Presiden Ireland, Michael Higgins secara terbuka mengkritik Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (European Commission), Ursula von der Leyen dengan berkata, kenyataan von der Leyen tidak mewakili pendapat majoriti penduduk Eropah terutamanya Ireland tentang Palestin.
Ursula von der Leyen dalam satu kenyataan berkata bahawa 'Israel berhak mempertahankan negaranya' dan menggelar Hamas sebagai pengganas.
Pendirian Ireland yang pro Palestin ini sebenarnya bukan sahaja baru-baru ini sahaja, tetapi sebenarnya dah lama.
Kebanyakan masyarakat Ireland melihat konflik di Tebing Barat itu sama seperti apa yang berlaku di Ireland Utara, di mana negara mereka diduduki oleh orang-orang British semasa era penjajahan, dan selepas Ireland merdeka pada tahun 1922, berlaku konflik di Ireland Utara yang dipanggil sebagai The Troubles.