Kami Tidak Terkesan Pun Apabila Orang Meninggalkan Perjuangan PAS - Ahli PAS

1. Soalan: Sedihkah kamu apabila kawan atau pemimpin kamu meninggalkan PAS?

Jawapan: Tidak. Kami tidak sedih pun. Kami hanya hilang kawan tetapi kami masih ada Allah.
. Image
Ayat Quran: “Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” At-Taubah: 40
.
2. Soalan: Tidak takut atau tidak terkesankah kamu apabila orang keluar PAS mencela PAS Parti Ajaran Sesat?

Jawapan: Tidak. Kami berjuang tanpa rasa takut kepada celaan manusia. Allah Maha Berkuasa untuk melimpahi kurnia kepada orang yang Dia suka.
.
Ayat Quran: "Mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela.
.
"Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya". (Al-Maidah: 54)
.
3. Soalan: Gugurkah air mata kamu melihat orang keluar PAS?

Jawapan: Tidak. Kami tidak meratapi permergian mereka kerana Allah boleh mengantikan mereka dengan orang lain yang tidak seperti mereka.
.
Ayat Quran: "Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini". (Muhammad: 38).
.
4. Soalan: Tidakkah kamu lemah semangat dengan apa yang menimpa PAS apabila beribu orang meninggalkan PAS dan menubuh parti lain?
.
Jawapan: Tidak. Kami tidak lemah semangat dengan ujian yang menimpa PAS. Kami tetap sabar menunggu pertolongan Allah kerana Allah mengasihi orang yang sabar.
.
Ayat Quran: "Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah,
.
"Maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh) dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengasihi orang-orang yang sabar". (Ali Imraan: 146)
.
5. Soalan: Tidakkah kamu terasa hendak mengikut mereka yang meninggalkan PAS?

Jawapan: Tidak. Kami tetap setia dengan PAS. Kami serah pada Allah untuk menjaga iman kami dan semangat perjuangan kami.
.
"Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya.
.
"Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya". (Al-Mujaadila: 22)
.
6. Soalan: Tidakkah kamu merasa rugi kerana kehilangan ramai pejuang yang boleh menidakkan kemenangan kepada PAS?

Jawapan: Tidak. Kami tidak merasa rugi kehilangan ramai pejuang kerana kami menyerah kemenangan itu kepada Allah bukan kepada ramainya bilangan kami.
.
Ayat Quran: "Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai;
.
"Maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri". (At-Taubah: 25)
.
7. Soalan: Tidakkah kamu kesal kerana tidak dapat menghalang mereka daripada meninggalkan PAS?
.
Jawapan: Tidak. Kami tidak kesal kerana itu kehendak mereka. Kami mengajak kepada kesatuan berjemaah tetapi kami tidak berkuasa menyatukan hati atau memberi mereka hidayah. Tugas kami hanyalah menyampaikan.
.
Ayat Quran: "Dan yang menyatukan hati mereka yang beriman. Jika sekiranya kamu membelanjakan semua harta kekayaan yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka. Akan tetapi Allah SWT yang menyatukan hati mereka." (Surah al-Anfal, ayat 63)
.
“Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak dapat memberikan hidayah kepada siapa yang engkau suka, tetapi Allahlah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.” (Surah Al-Qasas, 28 : 56)

“Kewajipan engkau tidak lain hanyalah menyampaikan.” (Surah Syura, 42: 48)
.
8. Soalan: Mereka kata mereka keluar PAS kerana mereka tidak bersetuju dengan pemimpin yang ada sekarang. Tidakkah kamu merasa perkara yang sama seperti mereka?
.
Jawapan: Tidak. Kami tidak masuk PAS kerana orang. Kami masuk PAS kerana mencari keredaan Allah. Pemimpin yang berbeza cara boleh kami terima selagi beliau tidak melanggar syariat Islam yang membawa kepada dosa.
.
Kami berjuang dalam PAS kerana dasarnya Islam. Selagi PAS tidak mengubah dasar Islamnya mengapa kami hendak keluar Jemaah?
.
Ayat Quran: "Serta (diwajibkan kepadaku): Hadapkanlah seluruh dirimu menuju (ke arah mengerjakan perintah-perintah) agama dengan betul dan ikhlas dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik." (Yunus: 105)
.
9. Soalan: Tidakkah kamu bimbang PAS akan ketinggalan dan terpinggir apabila ramai ahli meninggalkan PAS dan mendapat pertolongan dan sokongan padu daripada parti bukan Islam?
.
Jawapan: Tidak. Kami tidak bimbang kerana kami tidak meninggalkan orang-orang yang beriman pun dan kami tidak menjadikan orang kafir sebagai teman rapat kami. Jadi kenapa perlu kami bimbang sedangkan kami dijanjikan dengan perlindungan Allah?
.
Ayat Quran: "Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun,
.
"Kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali. (Ali-Imraan: 28)
.
10. Soalan: Tidakkah kamu merasa susah untuk menang apabila bilangan ahli berkurangan akibat penghijrahan keluar ahli-ahli PAS?
.
Jawapan: Tidak. Kami tidak merasa susah kerana itulah ujian Allah untuk melihat siapa yang istiqamah dalam perjuangan PAS.
.
Tetapi Allah Maha Berkuasa dan mampu memberi kemenangan walaupun bilangan kami sedikit (contoh: dengan memberi hidayah kepada rakyat yang bukan ahli PAS untuk mengundi kami)
.
Ayat Quran: “Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang).
.
"Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu)”. (Ali Imraan: 123)
.
“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)?
.
"Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri”. (Ali-Imraan: 160)
.
11. Soalan: Tidakkah kamu terasa lambat lagi untuk menang dengan ketiadaan ribuan ahli yang meninggalkan PAS?
.
Jawapan: Tidak. Kami tidak gusar kalau lambat menang. Tetapi kami bimbang kalau cepat menang dan cepat jatuh.
.
Kalah PRU bersama Jemaah adalah lebih baik daripada menang PRU tanpa berjemaah kerana berjemaah itu tuntutan Allah sedangkan kemenangan itu bukan tuntutan tetapi anugerah Allah.
.
Ayat Quran: "Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani." (Ar-Rum: 5)
.
"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu),
.
"Padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." (Ali'Imran: 139).
.
12. Soalan: Terhentikah perjuangan PAS kerana kehilangan kawan-kawan kamu?

Jawapan: Tidak. Kami berjuang kerana Allah bukan kerana kawan-kawan atau manusia. Selagi nyawa dikandung badan, Allahlah tempat kami bergantung bukan kepada manusia.
.
Kami tidak berputus asa dan menghentikan dakwah ini hanya di sebabkan kehilangan mereka kerana kami dilarang berputus asa tetapi terus mengharapkan rahmat dan pertolongan Allah.
.
Kami akan terus menolong agama Allah walaupun dengan ketiadaan mereka kerana Allah berjanji akan menolong siapa yang menolong (agama) Allah.
.
Ayat Quran: "Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya.
.
"Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya." (Al-Mujaadila: 22)
.
"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusof: 87)
.
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkankedudukanmu."
(Muhammad: 7).

Ahli PAS
Kuantan
7 November 2022

MAMPUCentre

#PolitikIslam
#PRU15
#UndiPAS_PN
#TolakPH
#RehatkanUmnoBn
#PNBEST
#BersihdanStabil
.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾 Reza Razali 🇲🇾

🇲🇾 Reza Razali 🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @_rezarazali_

Nov 17
@anwaribrahim nak saman MB Kedah 10 juta?

Jom anak2 muda dengar sendiri penjelasan MB Kedah supaya tahu Sejarah... Jangan tertipu macam Tipah...

(video thread 1/3)
(2/3)
(3/3)
Read 4 tweets
Nov 17
SUNGGUH galak DS Anwar Ibrahim (DSAI) memperlekeh PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan dalam isu air sepanjang kempen ceramah beliau pada PRU-15 kali ini.
. Image
Ingatkah beliau, selama 7 tahun menjadi Menteri Kewangan Malaysia, tiada satu pun geran dan bantuan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan bagi tujuan menyelesaikan masalah bekalan air di negeri ini.
.
Apakah jika diberikan mandat, isu ini akan terus selesai umpama ‘Hari ini menang, esok minyak akan turun’?
.
Read 15 tweets
Nov 17
KENYATAAN MEDIA MPN DEKLARASI PROFESOR MELAYU
. ImageImage
Ex ABIM, IKRAM tu memang macai DAP dari dulu. Tak terkejut pun. Dulu #G25 sekarang #G70.

.
Pertubuhan para profesor Melayu yang telah berpencen, yang majoritinya dianggotai oleh ABIM dan IKRAM yang ternyata begitu taksub dengan batang tubuh Anwar Ibrahim dan sokongan membabi buta tanpa justifikasi yang jelas,
.
Read 13 tweets
Nov 17
Gelombang telah bermula...
Kemenangan semakin nyata...

Perikatan Nasional Menawarkan
PN BeSt

#PNBEST
Hasil Kajian Merdeka Centre Seluruh Malaysia : TS Mahyuddin Yassin MENDAHULUI PILIHAN RAKYAT MALAYSIA.

(video 1/2)
(video 2/2)
Read 5 tweets
Nov 17
Islam mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh kaum wanita dalam pelbagai bidang pembangunan negara dan masyarakat.
. Image
Malah, sejarah Tanah Melayu juga membuktikan bahawa wanita turut memberikan sumbangan yang besar kepada negara dalam perjuangan kemerdekaan dan pembangunan negara dalam pelbagai bidang.
.
Sejajar dengan pengiktirafan itu, Perikatan Nasional dengan tema Prihatin, Bersih, Stabil (PN BEST) telah menawarkan beberapa tawaran menarik yang mengambil kira peranan wanita yang sangat penting dalam pembangunan sesebuah negara.
.
Read 5 tweets
Nov 17
PENDAHULUAN 

Dalam hampir semua edisi ceramah kempennya pada PRU15, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sentiasa menegaskan bahawa beliaulah insan terbaik untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kali ini sebagai Perdana Menteri ke-10.
. Image
Sukar untuk Rafizi Ramli meyakinkan rakyat Malaysia bahawa Anwar adalah calon Perdana Menteri terbaik, kerana Timbalan Presiden PKR itu sendiri terlalu sibuk berdepan dengan isu yang dicetuskan oleh diri beliau sendiri, isu betapa ‘jutawannya’ diri beliau.
.


Terpaksalah Anwar sendiri ‘mengangkut bakul’ yang berisi dirinya sendiri itu.
.
Read 32 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(