Hazrey Profile picture
Jan 19 28 tweets 7 min read
This gonna be a long thread. Ramai puji bila menteri turun padang dan check all those facilities yang tak beroperasi dan rosak. Contoh spt Anthony Loke turun padang. Bagus? Sangat bagus. Tetapi kenapa selama ini agensi terbabit tak boleh buat?
Saya bukanlah penggemar kisah menteri turun padang ni kerana jika pentadbir efisien, perlu ke spot check ni semua? Contoh eskalator bertahun rosak, mana CEO dan pentadbir semua? Padahal banyak foto di media sosial eskalator rosak, mereka buat apa selama tu?
Sama seperti hospital awam. Ini pengalaman saya dan mungkin ramai lagi tapi tak mampu meluahkan. Ayah saya kembali ke rahmatullah pada Ahad, 8 Jan lalu. Mohon titipkan doa buat ayah, Abu Bakar Omar.

Tweet saya sebelum ini:
Ayah dihantar ke wad kecemasan dan diletakkan di zon kuning untuk pemantauan. Adakah doktor efisien? Ya. Selepas beberapa jam di ER, doktor maklumkan kepada adik, ayah akan dipindahkan ke wad.
Doktor di ER turut maklumkan, perincian seterusnya akan diperjelaskan oleh doktor di wad. Kami akur. Selepas ayah dipindahkan, kami segera ke wad dan saya terus ke meja sarat dengan fail dengan dua jururawat sedang menulis laporan di situ.
Apabila saya tanyakan utk jumpa doktor bertugas, jururawat jawab: "doktor dah keluar." Mereka juga terpinga pinga dengan soalan saya. Apapun, memandangkan kami dah arif, lazimnya doktor atau pakar akan buat round pada pagi esoknya dan kami akan menunggu waktu itu.
Nampak jelas, communication breakdown antara ER dan wad di mana semuanya bersandarkan kepada laporan manual dalam fail dari ER. Kenapa kita masih di takuk lama? Kenapa kita tak berubah kepada digital? Bukankah kita mampu berbelanja hingga RM200 juta untuk satu apps?
Jadi kenapa kita tak boleh majukan sistem di hospital awam? Itu saya tertanya-tanya. Tak cerdik sangatkah pentadbir ini semua untuk tahu. dan sedar, kemajuan sistem dapat memudahkan petugas?
Begitu juga dengan poliklinik. Seorang warga emas perlu ambil hampir 10 nombor untuk proses jumpa doktor, ambil darah, ujian urine, xtray dan sebagainya. Ia masih menggunakan konsep memanggil nama seperti tahun 80an. Ya, HSAJB ini terletak dalam sebuah bandaraya.
Kita dah ada teknologi di mana keputusan xtray boleh terus dihantar secara digital. Tetapi tidak. Kita perlu tunggu filem dan bawa ke doktor. Mundur betul sistem kita.
Dah banyak menteri mengetuai KKM. Kita akan kata, takpelah kita tunggu menteri baharu ini, tengok apa perubahan. Dan cakap ini berulang-ulang. Tetapi tidakkah kita fikir, apa fungsi Ketua Pengarah, KSU itu semua? KP KKM sendiri dilantik sejak 2013. Berapa tahun dah tu? Senarai Menteri Kesihatan sejak 1995 hingga kini.Petikan layar laporan Astro Awani: Pelantikan pembangun apliTangkapan layar laporan Malaysiakini dengan tajuk: Lelaki ke
Begitu juga di peringkat HSAJB. Ada pengarah, timbalan pengarah yang mentadbir. Alangkan lampu di kawasan parkir berbayar pun gagal disediakan maka saya tak berapa yakin tentang isu isu yang besar di HSAJB ini. Dan kita akan tanya, takkan nak tunggu menteri datang? Foto kawasan parkir HSAJB yang mempunyai tiang lampu namun t
Bayangkan jika kemudahan untuk doktor serta jururawat lebih efisien, tidakkah mereka juga akan efisien dan mengurangkan masa untuk menulis laporan? Dan komunikasi antara ER dengan wad lebih efisien? Kenapa kita masih berada di tahun 80an?
Pentadbir-pentadbir selesa di dalam bilik berdingin hawa dan berkerusi empuk. Tak perlu tunggu menteri untuk buat spot check. Tak payah. Anda dah diamanahkan lama dah untuk laksanakan pembaharuan dan perbaiki kelemahan.
Baca aduan di Hospital Pasir Mas. Baca komen susulan dan quote tweet. Hampir sama dengan hospital awam lain. Baguslah kalau ada menteri besar yang buat lawatan betulkan jalan, tapi masalah lebih besar adalah di dalam bangunan.
Jika ada doktor dan petugas kesihatan efisien tetapi kemudahan untuk mereka bekerja masih di takuk lama, tidakkah ini akan menambah tekanan kepada mereka? Pentadbir duduk di kerusi empuk mungkin tak tahu. Papan putih yang digunakan sudah tampak usang di wad kecemas
Pada 3 Jun 2021, saya sendiri mengikuti satu seminar dalam talian dianjurkan Public Health Development Division, MOH. Ini yang disebut oleh Dr Fairus Zana, Public Health Medicine Specialist, MOH:

Turut disebut, sistem yang ada berfungsi secara silo dan tidak berintegrasi. Tiada pelaburan dan langkah ke depan.

Jadi mana pentadbir ini semua? Birokrasi? Tiada bajet? Tunggu menteri datang dan lihat sendiri? Apa guna kita ada KP, KSU, Timbalan KSU, Timbalan KP dan sebagainya? Untuk apa itu semua? Ini amanah.
Sama seperti isu kemudahan awam yang diselesaikan Anthony Loke. Ok dah selesai, Alhamdulillah. Tetapi apa pentadbir-pentadbir di syarikat pemilik lakukan selama ini? Bukankah mereka ada CEO, Pengurus dan sebagainya?
Kita boleh ibaratkan, apa yang dilakukan Anthony Loke seperti tumor diberi ubat. Tetapi tumor tidak dibuang. Apa akan jadi jika Anthony Loke tiada lagi? Back to square one?
Kita dah nampak kegagalan pentadbir, tetapi selepas isu ditangani, takkan tiada siapa perlu bertanggungjawab atas kegagalan sebelum ini. Jika menteri turun baru boleh selesaikan, apa guna kita ada CEO, KP, KSU itu semua?
Di rumah mayat HSAJB pun saya lihat ada kelemahan. Tiada notis di pagar premis untuk beritahu waris peraturan di situ. Maka berlaku selisih faham antara petugas keselamatan dengan waris. Pentadbir tak sediakan notis.
Saya ada hantar teks kepada pegawai khas Exco Kesihatan Johor tempohari utk kongsi tentang kelemahan di rumah mayat HSAJB. Dia ada hantar reply, tak sempat saya baca dia dah "Delete For Everyone." Tak apalah, kita bukan sesiapa pun nak complaint.
Ini pula parkir bagi petugas kesihatan pangkat rendah di HSAJB.
Apapun, saya ucap berbanyak terima kasih kepada semua petugas di wad kecemasan, Wad 2 Barat dan di Jabatan Forensik HSAJB yang sentiasa bertugas dengan baik dan beri rawatan terbaik untuk Ayah. Teruskan bertugas dengan baik demi amanah.
Terima kasih juga kepada Tuan Ghazali @ghazali112 dan Sarjan Shahrihan Wahab dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, @APMtwiter yang hulur bantuan ambulans dengan segera ketika kami memerlukan.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Hazrey

Hazrey Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(