Pasukan Penyelamat di Maghribi ketika ini sedang berusaha menyelamatkan seorang budak lelaki berumur 5 tahun bernama Rayan yang terperangkap selama 3 hari setelah terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter
Air dan Oksigen berjaya disalurkan menerusi paip setakat ini
Penggalian perigi masih diteruskan pasukan penyelamat
#SaveRayan sedang tular dan sohor kini di Maghribi ketika ini
Kita doakan moga Pasukan Penyelamat berjaya menyelamatkan Rayan
Video dirakam pasukan penyelamat tentang keadaan Rayan ketika ini
Ada batu yang sedang menghalang Pasukan Penyelamat dari sampai ke kawasan Rayan ketika ini
Pasukan penyelamat sudah menggali keluar beberapa batu besar sedikit jauh dari kawasan Rayan dan penggalian dijalankan perlahan untuk elak tanah runtuh
Penggalian melintang ke arah kedudukan Rayan diteruskan semula Pasukan Penyelamat
UPDATE
Pasukan Penyelamat mengambil setiap penggalian ibarat mengeluarkan periuk api secara berhati hati
Namun ketika ini semakin ramai anggota pasukan penyelamat boleh masuk untuk menggali berikutan oksigen sudah ada di kawasan penggalian itu
TERKINI
Wartawan Al Jazeera melaporkan jarak antara pasukan penyelamat dengan Rayan ialah sejauh 2 meter dan dijangka ia akan mengambil 4 jam lagi masa penggalian untuk sampai ke Rayan
Kenapa macam lambat sebab sekarang ni kawasan penggalian itu penuh dengan batu batuan keras dan jugak Pasukan Penyelamat menggali dgn sangat berhati hati menggunakan alatan tangan secara manual nak elak tanah runtuh
Keselamatan penyelamat jugak menjadi keutamaan ketika ini
Kalau sesiapa takleh bayangkan ni ha cara penggalian dijalankan
Pasukan penyelamat turun menggunakan tali dan menggali dalam struktur paip yg dibina sebagai terowong sementara
UPDATE TERKINI
Pasukan Penyelamat sudah menggali kedalaman sama paras dengan kedudukan Rayan
Malaysia semalam mula mempamerkan kuasa di Laut China Selatan menerusi Exersais Taming Sari yang dijalankan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia(APMM)
Latihan selama 6 hari bermula 8 Ogos dan berakhir pada 14 Ogos 2021 melibatkan 1,080 anggota dari 3 agensi di atas
Latihan dijalankan di kawasan Markas Wilayah 1(MAWILLA 1), Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang
KD Lekiu dan KD Lekir melepaskan tembakan Peluru Berpandu Exocet MM40