Baru-baru ini, tular dan kecoh apabila timbul isu seorang OKU yang merupakan bapa kepada salah seorang anak PASTI mendapat surat pemberitahuan mengenai jumlah yuran tertunggak bernilai RM 1,000.
.
Menariknya, PASTI Malaysia difahamkan surat tersebut telah dikeluarkan di atas permintaan sendiri bagi tujuan menyokong permohonan beliau untuk mendapatkan bantuan daripada pihak Lembaga Zakat Selangor.
Eh jap! PASTI ni sebenarnya siapa? Jom kenali PASTI Malaysia.
.
PASTI merupakan Institusi Pendidikan Prasekolah yang berpandukan Teras Islam yang dikendalikan sepenuhnya oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM). Kini, PASTI dah ada di seluruh Malaysia termasuk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
.
PASTI Malaysia telah ditubuhkan bermula sejak akhir tahun 1970-an. Pada tahun 1988 telah diselaraskan nama semua institut tadika Islam dengan nama PASTI. Bermula di beberapa negeri sahaja pada awalnya dan kini PASTI telah wujud di setiap negeri dalam Malaysia.
.
Apa agaknya aktiviti dan program PASTI sampaikan ramai orang berminat sangat ni..?
1. Kurikulum PASTI berteraskan elemen 5C iaitu Celik Al-Quran, Celik Sahsiah, Celik Minda, Celik Cerdas dan Celik Membaca;
.
2. Kejohanan Sukan dan Bakat (Alam Ria) dipertandingkan sehingga ke peringkat Kebangsaan;
3. Murid-murid dan guru dilindungi dengan skim kebajikan tersendiri yang dinamakan SkimPASTI;
.
4. Ada kartun animasi Hadi Huda dan disiarkan secara digital melalui MoA antara PASTI dan Inteam Records;
5. Sambutan Hari Guru dibuat di seluruh Negara setiap tahun;
.
6. Guru-guru ditauliahkan dengan Diploma Pendidikan Awak Kanak-kanak (DPAK) oleh Institut Latihan PASTI Malaysia (ILPM);
7. Alumni PASTI juga telah dilancarkan sebagai NGO berdaftar pada tahun 2022.
.
Mari kita tengok pula pencapaian PASTI baru-baru ini:
1. MoU atara PASTI dan PERKESO membolehkan hampir 10 ribu guru PASTI mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan sendiri (SKSPS);
2. PASTI juga letak melantik ikon2 Alumni PASTI dari pelbagai latar belakang kerjaya;
.
3. Kira-kira hampir 1,000 orang guru telah dan akan menerima DPAK pada Konvokesyen Perguruan PASTI tahun 2022;
4. Kerjasama antara PASTI dgn KWSP - Skim Caruman Sukarela Dengan Insentif Persaraan (i-Saraan).
.
Semoga PASTI terus melahirkan generasi ISLAM yang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia harini.
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) adalah sebuah organisasi pendidikan bawah pemilikan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul.
.
Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bermula sejak akhir tahun 1970-an.
.
Perkembangan pendidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat pendidikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan.
.
Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama Tadika Islam.
.
PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ni. Kelas-kelas PASTI di semua negeri terus bertambah dari sehari ke sehari. Kini, tadika PASTI telah diiktiraf oleh pelbagai pihak dan dianggap prasekolah berteraskan Islam yang terbaik di Malaysia.
Dengan hasrat untuk melahirkan anak bangsa berjiwa Rabbani, wujudlah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang bermatlamat mendidik jiwa dan akal anak-anak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran AI-Quran dan Hadis.
.
Banyak jasa PASTI dalam mencorak dan membina generasi hari ini supaya menjadi generasi Rabbani yang dapat melaksanakan seluruh tuntutan Al-Quran dalam kehidupan.
.
Ratusan ribu alumni PASTI kini berkhidmat membangunkan negara ini termasuk para profesional aras tinggi dengan lebih sejuta orang alumni PASTI.
Kita dapat lihat ramai lepasan PASTI membina kejayaan dalam pelbagai bidang seperti bidang agama, sukan dan akademik. Sebagai contoh;
.
1. Adik Ahmad Naufal dinobatkan sebagai Juara Qari Junior 2016.
2. Farihah Zulkifli dinobatkan juara Hafizah Kebangsaan 2016
3. Haikal Firdaus bin Mohd Jaafarudin muncul johan pertandingan akhir Qari Junior 2017
.
4. Uzair Zayyan Naimulddin mendapat tawaran ke Akademi Bola Sepak Cruzeiro Brazil-British
5. Enam peserta Musabaqah Hafazan AL-Quran 1443H/2021M yang pernah mendapat pendidikan awal di PASTI kawasan Tawau, telah berjaya mewakili Negeri Sabah ke peringkat kebangsaan.
.
6. Mohammad Syauqellah Razali dinobatkan pelajar paling cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu.
Semoga PASTI terus cemerlang mencetak generasi rabbani pemimpin masa depan buat negara tercinta.
"Wahhhh, anak-anak PASTI pun ada set lengkap Huda dan Hadi lah untuk ke sekolah! Comelnyaaa!!"
Seronoklah budak-budak tu nanti! 🤗
Untuk pengetahuan semua, PASTI bukan sahaja program pendidikan yang cekap, berkualiti dan berkesan bagi melahirkan tunas-tunas Islam.
.
Tapi PASTI juga ada melancarkan KOPASTI atau Koperasi PASTI Malaysia Berhad yang menjual alat-alat kelengkapan yang comel dan menarik untuk anak-anak lebih bersemangat ke sekolah.
.
Antaranya
✅ Beg galas PASTI Huda & Hadi
✅ Set bekas makanan PASTI Huda & Hadi
✅ Kotak pensel PASTI Huda & Hadi
✅ Pen marker refillable PASTI
✅ Set alat tulis PASTI
✅ Pensel 2B PASTI
✅ Pensel warna PASTI
✅ Sejadah kanak-kanak PASTI
✅ Dakwat marker PASTI
✅ Beg woven PASTI
Ha! Menarik kannnnn?? 😍😘
Tak rugi! Sebab bukan saja anak-anak akan suka. Tapi dalam masa yang sama kita juga dapat support PRODUK MUSLIM yang dikeluarkan oleh tim kita sendiri.
Pastinya diyakini dan dipercayai sumbernya insyaAllah.
.
Clare Brown tiba-tiba menafikan bahawa dia yg menyatakan dengan pasti PAS terima RM90 juta. Katanya, dia hanya mendakwa PAS terima duit, berapa? Tidak diketahui.
.
Jadi datang dari mana riwayat RM90juta ni? Sahih Clare Brown sudah menafikannya. Adalah perawinya yang membelek kertas hitam di malam kelam itu? Atau yang di Kelantan yang pernah berucap menyatakan “ambo tengok sendiri nilai lebih RM90 juta masuk kepada PAS..”?
.
Nampaknya semakin berbelit fitnah yang direka-reka ini..
Pengundi tanpa parti 43 peratus di PRN Melaka, Johor
KETIKA parti-parti Melayu berada di posisi pembangkang, mereka mampu bersatu. Kata orang berpadu tenaga dan berkongsi pentas. Kerjasama itu diakrabkan lagi dengan muncul Piagam Muafakat Nasional (MN).
.
Ramai masih ingat tanggal 14 September 2019, pemimpin Melayu dari PAS dan Umno berkumpul di PWTC.
Ada esakan dan tangis sedu mengenang permusuhan politik dalam tempoh begitu lama. Malah pemimpin PAS diberi peluang menjadi imam dan menyampaikan tazkirah.
.
Ramai mengharapkan kerjasama itu kekal lama. Rupa-rupanya tidak begitu. Harap panas sehingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari.
.
SEMASA Muktamar Tahunan PAS kali ke 68 di Alor Setar 3 September lalu, Setiausaha Agung PAS telah mengisytiharkan jumlah keahlian baru PAS sepanjang tempuh 8 bulan bermula Januari hingga Ogos 2022 mengikut turutan teramai negeri-negeri iaitu:
.
Sebagai sebuah negeri yang berada di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, kemampuan PAS mendaftarkan rekod keahlian baru yang ramai di Selangor merupakan suatu pencapaian yang luar biasa.
.
Adalah diyakini pendekatan politik Penyatuan Ummah yang dibawa oleh PAS di negeri ini telah menambat hati rakyat.
.
Tugas mentadbir urusan dunia dan segala isinya, dinamakan sebagai khilafah mengikut bahasa al-Quran. Adapun terjemahannya dalam bahasa terkini ialah siasah atau politik.
.
Peranan berpolitik ialah amalan mulia kurniaan Allah SWT kepada manusia, makhluk ciptaan-Nya supaya berada di alam bumi.
.
Makhluk Allah dalam kalangan para malaikat itu mulia, kerana ketaatan mereka semata-mata kepada-Nya. Fitrahnya yang tidak bernafsu dan tidak melakukan maksiat. Tiba-tiba mereka bertanya meminta penjelasan, apabila Allah SWT memaklumkan hendak mencipta manusia.
.
Seramai 160 penduduk kategori B40 menerima kupon bernilai RM50 bagi membolehkan membeli barangan keperluan dengan harga murah sempena Program Jualan Murah Keluarga Malaysia.
.
Adun Pantai Irama, Mohd Huzaimy Che Husin berkata, program itu bermula Ogos lepas merupakan inisiatif kerajaan bagi memastikan rakyat mendapat barangan keperluan harian pada harga murah.
.
“Seramai 160 penduduk miskin diagih kupon bagi membolehkan mereka merasai harga murah yang ditawarkan kerajaan sempena program terbabit,” katanya pada Program Jualan Harga Murah Dun Pantai Irama yang diadakan di Pantai Timur Hypermarket di Bandar Baru Jelawat di sini semalam.
.
PERINGATAN oleh Mursyidul Am dan Presiden PAS pada sesi penggulungan Muktamar PAS Pusat ke-68, amat baik dan bermakna bagi yang mahu memahami arah tujuan perjalanan PAS.
.
Saban tahun, begitulah pencerahan yang diberikan pimpinan ini, menyedarkan kita dari alpa, dibuai ombak ganas fitnah ciptaan musuh.
.
Mursyidul Am memberikan anologi berkenaan situasi kecemasan, seorang wanita, isteri orang yang sedang kelemasan.
.