1. DARAH JENIS O
Jenis darah tertentu lebih manis dari lain. Satu kajian mendapati darah jenis O mempunyai 83% kebarangkalian lebih tinggi untuk digigit nyamuk. Manakala sebaliknya dengan darah jenis A.
2. INDIVIDU BERTUBUH BESAR
Mungkinkah? Menurut kajian, ia kena-mengena dengan kadar metabolisme dan jumlah karbon dioksida yang dibebaskan dari badan sewaktu pembakaran tenaga.
Nyamuk menggunakan gas karbon dioksida untuk mengesan sasaran mereka & ia boleh dikesan dari 50 meter jauh. Jadi lebih besar anda, lebih banyak gas karbon dioksida yang dibebaskan & katakan anda bersaiz besar dalam kumpulan keluarga atau rakan, maka besarlah peluang untuk digigit
3. WANITA HAMIL
Menurut satu kajian di Afrika, wanita hamil 2 kali ganda tinggi peluang digigit nyamuk juga atas sebab mereka membebaskan lebih banyak gas karbon dioksida.
Malah dalam satu kajian pada 2002 mendapati wanita sarat mengandung membebaskan 21% lebih banyak gas tersebut berbanding wanita biasa.
4. INDIVIDU SEDANG BERSENAM
Nyamuk tertarik dengan asid laktik, kompaun yang dikesan dalam peluh. Selain itu, senaman juga juga meningkatkan haba tubuh yang turut menyumbang tarikan gigitan nyamuk.
5. MEMAKAI PAKAIAN GELAP
Ini logik paling asas, di mana nyamuk lebih tertarik kepada persekitaran gelap, maka pakaian anda juga memberi indikasi yang serupa.
Dr. Jonathan Day, seorang pakar entomologi dan nyamuk di University of Florida menjelaskan, “Nyamuk sukar terbang dalam angin jadi mereka lebih memilih untuk berpusat di dataran. Persekitaran gelap membuatkan mereka lebih selesa.”
6. INDIVIDU KUAT BERPELUH
Asid tertentu dalam tubuh badan seperti laktik dan urik serta kolesterol mempunyai kandungan steroid yang tinggi. Ia juga menarik nyamuk kerana orang jenis ini mempunyai kadar metabolisme tinggi selain memproses kolesterol lebih cepat dari yang lain.
Dr Ahmad Samhan
-individu yang memahami nyamuk-
Jemput follow dan set #FAVOURITES untuk dapatakan info lebih menarik.
Saya juga banyak berkongsi #ILMUMAHAL di channel telegram saya.
Dari tadi aku dah perhatikan waris pesakit ini agak kurang sopan dengan Nurse. Minta itu, minta ini, ada sajalah yang tak kena dimata dia.
“Encik, saya Dr Samhan. Doktor yang incharge ayah encik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?”
“B*b* betul! Sedar sikit pass diploma je, bukan ada ijazah pun. Buatlah kerja betul-betul!” (sambil menunding jari pada Staff Nurse.)
Nurse itu diam membisu sepatah tak berbunyi.
Aku dah tak boleh tahan.
“Jangan kurang ajar boleh tak? Ingat Nurse ini hamba ke? Encik keluar!"
Aku pun ada tahap sabar juga. Pantang betul kalau kita dah cakap baik-baik tapi masih nak berlagak tunjuk belang.
Aku tak kisah pun kau siapa. Aku tak kisah kalau kau nak saman. Aku tak kisah nak menjawab dengan orang atasan. Yang aku tahu, kau tak berhak langsung nak menghina.
Tabiat kepit pin tudung di bibir boleh bawa maut?!
Pin tudung ni dah macam sahabat baik wanita. Kes tertelan pin tudung dah banyak kali terjadi.
Bagaimana boleh tertelan? Ia terjadi diluar kawalan.Kebiasaannya berlaku akibat terbatuk, terbersin, tarik nafas atau terlucut dari bibir.
Pin tudung ini samada akan masuk ke salur makanan(esophagus) seterusnya ke perut atau masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke paru-paru.
Jika masuk di salur makanan, ada kemungkinan akan keluar bersama najis jika tidak tersekat.
Jika masuk ke salur pernafasan, ia akan tersekat di paru-paru dan boleh mengakibatkan pendarahan yang serius atau pneumomediastinum seterusnya boleh membawa maut.
Kudis buta atau skabies ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei.
BAGAIMANA BOLEH JADI GATAL?
Jika dilihat melalui mikroskop, kutu berbadan bulat dan ada lapan kaki. Oh ya, kutu ini betina. Dia akan menggorek masuk ke dalam kulit, bertelur dan terus mati.
Telur tersebut akan menetas dan menjadi kutu. Kutu ini boleh hidup pada kulit dan menyebabkan kegatalan yang amat!
BAGAIMANA BOLEH BERJANGKIT?
Kutu ini hidup pada permukaan kulit. Ia sangat mudah berjangkit melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami kudis buta.
Sedar atau tidak kita semua adalah perokok. Perokok pertama adalah individu yang aktif merokok dan perokok kedua adalah mereka yang menghidu asap rokok yang dibebaskan oleh perokok pertama.
Manakala yang lebih teruk adalah perokok yang ketiga, mereka yang menghidu saki baki bahan rokok yang tersisa selepas ditinggalkan oleh perokok pertama dan kedua.
Apabila rokok dibakar, hampir 7000 kimia terkeluar. 69 daripada kimia tersebut terbukti menyebabkan kanser.
Ini termasuklah nikotin, tar, karbon monoksida, aseton, amonia, dan benzena.
Bahan-bahan kimia ini lebih berat dari udara, maka ia akan meresap ke dalam pakaian,rambut,langsir,sofa dan kusyen kereta anda.