Doktor aktivis, @celotehdrmalar, dinobat sebagai Anugerah Pekerja Contoh pada Sambutan Hari Pekerja 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di Kuala Lumpur, pada Isnin.
Ini adalah bebenang
Kepetahan berkongsi pelbagai maklumat berkaitan pandemik Covid-19, vaksin dan masalah kesihatan menerusi laman sosial dengan bahasa Melayu yang fasih menyebabkan pegawai perubatan itu mempunyai pengikut yang ramai.
+
Sementara itu, Dr Malar yang kini bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Cheras, Selangor, menyifatkan anugerah yang diterima itu sebagai penghargaan besar buat dirinya.
+
Watak utama di sebalik 'Celoteh Dr Malar' itu turut berterima kasih kepada kerajaan di atas penghargaan berkenaan.
Jelas doktor berusia 40 tahun itu, perkongsian mengenai tip kesihatan itu disifatkan sebagai 'tanggungjawab' sosial kepada masyarakat.
+
Dr Malar sebelum ini melanjutkan pengajian dalam Sarjana Pengurusan Pentadbiran dalam bidang Pengurusan Penjagaan Kesihatan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
+
Anak kelahiran Kuantan, Pahang itu turut boleh bertutur dalam bahasa Russia kerana pernah belajar di Universiti Perubatan Krimea (CSMU), Ukraine.
Tamat
Congratulation Dr nanti kita sembang-sembang lagi dekat dalam Twitter Space okay? 🤣 @celotehdrmalar
RALAT
Di Putrajaya korang!!! Bukan Kuala Lumpur.. Aku tak tau la ape aku fikir 😩
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella, oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Rabu.
Ini adalah bebenang kes
Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas mendapati Siti Bainun gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Bagi kedua-dua pertuduhan, Siti Bainun didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
+
Kronologi kes Siti Bainun
20 Ogos 2021
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan mengabaikan remaja sindrom Down dikenali Bella
Budak 12 tahun meninggal dunia disyaki akibat strok haba
Seorang bapa tidak menyangka dia akan kehilangan anak buat selama-lamanya hanya dalam tempoh tujuh jam selepas anaknya itu mengalami demam yang disyaki akibat strok haba.
Ini adalah bebenang
Menurut Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, dia mendapati anak keduanya, Airiel Syahren, 12, mengalami panas badan pada malam Ahad lalu.
Susulan itu katanya, dia meminta anaknya itu untuk berehat di dalam bilik, namun kira-kira jam 12 tengah malam, anaknya mula meracau.
+
“Pada mulanya, saya ingatkan dia hanya demam biasa, saya kemudiannya kejutkan dia dan suruh dia tidur di luar (ruang tamu), mungkin di bilik itu sejuk. Lepas itu saya dengar macam bunyi benda jatuh dan kemudian saya dapati dia (anak), mengalami kram (kejung) dengan -
Remaja Bangladesh ditemui dalam kontena di Malaysia, meninggal dunia
Remaja lelaki Bangladesh yang dihantar pulang pada Februari lalu selepas ditemui dalam sebuah kontena di Pelabuhan Klang, Selangor, dilaporkan meninggal dunia berhampiran rumahnya.
Ini adalah bebenang
Ratul Islam Fahim lemas semasa mandi seorang diri di kolam berhampiran rumahnya di Monohargonj, daerah Cumilla semalam, kata polis, lapor Bdnews24.Com.
Bapanya, Faruk Mia, memberitahu polis bahawa Ratul yang mempunyai masalah mental itu tidak tahu berenang.
+
Faruk berkata, Ratul mandi seorang diri kerana semua orang keluar ke sawah untuk menuai padi.
"Bagaimana saya boleh hidup selepas ini?" katanya mengenai anak sulung daripada tiga beradik itu.
Kira-kira dua minggu lalu, wajah Abby Choi Tin-Fung menghiasi muka depan majalah fesyen dan gaya hidup mewah digital, L’Officiel Monaco.
Ini adalah bebenang
Tetapi, dunia fesyen dikejutkan dengan berita kehilangan sosialit berusia 28 tahun itu yang lebih mesra dengan panggilan Abby Choi pada Selasa lalu dan kemudiannya digemparkan dengan penemuan bahagian tubuh miliknya, tiga hari kemudian.
+
Sebelum ini, ikon fesyen dan pempengaruh media sosial itu telah cipta nama sebagai salah seorang individu paling disegani dalam industri berkenaan.
Wanita yang mempunyai gaya unik tersendiri itu bukan hanya popular di Hong Kong malah turut mempunyai peminat di seluruh dunia.
KISAH PEMBUNUHAN TIM MCLEAN : Bas Kanibal Nombor 1170
Potong telinga mayat! Bila ditanya kenapa.. Dia jawab "Telinga dia ada dalam pocket aku.. Buat snack"
Gila...
Ini adalah bebenang!
Pada 30 Julai 2008, seorang lelaki muda warga Kanada berusia 22 tahun di kenali sebagai Tim McLean yang baru selesai kerja di sebuah karnival telah menaiki sebuah bas Greyhound bernombor 1170 untuk pulang ke rumahnya.
+
Memandangkan perjalanan bas itu akan memakan masa selama 20 jam untuk tiba ke destinasi, Tim memilih tempat duduk paling belakang kerana dia lebih selesa.
Pada 7.00 petang, ada sorang lelaki lingkungan umur 40an pula naik bas itu yang dikenali sebagai Vince Weiguang Li.