Sekadar sharing pengalaman pakai Solar panel saya. Saya pakai solar 10 panels. 8 menghala ke timur, 2 menghala ke barat.
Thread 👇
Panels top tier 1 jenama Qcells dan Inverter Hoymiles. Kos beli solar tu rm20,000 untuk saiz 4.7kwp. setiap bulan boleh potong bil letrik rm280+/-.
Kalau harga letrik tetap sama, agak2 dalam 6 tahun dapat balik modal.
Kalau harga letrik meningkat lepas ni, boleh dapat balik modal lebih awal.
Solar tu saya bayar ansuran 36 bulan.
Downpayment dah bayar Rm5500. Baki Rm14,500 bahagi 36 bulan 0% interest. Setiap bulan bayar rm402.77.
Tapi bill letrik sudah kurang 280 setiap bulan.
Contra balik dengan bil solar jadi setiap bulan cuma bayar Rm30+ untuk letrik. Itu pon 3 tahun je.
Lepas 3 tahun tak payah bayar apa2 langsung.
Cuma menikmati elektrik percuma Rm280 setiap bulan.
Kadang kala bil boleh sampai negatif pasal penggunaan kurang dari Rm280 pada bulan tersebut.
Bagi saya rasa sangat berbaloi beli solar.
Warranty inverter 10 tahun. Warranty solar panel 25 tahun.
Saya syorkan kepada sesiapa yang duduk rumah taman/kampung yang guna letrik sekurang2nya Rm250 ke atas.
Kalau bil letrik cuma 100-200 macam tak berbaloi pasal kena tunggu masa lama untuk dapat balik modal pemasangan solar.
Setiap 6 bulan sekali saya naik atas bumbung (saya ada cara naik ke bumbung melalui airwell) bawa paip air dan extendable pole dengan sponge untuk lap permukaan solar panel. Pakai air dan sabun pinggan saja.
Be careful kalau apps MAE appear popup gini. Technician lab baru kejap tadi dapat popup msg gini. Dia mulanya try to follow arahan tapi bila sampai password, dia terdetik nak call Maybank. Syukur Ya Allah..
Bebenang
Memang hampir kena hack kata Maybank. Lepas trace IP address, pihak Maybank bagitahu yang hacker from Switzerland. So maybank block semua access via card, online transaction and all dan perlu buat ATM card dan online banking baru.
So be careful. Sejak semua transaction kena via MAE, ini first time dengar problem sebegini dari maybank apps dikalangan kawan² terdekat. Take care semua!
Just sharing...
Patung Gangsa 'Pendekar Melayu' 3000 Tahun Dijumpai Di China..
Patung gangsa yang dijumpai di China berusia 3000 tahun cetus spekulasi apabila ia menyerupai figura 'Pendekar Melayu' yang lengkap bersampin, tanjak, baju layang, berpencak dan gesture sembah.
Bebenang 👇🏻
Pihak Berkuasa Warisan Budaya China mendedahkan beberapa penemuan baharu dari Runtuhan Sanxingdui di Wilayah Sichuan pada 9 September 2021 lalu.
Video penuh:
Tenyata, runtuhan Sanxingdui itu membongkar lebih banyak barang peninggalan yang menakjubkan seperti topeng emas, topeng gangsa besar, patung gangsa dan ukiran gading
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.
Ini jawapan YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam satu jawapan bertulis...
bersambung 👇
selepas ditanya Ahli Parlimen YB Tuan Haji Mohd Hasnizan Bin Harun apa pendirian Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) tentang penggunaan vape yang memberikan kesan kepada kesihatan.
“Pembayaran tol secara terbuka akan bermula pada September ini di 12 buah lebuh raya,” ujar Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi semalam.
Walaupun pada peringkat awal, sistem itu hanya boleh digunakan di lorong-lorong khusus, beliau memaklumkan bahawa ianya dijangka beroperasi penuh di semua lebuh raya seluruh negara menjelang akhir tahun 2024.
Menurut beliau, sistem tersebut membolehkan pengguna menggunakan kad kredit, kad debit atau kad Touch ‘n Go untuk membuat bayaran tol.
'Arwah ayah akan solat setiap hari di surau berhampiran rumah'
Ujar Muhammad Hafidz Ahmad Fadzil, 36, "Arwah ayah jika keluar menunggang motosikal akan balik ke rumah sebelum Zuhur dan akan solat setiap hari di surau berhampiran rumah di Pandan Indah," menurut sebuah laporan.
Lapor artikel berkenaan, Muhammad Hafidz merupakan anak kepada Ahmad Fadzil Omar Azzadin, 62, yang maut di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang dua hari lepas.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari, di mana mangsa yang menunggang motosikal Ducati Panigale meninggal dunia akibat parah selepas terbabas dan terjatuh dari jejambat SUKE apabila cuba mengelak penunggang motosikal lain yang melawan arus.
Minum air berkarbonat campur spirit, dua pelajar dilaporkan meninggal dunia
Memetik sumber, dua pelajar sekolah menengah di Pitas yang kritikal akibat keracunan metanol disahkan meninggal dunia.
Kedua-dua pelajar berumur 17 tahun itu disahkan meninggal dunia masing-masing pada Rabu dan Khamis di Hospital Queen Elizabeth (QHE1) dan QHEII, tambah sumber tersebut.
Kematian pelajar pertama dilaporkan pada jam 4.08 petang Rabu. - Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Zairolnizal Ishak.
"Punca kematian ialah kegagalan fungsi pelbagai organ disebabkan keracunan metanol.