Dr Samhan Profile picture
Mar 6 12 tweets 3 min read
MANDI AIR PANAS ATAU SEJUK LEBIH BAIK?

Sebenarnya, air panas dan mandi air sejuk, kedua-duanya mempunyai kebaikan yang tersendiri pada tubuh.

Yang penting, jangan mandi wajib dengan suami orang ya! 😉

Jom saya kongsikan manfaat dan keburukan mandi air sejuk dan panas!
Manfaat mandi air sejuk :

❄️ Memperbaiki aliran darah!

❄️ Merendahkan tahap kortisol

(Kortisol adalah sejenis hormon yang dilepaskan oleh tubuh sebagai respons kepada keadaan stres.)
❄️ Mengurangkan rasa sakit

Berdasarkan review yang dilakukan pada tahun 2014, pendedahan kepada air sejuk boleh memicu respons kesakitan automatik yang disebut sebagai stress-induced analgesia (SIA).
Keburukan mandi air sejuk:

🌊 Ambil banyak masa utk hangatkan kembali tubuh jika mempunyai persekitaran yg sudah sejuk.

🌊 Suhu yang sejuk akan menjadi sedikit sukar ke atas sistem imun tubuh badan ketika anda sedang sakit!

Oleh itu, elakkan mandi air sejuk ketika sakit ya😉
Manfaat mandi air panas:

🔥 Meningkatkan kesihatan kardiovaskular

- membantu memperbaiki aliran darah bagi mereka yang mempunyai kegagalan jantung yang kronik.
🔥 Memperbaiki kesihatan otot dan sendi

🔥 Memperbaiki kualiti tidur

- Air panas membantu memperbaiki kualiti tidur disebabkan oleh gabungan antara bagaimana tubuh badan menjadi relaks semasa mandi dan penurunan suhu badan selepas mandi.
🔥 Memberikan kelegaan daripada simptom pernafasan dan selesema

Suhu panas daripada air mandian dan juga stim boleh membantu perkara-perkara seperti:

✨ Membuka laluan pernafasan
✨ Memudahkan kahak untuk keluar
✨ Membersihkan saluran hidung anda
🔥 Memperbaiki kesihatan otak!

-Hasil kajian mendapati, kumpulan yang mandi dalam air panas mempunyai tahap BDNF yg lebih tinggi berbanding kumpulan yang mandi air sejuk.

BDNF adalah sejenis protein yang mempunyai banyak fungsi yang penting di dalam otak dan juga saraf tunjang.
Keburukan mandi air panas:

💥 boleh mengeringkan kulit dan menyebabkan berlakunya iritasi.

- Suhu yang lebih tinggi menjadikan kulit lebih mudah kering dan memburukkan keadaan seperti ekzema
💥 Boleh menyebabkan kegatalan.

- Suhu yang panas boleh menyebabkan sel mast (yang mengandungi histamin) untuk melepaskan kandungan mereka pada kulit lalu menyebabkan gatal-gatal!

💥 Meningkatkan tekanan darah!
Kedua-dua jenis mandian sama ada mandi dalam air panas dan mandi air sejuk mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.

Oleh itu, pilihlah jenis mandian yang bersesuaian dengan keadaan semasa anda😉

Yang penting, mandi wajib dengan suami orang memang haram 🥲
Jemput follow saya dan set #seefirst. Untuk belajar lebih banyak tentang info kesihatan, follow telegram saya👉🏻 t.me/drsamhan

Dr Ahmad Samhan
-Doktor Kecemasan Anda-

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr Samhan

Dr Samhan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DoktorSamhan

Feb 19
DUIT SUAMI DUIT ISTERI, DUIT ISTERI DUIT ISTERI.

“Baba,why do you give money to mama”, tanya Umar,anakkuu.

“Because...i’m a husband. If you become a husband, you should give money to your wife. It is your responsibility”
throwback gambar lama waktu mula-mula keluarga kami dibina.
Kenapa perlu beri duit nafkah dan duit belanja pada isteri setelah dapat gaji setiap bulan?

Ramai suami yang pandang remeh perkara ini. Kadang-kadang buat lupa dan culas. Lebih-lebih lagi kalau isteri bekerja.
Read 16 tweets
Feb 18
KES BUDAK DIROGOL?

“Doktor, ada kes OSCC”

“Ok baik. Sekejap lagi saya datang”

Gagang telefon diletak. Aku terus melangkah ke bilik OSCC.

OSCC adalah singkatan dari One Stop Crisis.
OSCC diwujudkan dibawah Jabatan Kecemasan untuk menangani kes-kes seperti dicabul,dirogol,didera dan semua yang berkaitan keganasan dari segi fizikal atau mental.

Baru saja aku melabuhkan punggung di kerusi, “Ini failnya doktor”.

Terbeliak mata.
Kes budak di rogol!
Yang lebih mengejutkan ia melibatkan kanak-kanak 5 tahun. Ini kerja gila. Ini bukan manusia. Geram!

Namun, aku terpaksa pendamkan. Cuba bertindak profesional.

“Tolong panggil pesakit masuk”

Seorang wanita dan kanak-kanak 5 tahun melangkah masuk.
Read 17 tweets
Dec 29, 2022
10 BAHAYA GAJET PADA ANAK

1. Bantut tumbesaran otak.

Kajian oleh Universiti of Washington, sebelum kanak-kanak boleh bercakap, otak mereka membesar 3 kali ganda. Banyak proses pembelajaran berlaku sebelum usia 5 tahun.
Gadget tidak diperlukan dalam perkembangan otak kanak-kanak dan boleh dilakukan melalui bercakap dengan mereka dan bacakan buku.

2. Gangguan sistem kognitif.

America Academy of Pediatrics(AAP), mengatakan tiada rancangan pendidikan untuk kanak-kanak dibawah 2 tahun kerana-
mereka tidak mempunyai keupayaan kognitif untuk memahami program tersebut. Rancangan ini boleh menggangu proses mula bercakap untuk kanak-kanak kerana mengganggu masa ‘berborak’ antara ibu bapa dan anak.
Read 12 tweets
Dec 28, 2022
😢 KEMURUNGAN 😢

🌤️ 9 gejala yang menunjukkan anda alami kemurungan:

☀️ Berat badan merosot (~5%) daripada asal dalam waktu yang singkat atau kurang selera makan
☀️ Perasaan murung atau sering marah-marah hampir sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh 2 minggu

☀️ Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan hampir setiap hari
☀️ Selalu letih dan kurang tenaga dalam melakukan aktiviti harian

☀️ Corak tidur berubah, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia)
Read 6 tweets
Dec 27, 2022
KESAN SISA ASAP PEROKOK

“Doktor, anak saya ini dah berbulan batuk. Jumpa doktor, doktor bagi neb, baik sekejap. Lepas tu batuk balik”

“Ala kesiannya. Umur baru 10 bulan. Ayahnya merokok tak?”
“Dulu merokok sekarang hisap vape. Tapi dia tak hisap depan anak. Biasa dia hisap luar rumah”

Jauh disudut hati, saya cukup kasihan dengan anak ini. Tanpa sedar anak ini adalah perokok ketiga dan sedang menghisap sisa asap basi. Kasihan!
Rokok elektronik mengandungi propylene glycol, vegetable glycerin, logam berat dan partikel ultra halus. Semua bahan ini berbahaya untuk kesihatan. Ramai yang silap faham, rokok elektronik lebih selamat dari rokok. Hakikatnya tidak!
Read 16 tweets
Dec 26, 2022
7 Sebab Kenapa Kalian Perlu Hormat Nurse

Tak semua orang mampu jadi Nurse. Saya cukup hormat dengan Nurse dan paling pantang mereka yang kurang ajar dengan Nurse.
1. Jantung hospital

Doktor adalah otak hospital tpi mereka ini umpama jantung hospital.Tugas amat penting dlm merawat pesakit.Melayan pelbagai karenah pesakit & pewaris bukan mudah.

Mereka yg memastikn pesakit sentiasa dalam keadaan baik & bersih.Tanpa mereka lumpuhlah hospital
2. Rela berkorban

Kebanyakkan dari mereka tinggal berjauhan dari keluarga. Ada yang terpaksa tinggalkan anak baru berusia beberapa bulan. Bukan dekat tapi di Sabah dan Sarawak.
Read 10 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(