Ahmad Faezal Profile picture
May 5 31 tweets 10 min read Twitter logo Read on Twitter
'Kenapa Penting Kita Kena Tahu Pasal Nilai Kemerdekaan'

Tak sangka kena juga tulis thread ni. Kalau seorang boleh kata kemerdekaan kita “worthless”, mesti ada yang fikir benda sama.

Jadi wajib kita bedah guna perspektif geopolitik. Dah lama tak dijajah, orang dah lupa gamaknya. Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Setiap hari saya tulis 1-2 thread nak kongsi ilmu secara percuma.

Kalau korang minat bab gini, jemput follow saya. Ada banyak topik lain saya nak kongsi.

Telegram Channel: t.me/ahmadfaezalpen… Image
“Kemerdekaan” ni bukan peristiwa. Inilah satu-satunya situasi yang membezakan ‘hina’ dan ‘bermaruah’. Satu-satunya. Tapi korang dah tahu benda ni.

Jadi jom get to the point. Orang kita nampak serupa kenang ‘jasa’ British lawan komunis. Lucu. Sangat lucu. Sebab apa lucu? Image
Thread ni akan bercerita pasal pejuang kemerdekaan yang syahid melawan komunis. Kononnya merdeka tu worthless kan? Saya nak recommend buku wira negara ni.

Betul-betul ubah perspektif saya. Link: shope.ee/9KCSP5kSS8

Now sambung, kenapa lucu? Image
British lah punca komunis boleh bertapak kat bumi ni. Benih komunis tak mungkin boleh ditanam dalam negara kaya.

Sebab tu parti komunis tak boleh nak ambil alih Amerika dan Canada. Tak boleh tundukkan British kat UK. Malah nak menang kat Jerman pun tak boleh. Image
Eh? Bukan komunis pernah pegang kat Jerman Timur ka? Diorang pegang Jerman Timur kerana Soviet menang perang. Tapi tak pernah satu saat pun mereka menangi hati rakyat Jerman Timur.

Tengok keputusan pilihan raya Berlin yang memalukan Stalin gila-gila. SED tu komunis. KALAH TERUK. Image
Tahun 1953, Soviet kena hantar tank nak leraikan jutaan pembantah kat seluruh East Germany. Rakyat sangat benci sistem komunis. Tak stop mereka berdendam sampai komunis runtuh tahun 1989.

Jadi first point: “benih komunis takkan boleh disemai dalam negara kaya.” Image
Betul, East Germany tak kaya. Tapi fitrah, pemikiran dan roh mereka Jerman. Mereka tengok West Germany kaya raya dan kuat. Mereka nak benda tu. Sampai mereka berhijrah ke West Germany.

Nak halang benda ni, Soviet+EG bina Berlin Wall. Takut ramai pergi sana sampai negara lumpuh. Image
Masa British menjajah, betul ada pertumbuhan ekonomi. Ada pembangunan infrastruktur. Tapi ekonomi dan infra ni bermotifkan ‘perniagaan’.

Niaga mereka tu bermodalkan nasib rakyat tempatan. Ketepikan sosioekonomi wilayah. Asalkan motif tercapai. Apa motif mereka?

Resources! Image
Dulu Tanah Melayu jadi pengeksport terbesar getah. Disusuli bijih timah. Tahun 1937 tu paling ketara. 75.6% export British Malaya adalah dua benda ni jer.

Tahun 1951, export bernilai AS$400 juta. Nilai sekarang AS$4.644 bilion tau. That's a lot.

Berapa kita hilang agak-agak? Image
$332 juta (nilai sekarang: $3.85 bilion) diambil London nak cover defisit. Punca defisit? Nak baiki kerosakan WW2.

Mai saya bagi pembayang. Ada lima juta populasi masa tu. Bayangkan setiap orang kena bagi AS$770 (nilai sekarang).

Angkara penjajah, korang bayar RM3.4K SETAHUN. Image
Mereka terhegeh-hegeh berperang. Korang kena foot the bill guna kudrat korang. Penat tau kerja macam tu.

Second point: “squeeze Malaya to feed London”. Beautiful, innit?

Do I have your attention now? Selalu kita dengar kaedah ‘pecah perintah’ kan? Nak teroka tak?
Mestilah nak. British pegang 43+% tanah terbiar di semenanjung. Melayu 27%. Cina dan India pegang 23%.

Statistik macam ni menampakkan British ‘boleh kata adil’. Tapi data (Khalid, n.d.) mendedahkan macam-macam kepincangan:

1. 1.6% orang kaya Cina actually pegang tanah.
Lain pemakan gaji atau peniaga.

2. Minoriti kecil Melayu pegang tanah. Ada ruling class tersendiri.

3. 5% pentadbiran dan profesional diberi pada Melayu.

4. Melayu ‘menguasai’ pertanian dan perlombongan. Kerja macam lembu tapi untung pergi London.

Ada disclaimer penting: Image
Nak kaji sejarah, tak boleh berpandukan satu sumber. Kena ada banyak. Tapi ni thread. Anggap jer macam mukadimah. A taste of history.

Saya mengetengahkan satu fakta jelas: ‘penjajah hancurkan negara sampai ekonomi tak sama rata langsung’.

Takdak sapa boleh cabar hakikat tu.
Susah nak cuci sisa penjajahan. Konstantinopel contohnya jatuh pada April 1204. Puak Crusaders jarah kota tu punyalah teruk sampai lenyap harta kekayaan. Byzantium rampas balik pada 1261 dan pegang selama 192 tahun.

Lama tu pun mereka tak dapat nak kembalikan kegemilangannya. Image
Ni zaman dulu tau. Masa tu impak tak rumit macam impak penjajahan zaman abad lalu. Jadi sini korang kena faham: nak cuci sisa penjajahan tu punyalah susah.

Atas sebab ni ramai orang miskin lepas WW2. British masa tu hidup segan mati tak mahu. Winston Churchill tengah usaha nak— Image
—kekalkan British Empire sambil terima hakikat US akan kuasai dunia.

Tapi pada 16 Jun 1948, Tanah Melayu digempur Parti Komunis Malaya. Kita nampak ‘British tolong Tanah Melayu’.

Codswallop, bak kata Hagrid. Matlamat tak pernah halalkan cara. The end never justifies the means. Image
Pada 12 Disember tahun sama, Scots Guards turun kat Batang Kali dan bantai orang Melayu dan Cina yang tak bersalah. Berkali-kali Malaysia pasca-merdeka cuba nak dakwa mereka ni.

Tak dapat. Habis kuat pun:

“Walaupun Scots Guard membantai penduduk tak bersalah, dan ni juga— Image
—mungkin jenayah perang Tentera British, mahkamah memutuskan kerajaan UK tak perlu buat siasatan rasmi.”

Mereka tahu mereka bersalah. Mereka terima mereka bersalah tapi tak rasa bersalah. Tak perlu bertanggungjawab. Benda dah sudah tu sudah.

Tutup buku. Remember that.
Nak bising lebih pun tak guna. Orang kita pun tak kenang dah Pembantaian Batang Kali ni.

Orang kita tak kenang apa benda Harold Briggs buat.

Keo (2019) bercerita Briggs Plan halau dekat sejuta rakyat ke kem tahanan (New Villages). Tak lupa nasib Orang Asli yang diusir kerana... Image
... British anggap mereka ni pro-komunis (Idrus, 2011).

Lepas darurat ni settle, PKM buat Darurat Kedua pula. Macam-macam terjadi. Dan benda ni kita boleh bincang pada hari akan datang. Namun asasnya jelas dah kat sini:

‘British adalah punca’. Image
British membelah ekonomi Malaysia punya teruk sampai benih komunis mencari tanah.

Anak pokok dah cambah dah pun. Namun ketangkasan Malaysia melawan pengaruh ni membawa berkat yang penting. Malaysia mencantas anak pokok tu dari awal.

Ni lah erti kemerdekaan.
Masa dijajah, British tak peduli. Jarah jer bumi ni. Ambil hasil. Bahagikan kat London.

Dah ada masalah, British tak peduli nak buat apa pun. The end justifies the means. Nasib anak bangsa yang mereka aniayai tu? Tiada keadilan sampai harini.

Tu belum saya bicara pasal...
... the rights to self-determination lagi.

Apa benda ni? Benda ni adalah bukti sebuah negara tu merdeka. Kita boleh tukar kerajaan sendiri. Boleh ubah platform ekonomi. Boleh bawa negara ke hala tuju kita nak.

Tu rights to self-determine.
Malaysia dah ubah kerajaan tahun 2018. Tiada siapa kacau. Tu tanda kemerdekaan.

Dua kali ubah kerajaan lagi secara luar pilihan raya. Tiada tentera asing mendarat nak ‘restore’. Tu tanda kemerdekaan.

Ubah kerajaan tahun 2023. Tiada siapa sanction. Tanda kemerdekaan. Image
Ukraine dah tiada benda ni. Mereka nak masuk EU. Mereka nak masuk NATO. Tapi Rusia tak puas hati sampai langgar negara tu.

Tu lah contoh tiada lagi ‘tanda’ kemerdekaan.

Cuba korang bayangkan apa-apa situasi ngeri. Tiba-tiba US sanction. China tak puas hati. Ngeri kan? Image
Tu pun dah ngeri. Apatah lagi kalau kita kena melutut diacu senjata (macam zaman penjajah dulu).

Sebab tu kena ada ilmu. Kena FAHAM kemerdekaan. Jaga negara. Jangan cari pasal kat luar negara. Tapi jangan terlalu berlembut. Berbaik pada semua. Buat jahat jangan sekali.
Utamakan maruah. Worthless, you say? 32 juta rakyat bina ekonomi bernilai $1.09 trilion. Dalam 66 tahun. Harungi empat krisis ekonomi yang merosakkan. Tiada perang saudara. Tukar kerajaan rakyat rilek makan McD.

You say it’s worthless. I say it’s miraculous. We are not the same. Image
Saya terima sebarang request ulasan apa-apa isu. PM saya terus. Saya buat secara percuma.

Kalau korang nak support penulisan percuma saya, jemput ke Shopee dan beli buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA. Saya bagi diskaun sekarang: shope.ee/5fIXSr85TM Image
RUJUKAN:

Idrus, R. (2011). The Discourse of Protection and the Orang Asli in Malaysia. Universiti Sains Malaysia. 29: 53-74.

Keo, B. (2019). A small, distant war? Historiographical reflections on the Malayan Emergency. History Compass. Wiley-Blackwell. 17 (3): e12523. twitter.com/i/web/status/1…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ahmad Faezal

Ahmad Faezal Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AhmadFaezal4

May 6
Apa Kena Buat Dah Sekarang OPR Naik?

Dah OPR naik ni, saya nampak ramai suruh ‘berjimat-cermat’. Nasihat ni tak berapa nak masuk akal. Orang ramai dah habis ‘berjimat-cermat’ sebenarnya.

Jadi apa kena buat? Dalam thread ni, saya ulas guna definisi marhaen bagi semua faham. twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi.

Setiap hari saya tulis 1-2 thread. Jadi kalau korang minat bab-bab ni, jemput follow saya. Ada banyak kisah saya nak kongsi. Image
Baik. Thread ni akan bagi cadangan. Kalau korang nak tahu lagi mendalam pasal OPR, korang kena baca thread satu lagi.



Kenapa kita kena ambil peduli pasal benda-benda ni? Sebab benda ni bagi kesan kat kita. Setiap masa. Tak kisah kerajaan mana sekalipun.
Read 28 tweets
May 6
Kenapa Penting Kita Kena Tahu Pasal Pembudayaan Itali

Saya rasa gambar ni dah lalu kat feed korang. Galleria Vittorio Emanuelle II ni shopping mall jer.

Mall ni membuktikan ekonomi boleh hidup dengan budaya. Tak perlu mall ‘ultra moden’ yang bosan. Bab ni Itali memang champion. twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Setiap hari saya tulis 1-2 thread.

Jemput follow saya kalau korang minat bab-bab ni. Saya juga kumpulkan semua thread saya dalam Telegram Channel. Jemput subscribe: t.me/ahmadfaezalpen… Image
Thread ni bukan pasal Galleria Vittorio. Tapi saya bagi info sikit pasal mall tu. Inilah mall tertua di Itali. Ramai pelancong pergi ke Milan semata-mata nak pergi ke mall tu.

Pelik kan? Macamlah tiada mall kat negara mereka. Nak juga pergi ke mall tu. Dah kenapa? Image
Read 24 tweets
May 4
Apa Akan Jadi Kalau Negara Hancur?

Malaysia dan Korea ni hampir sama. Dua-dua pernah dijajah. Dua-dua merdeka zaman sama. Dua-dua mula dari bawah.

Tapi beza dengan Malaysia, bangsa Korea ni dapat negara yang hancur.

Kisah mereka tunjuk betapa berertinya sebuah ‘negara’. twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik yang ingin kongsi ilmu secara percuma. Setiap hari saya buat 1-2 thread.

Jadi korang kalau minat bab-bab gini, jemput follow saya. Sebab ada banyak kisah lagi saya akan kongsi. Image
Korea hilang negara pada 1910, apabila Jepun datang merampas. Jepun bukan setakat jajah. Rampas dan serap masuk dalam empayar terus.

35 tahun kena ilhak. Politik ditindas. Buruh paksa. Budaya kena paksa asimilasi. Rakyat Korea kena guna bahasa Jepun. Namakan diri nama Jepun. Image
Read 25 tweets
May 3
Kenapa Penting Kita Kena Tahu Pasal Kenaikan OPR

Bank Negara dah naikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR). Kesannya berangkaian. Jadi tanpa buang masa, jom kita bedah guna term-term mudah.

Saya akan cuba sehabis mungkin nak bagi korang faham benda ni sepenuhnya. twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi yang berniat nak simplify benda-benda rumit. Macam hal OPR ni lah.

Saya selalu tulis 1-2 thread sehari. Kalau minat isu semasa, geopolitik dan ekonomi, jemput follow saya.

We’ll analyze the world. Together. Image
Pertama sekali, saya nak kongsi request saya terima. Breakdown:

1. Kenapa BNM naikkan OPR?
2. Kerajaan untung ka?
3. Apa kepentingan OPR pada rakyat, bank dan kerajaan?

Semua soalan bagus. Fokus pada fundamentals OPR. Tengah kita dok dengar harga barang naik. Tetiba OPR naik. Image
Read 35 tweets
May 3
Kenapa Penting Kita Kena Tahu Pasal Kejatuhan Chegg

Tak semua tahu pasal syarikat Chegg. Mungkin ni first time dengar. Jadi thread akan bincang pasal mereka — dan kenapa saham mereka junam dalam masa 4 jam jer.

Sebab apa yang mereka lalui mungkin kita akan hadap tak lama lagi. twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi yang nak kongsi ilmu secara percuma.

Setiap hari saya tulis 1-2 thread. Jemput follow saya kalau korang minat topik macam ni. Banyak benda kita boleh kongsi sama-sama nanti. Image
Chegg ni syarikat teknologi pendidikan. Mereka buat homework, sewa buku teks, buat kelas online dan banyak lagi.

Rate mereka murah jer. Jadi ramai pelajar universiti suka guna servis mereka. Syarikat ni diasaskan pada tahun 2005.

Tapi asas syarikat dah ada sejak 2000. Image
Read 28 tweets
May 2
Apa Akan Jadi Kalau KWSP Dicarum 20%

Selama ni isu KWSP pasal orang minta suruh lepaskan kalau rakyat mohon. Biar kering kantung.

Tapi rupanya ada isu baru. Katanya Anwar nak bincang naikkan caruman majikan. Naik sampai 20% katanya.

Maka apa lagi — jom bedah. twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu politik dan sejarah geopolitik yang ingin kongsi ilmu secara percuma.

Saya buat 1-2 thread setiap hari. Jadi kalau korang minat bab-bab gini, jemput follow saya. Macam-macam saya akan kongsi pada korang. Image
Banyak benda kena tekankan kat sini. Tapi pertama sekali, kena sentuh dulu part “Anwar baru nak bincang”. Masih belum ada persetujuan. Baru nak bincang.

Andai kata caruman tu naik ke kadar 20%. Apa tempiasnya? Nak berlaku adil, kena tengok pro and con. Baru imbang.
Read 26 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(