'Apa Potensi Malaysia Dalam Pentas Geopolitik Dunia?'
Saya terima soalan ni masa sesi Meet N Greet.
Walaupun kecil, Malaysia relevan kat pentas geopolitik.
Tapi sebelum ulas panjang, saya nak petik pasal pertembungan Afghanistan-Iran kat sempadan 27 Mei hari tu.
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Sehari saya buat 1-2 thread nak marhaenkan bab-bab rumit.
Kalau suka bacaan gini, jemput follow saya. Ada banyak menanti korang.
Pertama sekali, apa kena mengena soalan tu dengan Afghanistan-Iran?
Soalan ni bermain kat fikiran korang tak?
Logik jer soalan ni. Dua zon berbeza. Politik berbeza. Sekali tengok kena petik. Apa hal?
Okay. Pertembungan ni ada kena mengena dengan hak Iran ke atas Sungai Helmand.
Isu hak ni dah timbul sejak 1870-an lagi. Lama mereka drag.
Masuk 1939, raja kedua-dua negara cuba nak settle cara baik. Tapi perjanjian mereka tak disahkan secara rasmi (walaupun dah ditandatangani). Tiada ratifikasi.
Ratifikasi ni macam perasmian lah. Proses agreement memang macam tu. Runding. Sign. Ratify. Last part tu sangkut.
.
Harini adalah hari TERAKHIR #PBAKL2023. Buat yang masih belum datang tu, inilah satu-satunya peluang yang ada untuk nikmati DISKAUN menarik.
Jemput ke reruai The Patriots, sahabat semua. One last day!
Tahun 1973, ada perjanjian yang mana Iran berhak nak ambil 820 juta meter persegi setahun.
Tapi ini kan zaman gila. Afghanistan kena langgar penjajah Soviet. Dah tu Iran pula tak lama tu runtuh diganti sebuah republik.
Jadi Point One: Masalah besar... tiada solusi jelas.
Masih tiada solusi selepas Soviet pergi. Dah tu Amerika masuk.
Dengan mulianya Amerika bina Empangan Salma (Sungai Harirud) dan Empangan Kamal Khan (Sungai Helmand).
Mulia... tapi pada agenda siapa?
Ada sejarawan tempatan kata Empangan Kamal Khan tu dibuat untuk:
Buat masalah antara Iran dan Afghanistan pada masa akan datang.
Empangan ni tak membantu katanya.
Dan tahun lalu, Afghanistan jadi gila sekejap lepas Amerika keluar. Kerajaan baru nak bincang balik pasal isu air.
Tapi Iran taknak. Mereka nak Perjanjian 1973 (AP, 2023).
Kemudian berlaku border clash 27 Mei tu.
Saya simpulkan satu jer kat sini: konflik air.
Ini yang saya kaitkan dengan Malaysia. Betul, Malaysia tiada konflik air. Masalah air Malaysia lain. Supply sangat banyak.
Tapi penggunaan juga sangat tinggi (Daniele, 2023).
Sebab dalam “penggunaan” tu ada “pembaziran”.
Tahun 2016, ada report sangat mengejut: setiap rakyat Malaysia membazir 50,000 liter air setahun (FMT, 2016).
Ikut UN, sehari seorang guna 165 liter saja. Tapi kita guna 300 liter.
Apa masalahnya? Air kita kan banyak?
World Meteorological Organization dah cakap:
Menjelang 2050, dunia akan hadapi kekurangan bekalan air. 5 bilion orang akan terjejas (Cusick, 2022).
Kalau jadi gini, tu dah lebih kurang 62.5% daripada penduduk Bumi.
Masa tu, korang rasa apa nilai sebenar air?
Kalau ikut skala, kita boleh jual air kita sebenarnya.
Malangnya, air tu dibazirkan begitu jer. Saya bukan nak fearmonger. Fikir sekejap.
Kalau 62.5% penduduk dunia ada masalah air, korang rasa situasi Helmand boleh menimpa kita tak?
Dunia dah ada water conflicts.
Semua terjadi sebab kekurangan air kat negara A sampai negara B diserang.
Ini potensi Malaysia kat pentas geopolitik. Kita ada sesuatu dunia bakal perlu satu hari nanti.
Entah satu hari, kita boleh buat OPEC versi air, iaitu Organization of Water Exporting Countries (OWEC).
Selalu sangat kita dengar pasal climate change. Tapi nak bincang mendalam kang orang kata kita ‘woke’.
Cuma kalau tengok taburan hujan, kita boleh ada masalah. Sebab tu dari sekarang kena cakna pasal air.
Nak tahu nilai air ni, cuba tutup main switch masa cirit.
Haa. Ketika tu, tahu lah betapa seramnya isu air ni.
Kalau lima bilion hadapi detik seram macam ni serentak? Masalah woi dunia ni kang.
Sebab tu saya petik isu air ni. Saya suka tengok masa depan.
Penyakit = krisis.
Sayur tak cukup air = krisis.
Apa-apa pun, krisis.
Betul, keistimewaan geopolitik ni banyak.
Lokasi strategik. Selat Melaka. Hutan tebal. Hidup aman damai. Penduduk pun bahagia.
Tapi menghala ke 2050, ada satu masalah besar yang WMO dah bagi amaran.
Ini belum kita ambil kira risiko kenaikan aras laut.
Demikian hari kita dengar Indonesia ubah ibu negara. Sebab apa?
Sebab Jakarta semakin tenggelam. 10-25 sentimeter setahun. Ada yang cakap 1-15 cm. Senang kata, fastest sinking city.
Banyak bandar dijangka terjejas. Sekarang dah ada definisi baru: “climate refugees”.
Hidup ni makin mencabar. Dari war refugees ke political refugees. Sekarang climate refugees.
Mangsa kehilangan tempat tinggal berpunca sebab perubahan iklim.
Apa kena mengena dengan isu air? Ya lah. Kalau climate refugees serbu satu tempat, pengurusan air pula tak mantap?
Saya yakin orang Malaysia akan okay in shaa Allah. Tapi kita boleh tukar “okay” tu jadi “better” dengan cara:
1)Jangan bazirkan air. Allah suka ka amalan membazir ni?
2)Mantapkan pengurusan air. Bagi jadi state-of-the-art sampai dunia tengok buat model.
It’s time.
Suka saya nak maklumkan sesi saya di #PBAKL2023 berjalan lancar kelmarin.
Sangat seronok bersua kenal dengan korang semua. Ada yang cakap thread saya menyerikan pagi nak pi kerja. Alhamdulillah.
Kalau korang semua ada cadangan saya tulis apa-apa, PM jer. Percuma!
Kalau nak support penulisan percuma saya, jemput beli buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA. Stok tinggal 20 naskhah jer.
Dah kecoh habis pasal ni tapi ramai terlepas pandang implikasinya. Serius. Implikasinya sangat besar, kalau kita baca betul-betul teks permohonan waran. Tapi sebelum tu, kita faham dulu apa beza ICC dan ICJ.
ICC adalah International Criminal Court yang mendakwa individu. ICJ pula adalah International Court of Justice. Kalau ada pertikaian antara-negara, memang ICJ lah medannya.
Dan ICC ni serupa mahkamah biasa. Ada hakim, pendakwa raya dan peguam bela sepanjang proses kes.
Pada 20 Mei, pendakwa raya Karim Khan umum pasal permohonan waran tangkap. Dua orang kat belakang tu saya tak tahu apa masalah.
Khan nak ICC tangkap Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel) dan juga Yoav Gallant (Menteri Pertahanan Israel). Tapi permohonan tak stop kat situ!
Sekarang tengah hangat isu “no palm oil” sebab hari tu ada sebuah kedai runcit diserbu. Dalam serbuan tu pula, pihak berkuasa jumpa aiskrim yang ada label, “no palm oil”. Jadi apa lagi, kena rampaslah. Sini semua peniaga kena take note.
First thing first, kenapa kena rampas? Kita faham isu ni terus lah. Sekarang Barat terutamanya yang haluan kiri tu tengah bergiat pasal hal alam sekitar. Cara mereka simple tapi sangat berbisa: “cari satu elemen negatif dan kaitkannya dengan industri sedia ada.”
Sebelum sambung pasal industri tu, saya nak jumpa korang semua. Poster bawah adalah event saya hadir masa PBAKL nanti. Jemput ramaikan dan ya, ada sesi talk juga sempena pelancaran buku.
Iran dah flex sekarang ni. Nak faham apa jadi, kita mula pada 16 Januari dulu. Tarikh tu, Iran lancarkan misil yang kena tepat pada sasaran. Habis hancur bersepai sasaran mereka sampai boleh claim operasi berjaya.
Sekarang soalan besar: siapa sasaran Iran? Cuba teka. Israel? Nope. Perhaps Amerika Syarikat yang gigit Houthi dari arah Timur Tengah? Pun tidak.
Sasaran Iran adalah... Baluchistan, Pakistan. Yup. Dua hari selepas sign agreement dengan Pakistan nak tingkatkan kerjasama—
— Iran pergi bedil mereka. Next-level diplomacy. The Tehran Way.
Bila jadi gini, memang letak tepilah perjanjian tu. Pakistan dah halau duta Iran dan panggil balik dutanya dari Tehran. Pakistan juga kata dua kanak-kanak pergi buat selamanya angkara apa yang Iran buat.
Ramai tengah bengang kat PBB sekarang. Mana tak — pada 13 Januari lalu, PBB bersidang nak buat gencatan segara. 193 negara kena undi sama ada sokong, tolak atau berkecuali.
Elok dah pergi. Elok dah undi. Elok dah ada keputusan.
10 negara menentang. 23 negara berkecuali. Tapi 153 negara MENYOKONG. Jangankan majoriti. Dah supermajority kat situ. Sebelum sambung point utama, koran gkena tahu banyak negara-negara Eropah SOKONG gencatan.
Maka resolusi ni lulus. Cuma dah lulus ni, bila nak laksana?
Masih berterusan konflik kat sana. Ini masalahnya. Resolusi diluluskan ni bersifat nonbinding, sebab persidangan kat UN General Assembly.
UNGA ni tiada mandat nak kuatkuasakan apa-apa. Israel boleh laksana kalau nak. Tapi kalau taknak laksana, tiada negara boleh paksa.