Sisi Gelap Pasaran Saham.

Malam ini saya akan kongsikan salah satu aktiviti haram yang terjadi di dalam pasaran saham yang berlaku di serata dunia termasuk Malaysia.

Dan aktiviti ini biasanya akan tumpu kepada pelabur2 baru sebagai mangsa.
Aktiviti Haram ini dinamakan Skim "Pump and Dump".

Jom kita tengok macam mana skim "Pump and Dump" ini boleh memberikan keuntungan yang sangat tinggi kepada sindiket dan merugikan para pelabur.
Mula2 sindiket ni akan membeli saham murah dengan jumlah yang banyak, kebiasaanya saham yang berharga Rm0.50 ke bawah.

Seperti semua tahu, saham murah ni ramai orang minat terutamanya pelabur baru sebab naik beberapa tick je dah untung banyak.
Jadi sindiket ini akan ambil kesempatan dengan promosikan saham murah tersebut.

Waktu ni, akan bising dalam semua group telegram saham bincang pasal saham2 ni bahawa saham sen2 boleh naik sampai RM2-3.

Bila kita dengar macam ni, sapa je nak lepaskan peluang? Betul tak
Cuba bayangkan, kalau saham yang berharga RM0.20 naik ke RM1.00 pun kita dah profit 400%.

Kita kena ingat ya, biasanya sindiket ni tak akan bergerak seorang diri, sebab mereka perlukan modal yang sangat besar dan pengaruh "cikgu2" saham untuk "hype" kan saham tersebut.
Tak semua cikgu saham macam tu ya. Ada yang betul2 nak tolong kita dan dalam ramai2 akan ada yang nak ambil keuntungan ke atas kita.

Biasalah, manusia.

Ok, jom kita teruskan.
Sambil2 mereka "hype" kan saham2 ni, mereka juga akan mencipta volume trade yang sangat tinggi untuk menunjukkan bahawa ada something yg akan berlaku untuk saham tersebut.

Kita sebagai trader bila dgr saham akn naik tinggi lagi pula volume banyak masuk, sapa je tak nak join kan?
Pada waktu ni, akan ramai pelabur yang membeli saham tersebut yang membuatkan harga saham naik tinggi.

Pelabur2 baru ni, bila tengok saham asyik naik je dan tak turun2 mula la gatal tangan(FOMO) nak beli sekali.

Waktu pergerakan harga naik ni la kita namakan ia sebagai "Pump"
Waktu Pump ni sebenarnya kita dah boleh agak dah, sebab kebiasaannya harga bergerak tak normal di mana ia membuat kenaikan terlalu tinggi untuk beberapa hari.

Jika trader2 yang profesional, mereka boleh ambil kesempatan untuk membuat keuntungan daripada situasi macam ni.
Tapi yang akan jadi mangsa ialah pelabur baru.

Ketika harga membuat kenaikan, sindiket ni akan menjual saham mereka yang dah beli sewaktu sebelum hype.

Dan sampai satu tahap, saham tersebut akan membuat penurunan yang sangat mendadak.
Maka akan ramaila yang terperangkap dan rugi sewaktu saham tersebut membuat penurunan.

Kesian kepada pelabur yang beli dekat puncak yang terpaksa menanggung kerugian yang besar.
Walau bagaimanapun, sebagai seorang pelabur saham kita perlu belajar ilmu saham dulu.

Lakukan kajian sebelum beli apa2 saham bukannya beli ikut apa orang kata je.

Sekurang2nya perlu ada trading plan, kat mana nak cutloss kalau saham tak naik.
Saya yakin ramai pembaca yang pernah menjadi mangsa skim Pump and Dump ni.

Yang penting kita belajar dari kesilapan dan elakkan daripada ulang perkara yang sama.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Panglima Saham

Panglima Saham Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(