Ramai pemimpin muda diketengahkan PAS untuk bertanding dalam PRU15 akan datang. Siapakah mereka?
.
Dalam PAS ada sayap Dewan Pemuda dan Badan Amal. Dibawah Muslimat PAS ada Ameerah. Keanggotaan Dewan Pemuda, majoriti anggota Badan Amal dan Ameerah adalah generasi muda dalam PAS. Mereka ini diperhatikan dan dinilai oleh pimpinan senior.
.
Anggota muda yang menunjukkan bakat kepimpinan akan diteliti dan dipilih untuk belajar dan menimba pengalaman dari pemimpin senior dalam PAS. Begitulah sistem tarbiyyah kepimpinan dalam PAS.
.
Pemimpin muda dalam PAS tidak lahir dari buluh betung. Ada sistem mentor mentee untuk mendidik pemimpin pelapis. Ramai calon-calon pemimpin sedang dididik.
.
Sebagai contoh, MB Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Samsuri bin Mokhtar adalah bekas SetPol (Setiausaha Politik) kepada Presiden PAS, TS TGHH sebelum diarahkan untuk bertanding pada PRU 14 yang lalu.
.
SetPol TS TGHH yang baru dilepaskan untuk bertanding pada PRU15 untuk kerusi parlimen Bachok adalah saudara Syahir Sulaiman. Beliau seorang pemimpin muda yang cerdas.
.
MB Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor adalah SetPol kepada MB Kedah terdahulu iaitu allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.
.
SetPol Datuk Seri Sanusi Md Nor pula iaitu saudara Afnan Hamimi Taib Azamuddin yang kini diberi amanah untuk bertanding di kerusi parlimen Alor Star pada PRU 15 ini. Beliau seorang yang hebat.
.
PAS mempunyai cara dalam menurunkan ilmu politik dari satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Buatlah carian dan lihatlah latarbelakang, pendidikan dan keterampilan mereka. Bukankah sekarang maklumat dihujung jari?
.
Jangan kita mudah dipengaruhi oleh fitnah dan dusta yang sengaja dicipta oleh orang-orang yang dengki. Anak-anak muda jangan malu untuk bersama PAS. Biarkan yang dengki itu hanyut dengan kedengkiannya.
.
SUNGGUH galak DS Anwar Ibrahim (DSAI) memperlekeh PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan dalam isu air sepanjang kempen ceramah beliau pada PRU-15 kali ini.
.
Ingatkah beliau, selama 7 tahun menjadi Menteri Kewangan Malaysia, tiada satu pun geran dan bantuan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan bagi tujuan menyelesaikan masalah bekalan air di negeri ini.
.
Apakah jika diberikan mandat, isu ini akan terus selesai umpama ‘Hari ini menang, esok minyak akan turun’?
.
Ex ABIM, IKRAM tu memang macai DAP dari dulu. Tak terkejut pun. Dulu #G25 sekarang #G70.
.
Pertubuhan para profesor Melayu yang telah berpencen, yang majoritinya dianggotai oleh ABIM dan IKRAM yang ternyata begitu taksub dengan batang tubuh Anwar Ibrahim dan sokongan membabi buta tanpa justifikasi yang jelas,
.
Islam mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh kaum wanita dalam pelbagai bidang pembangunan negara dan masyarakat.
.
Malah, sejarah Tanah Melayu juga membuktikan bahawa wanita turut memberikan sumbangan yang besar kepada negara dalam perjuangan kemerdekaan dan pembangunan negara dalam pelbagai bidang.
.
Sejajar dengan pengiktirafan itu, Perikatan Nasional dengan tema Prihatin, Bersih, Stabil (PN BEST) telah menawarkan beberapa tawaran menarik yang mengambil kira peranan wanita yang sangat penting dalam pembangunan sesebuah negara.
.
Dalam hampir semua edisi ceramah kempennya pada PRU15, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sentiasa menegaskan bahawa beliaulah insan terbaik untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kali ini sebagai Perdana Menteri ke-10.
.
Sukar untuk Rafizi Ramli meyakinkan rakyat Malaysia bahawa Anwar adalah calon Perdana Menteri terbaik, kerana Timbalan Presiden PKR itu sendiri terlalu sibuk berdepan dengan isu yang dicetuskan oleh diri beliau sendiri, isu betapa ‘jutawannya’ diri beliau.
.