Ahmad Faezal Profile picture
May 27, 2023 27 tweets 9 min read Read on X
Kenapa Tentera Turki Cuba Rampas Kuasa Tahun 2016?

Turkiye esok akan buat second round pilihan raya. Pemenang round tu akan jadi presiden.

Maka jom kita bincang pasal salah satu detik paling cemas dalam sejarah moden negara ni. Percubaan rampasan kuasa 2016!

Apa jadi masa tu? twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Sehari saya buat 1-2 thread menerangkan benda rumit guna bahasa mudah. Nak bagi semua lapisan pembaca faham.

Kalau suka bacaan gini, jemput follow saya. Ada banyak lagi menanti korang ni. Image
Sebelum kita ulas pasal rampasan kuasa, saya kena bercerita dulu pasal Fethullah Gülen. Pengaruh dia kat Turki memang hebat. Dia bawa pendirian Islamisme dan neo-Ottomanism.

Masa Erdogan baru nak naik tahun 2003 dulu, penyokong-penyokong Gülen turut membantu. Hasilnya? Image
Gandingan Erdogan-Gülen melemahkan saraf Ataturkisme. Waktu ni Gülen di kemuncak pengaruh. Pengikut dia pegang akhbar, TV, rangkaian pusat ilmu, institusi kewangan, kedudukan tentera dsb. Erdogan sebagai PM tak kacau mereka ni sangat, sebab ada common interest yang sama: Image
Selingan! Tak sabar nak jumpa korang semua tujuh hari lagi.

Seminggu jer ni.

#PBAKL2023 tengah rancak sekarang. Korang yang kelapangan tu jemput serbu reruai The Patriots. Banyak buku ada promosi sekarang.

Mana yang tak dapat turun tu boleh ke Shopee: shope.ee/4AUqcOWdAu ImageImage
Lemahkan kuasa politik angkatan tentera.

Tu Point One: ada ‘tug of war’ antara ahli politik dan anggota tentera. Turki ni serupa Rusia yang mengkastakan ‘siloviki’ (tentera) dan ‘siviliki’ (awam).

Yumitro (2022) ada menyentuh bahawa Erdogan tahu dia tak mampu nak lawan Gülen. Image
At least masa jadi PM lah.

Teamwork Erdogan-Gülen mula nampak retak sekitar tahun 2011. Dulu asalnya sekutu, waktu ni dah jadi pesaing. Team Gülen mula kacau Team Erdogan.

Erdogan jadi pentadbir negara. 2010-2013 tu, rahsia negara kerap dibocor (Boulton & Coskun, 2014).
Erdogan dah mula mendakwa Gülen buat ‘kempen kotor’ nak conteng arang pada kerajaan. Manakala Team Gülen pula kata tuduhan ni ‘serupa komedi’.

In short, ada power struggle antara dua figura ni. Sampailah kemuncak, apabila Erdogan dakwa Team Gülen ni cuba buat ‘parallel state’:
Kira Team Gülen walaupun bukan kerajaan cuba run kerajaan tanpa masuk politik. Sesiapa saja yang kerajaan rasa penyokong Gülen dipecat atau ditangkap.

Dah tu pula, 2013 ada skandal korupsi besar yang melibatkan 52 figura kerajaan. Semua tu parti Erdogan. Image
Polis temui $4.5 juta tunai disimpan dalam kotak-kotak kasut kat rumah seorang pengarah bank pro-Erdogan. Ada peniaga pula katanya terlibat dalam gold trading $9.6 bilion.

Tapi kerajaan Erdogan pecat ramai ketua polis termasuk kat Istanbul. SOP pihak berkuasa ketara ditukar. Image
Kalau nak raid, kena bagitau ketua-ketua dulu (Hurriyet, 2013). Siapa yang tukar? Menteri Dalam Negeri dan Menteri Undang-Undang.

Seramai 70,000 peguam Turki bawah Turkish Bars Association lawan SOP ni kat mahkamah agung.

Mereka menang. Mahkamah agung batalkan SOP ni.
Kemudian Erdogan rombak kabinet balik. Macam-macam jadi masa ni... dan Erdogan mendakwa siasatan ni adalah konspirasi dibuat perkakas Gülen.

Penjelasan panjang ni dah bagi korang gambaran jelas apa yang berlaku sebelum tu.

Point Two: Tug-of-war figura pula. Bukan ideologi. Image
Rampasan kuasa 2016 ni katanya Erdogan vs Gülen. Bukan Ataturkisme vs Erdoganisme.

Betul, selama ni kalau ada campurtangan Ataturkisme ada kaitan. Sebab bidangkuasa tentera dan kehakiman anggap diri pembela ilham Ataturkisme (Filkins, 2016).

Parti Islamis susah nak ada tempat. Image
Pada 13 Julai 2016, Erdogan menandatangani rang undang-undang bagi imuniti pada tentera Turki. Tak boleh didakwa kalau terlibat dalam operations... kecuali kes PM bagi lampu hijau.

Ni kira mengikat tangan tentera supaya tunduk pada kerajaan. Dua hari kemudian?

Showdown.
Semua pakat terkejut. Malam tu, jet tentera terbang melintasi Ankara... jambatan Istanbul pula tutup. Dan PM Binali Yildirim umumkan yang “sebahagian pihak tentera sedang merampas kuasa secara haram”.

Chaos all over. Kereta kebal ada kat Ataturk Airport. Media sosial disekat. Image
Dalam blok tentera pula, segerombolan menjemput Komander Tentera Darat Turki. Bila sampai jer, komander tu ditangkap dan dijerut supaya tandatangan pengisytiharan rampasan kuasa.

Dia enggan bagi kerjasama.

Timing rampasan kuasa ni pun menarik. Waktu tu Erdogan tengah bercuti. Image
Tengah malam jer, helikopter mula mengebom pejabat dan markas pihak berkuasa. Tentera pergi tawan Dataran Taksim di Istanbul. Dan pembaca berita Tijen Karas dipaksa umum: “kepimpinan demokrasi dan sekular dah diluntur kerajaan sekarang. Turki kini dipimpin Majlis Peace at Home.” Image
Erdogan bila tahu jer mengecam usaha rampasan ni sekeras-kerasnya. Dia guna media CNN (yang tak dikuasai perampas kuasa). Apa dia umum?

“Tiada kuasa melebihi kuasa rakyat!”

Ni strategi nak hasut minta rakyat Turki turun berhimpun. Sebab perampas buat perintah berkurung. Image
Kalau ada ahli kerajaan tengah tidur masa tu, semua dikejutkan. Timbalan Perdana Menteri buat live umum “kerajaan masih berkuasa”. Datuk bandar kat Ankara ‘hasut’ rakyat suruh keluar ke jalan raya. Dalam banyak-banyak usaha rampasan kuasa, ini paling meremang. Sebab rakyat turun! Image
Dah turun, mereka buat apa? Mereka pergi masjid tengah-tengah malam laungkan azan. Tengah malam. Azan tak stop.

Azan yang biasa. Selalu kita dengar. Selalu kita balas. Tapi malam tu? Tu war cry of peace. Ayat-ayat sama tapi maksudnya secara kias suruh lawan perampas kuasa. Image
And that was it.

Kerajaan Turki buat kerja di sebalik tabir dan di ‘medan perang’... sementara rakyat membanjiri serata tempat utama nak tunjuk mereka TAK SETUJU.

Itulah asas nak kalahkan rampasan kuasa. Tunjuk rakyat tak setuju.

Lalu Peace at Home ni ibaratkan syok sendiri.
15 Julai start. 16 Julai balik. Tapi 300+ orang mati kerana usaha ni. Erdogan masa tu atur balik segala struktur kerajaan. 21,000+ guru hilang lesen sebab katanya setia pada Gülen. Bagi Erdogan, ni kerja Gülen. Crackdown ni end up menyebabkan 160,000+ orang hilang kerja. Image
Masa ni Peace at Home tak boleh minta tolong orang luar pun. Sebab NATO menggesa semua ‘hormati institusi demokrasi di Turki dan pemerintah yang dipilih rakyat’. Total loss.

Tapi masa tu kerajaan-kerajaan Barat taknak serahkan Gülen. Dia ada kat US sejak 1999. Self-exile. Image
Mereka kata hujah Turki tak meyakinkan. Malah ada juga dakwaan mengatakan ni kerja Erdogan sebenarnya. Banyak hujah ditabur, tapi semuanya boleh ditempelak. Macam:

1. Orang dah ada kat masjid masa rampasan kuasa dibuat (eh? Ramai kat masjid pun satu isu?)
2. Kerajaan dah ada senarai nak tangkap siapa (mestilah, kan ada power play antara Kerajaan vs Tentera).

3. Erdogan guna percubaan rampasan ni nak luaskan lagi kuasanya (dia dari dulu ‘chess player’. Bagi peluang, dia ambil).

Tutup buku, ‘pre-planning’ ni hujahnya tak solid.
Kalau korang nak saya ulas apa-apa benda, PM jer. Saya buat secara percuma.

Nak support penulisan percuma saya? Haa. Boleh beli buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA. Murah jer kat Shopee tu: shope.ee/5fIXSr85TM Image
RUJUKAN

Boulton, R., & Coskun, O. (2014, Mac 28). Turkish security breach exposes Erdogan in power struggle. Reuters.

Filkins, D. (2016, Oktober 10). Turkey’s Thirty-Year Coup. The New Yorker.

Hurriyet. (2013, Disember 31). Amendments have been made to the Judicial Law… twitter.com/i/web/status/1…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ahmad Faezal

Ahmad Faezal Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AhmadFaezal4

May 21
“ICC Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Netanyahu?”

Dah kecoh habis pasal ni tapi ramai terlepas pandang implikasinya. Serius. Implikasinya sangat besar, kalau kita baca betul-betul teks permohonan waran. Tapi sebelum tu, kita faham dulu apa beza ICC dan ICJ.Image
ICC adalah International Criminal Court yang mendakwa individu. ICJ pula adalah International Court of Justice. Kalau ada pertikaian antara-negara, memang ICJ lah medannya.

Dan ICC ni serupa mahkamah biasa. Ada hakim, pendakwa raya dan peguam bela sepanjang proses kes. Image
Pada 20 Mei, pendakwa raya Karim Khan umum pasal permohonan waran tangkap. Dua orang kat belakang tu saya tak tahu apa masalah.

Khan nak ICC tangkap Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel) dan juga Yoav Gallant (Menteri Pertahanan Israel). Tapi permohonan tak stop kat situ!Image
Read 21 tweets
May 11
“Hipokrasi Di Sebalik No Palm Oil”

Sekarang tengah hangat isu “no palm oil” sebab hari tu ada sebuah kedai runcit diserbu. Dalam serbuan tu pula, pihak berkuasa jumpa aiskrim yang ada label, “no palm oil”. Jadi apa lagi, kena rampaslah. Sini semua peniaga kena take note.Image
First thing first, kenapa kena rampas? Kita faham isu ni terus lah. Sekarang Barat terutamanya yang haluan kiri tu tengah bergiat pasal hal alam sekitar. Cara mereka simple tapi sangat berbisa: “cari satu elemen negatif dan kaitkannya dengan industri sedia ada.”Image
Sebelum sambung pasal industri tu, saya nak jumpa korang semua. Poster bawah adalah event saya hadir masa PBAKL nanti. Jemput ramaikan dan ya, ada sesi talk juga sempena pelancaran buku.
Image
Image
Read 14 tweets
Jan 17
Iran Dah Masuk Berperang?

Iran dah flex sekarang ni. Nak faham apa jadi, kita mula pada 16 Januari dulu. Tarikh tu, Iran lancarkan misil yang kena tepat pada sasaran. Habis hancur bersepai sasaran mereka sampai boleh claim operasi berjaya.Image
Sekarang soalan besar: siapa sasaran Iran? Cuba teka. Israel? Nope. Perhaps Amerika Syarikat yang gigit Houthi dari arah Timur Tengah? Pun tidak.

Sasaran Iran adalah... Baluchistan, Pakistan. Yup. Dua hari selepas sign agreement dengan Pakistan nak tingkatkan kerjasama— Image
— Iran pergi bedil mereka. Next-level diplomacy. The Tehran Way.

Bila jadi gini, memang letak tepilah perjanjian tu. Pakistan dah halau duta Iran dan panggil balik dutanya dari Tehran. Pakistan juga kata dua kanak-kanak pergi buat selamanya angkara apa yang Iran buat. Image
Read 12 tweets
Dec 15, 2023
‘Negara Islam Boleh Keluar Dari PBB Tak?’

Ramai tengah bengang kat PBB sekarang. Mana tak — pada 13 Januari lalu, PBB bersidang nak buat gencatan segara. 193 negara kena undi sama ada sokong, tolak atau berkecuali.

Elok dah pergi. Elok dah undi. Elok dah ada keputusan.Image
10 negara menentang. 23 negara berkecuali. Tapi 153 negara MENYOKONG. Jangankan majoriti. Dah supermajority kat situ. Sebelum sambung point utama, koran gkena tahu banyak negara-negara Eropah SOKONG gencatan.

Maka resolusi ni lulus. Cuma dah lulus ni, bila nak laksana? Image
Masih berterusan konflik kat sana. Ini masalahnya. Resolusi diluluskan ni bersifat nonbinding, sebab persidangan kat UN General Assembly.

UNGA ni tiada mandat nak kuatkuasakan apa-apa. Israel boleh laksana kalau nak. Tapi kalau taknak laksana, tiada negara boleh paksa. Image
Read 21 tweets
Oct 31, 2023
Yaman Dah Isytihar Perang Terhadap Israel?

Yaman dah masuk berperang dengan Israel. Netanyahu pakat kalut buat meeting sekarang.

Banyak sumber dah laporkan benda ni. Tapi korang kena tahu dulu secara kronologi. Sebab benda ni bukan baru.

Dah nampak benihnya sejak minggu lalu.
Image
Saya akan bicara sikit pasal geopolitik.

Jadi buat korang yang nak basic element... kot-kot teringin nak faham perang global ni, boleh dapatkan siri DUNIA TANPA TEMBOK.

Ada kat sini:

Ada mata ganjaran korang boleh guna nanti! ahmadfaezal.com
Image
Sejak minggu lalu? Betul.

Minggu lalu, kapal U.S.S. Carney dok ada kat utara Laut Merah. Tentera Laut US tu pintas beberapa cruise missile dan dron yang menghala ke Israel.

Dari mana?

Yup. Yaman.

Lepas-lepas tu, ada siri pemintasan lagi. Kali ni Arab Saudi pula pintas. Image
Read 16 tweets
Oct 12, 2023
Gaza Bakal Dilanggar Israel?

Dah lebih sehari saya tengah baca naratif Israel.

Saya baca kenyataan menteri mereka. Saya tengok suara rakyat mereka.

Sambil tu, saya tengok pergerakan tentera mereka.

Dan saya terjumpa sesuatu. Sangat merisaukan sebenarnya.
Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi.

Dari 7 Oktober saya ikuti nak memudahkan apa yang rumit untuk korang.

Kalau nak ulasan macam ni, jemput follow.

Pertama, saya nak ulas pasal kisah bayi yang didendang lepas "ramai bayi diangkut ke Gaza". Image
Dah mula beberapa hari lalu — tersebar dakwaan yang pihak Palestin telah memancung 40 bayi Israel.

Dakwaan ni mekar saban hari. Katanya siap bergambar. Ikut naratif, IDF memberitahu Benjamin Netanyahu yang menempelak.

Netanyahu bagitau Joe Biden yang percaya bulat-bulat. Image
Read 22 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(