Saya balik ke Malaysia dan jadi pensyarah pada Oct 2016. Selepas 6 tahun dalam dunia akademia, ini beberapa redflags 🚩 yang anda perlu tengok sebelum pilih SV Master/PhD.
1. SV Tiada Geran Khas
Kalau minat sesuatu bidang, pastikan bakal SV anda ada geran untuk tampung kos perbelanjaan penyelidikan anda. Kos ni termasuklah elaun sara hidup dan kos beli alat penyelidikan.
2. SV Acaikan Student
SV minta jaga anak, hantar/ambil anak pergi sekolah, belikan makanan. Ini bukan job scope anda sebagai Master/PhD student. Kalau nak buat, pastikan dibayar atau memang nak tolong. Nak tahu camne? Tanya student-student dia yang sedia ada.
Tahniah TV3 buat edisi tentang bahaya Baung Ekor Merah.
Spesies ini memang merosakkan ekosistem air tawar negara kita. Amat sedih jika generasi akan datang tak jumpa dah ikan asal seperti kerai, lampam, jengkua dan ikan sia.
Baung Ekor Merah, Apa Perlu Anda Tahu
Ikan Baung Ekor Merah (Asian Red Tail Catfish) atau nama saintifiknya Hemibagrus wyckoides adalah berasal dari Sungai Mekong di Thai dan juga Vietnam.
Ikan ini adalah ikan terbesar dalam keluarga ikan baung (Bagriidae) di Asia, dengan berat boleh mencapai 80 kilogram seekor. Ini menjadikan ia sebagai spesies yang "dirasakan" sesuai sebagai calon akuakultur.
Harga pasaran pula sekitar RM 15-20 sekilogram dan mendapat permintaan yang tinggi kerana dikatakan mempunyai rasa yang sama dengan ikan baung sungai (Hemibagrus capitulum),
Saya kongsikan pengalaman melihat bagaimana Kerajaan Jepun menguruskan gaya hidup minum arak di Jepun. Mudah mudahan kita di Malaysia boleh belajar dan tambah baik.
Jepun dan arak adalah sangat sinonim. Hampir semua pesta akan ada arak. Samada arak tradisional (sake, 酒) atau arak moden (beer, ビール).
Bila anda masuk ke universiti, makmal, atau tempat kerja baru, akan ada nomikai (飲み会). Tujuannya adalah taaruf sesama ahli organisasi.
Beer adalah minuman asasi sewaktu nomikai. Yang muslim biasa akan pilih Ginger Ale atau jus oren.