Banyak syarikat yang telah mengeluarkan laporan kewangan suku tahunan pada bulan Ogos lepas.
Antaranya ialah PMBTECH Berhad dan setakat ini, mereka telah berjaya mencatat keuntungan yang konsisten bagi 60 suku tahunan berturut- turut.
Jom kita berkenalan dengan PMBTECH.
PMBTECH terlibat dalam reka bentuk, fabrikasi dan pemasangan dinding tirai aluminium.
Mereka telah berjaya mencipta nama di peringkat dunia melalui penglibatan dalam projek mewah seperti Al-Bidda Tower (Doha), Marina Bay Sand (Singapore) dan banyak lagi.
Gambar: PMBTECH
Mereka juga terlibat dalam pembuatan dan pengedaran produk yang berasaskan aluminium seperti “scaffolding tower” dan tangga serbaguna Everlast.
Kalau nak tahu, Everlast ialah pengeluar tangga aluminium terbesar di Malaysia.
Sumber: The Warehouse
Pada Disember 2019, PMBTECH menjual sebahagian perniagaan aluminium kepada ibu syarikatnya iaitu PMETAL.
Ini adalah untuk memberi fokus kepada perniagaan pengeluaran logam silikon bagi memenuhi permintaan industri global seperti automotif dan semikonduktor.
Gambar: Google
Lokasi kilang logam silikon yang terletak di dalam Taman Perindustrian Samalaju di Sarawak membantu mereka untuk mengurangkan kos operasi secara cekap.
Hal ini kerana sebahagian besar tenaga elektrik disalurkan oleh stesen janakuasa hidro terdekat.
Gambar: PMBTECH
Kini, PMBTECH merupakan pengeluar terbesar logam silikon di Malaysia dengan kapasiti 72,000 tan metrik setiap tahun.
Sebahagian besar logam silikon yang dihasilkan akan dieksport ke negara di rantau Amerika Selatan, Amerika Utara dan Eropah.
Gambar: PMBTECH
PMBTECH berjaya meraih peningkatan hasil jualan hampir 50% kepada RM 913 juta pada tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya.
Antara faktor penyumbang kenaikan ini ialah permintaan logam silikon yang meningkat terutamanya di Amerika untuk pembuatan panel solar.
Sumber: Reuters
Baru-baru ini, PMBTECH telah memulakan pembinaan dua relau (furnace) baharu yang bertujuan untuk meningkatkan kapasiti pembakaran logam silikon mereka.
Kedua-dua relau ini dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya pada suku ketiga tahun 2023.
Gambar: Google
Follow kami untuk tidak terlepas sebarang info-info menarik berkaitan saham dan syarikat-syarikat di Bursa Malaysia.
Disclaimer: Post ini hanya sebagai perkongsian ilmu. Sebarang keputusan untuk beli atau jual sesuatu saham adalah di atas risiko pelaburan masing-masing
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh