Saya akan buat thread ni dengan harapan, rakyat Malaysia tolong viralkan. Mungkin dengan kuasa viral kita boleh cari orang yang tidak bertanggungjawab ni. KES LANGGAR LARI (MOTOR-ORG MELINTAS JALAN) DI DEPAN UPTOWN PUCHONG PADA 20/4/2023 SEKITAR 2AM.
Kakak Abang & Sepupu saya & Ikhwal Adnin baru pulang drpd makan di Uptown Puchong. Nak pergi ke kereta. Waktu melintas jalan memang clear, semua kereta tengah berhenti sbb lampu merah. Tiba tiba, when they’re almost nak sampai kereta mmg dah dekat hujung jalan.
suddenly sebuah MOTOR KAWASAKI RR, RIDER TANPA HELMET MELUNCUR LAJU, Dan kemudian melanggar anak buah saya Ikhwal Adnin berumur 5tahun. Ikhwal terpelanting, jauh. Ayahnya cuba kejar motor tu dia berpaling sekejap, nampak lah muka (mcm india, figure gempal) twitter.com/i/web/status/1…
I hope jgn disalah anggap, saya sebut bangsa tu sebagai clue. (tiada niat racist langsung) Sbb itu yang saksi nampak dan family saya. Tidak sempat kejar, dia mmg laju terus lari 😭 Ada serpihan ni sahaja sebagai bukti. (HIT & RUN)
Paling sedih ikhwal tergolek. boleh nampak kesan darah. Dan bila ikhwal sampai ke hospital, Ikhwal dah tak boleh bernafas dengan sendiri, terus masuk Zon Crictical dengan bantuan mesin bernafas 😭
Daripada jam 3AM, kami dapat update daripada doctor setiap 1 jam. Dr Hospital Serdang bahagian Emergency mmg sangat membantu, they did their best. Ini yang they update to us.
Sekarang kami sekeluarga serahkan segalanya kepada Allah SWT. Pihak hospital cakap harapan mmg dah tipis sangat 😭 Tapi, sebabkan ikhwal masih bernafas kami decide untuk masukkan ke ICU dahulu untuk doctor bantu pantau. Semoga ada Keajaiban untuk Ikhwal. Allahuakbar 😭
Pihak polis ada datang, tapi nampaknya macam tipis harapan untuk dorang dapat cari pelaku. Dengan atas sebab “no clue from the incident” Jadi, saya mohon untuk thread ni viral and what we can do is 👇🏻
Sekiranya, ada saksi ataupun kereta yang ada lalu sekitar waktu kejadian. Mungkin di dash cam anda ada terecord motor yang laju dan langgar lampu merah. Kedua, mungkin gang motor boleh bantu cari motor siapa yang cover dia rosak and hilang serpihan ni.
Pelanggar tu gempal2 dan jugak berkemungkinan India. Tapi itu kita tak pasti sbb dia toleh sekilas sahaja 🙏🏻 This is HIT & RUN case dan dia jugak do another two kesalahan, tak pakai helmet dan langgar lampu merah ‼️
Justice should prevail for adik Ikhwal Adnin. Anak tunggal kepada kakak dan abg saya 😭 Allahuakbar, jujur cakap sekarang kami hanya serahkan segalanya dengan Allah SWT. Tolong doakan Ikhwal Adnin kami 😭 Tolong sangat2 semua 🙏🏻😭
Update daripada Ayah Ikhwal : Sekarang ni ikhwal bergantung dgn ubat sahaja. Otak dia dah mati 😞 Organ lain dah tak berfungsi tapi jantung dia je masih berdegup. Kalau dah berhenti berdegup bermakna, Allah dah ambil Ikhwal Adnin kami 😭 Allahuakbar. Doakan kami kuat dan tabah.
Salam semua, boleh ke kita sama sama buatkan solat hajat & bacaan yassin buat anak buah keen. Ikhwal Adnin Bin Muhamad Hilmi. Sungguh Allah yang maha kuasa 🥺🙏🏻
CCTV FOOTAGE FROM PETRONAS ALLAHUAKBAR I CRIED TENGOK JAUHNYA IKHWAL TERPELANTING KORANG BOLEH TGK MMG JALAN DARI ARAH SANA CLEAR DORANG BERLIMA MELINTAS DAN DAH DEKAT KERETA IKHWAL BERLARI ANAK KE KERETA ‼️‼️‼️😭😭😭
Ada sesiapa yang pakar tak? boleh clearkan video ya Allah😭😭😭😭😭😭😭
Imagine all we do by our own, nasib baik kami bertindak. Ikut Polis smlm ckp if dapat pun mmg jauh tak nampak. Tak kesah la yg penting ada sesuatu, now ada few tempat ada cctv. but the police incharge tak bagi copy report susah nak dapatkan footage2 lain sbb kena ada surat.
Now tak dpt contact dia, doakan he respond to us soon. So boleh dapatkan copy report tu 🥺🙏🏻
BP Ikhwal semakin drop, Allahuakbar. Doakan Ikhwal Adnin. Kami terima ujian dariMu ya Allah. Doakan yang terbaik buat Ikhwal Adnin.
Ikhwal Adnin telah tinggalkan kami untuk selamanya, di bulan yang mulia ini. Allahuakbar. Anak syurga kami 😭
Korang mintak doakan Polis cepat sikit sampai, kita dah tunggu 3 jam ni. Polis incharged tak datang2 lagi. Call pun voicemail 😭😭😭😭 @PDRMsia Jenazah tak boleh release, procedure takboleh proceed sbb polis incharged tak datang datang. Dari jam 10pm tak datang2
Alhamdulillah ada jugak pengawai yang bagus dan bertanggungjawab. He will take over the case. Thank you Inspector Wellington. Skrg ni kami akan terus bawak jenazah ikhwal ke Tampin untuk kebumi. Doakan dipermudahkan.
On the way ke Tampin, untuk selesaikan urusan pengebumian Ikhwal. Arwah Ikhwal akan dikebumikan di Kampung Ayah nya di Tampin. Doakan semoga semua dipermudahkan. Aaaminn.
Just to update, regarding HIT&RUN case. Police lain dah take over the case. InsyaAllah polis tu akan bantu siasatan. Skrg dia bagi ruang selesaikan Arwah dahulu. In this week, siasatan akan diteruskan. We will do our best, keep sharing me info if you have. #JusticeforIkhwaladnin
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Korang I really need help now, anak buah I kena langgar lari dengan motor sekarang anak buah I dekat zon kriktikal, motor tu lari guys skrg ikwal tak boleh bernafas sendiri. Dia perlukan bantuan machine untuk bernafas. Please guys i will keep update.
Assalammualaikum guyss selamat malam saya nak share kejadian berlaku baru tadi anak buah saya kena langgar lari oleh motor double R hijau india badan gempal betul betul depan uptown puchong . Langgar Lari india langgar lampu merah ‼️‼️‼️
This is the only footage. Tolong bantu anyone boleh bantu kita tengah usaha dapatkan cctv anything available utk dapatkan flat number tuu. Ya Allah tolong kamiii