Konsep #BakulSolidaritas ni selalunya simple. Berapa je dapat dikutip, kita guna utk bantu mana boleh. Kalau cukup utk 1 keluarga, maka 1 keluarga sajalah kita bantu.
Tapi minggu ni, yg mohon bantuan makin ramai.
Ini 4 pemohon yg agak terdesak.
👇
Puan ni mohon bantuan sebelum bersalin lagi. Tapi dana tak cukup untuk kami bantu jadi saya mohon KIV permohonan kos bersalin dia dulu.
28 Julai, puan ni dah bersalin awal. Skrg berpantang di rumah mertua.
Dia perlu bantuan barangan new born. Especially pampers.
Pemohon seterusnya, puan ini sedang sarat mengandung. Perlu barangan dapur dan keperluan anak sulung yang masih minum susu pakai pampers.
Semalam dia bertanya lagi bila bantuan boleh dihantar 😢
Pemohon ketiga pula, ibu kepada 2 anak. Seorang kena cerebral palsy seorang lagi pula autisme.
Dia mohon bantuan kos pengangkutan ke hospital bulan Ogos. Saya harap sangat ada dana yang cukup untuk diberikan sebelum tarikh appointment hospital tu.
Yang terakhir pula, encik yang bekalan air kena potong minggu lalu dan tim Solidaritas dah tolong bayarkan.
Semalam, TNB pula datang potong api. Dia dah sediakan RM250, perlu lagi RM220 untuk lunaskan tunggakan dan sambung semula bekalan api.
Jadi sempena bulan Muharam dan hari Jumaat ni, saya mohon kalau anda semua boleh tolong hulur sorang sikit.
Kita cuba settlekan 4 kes ni ikut berapa yang ada.
Pertubuhan Solidaritas
562263547223
Maybank
Atau scan QR code je
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
As expected macai Najib dah mula guna hujah bayaran stop tahun 2013 sebab insiden Lahad Datu.
"Takkan nak bayar lagi lepas polis/tentera kita mati ditembak musuh?!"
Pastu mereka main isu ni lebih kurang macam isu arwah Adib. Kata PH tak hargai pengorbanan.
Ini 🧵 untuk counter
First, memang kita boleh pilih untuk stop bayar selepas kena serang. Tapi tak bolehlah stop macam tu je.
Bayaran 'cession money' tu ikut Perjanjian 1878 selagi ada bulan bintang. Takde klausa dalam perjanjian tu yang sebut bayaran boleh dihentikan akibat serangan dsbnya.
Kalau betul kita nak guna insiden Lahad Datu untuk hentikan bayaran, kerajaan (Najib) patutnya buat tindakan susulan untuk pastikan ada persetujuan, tandatangan diturunkan di atas kertas untuk betul2 tutup buku dan mansuhkan terus Perjanjian 1878.
Semalam, ketika beratur nak bayar roti canai di kedai mamak yang 24 jam pasang audio orang mengaji, saya perasan pak haji belakang saya nak beli rokok LD sekotak.
Selepas membayar, saya tanya pada mamak, "pak haji ni beli rokok boleh jual ke?"
1/5
Mamak yang macam dah pergi haji juga agaknya dah 3 kali menjawab, "boleh la jual apa pasal tak boleh itu haji umur pun masuk 70 dia bukan budak-budak?"
Saya berkata...
2/5
"Anne, majlis fatwa sudah membuat keputusan rokok itu haram. Anne Islam, pak haji pun Islam, tak boleh teruskan transaksi ni. Kalau teruskan, nanti masuk neraka."
3/5
Muhyiddin akan letak jawatan esok. Tapi PN mungkin kekal kerajaan jika UMNO dapat jawatan PM.
Kalau ada yang rasa pelik & tanya, "how?"
Well, boleh guna case study Perak. MB BERSATU kena tendang & ganti dengan MB UMNO, kerajaan negeri PN kekal.
Benda dah pernah jadi, dan boleh jadi sekali lagi.
At this rate, MP BERSATU lain, Azmin & Co., PAS & GPS semua tak mustahil sanggup terima je kenyataan bahawa UMNO will be in charge so mereka akan toe the line. Janji kekal kerajaan & kekal jawatan.