Belanjawan 2023 telah mengumumkan bahawa sejumlah RM750 juta peruntukan disediakan kepada Kementerian Ekonomi untuk melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).
Hari ini Kementerian Ekonomi bersama-sama masyarakat yang hadir melancarkan IPR di stesen LRT Cempaka. Matlamat IPR adalah berkonsepkan strategi serampang dua mata dengan menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 menerusi kegiatan-kegiatan ekonomi yang telah dikenalpasti.
Sebagai permulaan, IPR akan dijayakan menerusi Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) yang akan melibatkan rakyat dalam aktiviti pertanian, Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) yang memberikan peluang rakyat menjana pendapatan tambahan menerusi penjualan makanan siap.
Akhir sekali, adalah Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) yang memberikan platform kepada rakyat yang berkemahiran dalam penyelenggaraan dan perkhidmatan untuk terlibat terus dalam aktiviti operator perkhidmatan.
Bagi menjayakan INTAN, IPR akan bermula dengan pembukaan 800 ekar tanah Kerajaan Persekutuan bagi memberi peluang kepada rakyat untuk terlibat dengan kegiatan pertanian.
Begitu juga untuk INSAN, IPR menyasarkan menjual makanan siap seperti sarapan dan makanan tengahari pada harga serendah RM2 di samping membuka peluang kepada rakyat menjual makanan siap untuk menambah pendapatan.
IPR ini adalah tanggungjawab bersama melibatkan golongan peniaga, professional, sukarelawan, sektor awam dan swasta. Saya menyeru seberapa ramai rakyat untuk turut serta dalam Inisiatif Pendapatan Rakyat.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang IPR dan cara-cara memohon, anda boleh melayari laman web IPR ipr.epu.gov.my/about
Menerusi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), Kementerian Ekonomi akan mengimbangi tumpuan antara penstrukturan ekonomi dengan keperluan ekonomi rakyat berhubung kos sara hidup dan gaji yang berpadanan.
Sektor pertanian yang menjadi sebahagian dari inisiatif perlu menjadi tunjang penting kepada ekonomi negara bersama sektor-sektor strategik yang lain pada masa yang akan datang.
Komoditi utama pertanian seperti kelapa sawit yang telah memberi nilai eksport dengan hasil memberangsangkan akan disulami dengan hasil-hasil pertanian baharu bagi memastikan sektor pertanian memberi input yang mampan ke arah Keterjaminan Makanan Negara.
Bagi pihak KEADILAN & rakan-rakan PH, saya menyembah takzim kepada KDYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong yang telah bertitah memperkenan pelantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang akan mengetuai sebuah Kerajaan Perpaduan.
(1/5)
Seperti mana pimpinan PKR/PH tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sepanjang usaha membentuk Kerajaan Perpaduan berlangsung, saya menyeru semua rakyat Malaysia, terutamanya penyokong & anggota PKR, PH & rakan2 politik menghormati keperluan mendesak untuk meredakan keadaan.
(2/5)
Oleh itu, saya menasihatkan supaya:
1)Tidak ada sebarang perhimpunan oleh mana-mana pihak untuk mengelakkan risiko provokasi
2)Berhati-hati dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh politik
Menteri @AnnuarMusa buat2 tak paham bila rakyat suruh menteri ambil potongan gaji.
Bukan dgn potong gaji tiba2 boleh turunkan harga barang. Ia isyarat menteri gagal urus ekonomi smpai jd krisis kenaikan harga barang.
Rakyat tak suka ada mcm2 JK, elaun berbukit hasil xde.
1/7
Menteri lupa bahawa di negara-negara lain, layanan kepada menteri-menteri yang gagal menguruskan ekonomi sehingga menyusahkan rakyat adalah lebih keras dari potongan gaji.
Ada yang dipecat, ada yang didakwa, ada yang dipenjarakan.
2/7
1.Potongan gaji menteri adalah satu isyarat dari rakyat bahawa menteri-menteri telah gagal menjalankan tugas menguruskan ekonomi sehingga kenaikan harga tidak terkawal dan menekan rakyat
3/7
Sbg menghormati adab setiap kali kita melalui pemilihan, In Sha Allah saya & sahabat2 yg menjadi calon bagi Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua AMK dan calon-calon lain akan menjelajah ke negeri-negeri untuk bertemu anggota dan pimpinan akar umbi.
Saya minta maaf sekiranya ada yang berkecil hati kerana majlis diadakan di sebelah pagi dan petang dalam bulan Ramadhan.
Tidak ada jamuan, tidak ada majlis besar, sekadar menyampaikan maklumat dan menjawab soalan-soalan anggota yang hadir.
Memang ia keputusan saya sendiri untuk mengelakkan drpd sebrg kempen di sebelah malam, atas 2 sebab:
1.Waktu malam di bulan Ramadhan sebaiknya waktu peribadi untuk kita dan keluarga beribadah. Sebaik-baiknya dipisahkan dari sebarang kegiatan lain, apatah lagi kempen politik.