Kelicikan Berkarya Korea Yang Penting Kita Kena Tahu
Saya dah cerita pasal kisah Olimpik di sebalik #TheGoodBadMother. Harini saya nak cerita pasal #DoctorCha pula. Sebab saya tertarik dengan plot story dia.
Macam korang tahu. Setiap hari saya buat 1-2 thread kongsi isu geopolitik, sejarah ekonomi dan bab kebudayaan. Kalau minat bab gini, jemput follow saya. Banyak kisah menanti korang.
Harini saya nak sentuh pasal macam mana Korea Selatan membudayakan bidang kedoktoran.
Basically kerja doktor ni ada standard tersendiri kat sesuatu negara. Kita tahu China memang cenderung pastikan anak jadi doktor.
Tapi tu dia lah, kalau jatuh sakit, punyalah susah mereka nak jumpa doktor. Ni bukan saya kata tau. Qin & Ding (2019) dapati kesahihannya!
Benda ni kita dah tahu. Tapi sedar tak, Korea Selatan sama naik juga kat part nak anak jadi doktor. Mereka juga membudayakan perubatan dan agungkan doktor. Kenapa benda ni jadi?
Pertama sekali, Korea ni bangsa berbudaya. Sama macam Melayu, mereka juga ada perubatan tradisional.
Thread ni akan ulas pasal sejarah dan budaya Korea. Takdak buku saya boleh recommend selain buku ni.
Saya dah jadi beta reader dan baca kandungannya. Best.
Kalau tengok pada penemuan, mereka dah amalkan perubatan sejak 3000 S.M. lagi. Sampai ke mitos pengasasan bangsa ada sangkut paut dengan perubatan. Jadi takkan boleh kita cabut akar ni keluar daripada mereka. Impossible.
Kena pula zaman 1980-an, mereka berindustri rancak.
Apabila tradisi bertemu industri, memang meletup lah jadinya. Kerajaan Korea utamakan teknologi dan pendidikan.
Jadi ramai berminat nak jadi “professional”. Saya tekankan doktor sebab job ni bawa semacam darjat tau dalam masyarakat. Social status.
Sebab perlu pendidikan tinggi... dan diyakini buat duit dengan mudah. Song, et al. (2022) tunjuk betapa kerajaan Korea Selatan rasa tak cukup dengan jumlah doktor dalam negara.
Mereka nak doktor yang sangat pakar sampai layak diisytihar “saintis”.
Benda sama berlaku kat Korea Utara. WHO cakap Korea Utara ada sistem perubatan yang bagus.
Mereka ada doktor dan jururawat sangat ramai... yang banyak negara membangun akan iri hati kalau tengok (Lynn, 2010). Nak kira benda ni, kita kena guna “doktor bagi setiap 10,000 orang”.
Korea Utara pernah capai score mengalahkan Australia, Perancis, Finland, UK dan US. Doktor mereka sangat ramai. 33 doktor bagi 10,000 orang. US ada 24 doktor jer.
Malaysia ada 12 doktor per 10,000 orang masa 2007-2013 tu. Jadi tuntas kita cakap kat sini: Korea suka doktor.
Cuma nak luaskan pasal Korea Utara ni susah sikit. Sebab negara tu tertutup. Kita tengok Korea Selatan dah.
Bagi mereka ni, pendidikan kalau dah berjaya baru boleh dapat masa depan yang terjamin. Doktor tu macam saya cakap, bawa social status yang bagus. Kira respected la.
Buat duit dah senang. Siapa taknak hidup yang stabil kan? Tapi patriotik satu hal, sebab selamatkan nyawa.
Letak dua-dua ni dalam Korea Selatan yang membangun dengan pesat, forget about it. Memang betul-betul kena dengan culture values.
Sebab hidup kat Korea ni tak mudah.
Mereka ada musuh. Jadi mereka kena sentiasa pacu ekonomi dengan baik. Sistem kesihatan kena mantap, sebab nak jaga orang sakit ni bukan senang. Populasi pula ramai.
Jadi macam mana pun, darjat doktor tetap diutamakan. Demand sentiasa ada bila orang makin tua.
Apabila tiada demand, mereka create demand dengan plastic surgery yang bukan main rancak kat sana.
Tak suka hidung korang? Korea Selatan.
Nak ubah muka sikit sebanyak? Korea Selatan.
Nak (sekian)? Korea Selatan.
Reuters estimate plastic surgery ni bernilai AS$10+bilion.
Benda ni mustahil tanpa pengaruh mak bapa. 60% mak bapa nak anak mereka jadi doktor atau lawyer (Jae-heun, n.d.). Tu survey dibuat Korean Institute of Child Care and Education. Ada survey lain juga letakkan jawatan doktor.
Expectation tinggi. Berduit pula nak bayar pendidikan.
Fokus utama mereka adalah kestabilan kewangan dan social respect.
Tu kecenderungan. Jadi korang dah boleh bayang macam mana “jadi doktor” ni dah bertaut pada maruah keluarga.
Kalau gagal, fuh... dia punya feel tu tusuk sampai kita yang baca pun naik seram.
Dah tahu parents nak gini, kerajaan juga gilapkan sistem pendidikan perubatan bagi mantap. Tadi saya bagi research yang kerajaan nak “doktor-saintis”?
Mereka sediakan satu career path pada landasan pendidikan. Menara gading career path tu akan hasilkan high quality doctors.
Tapi itulah dia. Mereka sangat pandai berkarya. Sangat pandai.
Sebelum tengok tempatan, kita tengok macam mana mereka layan karya asing. Parrot Analytics membuktikan orang Korea sangat suka Grey’s Anatomy.
Show Grey’s Anatomy ni dah main sejak 2005, a generation shaping show.
Now, karya tempatan. Descendants of the Sun (2016) memang popular gila. Benar, plot story akan ke sana sini.
Tapi elemen perubatan ada dalam tu. Dan kalau korang nak tahu, DotS siap tarik pelancong asing masuk Korea. Salurkan AS$880 juta dalam ekonomi tempatan.
Tahun 2003 dulu, ada TV series Jewel in the Palace Tu pun Korea Selatan punya top hit. Jadi pencetus Korean Wave yang sekarang takluki dunia.
And tu kisah tukang masak (anak yatim) yang jadi doktor wanita seorang raja. Based on a true story masa zaman Joseon.
Ada banyak contoh lain. Doctor Stranger, Dr. Romantic, Hospital Playlist dsb. Again, kisah dibawa TV series ni fiction atau fictionalized. Ada tokok tambah nak bagi rencah rasa sedap.
Tapi essence masih hospital, doktor dan specialist. Demand sentiasa ada. Apa maknanya tu?
Dan sekarang ni Doctor Cha. Watak utama Cha Jeong-Suk give up masa buat praktikal dulu. Dia jadi housewife. 20 tahun kemudian, dia buat keputusan... nak restart balik.
Basic plot tu saya yakin korang dapat rasa betapa pembudayaan doktor tu resonate. Pasti tak cringe.
Sebab kita dah tengok plot jauh lagi cringe kat drama tempatan. Kita boleh ada 1001 pendapat pasal bangsa Korea.
Tapi cara mereka guna karya kreativiti nak gerakkan budaya bangsa... sampai dunia tunduk pada Korean Wave mereka? That’s a crazy accomplishment.
Dulu pengaruh Barat takluki dunia. Sekarang pengaruh Korea takluki Barat. Sampai tembus ke World Cup.
Dan mereka tak gadaikan budaya pun. Tu satu contoh sangat menarik bagi saya. Sebab tu saya tertarik betul dengan Doctor Cha tu.
Jadi agak-agak korang, ilmu apa menanti kalau baca buku KITAB TAMADUN KOREA NI?
Dah kecoh habis pasal ni tapi ramai terlepas pandang implikasinya. Serius. Implikasinya sangat besar, kalau kita baca betul-betul teks permohonan waran. Tapi sebelum tu, kita faham dulu apa beza ICC dan ICJ.
ICC adalah International Criminal Court yang mendakwa individu. ICJ pula adalah International Court of Justice. Kalau ada pertikaian antara-negara, memang ICJ lah medannya.
Dan ICC ni serupa mahkamah biasa. Ada hakim, pendakwa raya dan peguam bela sepanjang proses kes.
Pada 20 Mei, pendakwa raya Karim Khan umum pasal permohonan waran tangkap. Dua orang kat belakang tu saya tak tahu apa masalah.
Khan nak ICC tangkap Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel) dan juga Yoav Gallant (Menteri Pertahanan Israel). Tapi permohonan tak stop kat situ!
Sekarang tengah hangat isu “no palm oil” sebab hari tu ada sebuah kedai runcit diserbu. Dalam serbuan tu pula, pihak berkuasa jumpa aiskrim yang ada label, “no palm oil”. Jadi apa lagi, kena rampaslah. Sini semua peniaga kena take note.
First thing first, kenapa kena rampas? Kita faham isu ni terus lah. Sekarang Barat terutamanya yang haluan kiri tu tengah bergiat pasal hal alam sekitar. Cara mereka simple tapi sangat berbisa: “cari satu elemen negatif dan kaitkannya dengan industri sedia ada.”
Sebelum sambung pasal industri tu, saya nak jumpa korang semua. Poster bawah adalah event saya hadir masa PBAKL nanti. Jemput ramaikan dan ya, ada sesi talk juga sempena pelancaran buku.
Iran dah flex sekarang ni. Nak faham apa jadi, kita mula pada 16 Januari dulu. Tarikh tu, Iran lancarkan misil yang kena tepat pada sasaran. Habis hancur bersepai sasaran mereka sampai boleh claim operasi berjaya.
Sekarang soalan besar: siapa sasaran Iran? Cuba teka. Israel? Nope. Perhaps Amerika Syarikat yang gigit Houthi dari arah Timur Tengah? Pun tidak.
Sasaran Iran adalah... Baluchistan, Pakistan. Yup. Dua hari selepas sign agreement dengan Pakistan nak tingkatkan kerjasama—
— Iran pergi bedil mereka. Next-level diplomacy. The Tehran Way.
Bila jadi gini, memang letak tepilah perjanjian tu. Pakistan dah halau duta Iran dan panggil balik dutanya dari Tehran. Pakistan juga kata dua kanak-kanak pergi buat selamanya angkara apa yang Iran buat.
Ramai tengah bengang kat PBB sekarang. Mana tak — pada 13 Januari lalu, PBB bersidang nak buat gencatan segara. 193 negara kena undi sama ada sokong, tolak atau berkecuali.
Elok dah pergi. Elok dah undi. Elok dah ada keputusan.
10 negara menentang. 23 negara berkecuali. Tapi 153 negara MENYOKONG. Jangankan majoriti. Dah supermajority kat situ. Sebelum sambung point utama, koran gkena tahu banyak negara-negara Eropah SOKONG gencatan.
Maka resolusi ni lulus. Cuma dah lulus ni, bila nak laksana?
Masih berterusan konflik kat sana. Ini masalahnya. Resolusi diluluskan ni bersifat nonbinding, sebab persidangan kat UN General Assembly.
UNGA ni tiada mandat nak kuatkuasakan apa-apa. Israel boleh laksana kalau nak. Tapi kalau taknak laksana, tiada negara boleh paksa.