WARGA MALAYSIA ANTARA YANG CEDERA INSIDEN LETUPAN BOM BERHAMPIRAN BALAI POLIS
Seorang warga Malaysia dan enam anggota sukarelawan pertahanan cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani, Wilayah Pattani, Selatan Thailand, pada pagi Isnin.
Ketua Polis Mueang Pattani, Kol. Pol. Jeffery Sulaiman berkata insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 8 pagi selepas majlis perbarisan anggota polis di balai berkenaan.
Katanya siasatan awal mendapati bom tersebut dipercayai dipasang pada sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran balai polis.
Sekolah akan dibuka secara berperingkat mengikut Fasa PPN mulai 3 Okt - Menteri Kanan Pendidikan @RadziJidin
Kehadiran murid ke sekolah adalah 50 peratus daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran minggu. - Menteri Kanan Pendidikan
Setiap kelas persekolahan akan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu secara PDP bersemuka dan PDPR, yang bergilir setiap minggu. — Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin
Masyarakat tidak sepatutnya malu mendapatkan sokongan sekiranya mengesyaki diri mengalami masalah kesihatan mental, kata Penaung National Alliance of Mental Health (NAMH) @SenatorRasAdiba.
Beliau berkata orang ramai juga perlu menghapuskan persepsi sekiranya mereka mendapat bantuan psikologi akan di'cap' sebagai orang tidak siuman.
"Tidak semestinya kita tak nampak, ia tidak ada. Adakalanya seseorang memerlukan bantuan dan adakala mereka memberi amaran tetapi kita tidak dapat melihatnya.