Saya mula bercerita yang minyak sebenarnya makin tak laku. Sebab dunia dah beralih.
Korang pernah dengar “phase-out of fossil fuel vehicles”? Definisi jer berbelit rumit. Maksud dia senang jer.
Ni inisiatif nak haramkan jualan kenderaan yang guna minyak. Kereta berpetrol, lori berdiesel dan pesawat berkerosene.
Banyak negara dah start nak buat.
Fuh. Esok jer kita dah boleh jumpa, sahabat semua! Saya akan turun ke #PBAKL2023. Mana-mana yang dah beli buku-buku saya, esok bawa naskhah tu. Saya boleh bagi autograf.
Pada pembaca, PBAKL nak tamat dah. Jangan tunggu lagi. Jom serbu reruai The Patriots untuk promosi menarik.
Singapore plan nak start 2030 untuk kereta baru. Mereka aim nak hapuskan terus by 2040.
Jadi satu hari nanti, mereka takkan henjut-henjut kereta dah nak bagi full.
Lepas Biden naik, baru US bergerak nak buat benda ni. Hapuskan terus by 2035. EU guna timeline gini juga.
Maka persoalan kita masa kecik dulu dah terjawab: “apa jadi kalau dunia dah kehabisan minyak mentah?”
Jawapannya, tiada apa. Sebab kita dah nak beralih sebelum telaga Saudi kering.
Maka tiba satu masa, minyak mentah turun harga. Masa tu, negara pengeluar minyak akan merana.
Sebab minyak mentah (dan gas asli) akan diguna nak jana elektrik.
Kereta akan guna elektrik. Cas jer kat rumah. Tapi masa ni pula, ada sumber alam lain yang akan naik harga mendadak.
Sumber alam apa?
Lithium. Cobalt. Manganese. Nickel.
Rujuk bawah nak tahu siapa dominate.
· Lithium – Australia pegang 55%*
· Cobalt – Congo pegang 71%*
· Manganese – Afrika Selatan pegang 37%*
· Nickel – Indonesia pegang 37%*
* = world share.
Angka kat atas ni by production. Malaysia ada masuk top ten untuk manganese (besi kawi).
Semua sumber ni nak buat apa?
Cathode untuk bateri.
Tapi angka ni tak jelas sebenarnya. Walaupun pegang market, empat negara tu jual mentah kat China.
Sampai jer kat China, baru mula proses refining jadi cathode (BMS, 2022).
In short: mereka jual barang mentah. China yang produce cathode dan anode.
Maka tangan China dah letak elok kat leher industri kereta elektrik.
Baik dengan China, dia belai. Buat hal? Fikirlah sendiri.
Inilah realiti menanti dunia menjelang 2040-an nanti. Dan perang Rusia-Ukraine membuka mata EU dan mengukuhkan iltizam US.
Benda ni tak boleh biar.
Tiba-tiba kalau China kata ada “safety issue” kat semua refinery mereka, apa akan jadi kat industri global?
1. Orang tak boleh pergi kerja kalau kereta rosak. Setiap hari mesti ada yang rosak punya.
2. Orang takut nak guna kereta. Takut rosak.
Jadi ni akan kacau ekonomi.
Maka dunia mula buat sesuatu. Tapi masa Trump pegang US, tak banyak yang bergerak kat sini.
Saya nampak Trump lebih menyokong industri bahan api. Obama dulu dapat award sebab buat policy yang berjaya slow down impak pemanasan global.
Trump naik stop policy ni (Davenport, 2018).
Tapi bila Biden masuk pejabat, industri berubah 180 darjah. Dia buat EO 14057 yang letak US kat landasan kereta elektrik.
Tiba-tiba semua cakap pasal kereta elektrik. Padahal konsepnya bukan baru pun.
Sini saya nak sentuh pengaruh US ni. Mereka buat baru dunia ikut.
So back to story. Dominasi China dalam pembuatan bateri kereta is a big no bagi Barat.
Mereka nak buat sesuatu. Tapi US tak boleh nak tandingi sebab China dah 20+ tahun ke hadapan.
US ada sumber lithium tu semua. Cuma nak gali tu mesti geng environmentalist bising punya.
Again, Biden ada buat sesuatu — Inflation Reduction Act.
Akta ni nak gerak Amerika Syarikat ke arah “kesejahteraan ekonomi”.
Tapi Biden licik. Serampang dua mata.
EU pun bengang gila dengan Inflation Reduction Act ni sebab Biden bagi banyak potongan cukai (Newswire, 2022).
Dengan hanya satu tandatangan, Biden buat US jadi wadah pelaburan.
EU struggle nak tarik pelabur masuk sebab susah gila nak lawan tawaran Biden.
Sementara EU struggle, Australia happy gila. Sebab Inflation Reduction Act tu US target nak hentam China.
Mana-mana negara yang ada Free Trade Agreement dengan US boleh mohon loan daripada kerajaan US. Atau nikmati apa-apa subsidi (dan potongan cukai).
Australia ada FTA ni. Australia nak buat program untuk kacau dominasi China dalam lithium production. Kenapa Australia boleh buat?
Sebab Australia tak sama macam US.
Semua populasi kat persisiran ni jer. Kat tengah-tengah Australia tu mana ada orang. Dan situlah tersimpannya segala khazanah macam lithium misalnya.
Ada statistik kata 95% tanah Australia tiada penghuni. Kalau betul, tu saiz 22 x Malaysia.
Jadi mereka dah mula melabur nak bangunkan industri lithium refining.
Business goal mereka menjadi cerah selepas melihat macam mana EU move on tanpa gas asli Rusia.
Betul, gas asli Rusia murah. Tapi mereka okay jer sebat gas lagi mahal demi tujuan politikal.
Cara sama terpakai, sekalipun refined lithium Australia lagi mahal berbanding China.
Mereka aim nak buat supply chain yang “sangat selamat” dan “trustworthy”. Dua ni katanya China tak boleh tandingi. Tapi China menang kat “low cost”.
Ni tak ambil kira pasal potensi masa depan.
Mungkin satu hari mereka berjaya drive down kos sampai murah gila. Jadi apa-apa pun, mereka nak start sekarang.
Dengan bantuan Inflation Reduction Act + dana kerajaan sendiri, mereka nak pegang 20% market share dalam global refining. Bila nak capai tu? 2027!
Sekarang berapa?
Bawah 1%.
Mereka juga tengah aim nak kacau market nickel dan cobalt. Dua sumber ni Australia ada banyak.
Maka sini korang dah nampak macam mana Australia dah ready nak pegang market global masa depan.
Dan US pula dah nak pastikan ally mereka berjaya. Ini sebab Barat berjaya.
Mereka tak buat cara Dunia Arab. Pakat tunggu sampai minyak dah start tak relevan baru terngadah punya kalut nak pelbagaikan.
Mereka start terus. Sebab dah serik dengan energy crisis. Sumber bateri ni makin jadi macam ‘new oil’. Jualan lithium 2015 sekitar $1.6 bilion jer.
2022 dah $48 bilion. Tak sampai 10 tahun pun. Jadi bayangkan tengok masa depan nanti macam mana.
Sebab tu saya suka tulis thread-thread macam ni. Bantu korang keep in the know.
Suka penulisan macam ni? Jom cadangan lagi. PM jer saya. Saya buat free.
Kalau nak support penulisan percuma saya, jemput beli buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA.
Dah kecoh habis pasal ni tapi ramai terlepas pandang implikasinya. Serius. Implikasinya sangat besar, kalau kita baca betul-betul teks permohonan waran. Tapi sebelum tu, kita faham dulu apa beza ICC dan ICJ.
ICC adalah International Criminal Court yang mendakwa individu. ICJ pula adalah International Court of Justice. Kalau ada pertikaian antara-negara, memang ICJ lah medannya.
Dan ICC ni serupa mahkamah biasa. Ada hakim, pendakwa raya dan peguam bela sepanjang proses kes.
Pada 20 Mei, pendakwa raya Karim Khan umum pasal permohonan waran tangkap. Dua orang kat belakang tu saya tak tahu apa masalah.
Khan nak ICC tangkap Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel) dan juga Yoav Gallant (Menteri Pertahanan Israel). Tapi permohonan tak stop kat situ!
Sekarang tengah hangat isu “no palm oil” sebab hari tu ada sebuah kedai runcit diserbu. Dalam serbuan tu pula, pihak berkuasa jumpa aiskrim yang ada label, “no palm oil”. Jadi apa lagi, kena rampaslah. Sini semua peniaga kena take note.
First thing first, kenapa kena rampas? Kita faham isu ni terus lah. Sekarang Barat terutamanya yang haluan kiri tu tengah bergiat pasal hal alam sekitar. Cara mereka simple tapi sangat berbisa: “cari satu elemen negatif dan kaitkannya dengan industri sedia ada.”
Sebelum sambung pasal industri tu, saya nak jumpa korang semua. Poster bawah adalah event saya hadir masa PBAKL nanti. Jemput ramaikan dan ya, ada sesi talk juga sempena pelancaran buku.
Iran dah flex sekarang ni. Nak faham apa jadi, kita mula pada 16 Januari dulu. Tarikh tu, Iran lancarkan misil yang kena tepat pada sasaran. Habis hancur bersepai sasaran mereka sampai boleh claim operasi berjaya.
Sekarang soalan besar: siapa sasaran Iran? Cuba teka. Israel? Nope. Perhaps Amerika Syarikat yang gigit Houthi dari arah Timur Tengah? Pun tidak.
Sasaran Iran adalah... Baluchistan, Pakistan. Yup. Dua hari selepas sign agreement dengan Pakistan nak tingkatkan kerjasama—
— Iran pergi bedil mereka. Next-level diplomacy. The Tehran Way.
Bila jadi gini, memang letak tepilah perjanjian tu. Pakistan dah halau duta Iran dan panggil balik dutanya dari Tehran. Pakistan juga kata dua kanak-kanak pergi buat selamanya angkara apa yang Iran buat.
Ramai tengah bengang kat PBB sekarang. Mana tak — pada 13 Januari lalu, PBB bersidang nak buat gencatan segara. 193 negara kena undi sama ada sokong, tolak atau berkecuali.
Elok dah pergi. Elok dah undi. Elok dah ada keputusan.
10 negara menentang. 23 negara berkecuali. Tapi 153 negara MENYOKONG. Jangankan majoriti. Dah supermajority kat situ. Sebelum sambung point utama, koran gkena tahu banyak negara-negara Eropah SOKONG gencatan.
Maka resolusi ni lulus. Cuma dah lulus ni, bila nak laksana?
Masih berterusan konflik kat sana. Ini masalahnya. Resolusi diluluskan ni bersifat nonbinding, sebab persidangan kat UN General Assembly.
UNGA ni tiada mandat nak kuatkuasakan apa-apa. Israel boleh laksana kalau nak. Tapi kalau taknak laksana, tiada negara boleh paksa.