lama bernama IKIM sebab usaha untuk daftar parti baru amat susah waktu itu. IKIM ni kalau x silap stands for Ikatan Masyarakat Islam Malaysia. Kalau salah tolong betulkan. Banyak halangan sbb anti gomen.
Sepanjang minggu reformasi jalanan berjalan di area Sogo dan DM. Ramai reformist telah ditangkap dan didakwa ketika ini. This is the best part, wang jaminan kami collect dari rakan2 reformist untuk bayar jaminan rakan2 yg ditangkap. Aku rasa duit aku pun ribu jugalah keluar.
Pada satu ketika seramai 108 orang ditangkap kalau x silap. Wang jaminan dalam 3k sorang. Just imagine berapa banyak wang kami kumpul hasil sumbangan rakan2 reformist. Semua bebas dgn jaminan. Masa itu kita tubuh tabung OKT (orang kena tahan). Semua sumbang setakat termampu.
Aku masih ingat lagi arwah Tan Soo Kaw tadah kopiah depan mahkamah di DM kumpul derma rakan2 reformist. Tan seorang pejuang tulen, bila ada tangkapan je dialah yg urusan kebajikan tahanan termasuk keluarga mereka. Pastikan keluarga tahanan terbela. Alfatihah to arwah Tan.
Port kami waktu itu ialah di Restoran Kampung Pandan, Central Market. Skrg dh x ada kot. Sebelum dan selepas demo kami akan minum2 di sekitar kawasan CM. Ada juga kumpul di area Pertama Complek dan Cambell. Kami bincang mcmana nak lawan rejim MahaZalim dgn lebih berkesan.
Aku cerita ni bahagian aku dan aku percaya ada ramai lagi punyai cerita mereka tersendiri malah mungkin lebih tragis dari kisah aku.
Aku masa ni jobless. Projek banyak kena terminate dan ada yg dah siap. So aku ada banyak masa untuk kehulu-kehilir. Disitulah aku terfikir utk sumbang masa dan tenaga aku melalui parti. Bila PKN ditubuhkan aku terus daftar ahli dan dapat membership yg boleh dikata paling awal.
PKN inilah parti politik pertama yg aku sertai. Alhamdulillah until now masih tegak berdiri bersama perjuangannya.
Aku dn rakan2 mula gerakkan perang saraf di kawasan aku dn kami berjaya kumpul almost 70% sokongan masyarakat. Aku kemudian dipilih jadi Presiden Persatuan Penduduk
Aku terima tggungjawab itu sebab dikawasan aku banyak berlaku salahguna kuasa melibatkan dewan masyarakat, agihan zakat dan peruntukkan kpd peniaga kecil. Sampaikan Dewan Masyarakat ditukar jd Pejabat Umno. Aku tekad guna jwtn Pres Persatuan untuk lawan salahguna kuasa mereka.
Ok off jap, aku nak siap2 gi kayuh. InshaAllah malam nanti sambung thread.
Malam nanti aku akan ceritakan tentang cabaran dan tentangan yang kami terima semasa gelombang reformasi sedang rancak berlaku di sekitar kotaraya KL.
Masa ni aku berada betul2 dihadapan DsAI, belakang reporter yg ramai. Bila pasukan bertopeng ala komando pecah masuk rumah DsAI aku jelas dengar DsAI kata "rilex rilex rilex' kerana keadaan dalam rumah masa itu sudah mulai kecoh. Yang berbisik kat DsAI tu arwah Ruslan Kasim.
Jelas kezaliman penguasa walhal boleh aje summon DsAI ke balai. Aku percaya DsAI akan menurut. X perlu buat drama ala komando bagai. Lagipun kami bukannya komunis. Siap bawak mesingun rempuh masuk rumah. Aku pun kecut perut juga mula2 tapi lihat DsAI tenang maka semua tenang.
Pada malam itu DsAI dibawa entah kemana. Kami syak beliau dibawa ke kem tahanan ISA. Malam itu susana suram di kediaman DsAI. Sedih sgt melihat Kak Wan dan anak2nya menangis takala papa mereka dibawa pergi oleh sekumpulan manusia bertopeng dan bersenjata. Aku hero x boleh nangis.
Walaupun DsAI telah dibawa pergi kami tetap tidak berganjak dari rumahnya. Kalau x silap sampai jam 3-4 am kami masih berada di luar kediaman DsAI sebab risaukan keselamatan Kak Wan dan anak2.
Kejadian pada malam itu telah membuatkan kami lebih marah. Semua yg hadir nampak emo. Petang tadi kami di Masjid Negara malam kami saksikan komando angkut DsAI. Peliknya kami x rasa penat atau lelah. Mungkin jiwa hendak lawan itu menguasai diri.
Esoknya bermulalah episod lawan FRU di jalanan. Kami turun jalanan tunjuk protes. Sekatan jalanraya kami langgar je. Besi-besi penghadang jalan kami alihkan. Tujuan kami hendak berkumpul di sekitar DM. FRU sembur air gatal dan kejar kami merata tempat. Ada juga yg parah dipukul.
Lelaki wanita tua muda Cina Melayu India kami memenuhi jalanraya sekitar Sogo, DM & Masjid Jamek. Demonstran hadir dari 3 sudut seolah-olah terancang. Dari air keruh gatal FRU tukar ke air warna kuning agar senang nak cekup kami di stesen2 bas dan LRT bila demo habis.
Reformasi movement ini tak ada ketua, semua hadir atas kapasiti peribadi. Pada masa tu mana ada nama2 besar dalam politik ikut berdemo 😅 jangan marah ye. Yang penuh dijalanraya waktu itu adalah rakyat marhaen yang berdemo atas 1 sebab iaitu menentang kezaliman.
Demonstrasi berterusan saban minggu dan semakin banyak tangkapan dilakukan. Ada yg ditangkap di jalanan dan ada juga yang ditangkap di dalam LRT, bas dan di rumah ketika itu. Setiap kali ditangkap akan ada rakan2 peguam yg akan datang bantu, tak perlu bayar sebab pro-bono.
DsAI ketika ini masih tidak jelas kedudukannya. Tiba2 kami dapat info esoknya DsAI akan dihadapkan ke mahkamah maka ramailah bersiap untuk turun. Walaupun x dapat masuk mahkamah tapi sekurang-kurangnya kami dapat berikan sokongan kepadanya dari jauh.
Kami berkumpul di sekitar mahkamah di DM. Depan belakang mahkamah penuh sesak. Kalau tak silap sekitar pukul 10am kenderaan membawa DsAI sampai. Allahu DsAI keluar dalam keadaan mata lebam akibat dipukul didalam lokap olih Ketua Polis waktu itu. Boleh google search kes ini. Image
Suasana menjadi kecoh apabila melihat keadaan DsAI. Cacian makian kedengaran, tong sampah bertaburan atas jalan. Kejamnya mereka terhadap DsAI. DsAI dipukul dalam lokap kerana mereka marah DsAI membuatkan rakyat turun ke jalanraya. Image
Thread ini adalah atas pengalaman aku sendiri, bukan direka-reka utk burukkan atau popularkan sesiapa. Apa yg berlaku keatas Anwar telah membuka mata kami. Jika seorang Timb Perdana Menteri boleh diperlakukan sebegitu rupa macamana nasib kita rakyat bawahan. The fight continues.
Demonstrasi berterusan sambil kami mendesak KPN waktu itu Rahim Noor memberi penjelasan. Aku masih ingat lagi jawapan mereka - "Anwar tumbuk mata sendiri didalam lokap". Statement ini telah membuatkan api kemarahan kami semakin besar. Mana mungkin Anwar lakukan itu semua.
Sekali sekala kami di jalanan akan dihadiri oleh peguam2 DsAI. Mereka akan membacakan nota kecil dari lokap yg ditulis sendiri oleh DsAI. "DsAI tetap bersemangat walaupun jiwanya terpenjara" begitulah lebih kurang kandungan nota itu yg dibacakan oleh peguam melalui lous hailer.
Nota2 dari lokap penjara ini ada pelbagai nada dan kerap kali dibacakan ketika demonstrasi jalanan sedang berlangsung. Aku x ingat content nota itu tapi semuanya berbunyi kata2 semangat berkaitan keadilan dan prinsip perjuangan oleh DsAI. Ketika ini semakin ramai ditangkap.
Slogan 'Justice For Anwar' mula popular sehingga kereta2 moto2 ada gambar sticker gambar Anwar mata lebam. Aku pun samalah 😁 waktu itu aku dh hilang rumah, kereta, pejabat, perniagaan maka i hv nothing to lose. Aku akan lawan puak yg tekan aku sampai jadi begini. I want justice!
Di jalanan kami mula saling mengenali antara satu sama lain. Tamat je demonstrasi kami akan duduk berkumpul di port2 rahsia kami. Topik kami adalah strategi. Kami harus continue desak kerajaan untuk lakukan pembaikan walaupun kami sedar yg ianya tidak mungkin berlaku.
Disebabkan PKN telah ditubuhkan maka ada sebilangan kami yang masuk menjadi ahli parti dan ada juga yang kekal sebagai aktivis. Masing2 punya choice. Aku pilih berjuang dibawah parti. Walaupun haluan kami berbeza tapi halatuju perjuangan kami tetap sama.
Demonstrasi kekal berterusan. Provokasi juga berlaku yg mana kami percaya ditanam oleh pihak2 tertentu. Ironinya kami kenal provokator sebab kami kenal kalangan kami. Kami x akan bergaduh sesama sendiri sebab halatuju kami jelas. Musuh kami bukan individu tapi sistem yg rosak.
Kami sedar ada SB2 berada dikalangan kami tapi itu dah jadi kebiasaan. Mula2 dulu risau la juga tapi lama kelamaan kami tak ambil pot. Dari Sogo, DM dan Masjid Jamek sekali sekali sampai ke Kpg Baru. Demonstrasi biasanya bermula tengahari dan ending sehingga larut malam kadang2.
Masa demo siang tu aku dh balik rumah. Lebih kurang pukul 6pm macam tu. Selesai Maghrib aku turun balik naik bas terus ke Kpg Baru sebab ramai sedang berkumpul disana. Sekatan jalanraya dikeliling jalan masuk Kpg Baru masa tu. Aku kena jalan jauh dan masuk melalui celah2 rumah.
Trak2 FRU, kereta Polis sudah penuh di jalan masuk Kpg Baru. FRU dah siap sedia dengan cota. Aku berjaya menyelinap masuk melalui celah2 rumah. Aku dapat info 1 moto trafik telah dibakar di tengah jalan Kpg Baru. Suasana riuh rendah dapat didengari masa aku menyelinap masuk.
Macam guerrilla aku masa tu. Dalam gelap cahaya samar2 aku masuk celah2 rumah untuk menuju ke depan Masjid Kpg Baru. Akhirnya sampai juga. Didepan masjid orang ramai sesak. Sampai je aku disitu, berlaku pergelutan di tengah jalan. Tetiba pooom 1 das tembakan ke udara.
Rupa2nya yg bergelut tu rakan2 demonstran tangkap SB dikalangan mereka. SB tu capai pistol dan tembak di udara. Kecoh masa tu, ada yg lari dan ada yang kekal diposisi. Aku memilih untuk kekal dan melihat sendiri wajah SB tu. Sebenarnya mudah juge nak kenal wajah mereka ni.
Ok aku off dulu sementara sebab aku nak ke Sogo. Tempat jatuh lagi dikenang ikinkan pula tapak reformasi. 😂 Ok, dalam sambungan thread nanti aku akan paparkan wajah SB yg tembak ke udara tu.
Episod Kpg Baru ni agak menarik dan rare sebab ini pertama kali sejak awal demo aku saksikan FRU berhadapan dengan abang2 tentera. Nanti aku ceritakan. Tentang info moto Polis trafik dibakar itu akan aku sentuh juga.
Tadi petang aku ke Sogo. Aku luangkan masa sekejap untuk duduk di bahu jalan TAR. Masih terbayang himpunan manusia yang berdiri di sepanjang kiri-kanan jalan melaungkan 'Reformasi'. Sempat aku habis rokok sebatang. Nostalgia. Satu kenangan abadi. Image
Ok kita balik semula ke insiden demonstrasi Kpg Baru KL. Untuk pengetahuan korang, Masjid Jamek Kpg Baru ni sebenarnya mmg port para reformis. Ada yg port di Masjid Jamek DM. Kenapa masjid? Sebab lepas demo kami akan solat ramai2. Selain itu Kpg Baru ni kan banyak kedai makan.
Selain mudah nak solat, banyak kedai makan, Kpg Baru ada lokasi strategik sebab dekat dengan Chow Kit. Perhentian bas berpusat di situ. Senang kami nak balik ke kawasan masing2. Maklumlah aku pun mana ada kereta dah masa tu. Dh kena rampas bank 😰
Malam itu demo sudah bermula sebelum aku sampai. Jalan tikus yg aku guna tu hanya aku yg tau dan sebenarnya aku pun main redah je. Setelah berjaya ke barisan depan aku terkejut dengan kekecohan yg berlaku. Rupanya reformist bergelut dgn SB yg menyelinap masuk dn demo sekali.
Info mengatakan moto Polis trafik dibakar itu x betul sebab sampai je aku ke barisan depan aku tengok cuma tayar2 kereta saja yg di lempar bergelimpangan di tengah jalan dan dibakar. X ada pun moto Polis trafik dibakar. Tayar dibakar tengah jalan antara simpang 4 masjid. Itu je.
Tentang SB tu memang betul lah. Dia menyelinap dalam kumpulan seolah-olah dia peserta reformasi. Mungkin penampilannya yg sedikit berlainan dari orang lain so mudahlah nak cam. Reformist tolak2 dia keluar dari kumpulan so di melawan maka kecohlah.
Dalam tolak menolak tu tiba-tiba di seluk beg dan keluarkan pistol kemudian lepaskan tembakan di udara. Tembakan amaran. Ada orang reka cerita dia tembak reformist tu tak betul la, dia tembak di udara. Aku betul2 dekat dengan spot dia.
Jelas nampak muka SB tu panik. Tapi apa motif SB bersenjatakan pistol menyelinap masuk dalam kumpulan demonstran? Itu yg perlu dijawab oleh penguasa. Tidak terfikirkah mereka jika pistol itu tercicir dan diambil oleh orang lain. Maklumlah orang sesak ramai waktu tu.
Beginilah kejadian sebenar saat itu di Masjid Kpg Baru. Aku rasa brader ni pun dah retire sekarang. Keadaan masa tu huru-hara dan FRU mula masuk untuk buat kerja mereka.
FRU mula bergerak masuk, aku gerak ke dalam sikit sebab macam2 flying object di udara. 😁 FRU amat dekat dengan aku sehinggakan aku dapat cium bau arak. Aku syak mereka minum arak dulu sebelum bertugas. Mungkin utk tambah keberanian kot. Kalau aku salah maaflah tp bau arak kuat.
Masa ni la aku kenal brader2 tentera badan sado, rambut rekrut dalam 6-7 orang sedang berdiri dari jauh. Masa tu aku nampak ada beberapa orang keluarkan lastik. Dalam hati aku kata ada yg akan mati malam ni kalau mereka ni pakai lastik. Aku dan brader2 tentera tu halang mereka.
Sedang kami tenangkan group lastik tiba2 FRU dan SB rempuh masuk. Inilah kali pertama aku kena swing dengan cota. Fuhh...sedap rasanya, nasib tak pengsan. Aku jadi panik dan lari masuk celah2 rumah. Duduk diam2 celah2 rumah dalam gelap.
Dalam gelap tu aku dapat nampak SB2 masuk selongkar sebab nak buat tangkapan. Tiba2 ada hamba Allah buka pintu dan suruh aku masuk rumah. Aku pun tanpa segan terus meluru masuk tanpa pikir panjang. Dia berikan aku air minum. Syukur sangat sebab kerana dia aku tak ditangkap SB.
Aku duduk dalam rumah tu sampai Suboh. Aku kena pastikan keadaan selamat sebelum aku keluar. Brader2 tentera tadi ntah tak tau kemana. Suboh tu aku terus keluar menuju ke Masjid Jamek. DBKL sedang bersihkan jalan sebab semalam banyak flying object macam peluru scud.
Tamatlah insiden di Kpg Baru. Demonstrasi jalanan terus berlangsung pada hari2 berikutnya. Kami tetap turun bersama sepanduk dan poster2 Reformasi & Justice For Anwar. Sogo & DM kekal jadi tapak demonstrasi jalanan. Boleh kata FRU kerja keras waktu tu. Image
Dari hari ke hari penglibatan rakyat makin ramai. Disebelah sini daripada depan Sogo sehingga ke DM dan Nasjid Jamek penuh dengan reformis manakala di sebelah Masjid Negara pula ada kumpulan lain sedang berarak ke DM juga. Image
Panjang sangat la pulak thread ni. Aku end sini dulu. Ada masa inshaAllah aku sambung balik. Ok.
Reformasi tercipta karena orang2 yg menginginkan pembaharuan di dalam negara, baik politik, sosial, ekonomi, dan kebebasan. Kami bukan komunis cuma kami menyuarakan pendapat tanpa takut dibalas dengan bedilan gas pemedih mata dan pancutan air gatal oleh penguasa.
Reformasi98 mmg tak perfect kerana kami hanya sekumpulan orang kecil yg melawan orang besar2 yg punya kuasa. Senjata kami hanya idealisme reformis sejati. Skrg zaman kami sudah berlalu maka sudah saatnya reformis2 muda tampil mengambil posisi. Masa depan negara ditangan anda.
Aku menulis bukan kerna nama dan mahu kekal anonymous. Aku hanya isan kerdil yg bangkit bila keadaan memerlukan. Negara ini negara kita bersama maka menjadi tanggungjawab kita bersama untuk pastikan ianya tidak hancur oleh political animal ini. Jangan takut bicara kebenaran.
I hv nothing to lose masa tu so aku akan turun setiap kali. Ada juga demonstrasi di lokasi2 lain seperti di depan Hospital HUKM Bandar Tun Razak (disini la mula aku kenal si Gobi keparat). Selain HUKM di HKL pun ada masa DsAI buat rawatan (kes arsenic).
Demo mulanya di jalanan HUKM berpindah sekitar Stadium Basikal depan tu. Aku turun pinjam kereta kawan. Nasib aku malang sebab kereta2 yg parking ditepi jalan banyak yang kena pecah cermin. Tak tau angkara siapa.
Pindah sekitar Stadium, aku disapa okeh seorang mamat India, dia perkenalkan diri dia Pemuda MIC dan sokong Anwar. Dia mintak diberikan ruang untuk bercakap guna loudhailer. Sejak hari tu dia selalu muncul dalam demonstrasi seterusnya.
ok sambung lagi nanti inshaAllah…
Demonstrasi berlanjutan setiap minggu, bulan dan bertahun. Kami tetap turun protes jalanan. Selain Sogo, Jalan TAR, Masjid Jamek DM & Masjid Negara kami juga demo di Jalan Kebun, Klang. Masa ni penuh sesak hiway Kesas. FRU tanpa gagal memeriahkan suasana. Image
Masa ni kalau x silap dah tahun 2000 maknanya sudah genap 2 tahun demonstrasi jalanan berlangsung tanpa ada tanda akan berhenti. DsAI ketika ini dalam lokap penjara dan sekali sekala perhimpunan kami disertai oleh peguam2 beliau dan membaca nota dari penjara. Kami tetap semangat.
Aku cuba nak recall macamana kami boleh pindah demo ke Jalan Kebun. Aku dh lupa. Disini juga demo di balas dengan peluru gas pemedih mata dan air gatal. Pengalaman lepas mengajar kami. Ada kengkawan bgtau supaya jgn lupa bawa tuala dan mineral water bila turun demo.
Rupa2nya tuala tu dibasah dgn air mineral kemudian guna utk tutup hidung/mulut bila gas pemedih mata dilancarkan. Aku ikut je. Bila demo berlangsung baru aku sedar memang amat berguna nasihat itu. 😁 kurang sikit pedih mata dan sakit tekak.
Budak demo ni pulak suka menganjing FRU dok jerit2 "anjr anjr anjr" mana tak suasana makin panas. Polis mintak bersurai tapi kami tak endahkan. Kami teruskan demo. LAWAN TETAP LAWAN! Kami tersekat di tengah2 roadblock. Kedepan x bokeh kebelakang x boleh. Dua2 hala kena block. Image
"Anjr punya anjr" Booom! FRU tembak canister gas pemedih mata. Ada yg lari masuk kereta, ada yg lari kebelakang dan ada juga yg lari panjat pagar kebun sawit tepi jalan. Aku pulak sebab dah terkehadapan terpaksa lari panjat pagar kebun. Bertempiaran lari semua tapi seketika aje.
Lepas tu kami kumpul balik. Kami turun balik ke jalan dan upacara membaling balik canister kepada FRU bermula. FRU tembak kami kutip dan lempar balik ke FRU. Itulah guna tuala dan air mineral tadi rupanya. Selain tutup muka, bokeh juga pakai kutip canister yg panas tu. Image
Aku ada simpan buat souvenir canister tu. Aku rasa demonstran lain pun ada kutip dan simpan kot. 😂 Tapi entah mana aku simpan dah hilang, kalau ada tadi aku boleh tangkap gambar upload sini. Jadi demo Jalan Kebun ni pun x aman. Mana nak aman, FRU ada. FRU musuh kami masa tu.
Banyak tangkapan hari tu tapi aku tak pasti berapa ramai. Ada yg kena seret atas jalan dibawa ke kandang. Seperti biasa akan ada peguam dan reformist yg perihatin akan ambil nama dan no tel keluarga mereka. Kami akan bantu keluarga mereka. Tak nak bagi mereka susah.
Demo berlaku di Jalan Kebun disebabkan isu permit ceramah. Kami nak buat ceramah di Jalan Kebun dan permit tak lulus. Jadi kami tetap nak teruskan. Sebab tu kami ramai2 menuju kesana. Tengah jalan kat area Jalan Kebun tu kami disambut okeh Polis & FRU. Tq @azam5339 ingatkan aku.
Dari tol Awan Besar manusia berjalan memenuhi lebuhraya hingga ke Jalan Kebun Klang waktu itu. Tak rasa letih pun. Semangat tinggi kot. Demo berlangsung sampai lewat petang. Tangkapan demi tangkapan berlaku. Ini gambar google aku dapat. Image
Polis FRU sekat jalan menuju Jalan Kebun. Permit ceramah tidak diluluskan. Kami nak ceramah pun tidak dibenarkan. Lepas tu salahkan kami sebab memberontak. Kalau lulus permit tu mungkin konfrantasi di Jalan Kebun tak barlaku. Jimat masa dan tenaga semua orang.
Slogan popular masa tu: Mahathir Undur - Undur Segera, Selamatkan Malaysia, Mahathir Letak Jawatan, Mahafiraun, Mahazalim & Reformasi. Plakad2 banner2 poster2 semua ayat tu je diselang seli dengan poster Justice For Anwar (mata lebam).
Disinilah aku belajar guna tuala good morning, air mineral dan garam. Sejak hari tu ramai yg turun demo di KL bawa benda tu. Orang lain belajar universiti aku belajar atas jalan je benda pelik2 ni sebab nak lawan FRU 😂
Masa ni gerakan reformasi tak henti2 dapat liputan media antarabangsa. Aku ingat lagi BJ Habibie masa tu Presiden Indonesia, Al Gore Vise President US pun ada condemn cara kerajaan Malaysia tangani demonstrasi. Masa demo pun ada ramai reporter asing buat liputan.
Al Gore sebut "REFORMASI" masa tu kat forum antarabangsa. Entah ada tak kat youtube. Kalau ada nanti aku share. Tapi ada juga fitnah2 oleh pemimpin lokal seperti 'Reformasi bakar kedai Cina', reformasi bawa 'Molotov cocktail' dimainkan oleh musuh2 kami dalam media. Tak benar tu.
Tak pernah pun kami guna Molotov cocktail dalam demonstrasi kami. Fitnah yg sengaja direka oleh pihak tertentu untuk menakutkan orang ramai. Mereka takut lagi ramai rakyat akan turut serta dalam perhimpunan. Jadi mereka fitnah kami ganas dan merbahaya macam komunis la singkatnya.
Ok off dulu nanti sambung lagi. InshaAllah.
Gerakan reformasi bermula sebagai kempen mendesak Mahathir letak jawatan. Pada waktu itu sudah ada rasuah dan kronisme yang dikaitkan dgn kerajaan. Pemecatan DsAI waktu itu menjadikan suasana politik negara jd semakin panas. Pemecatan DsAI ni ada sebabnya, nanti aku kupas sikit.
Ramai tanya kat thread kenapa lepas diperlakukan begitu DsAI masih terima Mahathir. Good question.
He treat it as his personal issues with Mahathir. Bagi DsAI negara ini lebih besar dari dia. Agenda pembaharuan/reformasi lebih besar dari dia.
He always said that jgn biarkan 'luka kecil' ini mengaburi mata kita terhadap the main agenda. The struggle is not about me tapi utk masa depan Malaysia, masa depan generasi anak cucu katanya. Anwar is just an ikon but not the main agenda. Itu juga yg kami dukung all this while.
Sebab itu dia terima maaf Mahathir and willing to work with him. Lagipun concensus telah dipersetujui dimana Mahathir akan menerima agenda reform. Apa yg berlaku selepas itu is history.
Jika kezaliman itu DsAI anggap'luka kecil' apalah sangat pengorbanan aku ni. Hilang rumah, kereta, bisnes tutup, projek kena terminate semua tu. Kalau itu 'luka kecil' maka aku ni umpama 'jerawat di muka' je. Something that is manageable. Rezeki ada dimana-mana kan.
Setiap hari ada je dengar kawan2 ditangkap, ada leader yg ditahan bawah ISA dan ratusan lagi kalangan kami yg ditahan atas perhimpunan haram dan pelbagai tuduhan lain. Masa ni la rumah2 kami didatangi oleh SB2 termasuklah rumah aku.
Pada 1 malam tu aku tengah mandi, dalam toilet aku dengar ada orang ketuk2 pagar tapi aku ingat jiran aku. Lepas tu aku dengar mak mentua aku cakap ada orang datang nak jumpa aku. Aku pun siap2 dan keluar jumpa 2 orang berpakaian biasa dan perkenalkan diri mereka Polis.
Mereka datang nk jumpa aku. Aku tak jemput masuk rumah sebaliknya aku ajak mereka berdua pegi warung tak jauh dari rumah. Disitu mereka perkenalkan diri lagi, dari balai mana dan apa tujuan mereka datang. Aku tenang je sebab aku dh jangka 1 hari mereka akan datang cari aku.
Merka soal aku berkaitan penglibatan aku dalam demo dan parti. Aku jawab dengan ikhlas, x de apa yg nak disorokkan pun. Bila mereka datang tu mesti la mereka dh buat homework dulu. So tenang aje lah. Dia soal aku jawab.
Sebab aku x makan lagi aku order Mee Kolok dan teh tarik. Mereka pun order teh tarik. Sambil makan kami sembang. Mereka kata mereka tau semua ttg aku drpd hal2 peribadi termasuk keluarga dan kerja aku. Aku x terkejut pun sebab itu mmg kepakaran mereka. So tenang ajelah..
Aku biarkan mereka bercakap. Perhimpunan haram bla bla bla Anwar Ibrahim bla bla bla. Ada 1 soalan mmg lawak. Dia cakap/tanya ttg kain rentang ada lukisan muka Hakim Agustine Paul tergantung kat flat. Aku tersedak, mereka pun gelak. 😅 Aku tau mereka tau.
Selesai mereka bercakap aku tanya mereka “Tuan, adakah aku ditahan?”Mereka kata tak, mereka cuma nak jumpa dan berkenalan. Lepas 1 jam sembang tu mereka mintak diri sambil pesan jangan langgar undang2. Aku pandang sampai mereka naik moto dan berlaku pergi.
Diaorang blah je aku call arwah Dr Ket Bahagian aku dan bagitau dia apa yg aku alami tadi. Kena bagitau kawan2 sebab takut perkara buruk berlaku. Jika berlaku at least ada orang tau. Mereka pergi tak bayar pun makan minum kami tadi 😰
Tak apalah aku bayar, halal. Lepas tu aku call kawan2 dan pergi ke port kami untuk sembang2 dan rancang apa nak buat next. Demo dh jadi fixed program hujung minggu di Sogo so kami bincang topik nk organise ceramah penerangan sebab rakyat mest tau apa yg berlaku.
#Selingan Sebelum masuk UMNO, Anwar ni student activist, kemudian jd Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Masa itu pun dia dh pernah ditahan dibawah ISA. 2 tahun kalau x silap. Mahathir PM waktu itu nampak potensi Anwar maka di umpannya Anwar supaya setuju join Umno.
Dia umpan Anwar dgn idea penubuhan Bank Islam. Sebelum tu mana ada bank Islam kat Malaysia ni. Sebagai seorang Islamic figure maka Anwar setuju. Jadi tertubuhlah Bank Islam di Malaysia. Aku x ingat semua tapi banyak jasa Anwar masa tu terhadap ekonomi, kemiskinan & education.
Aku tak ingat secara terperinci tapi Anwar dalam Umno semakin popular dan naik mendadak sehingga ke jawatan Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Bila dh popular tu biasalah akan jadi ancaman politik. Sifat politik mmg mcm tu. Timbul persaingan.
Aku ingat lagi time tu kecoh kata Anwar akan langgar Presiden. Sokongan besar terhadap Anwar dalam Umno merimaskan Mahathir. Masa tu dh hampir Mesyuarat Agung Pemilihan Umno. Mungkin dia belum berhasrat untuk berundur tapi tekanan politik dari pihak Anwar ni amat kuat.
Maka timbullah macam2 fitnah seperti Anwar agen Amerika, George Soros, ikut telunjuk IMF dan banyak lagi. Menjelang pemilihan Umno muncul 1 buku viral tajuk ‘50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Layak Jadi Perdana Menteri’. Dulu mana ada sosmed maka fitnah dikumpul dalam buku 😅
Editornya pun dh mati. Jadi inilah buku yg diedarkan kepada perwakilan masa itu. Sarat dengan fitnah dan tohmahan yang keji dan dahsyat terhadap Anwar, termasuklah menggelarnya homoseksual, rasuah, agen Zionis dan Amerika. (Mmmm popular pun susah… ada yg merasa terancam) Image
Maaf aku checkout kat sini dulu. InshaAllah ada kelapangan nanti aku sambung balik. Minta maaf jika tulisan ini ada menyinggung mana2 pihak dan mintak maaf sebab tulisan aku tak teratur, spelling error pun banyak. Aku bukan penulis tapi REFORMIST. 😅
Hari ini 12hb September 1998 adalah hari ulangtahun Deklarasi Permatang Pauh. Marilah kita berganding- bahu untuk memperbaiki negara ini dari dari rasuah, salahgunakuasa dan kezaliman. #REFORMASI! @anwaribrahim Image

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr Rusty Blade

Dr Rusty Blade Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @PisauKarat

Mar 10, 2023
Demonstrasi menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin petang tadi mengembalikan semula kenangan silam masa demonstrasi zaman pemecatan DsAI. Bezanya jumlah yg hadir jauh berbeza dari zaman kami.
Ingin juga nk tgok samada semangat mereka akan berterusan sepertimana semangat demonstrasi jalanan Reformasi98 yg berlangsung selama bertahun-tahun selepas pemecatan DsAI. Kita tuunggu dan lihat saja.
Selamat Menyambut Ulangtahun Penubuhan Parti Keadilan Rakyat (dahulunya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional)

Dan terima kasih Kak Wan @drwanazizah kerana memimpin kami dari hari pertama dan hari ini dibawah pimpinan Ds @anwaribrahim pula.

Dirgahayu KEADILAN
#Reformasitwitter.com/i/web/status/1…
Read 17 tweets
Nov 21, 2022
Suara penentangan dari Sarawak sudah mula kedengaran. Say no to GPS - PN/PAS.
*Dear Premier Abang Jo and all leaders in GPS.*

*Good morning and best wishes to you all.*

*What does 'SARAWAK FIRST !' and 'UTAMAKAN SARAWAK !' really MEAN ?*

*For us ordinary Sarawakians - it SIMPLY MEANS PUTTING SARAWAK and ITS PEOPLE FIRST !*
*It means multi-racial and multi-religious Secular Fairland Sarawak should OBVIOUSLY ALIGN herself with a multi-racial and multi-religious COALITION to form the FEDERAL GOVERNMENT.*
Read 14 tweets
Nov 19, 2022
Unofficial as at 6pm.
6.30pm
6.30pm
Read 34 tweets
Nov 10, 2022
Aku tanya budak UMNO, Najib kena penjara sebab apa? Jawapan dia amat mengejutkan aku. "1MDB tu badan kebajikan, Najib guna utk beri sedekah kpd rakyat tak kira parti dan kaum tetapi orang dengki dan repot dia mencuri."
😅 hancusss anak bangsaku. Ntah apa yg UMNO bgtau mereka.
Beat juga jalan2 time pilihanraya ni. Kita boleh kaji selidik tahap pemikiran anak muda pewaris masa depan.
Tapi bila aku tanya budak2 PH dan PN, jawapannya hampir sama. Kedua-dua pihak nampaknya faham pertuduhan keatas Najib dan Rosmah cuma budak2 PH ni lebih detail sikit. Mungkin sebab selalu dengar pendedahan oleh Rafizi.
Read 16 tweets
Nov 10, 2022
Topik kempen PRU15:
BN - Ketuanan Melayu, undi PH - DAP jadi PM.
PN - DAP komunis, Azan tidak dibenarkan.
PH - tangani rasuah, baikpulih ekonomi, stabilkan harga barang keperluan asas, education reform, downsize cabinet ministers & potong gaji PM & Menteri.
Vote wisely.
Setakat ini aku tengok PH je yang really talk sense. Pikir ttg negara dan kesusahan rakyat. BN & PN ni asik2 jaja DAP komunis, soal Azan, soal bangsa dan agama, dok ulang kempen perkauman. Menang esok dia sakau.
Macam kita Melayu ni bodoh sangat.
Nak masuk tahun 2023 dh ni woii....skrg Melayu bukan Melayu zaman British.
Please don't insult our intelligence.
Read 6 tweets
Nov 9, 2020
Lokasi: Pangsapuri Mutiara Kasih, Lahad Datu. Sabah.
Rakyat turun berdemo.. Ekonomi rakyat tersekat ekoran PKPB. Beras habis, lauk habis, susu anak habis. Bantuan lambat.. Tapi kerajaan nak bazirkan RM85juta untuk unit propaganda mereka, JASA..
#MuhyiddinOut
#TolakBelanjawan2021
dari siang sampai ke malam demo bantahan masih diteruskan.
#MuhyiddinOUT
#TolakBelanjawan2021
Penduduk di Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah di Lahad Datu berkumpul di pintu masuk bagi membantah pelanjutan PKPD selama 14 hari lagi.
#MuhyiddinOut #TolakBelanjawan2021
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(