Case Study : Kesan nikah luar negara dan status anak.

Ye.. secara biologinya, dia memang anak kepada Halim Othman. Tetapi secara undang²nya.. dia tetap anak kepada “Abdullah”. Apa maksudnya?
.
Undang² tidak/belum mengiktiraf kedudukan mereka sebagai bapa dan anak kandung sebab:
1)Isu perwalian.

Kalau Myra nak kawin nanti, bapanya tak boleh walikan dia. Kalau nak walikan dia kena ada bukti yang dia bapa kepada Myra, paling koman tunjukkan ic dan sijil nikah ibu bapa. Sijil nikah takde memang kena mohon Wali Hakim kat mahkamah syariah lah jawabnya.
2)Isu perwarisan dan harta pusaka.

Kalau Halim meninggal nanti, Myra tak boleh tuntut harta pusaka dia. Asas tuntutan dalam harta pusaka ialah waris² mestilah waris² yang sah di sisi undang².
Antara bukti utk menunjukkan seseorang waris itu sah di sisi undang² ialah dgn memohon sijil faraid di mahkamah syariah. Nak mohon sijil faraid kena ada bukti surat beranak dan sijil nikah. Surat beranak bin/binti Abdullah. Sijil nikah pulak tak ada. Memang tak dapat nak tolong.
Apa Myra nak buat? Minta ayah dia buat wasiat atau hibah siap². Kalau wasiat Myra layak dapat 1/3 (kerana Myra bukan waris). Tapi kalau Halim nak bagi lebih, dia kena bagi harta dia kepada Myra sekarang iaitu semasa dia masih hidup.
3)Isu nasab dan keturunan.

Apa status Myra sebenarnya. Anak yang dilahirkan di luar daripada pernikahan yang sah ada 2 kemungkinan sahaja iaitu anak tak sahtaraf ataupun anak wati’ syubhah. Anak wati’ syubhah ialah anak yang dilahirkan akibat persetubuhan yang berlaku bukan
dari perkahwinan yang sah akibat keraguan tertentu iaitu sama hukumnya dengan nikah fasid. Anak wati’ syubhah, jika berjaya disabitkan nasabnya di mahkamah syariah, maka dia boleh dibintikan kepada bapanya,
boleh berwalikan bapanya dan berhak mendapat hak perwarisan daripada bapanya.

Namun beban pembuktian untuk menentukan status anak ialah terletak ke atas ibubapanya. Mereka kena failkan permohonan pengesahan nasab anak di mahkamah syariah.
Jika mereka mendakwa telah bernikah di luar negara, beban pembuktian untuk mengatakan pernikahan itu wujud ialah ke atas pasangan suami isteri tersebut. Mahkamah hanya perlu melihat kepada dokumen atau bukti² pernikahan tersebut.
Hanya ada 3 kemungkinan sahaja yang berlaku di Mahkamah :
.
1- Dokumen nikah luar negara ada. Rukun nikah semua lengkap dan sah. Maka mahkamah akan sabitkan pernikahan tersebut sah dan boleh didaftarkan di pejabat agama malaysia. Nasab anak juga sabit anak sahtaraf.
Perintah tersebut boleh dikemukakan di JPN dan pihak JPN akan menukar bin/binti anak tersebut kepada nama bapa sebenar selaras dengan perintah mahkamah.

2-Dokumen nikah luar negara ada. Tapi ada rukun nikah yang diragui contohnya pernikahan dibuat oleh jurunikah tak bertauliah
ataupun wali yang tak layak. Mahkamah akan sabitkan pernikahan tersebut sebagai pernikahan yang fasid, mengarahkan untuk difaraqkan dan pasangan tersebut perlu bernikah semula di malaysia. Nasab anak tersebut akan disabitkan sebagai wati’ syubhah.
Perintah tersebut boleh dikemukakan di JPN dan pihak JPN akan menukar bin/binti anak tersebut kepada nama bapa sebenar selaras dengan perintah mahkamah (anak wati’ syubhah sama statusnya dengan anak sahtaraf).
3-Dokumen nikah tiada. Kena tunjukkan usaha untuk cari. Buat carian di pejabat agama yang didakwa telah menjalankan pernikahan di luar negara tu, buat carian di pejabat konsulat atau datangkan saksi yang boleh bagi keterangan untuk menyokong dakwaan yang pernikahan tersebut
memang telah dijalankan. Mahkamah akan memeriksa semua keterangan dan kalau berjaya akan dapat perintah seperti 2 contoh di atas. Tapi jika tak ada langsung dokumen dan usaha?
Maka, beban untuk menafikan bahawa pernikahan tersebut tak wujud/tak sah dan anak tersebut anak tak sahtaraf adalah terletak ke atas ibu bapa anak tersebut.

Contoh Halim saya gunakan sebab memang dia dah terang-terangan declare 1 malaysia.
Dan mungkin ada masyarakat yang keliru dengan kenyataan beliau untuk mengekalkan nama Abdullah sebagai binti anaknya. Nak kekalkan nama Abdullah tu tak ada masalah langsung sebenarnya yang penting sabitkan dulu nasab anak tu di mahkamah syariah.
Pihak JPN memang tak boleh buat apa² selagi tak ada perintah dari mahkamah syariah berkenaan isu tersebut. Jika dah disabitkan nasabnya, walaupun berbintikan Abdullah, dia akan dapat semua hak² seorang anak untuk diwalikan oleh bapanya,
dapat hak faraid dari bapa dan dapat nasab keturunan bapanya. Ini bukan isu tak kisah dan tak nak menyusahkan. Ini melibatkan isu penting tentang status anak dan hak.

Nasihat saya pada halim, jangan mengalah dan putus asa. Cuba usahakan lagi, kesian Myra.
Jangan kata kes dah terlalu lama sebab ada je kes yang dah berlaku 20 tahun dulu tapi masih boleh disahkan di mahkamah sebab pihak² usaha juga bawa saksi. Jangan ambil ringan dengan bab² nasab dan hukum ni. Ini bukan kes terpencil.
Sebenarnya bukan nasihat untuk halim sahaja tapi ramai lagi di luar sana yang ada masalah yang sama seperti ini sebenarnya. Tolonglah ambil cakna.

Pengajaran untuk yang belum terjebak. Jangan buat keputusan singkat. Nikah luar negara memang cepat dan mudah.
Tapi fikirkanlah kesan jangkamasa panjangnya. Kalau terpaksa juga nikah di luar negara atas sebab² yang tak dapat dielakkan, bila dah balik malaysia cepat²lah buat pengesahan di mahkamah syariah dan daftarkan pernikahan tersebut di pejabat agama.
Kesannya tak nampak sangat kepada lelaki/suami. Tapi yang jadi mangsa ialah isteri/anak².

Cuba bayangkan pula kesannya pada isteri? Nak kata dah nikah pun tak ada dokumen yang sah. Nak kata dah cerai pun, sijil nikah tak ada macamana nak cerai. Kalau nak berkahwin lain?
Satu sahaja cara, dia boleh declare yang dia belum pernah bernikah dan seolah pernikahan yang terdahulu tak wujud barulah dia boleh berkahwin lain. Lagipun memang tak ada dokumen langsung kan. Jadi apa status anak daripada perkahwinan terdahulu?
Anak tu tak salah. Yang salah ialah mak ayah yang tak fikir panjang.

Ambik pengajaran. Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan. Biar tahu jangan keliru.

Sumber: FB Roslina Sabiyah

#SyarieCounsel
#celiksyariah
#celikpusaka
#peguammenulis
#nikahluarnegara

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with ~Muhammad Syarafi~ ™️

~Muhammad Syarafi~ ™️ Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @RafiCounsel

Nov 11, 2021
7 Perkara yang boleh diambil pengajaran dalam kisah ini (ambil perhatian wahai para isteri) :

1-Salah faham tentang wasiat.

Wasiat kepada waris adalah tidak sah sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi yang bermaksud :
“Allah telah memberikan bahagian kepada setiap yang berhak. Oleh itu, tiada wasiat untuk pewarisnya”.

Walaubagaimanapun, jika mendapat keizinan waris² yang lain, maka wasiat kepada waris adalah sah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Daraqutni yang bermaksud :
“Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain”.

Dalam kes ini, jika isteri tak setuju dengan wasiat suami untuk memberi keseluruhan harta hanya kepada ibu dan anak, maka isteri tersebut boleh mencabar wasiat tersebut di mahkamah syariah.
Read 18 tweets
Nov 11, 2021
4 tatacara pensabitan nusyuz:

1. Suami menasihati isteri
2. Suami mengasingkan tempat tidur
3. Memukul isteri bukan dengan tujuan mendatangkan kecederaan
4. Melantik Hakam bagi tujuan mendamaikan pihak²

Betapa berat dan sukarnya nak sabitkan isteri sebagai nusyuz ni tuan².
Dalam suatu pensabitan nusyuz, Hakim bicara biasanya menyarankan pihak² untuk mengikuti tatacara bagi menyabitkan isteri itu sebagai nusyuz termasuklah melantik Hakam sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah An-Nisa ayat 35: "Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka
berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan,
Read 5 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(