Terima kasih pasukan penerbitan @Kiridaren dan @bibliobuku , partner penerbitan buku "270 Hari Perempuan Melayu di Afrika Sepanjang Pandemik, Antara Cinta, Cita-Cita & Covid"
Kenapa tajuk ditulis "Antara Cinta, Cita-Cita & Covid ?". Kerana datangnya saya ke benua yang jarang mahu diterokai orang ini, menggalas Cita-Cita. Berlaku pula di tengah kemelut Covid, terjumpa pula sebuah cinta yang bersilih ganti dgn kehilangan cinta sejati akibat Covid juga.
Bab 1 - Bab 10 , saya menulis kisah perjalanan sudah sebaik mungkin mempersembahkan nilai-nilai berani seorang perempuan, "survival", toleransi, motivasi yang saya temui ditengah jalan di benua Afrika ini, semoga menjadi bahan "pembelajaran" yang tiada dalam buku teks sekolah.
Saya tak sangka selepas 3 bulan membuat keputusan balik semula ke Malaysia, saya dipanggil lagi ke benua Afrika ini, untuk terlibat membantu salah satu mega-projek dengan syarikat kejuruteraan disini.
Apapun, saya menjemput semua membaca travelog saya, jadikan ianya satu koleksi
"..seorang perempuan Melayu yang mengalami detik mengujakan, erti persahabatan, kekeluargaan daripada orang yang tidak dikenali, guru-guru
tidak diundang membawa cerita di jalanan, ancaman pandemik, & lain2 kisah lagi semoga susunannya membina
inspirasi.."
Bab 1, mukasurat 10.
" Saya belajar bahawasanya untuk menjadi berani tidak semestinya perlu sempurna. Berani, tidak perlu sempurna tapi boleh menyempurnakan apa yang terkurang. Jangan paksa untuk dilihat sempurna, sebaliknya berusahalah mendidik hati menjadi sentiasa berani. ..."
Dunia makin mencabar, kita perlukan anak-anak muda yang berani menempuh ranjau dan onak duri.
Dimana saja arus kehidupan membawa kita, berbekalkan sampan yang
dibina dengan kayu kecekalan, meredah pula arus kehidupan itu dengan dayung keberanian, manakan mungkin Tuhan akan mensia-siakan harapan kita untuk sampai ke destinasi..."
Bab 10, mukasurat 413.
Hidup kena percaya diri.
Hidup kena berani.
Saya menulis dari Muyenga, Kampala, Uganda, Afrika Timur...
Salam Ramadan. 🙂
Tonton Nora Jane Wahab di Buletin TV9 :
Tentang buku travelog saya, "270 Hari Perempuan Melayu di Afrika Sepanjang Pandemik", ada disini : shopee.com.my/product/315316…...
atau boleh berhubung dengan team penerbit buku di Wasap.my/60149470499
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Ini thread yg panjang. Saya baca satu kisah, ceritanya begini, ada seorang pelancong Mat salleh masuk ke sebuah kampung di daerah Toliara, Madagascar. Dia bawa bakul buah-buahan dan bertemu dgn budak-budak kecil yang tidak memakai baju dan seluar yang elok.
Mat salleh tu letak bakul buah-buah dibawah sepohon pokok dan dia bawa budak-budak kecil tu sedikit jauh dari bakul tersebut.
Dia kata, " antara kamu yang paling cepat menghampiri bakul buah itu, maka milik dia lah semua buah-buah ...". Dia suruh budak-budak kecil itu berlumba dapatkan bakul.