Nostalgia Pembinaan Lebuh Raya Timur Barat (Gerik-Jeli).
Julai 2022 tahun ini, maka genaplah 40 tahun pembukaan Lebuh Raya Timur Barat yang menghubungkan Perak (Gerik) & Kelantan (Jeli). Dengan siapnya pembinaan lebuh raya ini, jarak masa perjalanan antara Pantai Timur...
dengan kawasan negeri utara dapat disingkatkan. Projek mega ini dikatakan memakan kos sebanyak RM200 juta lebih untuk disiapkan sepenuhnya. Mungkin bagi kebanyakan daripada kita, pembinaan LR (lebuh raya) ini tiada bezanya dengan LR lain di Malaysia.
Namun, untuk mereka yang hidup dan terlibat dalam pembinaan LR ini, pembinaan LR ini adalah lambang pengorbanan dan satu kerja keras mereka untuk keselesaan generasi seterusnya.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana susahnya kerja untuk membina jalan darat melintasi...
Banjaran Titiwangsa yang merupakan tulang belakang negara demi kesenangan anak-anak Malaysia akan datang.
Sememangnya ramai yang tidak tahu bahawa pembinaan LR Jeli-Gerik ini mempunyai dua objektif iaitu memendekkan masa perjalanan, dan mengekang kegiatan komunis di Gerik.
Kerja-kerja pembinaan LR ini telah bermula pada awal 1970 yang mana JKR telah diberi tugas untuk menyiapkan projek mega dan berisiko tinggi ini.
Selain bentuk muka bumi yang bergunung-ganang, ancaman komunis merupakan ujian utama dalam proses menyiapkan pembinaan LR ini.
Mana tidaknya, pada 23/5/1974 sebanyak 63 buah jentolak telah dirosakkan dan dimusnahkan dalam serangan komunis dan secara tidak langsung telah menyebabkan proses pembinaan LR tergendala.
27/8/1974 pula menyaksikan 3 orang pekerja JKR terkorban dan beberapa yang lain cedera...
Dek serangan komunis. Serangan ini dipercayai berlaku ketika para pekerja ini dalam perjalanan ke Banding, dari Kem Pengkalan Gerik.
Cabaran bentuk mula bumi & ancaman komunis menyebabkan projek LR ini lewat disiapkan mengikut tarikh asal.
Projek LR ini hanya dapat disiapkan selepas 12 tahun, dan dibuka secara rasmi pada 1 Julai 1982. Namun ketika itu disebabkan komunis masih lagi berleluasa dan kawasan ini masih dalam jagaan pihak berkuasa, LR ini hanya boleh digunakan waktu pagi (siang) sahaja.
Tiada kenderaan dibenarkan melaluinya selepas pukul 6 petang, dan terdapat beberapa pos kawalan sepanjang LR ini. Pos kawalan keselamatan ini ditamatkan perkhidmatannya pada 1989 apabila berlakunya perjanjian damai Hatyai. (PKM letak senjata)
Sebuah tugu peringatan juga telah dibina oleh JKR untuk mengingati dan mengenang jasa mereka yang telah terkorban serta menjadi mangsa kekejaman komunis semasa berkerja keras dalam menyiapkan projek LR ini.
Fasa ke-2 melibatkan sambungan Gerik-Kulim (Kedah), dimulakan pada 1993 dan seterusnya menyambungkan laluan ini melalui Butterworth-Kulim ExpressWay.
Jalan Kulim-Baling dimulakan dahulu, diikuti dengan laluan Pekan Titi Karangan ke Gerik.
Terdapat 5 batalion infantri kerahan askar wataniah diwujudkan bagi mengawal proses pembinaan LR ini. Batalion 301,302,303,304 & 3056.
Manakala seramai 116 orang pahlawan unit keselamatan negara telah gugur sepanjang proses pembinaan LR Jeli-Gerik (1968-189).
Selain cerita-cerita seram melibatkan laluan ini, LR ini tidak terlepas dengan kelibat gajah-gajah liar yang kerap kelihatan di tepi LR dan kadang-kadang di tengah LR. Kebiasaan gajah-gajah ini muncul di sebelum dan selepas Pulau Banding. (Ada juga terjumpa di kawasan lain).
***Penulisan thread ini adalah ringkasan sahaja dan sebagai bacaan santai, untuk gaya pembacaan yang lebih padat, anda sangat digalakkan untuk membaca dari artikel dan sumber lengkap yang berkaitan***
*Sedikit perbezaan data/maklumat mungkin terjadi disebabkan sumber berlainan*
Sebut tentang pengalaman melalui LR Gerik-Jeli ini, keadaan jalan ada yang ok dan ada yang teruk. Apabila korang lalu jalan ni, tolong peka. Jaga kelajuan kenderaan korang walaupun selekoh sedap layan, jumpa gajah jangan main langgar je. Hati², banyak kemalangan dah jadi sini.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Kapal ni namanya Naga Pelangi II dimiliki oleh Christoph Swoboda , orang German. Ia dibina di Pulau Duyung Terengganu dengan harga RM4 juta (USD 988,000).
-- MohdSallehMazukhi
Korang nak tengok bahagian dalam dia, itu dia bilik nakhoda,
Tangga menuju ke bawah.
Ruang makan, itulah hasil tangan tukang kapal Melayu.
Amacam gempak tak.
Gambar ni dipetik daripada Facebook Christoph Swoboda sendiri.
"Dia pernah ajak naik kapal ni masa dia berlabuh di Langkawi beberapa tahun lepas. Tapi tak dapat pi, jauh sangat."
Sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu disiarkan selama 19 tahun (1985-2004). Disiarkan sebanyak 1,210 episod, PMPMTT boleh dinobatkan sebagai antara sitkom "legend" di Malaysia.
Menariknya, sitkom PMPMTT mempunyai kisah tersendiri menyelamatkan rumah tangga yang hampir musnah, cont---
Watak utama sitkom ini iaitu saudara Sabri Yunus, pernah berkongsi sebuah kisah sangat menarik yang mana kerana keletahnya dalam sitkom popular itu telah menyelamatkan rumah tangga yang retak dan hampir berantakan.
Kata beliau kisah ini terjadi sekitar awal 2000. Setelah lebih kurang 3 tahun siri PMPMTT tidak lagi di siarkan, satu hari beliau didatangi oleh sepasang suami isteri sewaktu berada di luar sebuah pasar raya di Kuala Lumpur.
Nama Kampung Dada Kering merujuk kepada tanah yang telah dilombong dan terbengkalai. Semenjak penutupan lombong yang terdapat di kampung ini, tapak-tapak perlombongan berkenaan telah dipenuhi dengan air dan bertukar menjadi ladang air segar.
Malah, kampung ini pernah menjadi lombong emas. Namun, deposit emas dan rizab telah lama habis dan lombong tersebut telah ditutup.
Kota Sarang Semut, Kedah.
Pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan menjadikan bandar ini kurang dikenali, kecuali bagi mereka yang masih lebih suka mengembara dengan cara lama.
Tahukah anda banyak tempat atau lokasi di Malaysia mempunyai nama-nama yang unik dan pelik. Mungkin ramai yang tidak tahu tapi inilah hakikatnya, jom kita lihat 16 tempat di Malaysia yang mempunyai nama unik dan pelik.
Kampung Bogel, Terengganu.
Percaya atau tidak, kampung ini sememangnya benar-benar wujud di Kampung La, Hulu Besut. Biarpun namanya telah ditukar kepada Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, penduduk masih lagi memanggil dengan nama lamanya.
Difahamkan, nama Kampung Bogel dikenali sejak zaman sebelum merdeka lagi. Nama itu dikenali berdasarkan penemuan sebiji buah durian tanpa duri pada tahun 1955. Namun, kebenaran kisah itu tidak dapat dipastikan.
Inilah mendiang Ng Weng Hong, lagenda jurufoto tanah air yang merakam Tunku Abdul Rahman mengangkat tangan untuk laungan merdeka ketika detik bersejarah kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 di Stadium Negara. Beliau lahir di Pulau Pinang pada tahun 1923.
Follow @kisahtwt untuk sebarang imbauan kisah nostalgia dan sejarah secara santai. Terima kasih.