Sisi Gelap Trevo Sewa Kereta
[Sindiket bawa lari kereta]
Aku rasa thread ni deserved 1000x RT untuk awareness. Aku tak nak benda yg jd dekat aku terkena pada orang lain.
Sebab ini pengalaman aku yg menjadi punca KERETA HILANG.
Hari tu aku ada share pasal app trevo dkt twitter, Trevo ni ramai tahu dia anak syarikat Socar, selepas aku baca posting fb dkt mamat ni.
Jadi aku gunakan referral dia untuk try app ni.
Masa mula aku dapat first booking, aku reject, sebab aku macam xconfident lagi. Plus dia booking sampai 3 hari.
Lepas tu aku dapat 2nd booking pada 29hb Jun 2022 lebih kurang pukul 3pm lebih.
Aku tengok booking dia 1 hari je, jadi after discuss dgn wife aku. Aku pun accept.
(Booking id ni yg previous, yg bru berubah, bila guess tu cancel and then rebooking balik - same delivery and name)
Wakil Trevo (known as dasher) yg pick up kereta aku dari rumah, dan hand over direct to guess dkt nexas bangsar south.
Fyi, Trevo sepatut dah verify user ic and gambar. Tp ada benda yg kejap lagi aku cerita, menunjukkan apps trevo ni tak reliable dr segi safety.
So sepatutnya kereta aku sampai dkt tangan pukul 8.30pm pd 30hb Jun 2022, tapi bila dah assign dasher and nak pergi ambil kereta. Guess tu cakap dkt dasher utk cancel pickup, sbb dia nak hantar sendiri.
Text dari wakil trevo
Of course aku suruh guess inform trevo, and sebab aku sendiri tak percaya guess, aku sendiri pn inform trevo.
So my nightmare start bila i ask trevo the status, and wakil trevo bagitahu guess ckp dkt dia bg member pakai pergi bentong (tp actually Banting - pihak trevo salah dgr)
Aku terus text guess, and from than aku dah tahu kereta aku kena curi.
Mamat tu masa mula masih boleh text, tp dia ckp dia pergi cari kereta la.. bla bla bla..
But aku sure dia just nak delay.
What make more worse, yg gps kereta aku bru order a day before booking and tnggu shopee deliver. So kereta aku bg tu tak boleh nak trace.
Within 24hrs aku terus buat polis report, and kes aku komersial yg ambil (bukan jenayah). Sebab melibatkan app trevo ni.
Masa report baru la aku tahu kalau sewa kereta ni insurance tak boleh cover. Bila polis share pasal tu, aku terus regret beb.
Sebab dalam app trevo aku dah baca help and frequent question. Tak ada mentioned pasal benda ni. Tak ada orang bgtau, trevo yg mmg dah biasa deal dgn insurance pn tak ada inform pasal benda ni.
Yg jadikan kes ni lebih teruk, trevo bawak detail user utk support docx report, verification user trevo ni memang tak boleh pakai.
Boleh dia approve verification org siap pakai spek mata macam ni? Plus muka dlm ic dengan mamat tu tak sama langsung.
Polis memang questioning banyak benda pasal trevo ni,
Contoh apa jaminan trevo bila jd kes macam ni? Masa deliver kereta ada sign apa2 docx tak?
Ayat paling pedas
“Mana kau tahu yg trevo tak berpakat dgn org tu utk ambil kereta kau, verification pun main cincai”
Bernanah telinga aku sampai pukul 1pagi buat report dkt balai polis trevers bangsar sebab kereta last seen area situ.
Masa tengah soal jawap dengan Polis on duty tu, Polis tunjuk ada cover report yg owner Polis tu buat.
Satu report 25hb jun, kes sama ada org guna IC dia tp curi van Hiace. Lagi satu cover report 30hb jun pasal salah guna ic dia curi kereta aku.
Kes ni berat beb, aku ada borak dengan brader yg buat report 25hb tu. Dia someone jugak.
Tapi kes dia pun polis subang ambil report tp xnk bukak kes. Kalau kes menteri, aku rasa seminggu jumpa balik kereta.
Sebab apa aku cakap?
Sbb dkt cover report owner IC tu ada benda suspicious aku baca.
Dia cakap dia ‘serah’ ic, lesen and card bank dia dkt member nama Sam.
Mksdnya dia ada direct contact dengan suspect.
Kalau betul polis nak cari, senang je nak trace.
Part aku, aku dah buat sehabis baik. Aku dah guna resource aku utk cari kereta. Tp kalau dgn kuasa and resource polis aku rasa sekejap je boleh dpt.
Sebab alamat, no phone owner IC dah ada.
Jadi aku harapkan korang boleh panjangkan ni. Supaya ramai2 uninstall app trevo untuk elakkan jd kes macam aku.
Lama hutang nak kena tanggung ni.
Aku frust sebab kereta tu beli hadiahkan utk wife aku. Seminggu dah wife aku murung.
Aku syak sindiket ni ada org dalam, sebab sekarang dekat app trevo dah hilang booking tu tiba2
Guys! Since thread ni viral. Aku dpt byk DM-ed kes kereta hilang model alphard ni.
Modus operandi dorg ni, dia contact owner thru apps and request nk deal tepi, ckp akan bayar extra. So geng dorg tahu yg owner takkan report sbb insurance tak cover klu kes ni viral.
Temporary solution by Trevo has arrived @ 2.55pm.
Condition 8/10
But still good utk drive around, lg 1000km kne service.
Sekarang aku nak mintak benda yg impossible, sebab resource aku dah di penghujung.
Aku tahun follower aku ramai ada baju
Siapa boleh connect kn dengan geng dibawah DM-ed aku.. ada bukti kereta ada, kita table talk.
North port clear, semua tempat dah check. Untuk pengetahuan utk kereta masuk north port bukan senang. Kena verify plate and chasis. Hanya yg berdaftar shj boleh masuk.
Cctv check mmg xd kereta aku masuk situ.
Ada case similar yg kereta dah bawa pergi thailand within 24hrs.
To be fair, polis dah menjalankan tanggungjawap, they been assist me with this case. Jadi jangan assume apa2.
Sebab polis sedang menjalankan siasatan terperinci dan case ni mmg sedang berjalan.
Semalam mmg aku dah sampai limit dah penat.
Trevo baru provide ptg kereta, belum 24hrs dah ada mamat langgar kereta. Dah satu kerja sampai ke malam nak buat report.
Boleh aku dkt line kiri, dia pergi himpit. Lepas tu semalam dia tak pergi buat report pun.
Memang betul berat ujian tuhan nak bagi dkt aku..
anyway report pn dah buat, pihak trevo mmg assist dengan baik.. big thanks wakil trevo yg dtg semalam immediately after i call. Terus bantu settlekan apa yg ptt..
Kita drive elok2 org pulak hentam.. hmm
Latest update, info baru dah jumpa cara utk jumpa dengan suspect.
Tapi a bit risky..
Anyway just nak bgtau korang, kalau jd kes mcm ni. Jangan pergi sorg, make sure ada berteman..
Doakan..
Update..
Macam dah ada sinar kereta boleh dapat. Tp tak solid lagi.
Doakan..
The more info I get, the darker it went
Crazy how deep this case..
Like seriously deep..
Aku tak boleh share lagi dekat public, sebab ni dah usik benda lagi besar. Cuma aku nak bgtau korang, aku tahu cara dia hilangkan kereta dari radar polis.
Modus Operandi Sindiket Sewa dan bawak lari kereta
Tanah rezab Melayu sikit2 dah hilang, since org terdekat aku ada problem juga kes tanah dkt kg. So aku tahu mcm mne game play developer ni.
Dorg akan pegang sorg melayu kerja dgn dia, ada side agreement. Transfer tanah rezab melayu park bawah dia, lepas tu dia nego dengan main developer, jual projek dengan komisyen.
Maksudnya, kau run this project pakai tanah aku dah pegang ni, dan aku ambil 20 juta je.
Kalau terjual berapa ratus juta tu kau amek.
Dengan org kg (pemilik asal tanah), dorg akan janji la macam2. Nak bagi rumah, nak bagi duit. Nanti agreement tu amend byk kali, last sekali dr offer mcm2, dapat la duit sikit.
Aku malas nak cerita berulang kali pasal kes aku, tp aku rse dah lebih 10 orang tnya bnde sama.
Aku takkan share in detail tp sekadar pendapat peribadi aku
Korg RT supaya reach out seramai mungkin
1) Buat kereta sewa ni, insurance memang tak cover, jadi kalau plan nak sewa if kereta hilang memang tanggung sendiri.
2) Tapi ada je org yg aku jumpa buat kereta sewa yg berjaya. Tp dia pasang atleast 3 gps dlm kereta. Tp tak bermaksud risiko tu tak ada, pencuri ni bkn sehari buat kerja ni, yg professional siap pakai jammer signal.
Btw, since ramai share. Just sedikit insight la kot. Time ekonomi skrg ni, mmg sedikit susah nak buat duit thru Malaysia stock market. Reason? Tak ada catalyst.
Sebab tu wujud byk org mula mengajar utk IPO skrg,