Dr. Radzi Jidin kena terima hakikat, pendidikan dibawah pemerintahan PN dan Keluarga Malaysia adalah gelap dan celaru.
Kita kena terima hakikat pada tahun 2020 hingga 2022, jumlah murid cicir pendidikan sama ada secara rasmi direkod atau tidak semakin bertambah dengan mendadak daripada trend sebelumnya..
Kita kena akui, dibawah era PN dan Keluarga Malaysia mengemudi pendidikan negaralah, ramai guru-guru tekad pencen awal akibat kegagalan pemimpin ketika itu mengurus dan meringankan beban tugas guru..
Kita kena sedar, selepas langkah sheraton sehingga PRU ke-15, sistem pendidikan negara sedikit demi sedikit bertukar kompas kearah sistem pendidikan yang gagal memberi pendidikan sempurna untuk anak-anak bangsa atau erti kata lain, sistem pendidikan yang celaru..
Cukup sahaja 3 perkara saya tulis diatas yang merangkumi murid, guru dan sistem yang menjadi teras kepada sesuatu sistem pendidikan gagal diuruskan dengan baik era PN dan Keluarga Malaysia.
Belum lagi kalau saya tambah dengan perubahan jadual SPM secara tiba-tiba, tindakan disiplin kepada guru yang menegur kepimpinan KPM, pemansuhan sarapan pagi percuma yang memberi manfaat jangka panjang pada anak bangsa dan lain-lain..
Ia jelas membuktikan pendidikan negara mengalami zaman gelapnya ketika negara diperintah oleh kerajaan pintu belakang..