Beroperasi sejak tahun 2017, perunding kulit, Dr Alina Hasni berjaya menyelesaikan ribuan masalah kulit yang membelenggu pengunjung.
Selain daripada perkhidmatan terbaik untuk masalah kulit pesakit, Klinik Kulit Dermalene ini turut menyediakan kemudahan seperti dibawah:
1) Tempat letak kereta 2) Pelbagai restoran 3) Kedai Serbaneka 4) Dibuka setiap hari dari jam 10pagi sehingga 7malam [termasuk public holiday, kecuali cuti Raya Puasa, Raya Haji, New Year dan Labor Day]
Masalah kulit kusam adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh ramai wanita di Malaysia. Oleh itu, terdapat banyak produk-produk untuk kulit kusam ada di pasaran.
Ada yang menyatakan di antara punca utamanya adalah disebabkan oleh cuaca panas dan lembab yang berlaku sepanjang tahun di negara ini.
Sudah tentu tiada siapa yang mahukan kulit kusam kerana ia membuatkan wajah tampak gelap dan tidak bermaya.
Pernah tak bila anda beli sesuatu produk penjagaan kulit tetapi produk itu tak berkesan untuk kulit anda?
Namun bila anda tengok orang lain pakai, produk itu berkesan kepada mereka pula.
Sebelum nak beli sesuatu produk untuk kulit, lebih-lebih lagi untuk muka, kita kena perlu tahu serba sedikit ilmu tentang penjagaan kulit.
Ini penting supaya kita dapat beli produk yang sesuai dengan kehendak kulit kita.