'Kenapa Penting Kita Kena Tahu Pasal Kezaliman Korea Terhadap Petani?'
#TheGoodBadMother sekarang tengah trending. Episod awal ada cerita sikit pasal Korea Selatan halau petani untuk bina projek Olimpik.
Kisah ni benar dan sedih. Dan thread ni akan kupas pasalnya.
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi.
Setiap hari saya tulis 1-2 thread nak kongsi ilmu secara percuma.
Kalau minat topik gini, jemput follow saya. Ada banyak kisah menanti korang.
Korea Selatan nak anjurkan Olimpik sejak zaman Park Chung Hee lagi. Mereka nak bawa mata dunia ke negara mereka. Sekitar 1980-an, hasrat ni tercapai. Mereka masuk bidding process... dan dapat jadi host untuk 1988.
1980-an tu, Korea asyik dapat perhatian.
1980 – Miss Universe
1986 - Asian Games
Dan 1988 tu, Sukan Olimpik pula. Inilah masa mereka nak tunjuk “who I am” pada US, Eastern Europe, Soviet Union dan China.
Tapi ada banyak benda kena buat... walaupun infrastruktur dah membangun bersama ekonomi.
Ini yang saya nak cerita sikit pasal—
Setiap bangsa ada baik buruk. Sebab tu kita kena kenal-mengenali.
Saya nak recommend buku ni.
Kitab Tamadun Korea memang bagus nak tunjuk macam mana Korea membangun balik. What price they paid.
Starting dia simple tapi clear. Jin Young Soon hidup bahagian dengan suaminya Choi Hae Sik. Mereka ada ladang babi. Tapi tiba-tiba, kampung mereka tu jadi laluan Olympic Torch (sat saya explain pasal ni).
Mereka taknak sign serahkan ladang mereka. Jadi kisahnya, puak jahat pergi bakar ladang mereka. Selebihnya korang boleh tonton.
Kita fokus angle ni ja. Sebab ni memang berlaku. Cuma The Good Bad Mother fictionalize beberapa aspek. Asasnya benar.
Temasya Olimpik ni ada upacara Olympic Torch. Obor Olimpik tu akan dibawa dari Olympia, Greece, ke negara tuan rumah. Mula dinyalakan jer, obor tu dibawa ke Athens... kemudian Bangkok... Cheju-do dan akhirnya Seoul. Tengok zig-zag macam mana.
Masalahnya kat pinggir bandar Seoul tu, ada penempatan bernama Sanggyedong. At some point, kerajaan Korea buat keputusan nak majukan Sanggyedong nak prepare Olympic.
Tapi tempat ni tempat orang susah. Jadi kerajaan ambil keputusan keras pada 1985. Halau.
Mereka hantar polis amukan (riot police) nak usir semua keluar... untuk tujuan “redevelopment”.
Hidup aman bahagia tiba-tiba semua tunggang terbalik.
Wanita dengan berani baring nak halang kren pembinaan. Taknak bagi siapa pun masuk.
Malam hari, mereka tidur... para nenek pula buat kerja. Sengkang mata dengan kayu nak pukul sesiapa saja yang cuba halau waktu malam.
Makin lama, krisis ni makin tegang. Samseng turun bawa sledgehammer dan mula pecahkan rumah. Sesiapa yang menghalang, polis turun angkut.
Barang ada kat rumah?
“Bukan masalah aku.”
Tiada tempat tinggal dah?
“Bukan masalah aku.”
Malam melanda. Cuaca punya sejuk. Kanak-kanak dialas berlapis-lapis selimut. Sebab semua dah hilang tempat tinggal.
Sampai masa, penghuni dibawa ke tempat lain. Hidup agak merempat.
Ingat masalah settle? Tak.
Tempat merempat ni pun digempur kerajaan Korea. Sebab mereka baru perasan. Tempat ni adalah laluan Olympic Torch. Taknak bagi dunia nampak apa-apa petanda kemunduran.
Lalu kerajaan halau sekali lagi.
Tapi ni zaman 1980-an. Tiada siapa tahu sangat.
Yang tahu pun tak peduli. Sebab ni perkara biasa... diwarisi negara-negara tuan rumah lain.
Saya bagi contoh. Brazil ada buat Olimpik tahun 2016. Tengok berapa banyak tempat mereka usir. Bagi clear nak redevelop.
Biar gah pada mata dunia. Rakyat susah takpa.
Seoul Olympics labuhkan tirai dengan Soviet dapat 132 pingat (paling banyak). Semua seronok. Tapi semua lupa pasal apa yang dah berlaku.
Malah rata-ratanya tak tahu, sebab perjalanan mereka dan keberadaan mereka juga ‘carefully planned’. Nak pastikan semua nampak Korea maju.
48,000 bangunan dirobohkan. 720,000 orang diusir daripada tempat tinggal.
Masa tu Korea Selatan ni demokrasi pada nama jer. Mereka lebih pada military dictatorship. Sekarang dah mekar jadi demokrasi pekat, baru benda ni dibincang balik.
Media cakap. Dokumentari bagitau. The Good Bad Mother tunjuk. Jangankan pasal ni jer. Park Chung Hee halau gelandangan turut jadi kisah untuk dibualkan.
Kerajaan Korea dulu buat kempen “penyucian”. Nak cuci Seoul bagi nampak moden.
16,000+ gelandangan (termasuk kanank-kanak) dikurung tanpa notis pada keluarga. Ribuan dipukul. Ramai mati dalam tahanan.
Mana yang hidup tu dipaksa bekerja tanpa gaji. Ini sejarah Korea terdahulu. Agak berbeza nak banding dengan Korea sekarang.
Pada tahun 2018, Korea Selatan buat Olimpik sekali lagi. Kat Pyeongchang. Ada ura-ura yang orang miskin diusir keluar.
Tapi tak hype macam 1988 Seoul ni. Sebab isu melibatkan Pyeongchang ni lebih kepada nasionalisme dan gentrifikasi jer.
Apa benda gentrifikasi tu?
First pasal nasionalisme dulu. Orang tua tinggal kat kawasan Gunung Gariwang dipujuk. Pihak berkuasa guna taktik politik minta mereka keluar supaya kerajaan dapat bina tempat ski.
Mereka keluar sebab makan pujukan mereka sedang berbakti pada negara.
Gentrifikasi pula berat sikit. Mungkin korang kena ambil tahu, sebab kat Malaysia agak ketara juga.
Bayangkan sebuah kawasan pinggir bandar... tiba-tiba dibangunkan dengan segala perumahan agak ‘level atas’.
Siapa akan beli?
Orang berduit dari bandar of course. Makin ramai datang, makin ‘gentrified’ kawasan pinggir bandar tu.
Kos makin naik. Diskriminasi pada orang tempatan yang tak mampu bersaing.
Tapi isu ni lebih pada opinion. Bukan established research. Jadi nak kata ni tuntas pun tak boleh.
Adanya dua isu ni kaburi (kalau ada) pengusiran ala-ala 1988. Jadi kita boleh kata, usaha mereka bercerita pasal kezaliman pentadbir terdahulu membuahkan hasil.
Korea dah berubah.
Dan The Good Bad Mother hidupkan balik kisah ni adalah satu benda yang wajar dipuji.
Dah kecoh habis pasal ni tapi ramai terlepas pandang implikasinya. Serius. Implikasinya sangat besar, kalau kita baca betul-betul teks permohonan waran. Tapi sebelum tu, kita faham dulu apa beza ICC dan ICJ.
ICC adalah International Criminal Court yang mendakwa individu. ICJ pula adalah International Court of Justice. Kalau ada pertikaian antara-negara, memang ICJ lah medannya.
Dan ICC ni serupa mahkamah biasa. Ada hakim, pendakwa raya dan peguam bela sepanjang proses kes.
Pada 20 Mei, pendakwa raya Karim Khan umum pasal permohonan waran tangkap. Dua orang kat belakang tu saya tak tahu apa masalah.
Khan nak ICC tangkap Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel) dan juga Yoav Gallant (Menteri Pertahanan Israel). Tapi permohonan tak stop kat situ!
Sekarang tengah hangat isu “no palm oil” sebab hari tu ada sebuah kedai runcit diserbu. Dalam serbuan tu pula, pihak berkuasa jumpa aiskrim yang ada label, “no palm oil”. Jadi apa lagi, kena rampaslah. Sini semua peniaga kena take note.
First thing first, kenapa kena rampas? Kita faham isu ni terus lah. Sekarang Barat terutamanya yang haluan kiri tu tengah bergiat pasal hal alam sekitar. Cara mereka simple tapi sangat berbisa: “cari satu elemen negatif dan kaitkannya dengan industri sedia ada.”
Sebelum sambung pasal industri tu, saya nak jumpa korang semua. Poster bawah adalah event saya hadir masa PBAKL nanti. Jemput ramaikan dan ya, ada sesi talk juga sempena pelancaran buku.
Iran dah flex sekarang ni. Nak faham apa jadi, kita mula pada 16 Januari dulu. Tarikh tu, Iran lancarkan misil yang kena tepat pada sasaran. Habis hancur bersepai sasaran mereka sampai boleh claim operasi berjaya.
Sekarang soalan besar: siapa sasaran Iran? Cuba teka. Israel? Nope. Perhaps Amerika Syarikat yang gigit Houthi dari arah Timur Tengah? Pun tidak.
Sasaran Iran adalah... Baluchistan, Pakistan. Yup. Dua hari selepas sign agreement dengan Pakistan nak tingkatkan kerjasama—
— Iran pergi bedil mereka. Next-level diplomacy. The Tehran Way.
Bila jadi gini, memang letak tepilah perjanjian tu. Pakistan dah halau duta Iran dan panggil balik dutanya dari Tehran. Pakistan juga kata dua kanak-kanak pergi buat selamanya angkara apa yang Iran buat.
Ramai tengah bengang kat PBB sekarang. Mana tak — pada 13 Januari lalu, PBB bersidang nak buat gencatan segara. 193 negara kena undi sama ada sokong, tolak atau berkecuali.
Elok dah pergi. Elok dah undi. Elok dah ada keputusan.
10 negara menentang. 23 negara berkecuali. Tapi 153 negara MENYOKONG. Jangankan majoriti. Dah supermajority kat situ. Sebelum sambung point utama, koran gkena tahu banyak negara-negara Eropah SOKONG gencatan.
Maka resolusi ni lulus. Cuma dah lulus ni, bila nak laksana?
Masih berterusan konflik kat sana. Ini masalahnya. Resolusi diluluskan ni bersifat nonbinding, sebab persidangan kat UN General Assembly.
UNGA ni tiada mandat nak kuatkuasakan apa-apa. Israel boleh laksana kalau nak. Tapi kalau taknak laksana, tiada negara boleh paksa.