“Kemerdekaan” ni bukan peristiwa. Inilah satu-satunya situasi yang membezakan ‘hina’ dan ‘bermaruah’. Satu-satunya. Tapi korang dah tahu benda ni.
Jadi jom get to the point. Orang kita nampak serupa kenang ‘jasa’ British lawan komunis. Lucu. Sangat lucu. Sebab apa lucu?
Thread ni akan bercerita pasal pejuang kemerdekaan yang syahid melawan komunis. Kononnya merdeka tu worthless kan? Saya nak recommend buku wira negara ni.
British lah punca komunis boleh bertapak kat bumi ni. Benih komunis tak mungkin boleh ditanam dalam negara kaya.
Sebab tu parti komunis tak boleh nak ambil alih Amerika dan Canada. Tak boleh tundukkan British kat UK. Malah nak menang kat Jerman pun tak boleh.
Eh? Bukan komunis pernah pegang kat Jerman Timur ka? Diorang pegang Jerman Timur kerana Soviet menang perang. Tapi tak pernah satu saat pun mereka menangi hati rakyat Jerman Timur.
Tengok keputusan pilihan raya Berlin yang memalukan Stalin gila-gila. SED tu komunis. KALAH TERUK.
Tahun 1953, Soviet kena hantar tank nak leraikan jutaan pembantah kat seluruh East Germany. Rakyat sangat benci sistem komunis. Tak stop mereka berdendam sampai komunis runtuh tahun 1989.
Jadi first point: “benih komunis takkan boleh disemai dalam negara kaya.”
Betul, East Germany tak kaya. Tapi fitrah, pemikiran dan roh mereka Jerman. Mereka tengok West Germany kaya raya dan kuat. Mereka nak benda tu. Sampai mereka berhijrah ke West Germany.
Nak halang benda ni, Soviet+EG bina Berlin Wall. Takut ramai pergi sana sampai negara lumpuh.
Masa British menjajah, betul ada pertumbuhan ekonomi. Ada pembangunan infrastruktur. Tapi ekonomi dan infra ni bermotifkan ‘perniagaan’.
Niaga mereka tu bermodalkan nasib rakyat tempatan. Ketepikan sosioekonomi wilayah. Asalkan motif tercapai. Apa motif mereka?
Resources!
Dulu Tanah Melayu jadi pengeksport terbesar getah. Disusuli bijih timah. Tahun 1937 tu paling ketara. 75.6% export British Malaya adalah dua benda ni jer.
Tahun 1951, export bernilai AS$400 juta. Nilai sekarang AS$4.644 bilion tau. That's a lot.
Berapa kita hilang agak-agak?
$332 juta (nilai sekarang: $3.85 bilion) diambil London nak cover defisit. Punca defisit? Nak baiki kerosakan WW2.
Mai saya bagi pembayang. Ada lima juta populasi masa tu. Bayangkan setiap orang kena bagi AS$770 (nilai sekarang).
Angkara penjajah, korang bayar RM3.4K SETAHUN.
Mereka terhegeh-hegeh berperang. Korang kena foot the bill guna kudrat korang. Penat tau kerja macam tu.
Second point: “squeeze Malaya to feed London”. Beautiful, innit?
Do I have your attention now? Selalu kita dengar kaedah ‘pecah perintah’ kan? Nak teroka tak?
Mestilah nak. British pegang 43+% tanah terbiar di semenanjung. Melayu 27%. Cina dan India pegang 23%.
Statistik macam ni menampakkan British ‘boleh kata adil’. Tapi data (Khalid, n.d.) mendedahkan macam-macam kepincangan:
1. 1.6% orang kaya Cina actually pegang tanah.
Lain pemakan gaji atau peniaga.
2. Minoriti kecil Melayu pegang tanah. Ada ruling class tersendiri.
3. 5% pentadbiran dan profesional diberi pada Melayu.
4. Melayu ‘menguasai’ pertanian dan perlombongan. Kerja macam lembu tapi untung pergi London.
Ada disclaimer penting:
Nak kaji sejarah, tak boleh berpandukan satu sumber. Kena ada banyak. Tapi ni thread. Anggap jer macam mukadimah. A taste of history.
Saya mengetengahkan satu fakta jelas: ‘penjajah hancurkan negara sampai ekonomi tak sama rata langsung’.
Takdak sapa boleh cabar hakikat tu.
Susah nak cuci sisa penjajahan. Konstantinopel contohnya jatuh pada April 1204. Puak Crusaders jarah kota tu punyalah teruk sampai lenyap harta kekayaan. Byzantium rampas balik pada 1261 dan pegang selama 192 tahun.
Lama tu pun mereka tak dapat nak kembalikan kegemilangannya.
Ni zaman dulu tau. Masa tu impak tak rumit macam impak penjajahan zaman abad lalu. Jadi sini korang kena faham: nak cuci sisa penjajahan tu punyalah susah.
Atas sebab ni ramai orang miskin lepas WW2. British masa tu hidup segan mati tak mahu. Winston Churchill tengah usaha nak—
—kekalkan British Empire sambil terima hakikat US akan kuasai dunia.
Tapi pada 16 Jun 1948, Tanah Melayu digempur Parti Komunis Malaya. Kita nampak ‘British tolong Tanah Melayu’.
Codswallop, bak kata Hagrid. Matlamat tak pernah halalkan cara. The end never justifies the means.
Pada 12 Disember tahun sama, Scots Guards turun kat Batang Kali dan bantai orang Melayu dan Cina yang tak bersalah. Berkali-kali Malaysia pasca-merdeka cuba nak dakwa mereka ni.
Tak dapat. Habis kuat pun:
“Walaupun Scots Guard membantai penduduk tak bersalah, dan ni juga—
—mungkin jenayah perang Tentera British, mahkamah memutuskan kerajaan UK tak perlu buat siasatan rasmi.”
Mereka tahu mereka bersalah. Mereka terima mereka bersalah tapi tak rasa bersalah. Tak perlu bertanggungjawab. Benda dah sudah tu sudah.
Tutup buku. Remember that.
Nak bising lebih pun tak guna. Orang kita pun tak kenang dah Pembantaian Batang Kali ni.
Orang kita tak kenang apa benda Harold Briggs buat.
Keo (2019) bercerita Briggs Plan halau dekat sejuta rakyat ke kem tahanan (New Villages). Tak lupa nasib Orang Asli yang diusir kerana...
... British anggap mereka ni pro-komunis (Idrus, 2011).
Lepas darurat ni settle, PKM buat Darurat Kedua pula. Macam-macam terjadi. Dan benda ni kita boleh bincang pada hari akan datang. Namun asasnya jelas dah kat sini:
‘British adalah punca’.
British membelah ekonomi Malaysia punya teruk sampai benih komunis mencari tanah.
Anak pokok dah cambah dah pun. Namun ketangkasan Malaysia melawan pengaruh ni membawa berkat yang penting. Malaysia mencantas anak pokok tu dari awal.
Ni lah erti kemerdekaan.
Masa dijajah, British tak peduli. Jarah jer bumi ni. Ambil hasil. Bahagikan kat London.
Dah ada masalah, British tak peduli nak buat apa pun. The end justifies the means. Nasib anak bangsa yang mereka aniayai tu? Tiada keadilan sampai harini.
Tu belum saya bicara pasal...
... the rights to self-determination lagi.
Apa benda ni? Benda ni adalah bukti sebuah negara tu merdeka. Kita boleh tukar kerajaan sendiri. Boleh ubah platform ekonomi. Boleh bawa negara ke hala tuju kita nak.
Tu rights to self-determine.
Malaysia dah ubah kerajaan tahun 2018. Tiada siapa kacau. Tu tanda kemerdekaan.
Dua kali ubah kerajaan lagi secara luar pilihan raya. Tiada tentera asing mendarat nak ‘restore’. Tu tanda kemerdekaan.
Ubah kerajaan tahun 2023. Tiada siapa sanction. Tanda kemerdekaan.
Ukraine dah tiada benda ni. Mereka nak masuk EU. Mereka nak masuk NATO. Tapi Rusia tak puas hati sampai langgar negara tu.
Tu lah contoh tiada lagi ‘tanda’ kemerdekaan.
Cuba korang bayangkan apa-apa situasi ngeri. Tiba-tiba US sanction. China tak puas hati. Ngeri kan?
Tu pun dah ngeri. Apatah lagi kalau kita kena melutut diacu senjata (macam zaman penjajah dulu).
Sebab tu kena ada ilmu. Kena FAHAM kemerdekaan. Jaga negara. Jangan cari pasal kat luar negara. Tapi jangan terlalu berlembut. Berbaik pada semua. Buat jahat jangan sekali.
Utamakan maruah. Worthless, you say? 32 juta rakyat bina ekonomi bernilai $1.09 trilion. Dalam 66 tahun. Harungi empat krisis ekonomi yang merosakkan. Tiada perang saudara. Tukar kerajaan rakyat rilek makan McD.
You say it’s worthless. I say it’s miraculous. We are not the same.
Saya terima sebarang request ulasan apa-apa isu. PM saya terus. Saya buat secara percuma.
Kalau korang nak support penulisan percuma saya, jemput ke Shopee dan beli buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA. Saya bagi diskaun sekarang: shope.ee/5fIXSr85TM
RUJUKAN:
Idrus, R. (2011). The Discourse of Protection and the Orang Asli in Malaysia. Universiti Sains Malaysia. 29: 53-74.
Keo, B. (2019). A small, distant war? Historiographical reflections on the Malayan Emergency. History Compass. Wiley-Blackwell. 17 (3): e12523. twitter.com/i/web/status/1…
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Dah kecoh habis pasal ni tapi ramai terlepas pandang implikasinya. Serius. Implikasinya sangat besar, kalau kita baca betul-betul teks permohonan waran. Tapi sebelum tu, kita faham dulu apa beza ICC dan ICJ.
ICC adalah International Criminal Court yang mendakwa individu. ICJ pula adalah International Court of Justice. Kalau ada pertikaian antara-negara, memang ICJ lah medannya.
Dan ICC ni serupa mahkamah biasa. Ada hakim, pendakwa raya dan peguam bela sepanjang proses kes.
Pada 20 Mei, pendakwa raya Karim Khan umum pasal permohonan waran tangkap. Dua orang kat belakang tu saya tak tahu apa masalah.
Khan nak ICC tangkap Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel) dan juga Yoav Gallant (Menteri Pertahanan Israel). Tapi permohonan tak stop kat situ!
Sekarang tengah hangat isu “no palm oil” sebab hari tu ada sebuah kedai runcit diserbu. Dalam serbuan tu pula, pihak berkuasa jumpa aiskrim yang ada label, “no palm oil”. Jadi apa lagi, kena rampaslah. Sini semua peniaga kena take note.
First thing first, kenapa kena rampas? Kita faham isu ni terus lah. Sekarang Barat terutamanya yang haluan kiri tu tengah bergiat pasal hal alam sekitar. Cara mereka simple tapi sangat berbisa: “cari satu elemen negatif dan kaitkannya dengan industri sedia ada.”
Sebelum sambung pasal industri tu, saya nak jumpa korang semua. Poster bawah adalah event saya hadir masa PBAKL nanti. Jemput ramaikan dan ya, ada sesi talk juga sempena pelancaran buku.
Iran dah flex sekarang ni. Nak faham apa jadi, kita mula pada 16 Januari dulu. Tarikh tu, Iran lancarkan misil yang kena tepat pada sasaran. Habis hancur bersepai sasaran mereka sampai boleh claim operasi berjaya.
Sekarang soalan besar: siapa sasaran Iran? Cuba teka. Israel? Nope. Perhaps Amerika Syarikat yang gigit Houthi dari arah Timur Tengah? Pun tidak.
Sasaran Iran adalah... Baluchistan, Pakistan. Yup. Dua hari selepas sign agreement dengan Pakistan nak tingkatkan kerjasama—
— Iran pergi bedil mereka. Next-level diplomacy. The Tehran Way.
Bila jadi gini, memang letak tepilah perjanjian tu. Pakistan dah halau duta Iran dan panggil balik dutanya dari Tehran. Pakistan juga kata dua kanak-kanak pergi buat selamanya angkara apa yang Iran buat.
Ramai tengah bengang kat PBB sekarang. Mana tak — pada 13 Januari lalu, PBB bersidang nak buat gencatan segara. 193 negara kena undi sama ada sokong, tolak atau berkecuali.
Elok dah pergi. Elok dah undi. Elok dah ada keputusan.
10 negara menentang. 23 negara berkecuali. Tapi 153 negara MENYOKONG. Jangankan majoriti. Dah supermajority kat situ. Sebelum sambung point utama, koran gkena tahu banyak negara-negara Eropah SOKONG gencatan.
Maka resolusi ni lulus. Cuma dah lulus ni, bila nak laksana?
Masih berterusan konflik kat sana. Ini masalahnya. Resolusi diluluskan ni bersifat nonbinding, sebab persidangan kat UN General Assembly.
UNGA ni tiada mandat nak kuatkuasakan apa-apa. Israel boleh laksana kalau nak. Tapi kalau taknak laksana, tiada negara boleh paksa.