Ahmad Faezal Profile picture
May 28, 2023 25 tweets 9 min read Read on X
Macam Mana Nvidia Boleh Bangun Mengaum Jadi Gergasi?

Nvidia sekarang dah jauh meninggalkan Facebook dan Tesla. Bila-bila masa jer akan masuk ‘Syarikat $1 Trilion’.

Macam mana syarikat yang start kat kedai makan marhaen boleh berjaya macam ni?

Ini kisah perjalanan mereka! twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Kadang saya suka kongsi kisah-kisah yang bagi semangat.

Korang kalau minat bacaan macam ni, jemput follow saya.

Sebelum ulas, saya nak kongsi falsafah: “jangan banding Page 1 kita dengan Page 534 orang lain.” Image
Nvidia diasaskan pada 5 April 1993 oleh Jen-Hsun Huang, Chris Malachowsky dan Curtis Priem.

Ketiga-tiga berpengalaman kat AMD, Sun Microsystems dan IBM. Pendek kata, super-geniuses.

Mereka berjumpa kat restoran Denny’s tak jauh dari exit highway East San Jose. A humble start. Image
1993 tu zaman Compaq Corp dan SiliconGraphics. dsb. Sekarang apa jadi kat mereka ni semua? Yup. Lenyap.

Sebab apa mereka ni gulung tikar... tapi Nvidia out of nowhere dah hampir cekau $1 trilion?

Mereka tiada satu benda. Apa dia?

Visi (yang jelas). Tu point one. Image
Saya akan turun #PBAKL2023 pada 3 Jun ni. Tak sabar nak jumpa korang semua Sabtu ni. Tak lama dah.

Harini hari ketiga PBAKL. Korang kalau nak buku-buku saya, jemput turun kat booth The Patriots.

Mana yang tak dapat, Shopee sentiasa ada: shope.ee/4AUqcOWdAu Image
Apa visi Nvidia?

Tahun 1993 tu, mereka dah nampak yang computer makin bergerak dari ‘general-purpose’ ke arah ‘graphics’ (Tilley, 2016). Mereka dah nampak kuasa pasaran games ni.

Jadi dengan dana $40K, mereka tunaikan demand ni. Pembaca kena tahu: demand ni ‘belum wujud’ lagi. Image
Memang tiada market. Kat Denny’s tu pun, Malachowsky duduk minum kopi hangit. Keliling dia? Orang cakap pasal aktiviti riadah kat pantai. California kan. Surfing je lah kerjanya.

Jadi mereka create market buat graphics processor units yang akan dipasang pada motherboards. Image
Seolah-olah mereka ada mesin masa dan bawa balik ilmu dari zaman sekarang.

Visi mereka meyakinkan pelabur. Antaranya adalah Sequioa Capital. Semua buat gaya ‘shut up and take my money’. Dari $40K, mereka dah jana $20 juta venture capital.

Tahun 1998, mereka buat RIVA TNT. Image
Real-time Interactive Video and Animation (RIVA) Accelerator.

Nak banding dengan graphic card zaman sekarang memang teruk lah. Tapi RIVA ni harumkan nama Nvidia. Tahun seterusnya, mereka buat GeForce 256.

Kenangan!

And since then, mereka start meyakinkan pemain industri. Image
Ini point two: tutup mulut, buat kerja dan buat produk yang orang tak sangka mereka perlu.

Nvidia cekau kontrak dengan Xbox yang bernilai $200 juta. Ni advance tau. Dapat duit dulu, baru bagi produk. Dapat jer kontrak ni, mereka delay projek lain.

Sebab order ni kena fulfill.
Tak fulfill, $200 juta kena pulang balik. Entahnya kena penalty. Reputasi hancur. Jadi semua best engineers Nvidia fokus tunaikan order.

Point Three: Fokus satu dua produk yang in-demand. Sell what sells. Jangan kembang terlalu pesat dalam masa singkat sangka bagi pilihan.
Walaupun bertemu tahun 1993, saya nampak Nvidia betul-betul start tahun 1998.

Dalam masa 10 tahun, Nvidia dah buat deal dengan macam-macam company... termasuk partnership dengan Sony buat graphics untuk PlayStation.

Banyak company graphics tunduk pada mereka.
Nvidia beli Exluna, MediaQ, iReady dan Hybrid Graphics. Semua ada tech yang mereka nak.

Kegiatan mereka dihidup US Department of Justice yang kemukakan saman suruh tengok balik mungkin dah langgar peraturan perniagaan dalam industri graphics (Krazit & McCarthy, 2006). Image
US benci gila bila ada syarikat berkembang terlalu pesat sampai jadi monopoli. Facebook dah berapa kali naik turun perbicaraan lepas beli WhatsApp dan Instagram.

Nvidia teruskan perniagaan... tembus masuk Apple, Dell dan HP. Stop sini on graphics. Sebab semua dah faham. Image
Takkan Nvidia jual graphics jer boleh jadi kaya-raya sampai setanding dengan Tesla, Apple dsb.?

Tak. Balik ke Point two: “buat produk yang orang tak sangka mereka perlu.”

Apa next-generation product yang kita tahu Generasi Alpha (adik-adik Gen Z) mesti perlu? Product dua huruf:
Yup. AI.

Artificial Intelligence.

Sebelum 2018, semua bayangkan AI ni serupa science fiction yang jauh daripada capaian manusia. COVID-19 tunjuk yang dunia sangat perlu AI.

Dan sekarang kita dok ada kat ambang suatu teknologi yang sangat revolutionary. Image
Pada tahun 2022, Nvidia release processor H100. Ini kira antara processor paling power dalam dunia. Spec ngeri gila:

1. 864 GBPS memory bandwith

2. 80GB GPU memory.

Harga pun ngeri: RM180,000.

Kalau pembaca mahir bab computer tech, kongsikan pendapat. Saya sambung cerita: Image
Waktu release tu nampak macam tak sesuai. Dunia baru nak bernafas dari pandemik. Semua perniagaan tengah naik balik dengan inflasi gila.

Tapi out of the blue, AI services meletup dengan kedatangan ChatGPT, Midjourney, Bard dsb. Menurut Nvidia, ChatGPT mulakan demand mengejut. Image
Services AI tengah berlumba-lumba nak tunaikan demand industri. Jadi mereka perlu microchip yang super-powered. H100 boleh tunaikan keperluan ni.

Nvidia kata ni, “world’s first computer chip designed for AI.” (Bradshaw & Waters, 2023)

Specific demand. Specifics!
Produk betul + masa betul = duit jatuh dari langit.

Dalam masa tiga bulan, H100 terjual $11 bilion. Modal pasaran Nvidia mencanak +$184 bilion.

Campur jer dengan market cap sedia ada, dah nak dekat $1 trilion dah. Demand H100 tinggi sampai Nvidia perlu enam bulan nak hantar. Image
Elon Musk dah beli ribuan chips Nvidia ni untuk projek AI dia. Dan dia sendiri cakap, punyalah susah nak dapat. Sekarang ni nampak sangat Nvidia ni tak selesa kat kerusi empuk.

Mereka sentiasa mendahagakan demand baru. Dan mereka dah create demand baru. Image
Korang yang baca ni jangan sangka kita tak mampu create demand. Apa-apa jer boleh jadi secara mengejut.

Kita cuma kena fikir apa demand masa depan. Dapat settle benda ni, maka dunia milik kita... dan kadangkala, benda masa depan tu adalah apa yang kita dah ada sekarang ni.
Kalau korang ada apa-apa nak saya tulis, jemput PM saya. Saya buat secara percuma.

Jemput support penulisan percuma saya. Beli buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA di Shopee: shope.ee/5fIXSr85TM Image
Alang-alang tu, jemput masuk subscribe Telegram Channel saya. Saya kumpulkan semua thread saya dalam tu. Dan ada exclusive content juga.

Link: t.me/ahmadfaezalpen…
RUJUKAN:

Bradshaw, T., & Waters, R. (2023, Mei 27). How Nvidia created the chip powering the generative AI Boom. Financial Times.

Goswami, R. (2023, April 14). Elon Musk is reportedly planning an A.I. startup to compete with OpenAI, which he cofounded. CNBC.

Krazit, T., &… twitter.com/i/web/status/1…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ahmad Faezal

Ahmad Faezal Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AhmadFaezal4

May 21
“ICC Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Netanyahu?”

Dah kecoh habis pasal ni tapi ramai terlepas pandang implikasinya. Serius. Implikasinya sangat besar, kalau kita baca betul-betul teks permohonan waran. Tapi sebelum tu, kita faham dulu apa beza ICC dan ICJ.Image
ICC adalah International Criminal Court yang mendakwa individu. ICJ pula adalah International Court of Justice. Kalau ada pertikaian antara-negara, memang ICJ lah medannya.

Dan ICC ni serupa mahkamah biasa. Ada hakim, pendakwa raya dan peguam bela sepanjang proses kes. Image
Pada 20 Mei, pendakwa raya Karim Khan umum pasal permohonan waran tangkap. Dua orang kat belakang tu saya tak tahu apa masalah.

Khan nak ICC tangkap Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel) dan juga Yoav Gallant (Menteri Pertahanan Israel). Tapi permohonan tak stop kat situ!Image
Read 21 tweets
May 11
“Hipokrasi Di Sebalik No Palm Oil”

Sekarang tengah hangat isu “no palm oil” sebab hari tu ada sebuah kedai runcit diserbu. Dalam serbuan tu pula, pihak berkuasa jumpa aiskrim yang ada label, “no palm oil”. Jadi apa lagi, kena rampaslah. Sini semua peniaga kena take note.Image
First thing first, kenapa kena rampas? Kita faham isu ni terus lah. Sekarang Barat terutamanya yang haluan kiri tu tengah bergiat pasal hal alam sekitar. Cara mereka simple tapi sangat berbisa: “cari satu elemen negatif dan kaitkannya dengan industri sedia ada.”Image
Sebelum sambung pasal industri tu, saya nak jumpa korang semua. Poster bawah adalah event saya hadir masa PBAKL nanti. Jemput ramaikan dan ya, ada sesi talk juga sempena pelancaran buku.
Image
Image
Read 14 tweets
Jan 17
Iran Dah Masuk Berperang?

Iran dah flex sekarang ni. Nak faham apa jadi, kita mula pada 16 Januari dulu. Tarikh tu, Iran lancarkan misil yang kena tepat pada sasaran. Habis hancur bersepai sasaran mereka sampai boleh claim operasi berjaya.Image
Sekarang soalan besar: siapa sasaran Iran? Cuba teka. Israel? Nope. Perhaps Amerika Syarikat yang gigit Houthi dari arah Timur Tengah? Pun tidak.

Sasaran Iran adalah... Baluchistan, Pakistan. Yup. Dua hari selepas sign agreement dengan Pakistan nak tingkatkan kerjasama— Image
— Iran pergi bedil mereka. Next-level diplomacy. The Tehran Way.

Bila jadi gini, memang letak tepilah perjanjian tu. Pakistan dah halau duta Iran dan panggil balik dutanya dari Tehran. Pakistan juga kata dua kanak-kanak pergi buat selamanya angkara apa yang Iran buat. Image
Read 12 tweets
Dec 15, 2023
‘Negara Islam Boleh Keluar Dari PBB Tak?’

Ramai tengah bengang kat PBB sekarang. Mana tak — pada 13 Januari lalu, PBB bersidang nak buat gencatan segara. 193 negara kena undi sama ada sokong, tolak atau berkecuali.

Elok dah pergi. Elok dah undi. Elok dah ada keputusan.Image
10 negara menentang. 23 negara berkecuali. Tapi 153 negara MENYOKONG. Jangankan majoriti. Dah supermajority kat situ. Sebelum sambung point utama, koran gkena tahu banyak negara-negara Eropah SOKONG gencatan.

Maka resolusi ni lulus. Cuma dah lulus ni, bila nak laksana? Image
Masih berterusan konflik kat sana. Ini masalahnya. Resolusi diluluskan ni bersifat nonbinding, sebab persidangan kat UN General Assembly.

UNGA ni tiada mandat nak kuatkuasakan apa-apa. Israel boleh laksana kalau nak. Tapi kalau taknak laksana, tiada negara boleh paksa. Image
Read 21 tweets
Oct 31, 2023
Yaman Dah Isytihar Perang Terhadap Israel?

Yaman dah masuk berperang dengan Israel. Netanyahu pakat kalut buat meeting sekarang.

Banyak sumber dah laporkan benda ni. Tapi korang kena tahu dulu secara kronologi. Sebab benda ni bukan baru.

Dah nampak benihnya sejak minggu lalu.
Image
Saya akan bicara sikit pasal geopolitik.

Jadi buat korang yang nak basic element... kot-kot teringin nak faham perang global ni, boleh dapatkan siri DUNIA TANPA TEMBOK.

Ada kat sini:

Ada mata ganjaran korang boleh guna nanti! ahmadfaezal.com
Image
Sejak minggu lalu? Betul.

Minggu lalu, kapal U.S.S. Carney dok ada kat utara Laut Merah. Tentera Laut US tu pintas beberapa cruise missile dan dron yang menghala ke Israel.

Dari mana?

Yup. Yaman.

Lepas-lepas tu, ada siri pemintasan lagi. Kali ni Arab Saudi pula pintas. Image
Read 16 tweets
Oct 12, 2023
Gaza Bakal Dilanggar Israel?

Dah lebih sehari saya tengah baca naratif Israel.

Saya baca kenyataan menteri mereka. Saya tengok suara rakyat mereka.

Sambil tu, saya tengok pergerakan tentera mereka.

Dan saya terjumpa sesuatu. Sangat merisaukan sebenarnya.
Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi.

Dari 7 Oktober saya ikuti nak memudahkan apa yang rumit untuk korang.

Kalau nak ulasan macam ni, jemput follow.

Pertama, saya nak ulas pasal kisah bayi yang didendang lepas "ramai bayi diangkut ke Gaza". Image
Dah mula beberapa hari lalu — tersebar dakwaan yang pihak Palestin telah memancung 40 bayi Israel.

Dakwaan ni mekar saban hari. Katanya siap bergambar. Ikut naratif, IDF memberitahu Benjamin Netanyahu yang menempelak.

Netanyahu bagitau Joe Biden yang percaya bulat-bulat. Image
Read 22 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(