Antara sebab kerajaan PH tumbang pada tahun 2020 adalah kegagalan Tun Dr. Mahathir untuk membina satu naratif baru yang menjadi kerangka kepada ‘Malaysia Baharu’.
Sekarang, kita semua sedar bahawa Mahathir memang tiada niat pun untuk menjayakan kerajaan PH pada waktu itu.
Namun, kita masih harus mengambil iktibar berkenaan apa yang akan terjadi apabila tiada fokus yang secukupnya kepada soal naratif dan komunikasi.
Kita sedia maklum bahawa kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim baru sahaja mengangkat sumpah, masuk pejabat buat kali pertama, dan sebagainya. Tidak munasabah kalau kita mengharapkan pencapaian yang luar biasa dalam tempoh masa yang terlalu singkat.
Namun, soal naratif dan jentera komunikasi sebaiknya sudah menjadi antara perkara paling utama yang diberikan perhatian serta pertimbangan serius oleh pihak kerajaan dan PH.
Ada persepsi bahawa berbanding dengan parti-parti politik yang lain, pelaburan dan keutamaan yang diberi oleh PH kepada bidang komunikasi boleh dikatakan agak kurang.
Sebagai contoh sahaja, jika Parti A sanggup membelanjakan ratusan juta ringgit untuk menang perang media sosial, manakala perbelanjaan Parti B setakat RM 50,000 sebulan – mungkin kita sudah boleh mengandaikan apa akan terjadi pada hujung ceritanya.
Demi memastikan keutuhan kerajaan perpaduan dan kejayaan masa depan, peneraju kerajaan sekarang sebaiknya harus mengambil langkah-langkah segera untuk memastikan gerak kerja komunikasi dan pembinaan naratif yang mantap, dinamik, dan berkesan.
Tumpuan pertama harusnya diberi kepada membawa bersama sebuah pasukan yang diberi pimpinan, pengurusan, dan sumber-sumber yang terbaik untuk melaksanakan 3 gerak kerja utama - pembentukan strategi dan naratif, penghasilan bahan komunikasi, dan pengedaran bahan komunikasi.
Mengikut desas-desus di media sosial, pihak tentera siber (cyber troopers) yang pro-PH memang mempunyai kemahiran, kepandaian, dan kebijaksanaan dalam soal perang persepsi.
Yang membezakan dengan ‘cyber troopers’ pihak belah lain adalah dari segi pendanaan dan pengurusan. Persepsinya adalah gerak kerja ‘cyber troopers’ lain diurus dengan lebih teratur, dan dibayar pada kadar yang jauh lebih tinggi, berbanding dengan pihak yang pro-PH.
Sudah tentu, kita tidak mahu balik ke zaman kerajaan yang terdahulu, di mana ‘cyber troopers’ dibayar berjuta-juta oleh kerajaan untuk memaki hamun pembangkang, menghasut semangat kebencian dan perkauman sesama rakyat dan sebagainya.
Kalau kita betul2 ingin membawa mesej perpaduan, membina budaya politik baharu, & memberi keyakinan sepenuhnya kpd rakyat bahawa kerajaan baru ini benar2 berjiwa rakyat, kita x boleh guna cara gerak kerja lama yg bersifat ‘ad hoc’ & kurang dari segi penyelarasan & pendanaan.
Apa yang diperlukan adalah pasukan komunikasi profesional, yang diurus secara profesional.
Terdapat pelbagai sumber & jabatan kerajaan yg berkait dgn komunikasi yg boleh dioptimumkan & dijadikan ‘rumah’ bagi penggerak-penggerak komunikasi dengan rekod yang terbukti.
Sekali lagi, kita tidak ingin balik ke zaman di mana jabatan-jabatan komunikasi ini dijadikan tempat untuk terlalu ramai lantikan politik yang dibayar pada kadar terlalu tinggi, semata-mata untuk melakukan kerja yang kurang murni.
Namun, mungkin tindakan Mahathir yang menutup terus jabatan-jabatan ini adalah satu langkah yang terlalu jauh kepada arah lain pula. Mungkin yang diperlukan adalah pendekatan jalan tengah.
Pasukan komunikasi yang berkesan boleh dibahagi kepada 3 bahagian atau peringkat:
1. pembentukan strategi dan naratif,
2. penghasilan bahan komunikasi, dan
3. pengedaran bahan komunikasi.
Kerja komunikasi bermula dengan pembentukan strategi. Kerja ini memerlukan persefahaman yang mendalam berkenaan matlamat-matlamat dan hala tuju besar kerajaan dan pimpinannya.
Pasukan komunikasi bertanggungjawab untuk membina kerangka strategi komunikasi yang menyeluruh - termasuk menghalusi naratif yang mesti dibawa secara konsisten pada semua peringkat.
Kerangka strategi komunikasi berkait rapat dgn sifat & watak negara bangsa yg ingin dibina.
Matlamat utama = menentukan emosi pertama yang dirasai serta perkara pertama yang difikirkan oleh rakyat apabila teringat akan kerajaan baharu.
Ada yg memandang remeh sudut ini, tetapi bagi majoriti rakyat Malaysia, yang menentukan undi adalah persepsi tersebut.
Strategi mesti dibentuk pada peringkat jangka masa panjang, dan peringkat jangka masa pendek juga.
Mesej besar yang dibawa harus konsisten dari Januari hingga Disember (contohnya: kaitan perpaduan dengan kemakmuran).
Dari bulan ke bulan atau minggu ke minggu, jentera komunikasi boleh lebih menumpu kepada aspek-aspek tertentu, dengan cara yang bersinergi dengan mesej besar.
Satu unsur penting bagi naratif besar adalah untuk mengelakkan sama sekali budaya ‘counter’.
Apabila kita terlalu obses dengan ‘menjawab’ setiap tuduhan, serangan, dan fitnah, maksudnya lawan kita sudah mengawal naratif, dan kita yang terpaksa terbawa mengikut arus mereka.
Sepatutnya, kita yang menentukan naratif, dan memaksa lawan kita menuruti, mengekori dan menjawab naratif kita - yang sepatutnya ‘melampaui’ (‘overwhelm’ atau ‘overrun’) naratif lawan.
Contohnya, kalau kita selalu asyik menjawab tomahan sahaja, wacana awam akan didominasi dengan debat berkenaan kedudukan Melayu yang didakwa tercabar, keangkuhan DAP, adakah benar DAP komunis, gaji Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor, kasut perdana menteri, dan sebagainya.
Memang ada yang kedengaran lucu dan merepek apabila kita membacanya, namun itulah naratif yang ‘dibeli’ oleh sesetengah kelompok yang taksub.
Sebaliknya, dengan strategi komunikasi yang baik, wacana awam akan didominasi pula dengan soal petani Melayu dapat bantuan RM60 juta hasil rundingan Anwar, gaji menteri dikurangkan 20%, Anthony Loke membuat lawatan mengejut ke LRT secara rahsia, dan sebagainya.
Apabila strategi jangka masa panjang dan pendek sudah ditentukan, langkah seterusnya adalah memastikan bahawa penghasil kandungan (content creator) yang terbaik ditugaskan (dengan kadar bayaran yang sewajarnya) untuk menghasilkan video, audio, gambar-gambar, dan teks2 sepadan.
Kualiti ‘content creator’ ini akan menentukan persepsi rakyat, dan persepsi rakyat akan menentukan sama ada kerajaan ini akan mentadbir satu penggal atau lebih.
Peringkat terakhir adalah pengedaran. Setiap bahan komunikasi harus dibuat khas dan/atau diubahsuai sebaiknya bagi media massa dan setiap platform media sosial, dalam setiap bahasa utama. Versi-versi khas untuk platform seperti Whatsapp dan Telegram juga mesti disediakan.
Pasukan komunikasi kerajaan mesti melibatkan individu-individu dengan jumlah pengikut yang besar di media sosial, individu-individu yang aktif bergiat dalam group Whatsapp dan Telegram (termasuklah group taman perumahan, masjid, surau, persatuan-persatuan dan sebagainya).
Pendekatan ini dapat lebih menjamin mesej yang ingin dibawa betul-betul sampai ke setiap lapisan masyarakat.
Lantikan Anwar sebagai perdana menteri merupakan satu peluang besar untuk meninggalkan corak politik perkauman yg berasaskan hasutan serta perkauman sempit.
Budaya ini digunakan untuk memecah belah rakyat, menghalalkan rasuah yang luar biasa, dan membantutkan pembangunan negara.
Namun, kita hanya akan mampu berjaya menggantikan corak politik ini dengan membina suatu naratif baharu yang kuat, segar, dan meyakinkan.
Kalau PH gagal, kelompongan itu akan segera diisi semula dgn budaya lama, spt yg berlaku ketika Mahathir menjadi perdana menteri dan kerajaan diasak dengan isu Statut Rom serta ICERD.
Semoga, para pemimpin kerajaan hari ini akan memilih jalan yang lebih baik – #DemiPertiwi.
NATHANIEL TAN adalah seorang perunding komunikasi yang juga bekerja dengan Projek #BangsaMalaysia. Twitter: @NatAsasi, Emel: nat@engage.my.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Congratulations to PM Anwar Ibrahim and Pakatan Harapan!
After a brief (but strong) hug to every single Malaysian who sacrificed sweat, blood, and tears to bring about this long, long awaited day, let's jump to the question:
What’s next?
My one word answer would be: narrative.
What we urgently need now is a strong, clear story being pushed out to all of Malaysia that really frames and defines what this transition actually means for all Malaysians.
You might be feeling extremely anxious about this. Some people might even be practically in a panic.
That’s very understandable.
I think the best way to get a full picture of what is now happening in Malaysian politics, is for those who are feeling this way to take some time to imagine and contextualise:
This is how many, many Malaysians felt in the aftermath of GE 14 in 2018.
Your success is Malaysia’s success; your failure is Malaysia’s failure. Our sincere hopes and prayers are with you.
There is a tradition in the US, where the outgoing President leaves a handwritten note in the Oval Office for his successor - whether or not from the same party, and sometimes even for the person who had just beat the outgoing President in an election.
I wish you great happiness here … You will be our President when you read this note. I wish you well. I wish your family well … Your success now is our country’s success. I am rooting hard for you.”