#sulu I I ADALAH BEBENANG. ramai yang komplen cakap Tommy tulis panjang lebar, tak faham. Ingat dia berhujah kat Mahkamah ke. Meh aku try simplify kan. Kot la korang boleh hadam pasni.
Tahun 1878, Sultan Sulu tandatangan perjanjian dengan 2 mat saleh yang juga wakil Syarikat British Borneo Utara. Ikut Perjanjian 1878, Sultan Sulu dengan rela hatinya memberikan dan menyerahkan tanah (yang sekarang sebahagian dari Sabah) untuk selama-lamanya kepada 2 omputih.
Sebagai balasan, Sultan Sulu dapat 5,000 dollar setahun sebagai pampasan. Cara Sultan Sulu serahkan wilayah dia bawah Perjanjian 1878 ni sama macam Sultan Kedah serahkan Penang kepada Francis Light dan Sultan Johor serahkan Singapura kepada Stamford Raffles.
Perjanjian 1878 tu jelas: pemberian (bukan pajakan), untuk selama-lamanya (sampai kiamat), dan untuk bayaran 5,000 dollar setahun. Perjanjian 1878 ni penting, sebab ni la satu-satunya asas bagi tuntutan Sulu sekarang ni.
Kalau Perjanjian 1878 tak cukup jelas, pada tahun 1903, Sultan Sulu sign lagi satu kontrak, nak konfemkan yang selain tanah-tanah yang dia sebut dalam Perjanjian 1878, dia bagi lagi beberapa pulau kat omputih.
Time ni, wilayah yang dia bagi masa 1878 tu dah jadi kawasan jajahan British. Bukan lagi bawah syarikat. Jadi kontrak 1903 tu Gabenor British kat Borneo Utara yang sign.
Balasannya, Sultan Sulu punya payment up lagi. Jadi 5,300 dollar setahun. Kaching!
Pada tahun 1939, waris-waris Sultan Sulu ni sendiri failkan kes di Mahkamah Kota Kinabalu pasal bayaran pampasan ni. Sebab mereka bergaduh, siapa yang berhak dapat bayaran. Masa ni, waris-waris tak pula pergi ke arbitrasi. Tak pula failkan kes di negara lain.
Maksudnya, waris-waris sedar yang kalau ada isu dengan Perjanjian 1878, Mahkamah di Sabah la yang patut dengar kes tersebut.
1963 Malaysia tertubuh. Tommy cakap, patutnya, masa ni kita boleh je cakap: omputih, you sambung la bayar 5,300 dollar kat Sulu, sebab korang yang sign agreement tu, bukan Persekutuan. Tapi kita tak buat camtu. Malaysia sambung bayar 5300 tiap2 tahun kat Sulu, macam omputih buat
Sejak 1963 sampai la 2012, tiap2 tahun tak pernah fail, Malaysia buat bayaran bawah Perjanjian 1878. Kenapa? Sebab Malaysia ambil alih kedudukan omputih. Kita amik alih wilayah Sabah dan bayar kat Sulu. Ikut kontrak.
Bayar kat siapa? Tu waris-waris Sulu yang Hakim kat KK masa 1939 cakap berhak terima bayaran. Siapa uruskan bayaran? Duta Malaysia kat Filipina.
Tapi tahun 2013, Malaysia berhenti buat bayaran. Kenapa? Tommy cakap takde kenyataan rasmi pasal ni. Yang x rasmi, katanga sebab Sulu gi ceroboh Lahad Datu. Tapi, Tommy cakap, x de bukti jelas yg kaitkan penceroboh Lahad Datu ada kaitan dengan waris2 yang patut terima bayaran tu
Kalau pun ada kaitan antara penceroboh dan waris, Malaysia patutnya gi Mahkamah KK dan mintak perintah: Sulu, sebab korang serang wilayah kitaorang yang korang dah janji nak bagi sampai kiamat, korang tak layak dapat duit lagi. Tapi gomen tak gi mahkamah.
Sebab xde perintah Mahkamah sebagai asas untuk x terus bayar, Malaysia mungkir kontrak la bila tak bayar Sulu 5,300 dari tahun 2013 tu. Apa yang Sulu boleh tuntut? dari segi undang-undang, waris2 Sulu ada hak untuk tuntut Malaysia tunaikan tanggungwab bawah Perjanjian 1878 + 1903
Apa tanggungjawab Malaysia bawah Perjanjian 1878 + 1903? Buat bayaran tahunan kepada waris Sulu. Berapa? 5,300 setahun. Ni je kontrak yang wujud antara Omputih (yang Malaysia warisi) dan Sulu. Jumlahnya 5,300 setahun je. Tak kurang tak lebih
So, waris2 Sulu, bawah kontak yang tok moyang korang sign, ni je yang Malaysia kena bayar dan ni je yang korang layak dapat. Kalau korang pergi mana-mana mahkamah pun, mahkamah akan bagi apa yang korang berhak bawah Perjanjian 1878 +1903 yang moyang korang sign.
Apa dia? Paksa Malaysia bayar jumlah tertunggak dan paksa Malaysia untuk terus bayar jumlah yang dipersetujui bawah Perjanjian 1878 + 1903
Tommy cakap sebab tu dalam surat Sept 2019 dia bgtau waris Sulu: nah amik RM37,100 yang patut korang dapat dari 2013 - 2019. Up sket, bagi faedah 10% setahun RM11,130. Total RM48,230. Ni je “kehilangan” yg korang tanggung sepanjang tempoh x bayar. Lepas ni, kita sambung bayar K
Kalau waris Sulu terima offer tu, takde dah lagi isu. Sebab janji yang dimungkiri dah pun dipenuhi dan tak akan dimungkiri lagi
Tapi, loyar Sulu si Paul Cohen tu tamak. Dia balas kat surat Tommy masa Oktober 2019, dia cakap: eh Tommy, klien kita tuntut nilai sebenar wilayah yang diserahkan tu. Jumlah yang kau offer tu mengarut ciput.
(masa moyang klien kita sign deal dengan omputih tu) mana la nak jangka plak tanah yg di let go tu banyak na hasil. Ada petroleum, ada hasil tani. So Cohen rejek surat Tommy. Ewah!
Kenapa Tommy kata Malaysia tak patut amik bahagian dalam arbitrasi kat Sepanyol (lepas tu Paris)? Sebab ada satu je kontrak yang Sulu dan omputih sign - 1878 (top up 1903).
Perjanjian 1878 sebut kalau ada pertikaian antara Sulu dan waris2 dengan omputih, diaorg setuju untuk rujuk kepada “Her Brittanic Majesty Consul-General for Borneo”. So Tommy kata kalau ikut kontrak:
1. Perjanjian 1878 tak guna pun perkataan ‘arbitration’. Omputih kalau nak boleh je petik dalam tu sebab kat negara diaorg dah wujud dah undang2 arbitrasi masa tu
2. Tak de sebut tempat mana nak buat arbitrasi. 3. Tak sebut undang2 mana nak ikut nak buat arbitrasi. 4. Tak sebut sape nak lantik arbitrator. 5. Tak sebut berapa arbitrator nak lantik.
Paling penting sekali, Perjanjian 1878 tak sebut lansung Sepanyol atau Perancis. Jadi, bila Sulu buat tuntutan terhadap Malaysia, bukan kat Mahkamah KK, tapi ikut arbitrasi dekat Sepanyol plak tu - klausa perjanjian apa yang korang pakai?
Korang tak leh pandai2 cakap rujukan kepada “Her Brittanic Majesty Consul-General for Borneo” tu sebagai arbitrasi, sebab Perjanjian 1878 tak sebut pun arbitrasi. Lagipun jawatan tu dah tak wujud. Omputih dah blah sejak 1963.
Mungkin sebab tu UK bolayan ja masa Sulu jumpa depa mintak lantik arbitrator kat UK. So kalau UK (omputih yg sign agreement) pon bolayan, camne plak Sepanyol dgn Perancis - yg xde kena mengena langsung dgn kontrak tu, boleh rasa depa ada kuasa nak lantik arbitrator untuk kes ni?
Proses mahkamah dgn arbitrasi ni x sama. Mahkamah ni organ kerajaan, arbitrasi ni bukan kerajaan - swasta la kira. Kalau Mahkamah, bidangkuasa dia undang2 yg tentukan. Kau suka ke tak, kalau undang2 kata mahkamah ada bidangkuasa atas kau, maka kau menjawablah kepada mahkamah tu
Arbitrasi ni plak sbb dia swasta, dia xde power cam Mahkamah. Kau x boleh paksa org utk rujuk pertikaian ke arbitrasi, kecuali kalau dua2 pihak yg bergaduh tu setuju utk rujuk ke arbitrasi. Jadi, persetujuan utk bawak kes ke arbitrasi tu perlu ada. Kalau x setuju, x de arbitrasi
Camni. Kau janji dgn jiran kau, bagi pinjam kereta sebulan dia bayar $500. Lepas sebulan jiran kau x nak bayar. Kau boleh terus saman jiran kau di Mahkamah mintak $500 yang dijanji. Lantak la dia rela ke x rela. Sebab undang2 kata, mahkamah ada kuasa nak dengar tuntutan kau tu.
Tapi, kau tak boleh pandai2 heret jiran kau gi jumpa dukun kat kampung mintak dukun selesaikan masalah kau. Kau tak leh paksa jiran tanopa rela. Sebab undang2 tak kata dukun ada kuasa tu.
Tapi, kalau masa kau jani2 dengan jiran kau tu korang sepakat kata, ok kalau gaduh kita janji kita mintak dukun settlekan, maka ok kau boleh mintak dukun settlekan
Balik semula cerita Sulu, lepas UK bolayan dia, loyar Sulu pergi Mahkamah Sepanyol, mintak Mahkamah kat Sepanyol lantik arbitrator. Mahkamah Sepanyol pon lantik Stampa dari arbitrator untuk dengan tuntutan Sulu.
Apa Tommy buat? Dia tak amik port dalam arbitration tu sebab Perjanjian 1889 takde sebut pasal arbitrasi. Malaysia tak pernah setuju dan tak rela nak ke arbitrasi. Apsal paksa2. Arbitrasi tu tak sah.
Tommy gi Mahkamah KK, mintak perintah yang isytiharkan tak wujud perjanjian nak gi arbitrasi, dan Sabah adalah tempat yang sebenar kalau Sulu nak buat tuntutan.
Malaysia bawak perintah Mahkamah KK ke Sepanyol, buat rayuan dan permohonan untuk halang Stampa dari teruskan arbitrasi tak sah tu. Akhirnya, Julai 2021, Mahkamah Sepanyol benarkan permohonan Malaysia dan larang Stampa dari teruskan arbitrasi.
Malaysia bawak perintah Mahkamah KK ke Sepanyol, buat rayuan dan permohonan untuk halang Stampa dari teruskan arbitrasi tak sah tu. Akhirnya, Julai 2021, Mahkamah Sepanyol benarkan permohonan Malaysia dan larang Stampa dari teruskan arbitrasi.
Apa loyar Sulu, Cohen buat? Dia buat permohonan ex parte (Satu pihak, tak bgtau Malaysia) tukar tempat arbitrasi dari Sepanyol ke Paris. Mahkamah Paris benarkan permohonan Sulu tu. Oktober 2021, Stampa dgn suka hati alihkan arbitrasi ke Paris.
Malaysia tak give up - buat rayuan ke Mahkamah Paris kenapa benarkan Stampa alihkan arbitrarsi dari Sepanyol ke Perancis. Sementara tu, Malaysia mintak Mahkamah Paris arahkan Stampa untuk berhentikan arbitrasi, sebelum rayuan didengar.
Disember 2021, Mahkamah Paris beri Malaysia perintah sementara supaya Stampa hentikan arbitrasi. Malaysia maklumkan Stampa. Stampa buat donno, Februari 2022 dia keluarkan award cakap Sulu berhak dapat USD15.4 billion.
Apa poin yang Tommy nak sampaikan? Stampa ni penyangak. Dia belakangkan perintah Mahkamah negara dia sendiri dan Paris yang suruh dia hentikan arbitrasi.
Stampa tafsirkan Perjanjian 1898 suka2 hati dia. Tak de pon persetujuan untuk ke arbitrasi dalam, perkataan ‘arbitrasi’ pon tak sebut. Tapi suka2 isytihar dia ada bidang kuasa untuk dengar tuntutan sulu.
Award 15 billion tu tak ada asas undang2 langsung, sebab perjanjian 1878 sebut Sulu cuma boleh dapat 5,300 setahun. Perjanjian tak kata boleh semak balik jumlah tu. Stampa, pandai2 tulis balik perjanjian. Wujudkan benda yang tak ada. Ini amat salah dari segi undang-undang2.
Malaysia negara berdaulat dan tak boleh disaman di mahkamah negara asing, apatah lagi arbitrasi swasta macam ni. Kalau Malaysia amik bahagian, maksudnya kita iktiraf perjanjian arbitrasi yang tak pernah wujud, dan iktiraf stampa sebagai arbitrator walaupun tak sah.
Apa Sulu dan loyarnya Cohen buat, rampas aset Petronas, tu salah. Petronas adalah syarikat, bukan kerajaan Malaysia. Petronas tak terbabit dengan arbitrasi tu langsung.
Cohen dan Stampa bersikap sombong, dengan lagak penjajah, paksa Malaysia, sebuah negara berdaulat untuk tunduk kepada arbitrasi tidak sah dan Mahkamah di negara asing. Mahkamah kat eropah sepatutnya hormat kedaulatan Malaysia dan iktiraf Sabah adalah tempat untuk dengar tuntutan.
Tapi tak, omputih2 dan negara bekas penjajah ni angkuh dalam tindakan mereka. Paksa negara dunia ketiga macam Malaysia untuk patuh cakap diaorg. Bayangkan kalau kita buat diaorg camtu, konfem riuh sekampung. Habis satu dunia dicanang.
Paling penting sekali, waris2 Sulu ni takde kepakaran pon nak bawa tuntutan ni. Ini adalah ketamakan Cohen dan juga pembiaya swasta dari UK, Therium. Kalau menang kes, yang akan untung adalah Stampa, Cohen dan Therium.
TAMAT

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Pengat Pisang #hartaldoktorkontrak

Pengat Pisang #hartaldoktorkontrak Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(