Ahmad Faezal Profile picture
May 28 25 tweets 9 min read Twitter logo Read on Twitter
Macam Mana Nvidia Boleh Bangun Mengaum Jadi Gergasi?

Nvidia sekarang dah jauh meninggalkan Facebook dan Tesla. Bila-bila masa jer akan masuk ‘Syarikat $1 Trilion’.

Macam mana syarikat yang start kat kedai makan marhaen boleh berjaya macam ni?

Ini kisah perjalanan mereka! twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Kadang saya suka kongsi kisah-kisah yang bagi semangat.

Korang kalau minat bacaan macam ni, jemput follow saya.

Sebelum ulas, saya nak kongsi falsafah: “jangan banding Page 1 kita dengan Page 534 orang lain.” Image
Nvidia diasaskan pada 5 April 1993 oleh Jen-Hsun Huang, Chris Malachowsky dan Curtis Priem.

Ketiga-tiga berpengalaman kat AMD, Sun Microsystems dan IBM. Pendek kata, super-geniuses.

Mereka berjumpa kat restoran Denny’s tak jauh dari exit highway East San Jose. A humble start. Image
1993 tu zaman Compaq Corp dan SiliconGraphics. dsb. Sekarang apa jadi kat mereka ni semua? Yup. Lenyap.

Sebab apa mereka ni gulung tikar... tapi Nvidia out of nowhere dah hampir cekau $1 trilion?

Mereka tiada satu benda. Apa dia?

Visi (yang jelas). Tu point one. Image
Saya akan turun #PBAKL2023 pada 3 Jun ni. Tak sabar nak jumpa korang semua Sabtu ni. Tak lama dah.

Harini hari ketiga PBAKL. Korang kalau nak buku-buku saya, jemput turun kat booth The Patriots.

Mana yang tak dapat, Shopee sentiasa ada: shope.ee/4AUqcOWdAu Image
Apa visi Nvidia?

Tahun 1993 tu, mereka dah nampak yang computer makin bergerak dari ‘general-purpose’ ke arah ‘graphics’ (Tilley, 2016). Mereka dah nampak kuasa pasaran games ni.

Jadi dengan dana $40K, mereka tunaikan demand ni. Pembaca kena tahu: demand ni ‘belum wujud’ lagi. Image
Memang tiada market. Kat Denny’s tu pun, Malachowsky duduk minum kopi hangit. Keliling dia? Orang cakap pasal aktiviti riadah kat pantai. California kan. Surfing je lah kerjanya.

Jadi mereka create market buat graphics processor units yang akan dipasang pada motherboards. Image
Seolah-olah mereka ada mesin masa dan bawa balik ilmu dari zaman sekarang.

Visi mereka meyakinkan pelabur. Antaranya adalah Sequioa Capital. Semua buat gaya ‘shut up and take my money’. Dari $40K, mereka dah jana $20 juta venture capital.

Tahun 1998, mereka buat RIVA TNT. Image
Real-time Interactive Video and Animation (RIVA) Accelerator.

Nak banding dengan graphic card zaman sekarang memang teruk lah. Tapi RIVA ni harumkan nama Nvidia. Tahun seterusnya, mereka buat GeForce 256.

Kenangan!

And since then, mereka start meyakinkan pemain industri. Image
Ini point two: tutup mulut, buat kerja dan buat produk yang orang tak sangka mereka perlu.

Nvidia cekau kontrak dengan Xbox yang bernilai $200 juta. Ni advance tau. Dapat duit dulu, baru bagi produk. Dapat jer kontrak ni, mereka delay projek lain.

Sebab order ni kena fulfill.
Tak fulfill, $200 juta kena pulang balik. Entahnya kena penalty. Reputasi hancur. Jadi semua best engineers Nvidia fokus tunaikan order.

Point Three: Fokus satu dua produk yang in-demand. Sell what sells. Jangan kembang terlalu pesat dalam masa singkat sangka bagi pilihan.
Walaupun bertemu tahun 1993, saya nampak Nvidia betul-betul start tahun 1998.

Dalam masa 10 tahun, Nvidia dah buat deal dengan macam-macam company... termasuk partnership dengan Sony buat graphics untuk PlayStation.

Banyak company graphics tunduk pada mereka.
Nvidia beli Exluna, MediaQ, iReady dan Hybrid Graphics. Semua ada tech yang mereka nak.

Kegiatan mereka dihidup US Department of Justice yang kemukakan saman suruh tengok balik mungkin dah langgar peraturan perniagaan dalam industri graphics (Krazit & McCarthy, 2006). Image
US benci gila bila ada syarikat berkembang terlalu pesat sampai jadi monopoli. Facebook dah berapa kali naik turun perbicaraan lepas beli WhatsApp dan Instagram.

Nvidia teruskan perniagaan... tembus masuk Apple, Dell dan HP. Stop sini on graphics. Sebab semua dah faham. Image
Takkan Nvidia jual graphics jer boleh jadi kaya-raya sampai setanding dengan Tesla, Apple dsb.?

Tak. Balik ke Point two: “buat produk yang orang tak sangka mereka perlu.”

Apa next-generation product yang kita tahu Generasi Alpha (adik-adik Gen Z) mesti perlu? Product dua huruf:
Yup. AI.

Artificial Intelligence.

Sebelum 2018, semua bayangkan AI ni serupa science fiction yang jauh daripada capaian manusia. COVID-19 tunjuk yang dunia sangat perlu AI.

Dan sekarang kita dok ada kat ambang suatu teknologi yang sangat revolutionary. Image
Pada tahun 2022, Nvidia release processor H100. Ini kira antara processor paling power dalam dunia. Spec ngeri gila:

1. 864 GBPS memory bandwith

2. 80GB GPU memory.

Harga pun ngeri: RM180,000.

Kalau pembaca mahir bab computer tech, kongsikan pendapat. Saya sambung cerita: Image
Waktu release tu nampak macam tak sesuai. Dunia baru nak bernafas dari pandemik. Semua perniagaan tengah naik balik dengan inflasi gila.

Tapi out of the blue, AI services meletup dengan kedatangan ChatGPT, Midjourney, Bard dsb. Menurut Nvidia, ChatGPT mulakan demand mengejut. Image
Services AI tengah berlumba-lumba nak tunaikan demand industri. Jadi mereka perlu microchip yang super-powered. H100 boleh tunaikan keperluan ni.

Nvidia kata ni, “world’s first computer chip designed for AI.” (Bradshaw & Waters, 2023)

Specific demand. Specifics!
Produk betul + masa betul = duit jatuh dari langit.

Dalam masa tiga bulan, H100 terjual $11 bilion. Modal pasaran Nvidia mencanak +$184 bilion.

Campur jer dengan market cap sedia ada, dah nak dekat $1 trilion dah. Demand H100 tinggi sampai Nvidia perlu enam bulan nak hantar. Image
Elon Musk dah beli ribuan chips Nvidia ni untuk projek AI dia. Dan dia sendiri cakap, punyalah susah nak dapat. Sekarang ni nampak sangat Nvidia ni tak selesa kat kerusi empuk.

Mereka sentiasa mendahagakan demand baru. Dan mereka dah create demand baru. Image
Korang yang baca ni jangan sangka kita tak mampu create demand. Apa-apa jer boleh jadi secara mengejut.

Kita cuma kena fikir apa demand masa depan. Dapat settle benda ni, maka dunia milik kita... dan kadangkala, benda masa depan tu adalah apa yang kita dah ada sekarang ni.
Kalau korang ada apa-apa nak saya tulis, jemput PM saya. Saya buat secara percuma.

Jemput support penulisan percuma saya. Beli buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA di Shopee: shope.ee/5fIXSr85TM Image
Alang-alang tu, jemput masuk subscribe Telegram Channel saya. Saya kumpulkan semua thread saya dalam tu. Dan ada exclusive content juga.

Link: t.me/ahmadfaezalpen…
RUJUKAN:

Bradshaw, T., & Waters, R. (2023, Mei 27). How Nvidia created the chip powering the generative AI Boom. Financial Times.

Goswami, R. (2023, April 14). Elon Musk is reportedly planning an A.I. startup to compete with OpenAI, which he cofounded. CNBC.

Krazit, T., &… twitter.com/i/web/status/1…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ahmad Faezal

Ahmad Faezal Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AhmadFaezal4

May 29
Kenapa Penting Kita Kena Tahu Pasal Kejatuhan Leicester City

Ahad lalu, ada tragedi besar menimpa jutaan orang.

Leicester City FC tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris. Ini bukan ulasan sukan.

Saya nak tulis satu sisi perniagaan yang saya yakin semua boleh buat iktibar. twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis sejarah ekonomi (dan isu geopolitik). Sehari saya buat 1-2 thread merungkaikan benda-benda rumit supaya orang marhaen boleh faham dengan mudah.

Ilmu milik semua. Maka kalau korang minat bacaan gini, jemput follow saya.

Balik ke Leicester City. Image
Konsep EPL — bagi yang tak tahu — senang. Ada 20 kelab.

Kelab kat tangga ke-18, 19 dan 20 tersingkir ke liga bawahan (EFL Championship). Sama kat situ juga. Tiga tercorot kat EFL Championship turun bawah lagi (EFL League One).

Tiga kelab best performers liga bawahan akan naik. Image
Read 27 tweets
May 28
Kenapa Penting Kita Kena Tahu Pasal Potensi Gen Z

Ramai cakap Gen Z ni lemah. Tak pandai fokus. Suruh buat kerja tak reti. Membaca pun tak boleh tumpu.

Semua ni stigma. Dalam thread ni, saya akan buktikan sebaliknya.

Sebab Gen Z ni dalam perjalanan nak capai potensi mereka. twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Sehari saya buat 1-2 thread merungkaikan apa yang rumit supaya semua lapisan masyarakat boleh faham.

Kalau minat bacaan gini, jemput follow saya. Saya berusaha nak pastikan bacaan korang bermanfaat. Image
Pertama sekali, siapa Gen Z ni?

Gen Z ni adalah kelompok yang lahir antara 1997 hingga 2012. Give or take setahun dua.

Jadi in general, sesiapa yang berumur 11 hingga 26 tahun sekarang adalah Gen Z.

Ada satu benda yang membezakan Gen Z dengan generasi terdahulu. Image
Read 26 tweets
May 27
Kenapa Penting Kita Kena Tahu Pasal Krisis Eropah

Orang Eropah tengah berlapar sekarang. Pengalaman mereka boleh kita ambil buat iktibar.

Dah tiba masa sebenarnya kita amati impak food insecurity. Sebab krisis makanan hentam jer, orang marhaen paling teruk kena.

Maka jom baca! twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Dalam hal krisis makanan, geopolitik dan ekonomi ada peranan utama.

Sebab tu saya tulis thread ni. Kalau minat bab gini, jemput follow saya.

Ada banyak thread menanti.

Sebelum ulas, saya kena bagitau dulu: Image
Pertama sekali, food security adalah situasi apabila:

“semua rakyat, pada setiap masa, mampu secara fizikal dan ekonomi untuk dapatkan makanan berzat, selamat dan cukup... supaya dapat memenuhi keperluan dan kemahuan... dalam hidup yang sihat dan aktif.”

Eropah power bab ni. Image
Read 25 tweets
May 27
Kenapa Tentera Turki Cuba Rampas Kuasa Tahun 2016?

Turkiye esok akan buat second round pilihan raya. Pemenang round tu akan jadi presiden.

Maka jom kita bincang pasal salah satu detik paling cemas dalam sejarah moden negara ni. Percubaan rampasan kuasa 2016!

Apa jadi masa tu? twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Sehari saya buat 1-2 thread menerangkan benda rumit guna bahasa mudah. Nak bagi semua lapisan pembaca faham.

Kalau suka bacaan gini, jemput follow saya. Ada banyak lagi menanti korang ni. Image
Sebelum kita ulas pasal rampasan kuasa, saya kena bercerita dulu pasal Fethullah Gülen. Pengaruh dia kat Turki memang hebat. Dia bawa pendirian Islamisme dan neo-Ottomanism.

Masa Erdogan baru nak naik tahun 2003 dulu, penyokong-penyokong Gülen turut membantu. Hasilnya? Image
Read 27 tweets
May 25
Kenapa Penting Kita Kena Tahu Pasal Nixon Shock

Amerika belum capai kata sepakat pasal had hutang. Ni masa nak bincang Nixon Shock. Presiden Nixon tiba-tiba bekukan gaji rakyat selama 90 hari.

Dah tu dia berhenti tambat USD pada emas... buat sementara waktu. Tapi lain jadinya. twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Sehari saya buat 1-2 thread nak kongsi ilmu. Saya cuba mudahkan apa yang rumit.

Jadi kalau minat bab-bab ni, jemput follow saya.

Pertama sekali, saya rasa ramai suka sistem ‘tambat matawang pada emas’. Image
Sistem ni adalah ‘gold standard’. Bukan benda yang baru. Dulu kala, memang betul kita berdagang guna emas dan perak fizikal.

Tapi saban zaman, benda ni tak boleh sustain. Jadi dunia beralih ke duit kertas. Cuma setiap negara pastikan jumlah duit mereka ada ditambat pada emas. Image
Read 28 tweets
May 24
Kenapa Matawang Amerika Sedang Kuat Gila Sekarang?

Jujur cakap, bengang juga dengan Amerika ni. Segala hukum ekonomi tak terpakai kat mereka. Selamba USD tengah sembelih matawang lain sekarang — padahal seminggu jer lagi mereka nak default.

Thread ni akan jelaskan apa dok jadi. twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Sehari saya buat 1-2 thread nak permudahkan isu-isu rumit agar semua faham.

Kalau suka bab gini, jemput follow saya. Ada banyak kisah menanti!

Mula kena cerita dulu pasal ‘default’. Mungkin ada yang tak faham. Image
Korang baca dengan tenang. Senang jer.

Joe Biden ni korang dah kenal siapa. Kuasa dia tak melebihi kuasa U.S. Congress, yang serupa Parlimen Malaysia senang kata.

Parlimen ada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. US Congress ni terbahagi pada House of Representatives dan the Senate. Image
Read 26 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(