Ahmad Faezal Profile picture
Jun 3 21 tweets 8 min read Twitter logo Read on Twitter
'Apa Potensi Malaysia Dalam Pentas Geopolitik Dunia?'

Saya terima soalan ni masa sesi Meet N Greet.

Walaupun kecil, Malaysia relevan kat pentas geopolitik.

Tapi sebelum ulas panjang, saya nak petik pasal pertembungan Afghanistan-Iran kat sempadan 27 Mei hari tu. Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Sehari saya buat 1-2 thread nak marhaenkan bab-bab rumit.

Kalau suka bacaan gini, jemput follow saya. Ada banyak menanti korang.

Pertama sekali, apa kena mengena soalan tu dengan Afghanistan-Iran? Image
Soalan ni bermain kat fikiran korang tak?

Logik jer soalan ni. Dua zon berbeza. Politik berbeza. Sekali tengok kena petik. Apa hal?

Okay. Pertembungan ni ada kena mengena dengan hak Iran ke atas Sungai Helmand.

Isu hak ni dah timbul sejak 1870-an lagi. Lama mereka drag. Image
Masuk 1939, raja kedua-dua negara cuba nak settle cara baik. Tapi perjanjian mereka tak disahkan secara rasmi (walaupun dah ditandatangani). Tiada ratifikasi.

Ratifikasi ni macam perasmian lah. Proses agreement memang macam tu. Runding. Sign. Ratify. Last part tu sangkut.
. Image
Harini adalah hari TERAKHIR #PBAKL2023. Buat yang masih belum datang tu, inilah satu-satunya peluang yang ada untuk nikmati DISKAUN menarik.

Jemput ke reruai The Patriots, sahabat semua. One last day! ImageImage
Tahun 1973, ada perjanjian yang mana Iran berhak nak ambil 820 juta meter persegi setahun.

Tapi ini kan zaman gila. Afghanistan kena langgar penjajah Soviet. Dah tu Iran pula tak lama tu runtuh diganti sebuah republik.

Jadi Point One: Masalah besar... tiada solusi jelas. Image
Masih tiada solusi selepas Soviet pergi. Dah tu Amerika masuk.

Dengan mulianya Amerika bina Empangan Salma (Sungai Harirud) dan Empangan Kamal Khan (Sungai Helmand).

Mulia... tapi pada agenda siapa?

Ada sejarawan tempatan kata Empangan Kamal Khan tu dibuat untuk: Image
Buat masalah antara Iran dan Afghanistan pada masa akan datang.

Empangan ni tak membantu katanya.

Dan tahun lalu, Afghanistan jadi gila sekejap lepas Amerika keluar. Kerajaan baru nak bincang balik pasal isu air.

Tapi Iran taknak. Mereka nak Perjanjian 1973 (AP, 2023). Image
Kemudian berlaku border clash 27 Mei tu.

Saya simpulkan satu jer kat sini: konflik air.

Ini yang saya kaitkan dengan Malaysia. Betul, Malaysia tiada konflik air. Masalah air Malaysia lain. Supply sangat banyak.

Tapi penggunaan juga sangat tinggi (Daniele, 2023). Image
Sebab dalam “penggunaan” tu ada “pembaziran”.

Tahun 2016, ada report sangat mengejut: setiap rakyat Malaysia membazir 50,000 liter air setahun (FMT, 2016).

Ikut UN, sehari seorang guna 165 liter saja. Tapi kita guna 300 liter.

Apa masalahnya? Air kita kan banyak? Image
World Meteorological Organization dah cakap:

Menjelang 2050, dunia akan hadapi kekurangan bekalan air. 5 bilion orang akan terjejas (Cusick, 2022).

Kalau jadi gini, tu dah lebih kurang 62.5% daripada penduduk Bumi.

Masa tu, korang rasa apa nilai sebenar air? Image
Kalau ikut skala, kita boleh jual air kita sebenarnya.

Malangnya, air tu dibazirkan begitu jer. Saya bukan nak fearmonger. Fikir sekejap.

Kalau 62.5% penduduk dunia ada masalah air, korang rasa situasi Helmand boleh menimpa kita tak?

Dunia dah ada water conflicts.
Semua terjadi sebab kekurangan air kat negara A sampai negara B diserang.

Ini potensi Malaysia kat pentas geopolitik. Kita ada sesuatu dunia bakal perlu satu hari nanti.

Entah satu hari, kita boleh buat OPEC versi air, iaitu Organization of Water Exporting Countries (OWEC). Image
Selalu sangat kita dengar pasal climate change. Tapi nak bincang mendalam kang orang kata kita ‘woke’.

Cuma kalau tengok taburan hujan, kita boleh ada masalah. Sebab tu dari sekarang kena cakna pasal air.

Nak tahu nilai air ni, cuba tutup main switch masa cirit. Image
Haa. Ketika tu, tahu lah betapa seramnya isu air ni.

Kalau lima bilion hadapi detik seram macam ni serentak? Masalah woi dunia ni kang.

Sebab tu saya petik isu air ni. Saya suka tengok masa depan.

Penyakit = krisis.

Sayur tak cukup air = krisis.

Apa-apa pun, krisis. Image
Betul, keistimewaan geopolitik ni banyak.

Lokasi strategik. Selat Melaka. Hutan tebal. Hidup aman damai. Penduduk pun bahagia.

Tapi menghala ke 2050, ada satu masalah besar yang WMO dah bagi amaran.

Ini belum kita ambil kira risiko kenaikan aras laut. Image
Demikian hari kita dengar Indonesia ubah ibu negara. Sebab apa?

Sebab Jakarta semakin tenggelam. 10-25 sentimeter setahun. Ada yang cakap 1-15 cm. Senang kata, fastest sinking city.

Banyak bandar dijangka terjejas. Sekarang dah ada definisi baru: “climate refugees”. Image
Hidup ni makin mencabar. Dari war refugees ke political refugees. Sekarang climate refugees.

Mangsa kehilangan tempat tinggal berpunca sebab perubahan iklim.

Apa kena mengena dengan isu air? Ya lah. Kalau climate refugees serbu satu tempat, pengurusan air pula tak mantap?
Saya yakin orang Malaysia akan okay in shaa Allah. Tapi kita boleh tukar “okay” tu jadi “better” dengan cara:

1)Jangan bazirkan air. Allah suka ka amalan membazir ni?

2)Mantapkan pengurusan air. Bagi jadi state-of-the-art sampai dunia tengok buat model.

It’s time.
Suka saya nak maklumkan sesi saya di #PBAKL2023 berjalan lancar kelmarin.

Sangat seronok bersua kenal dengan korang semua. Ada yang cakap thread saya menyerikan pagi nak pi kerja. Alhamdulillah.

Kalau korang semua ada cadangan saya tulis apa-apa, PM jer. Percuma! Image
Kalau nak support penulisan percuma saya, jemput beli buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA. Stok tinggal 20 naskhah jer.

Link: shope.ee/5fIXSr85TM Image

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ahmad Faezal

Ahmad Faezal Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AhmadFaezal4

Jun 5
Apa Akan Jadi Kalau Amerika Teruskan Willow Project?

Memang bagus beberapa pembaca request thread ni.

US dah jauh tinggalkan Arab Saudi dari segi oil production.

Tu tanpa Willow Project. Kalau buat projek ni? Lagilah banyak US boleh hasilkan.

Jadi asal tak buat terus? twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis sejarah ekonomi dan isu geopolitik. Sehari saya buat 1-2 thread.

Kalau suka bacaan gini, jemput follow saya.

Sebelum ulas pasal Willow Project, saya kena bagitau satu benda dulu.

Ramai salah faham kenapa US jadi pengeluar minyak terbesar dunia. Image
Tak. US tak jadi pengeluar terbesar ‘sebab curi minyak Iraq’.

Memang ada korupsi dalam kerajaan Iraq pasca-Saddam.

2003-2021, sebanyak AS$150 bilion diseludup keluar (Tawfeed, 2021). Tapi itu duit. Bukan minyak mentah.

Duit tu disonglap banyak pihak. Bukan US semata-mata. Image
Read 27 tweets
Jun 2
Kenapa Penting Kita Kena Tahu Pasal Revolusi Industri

Selalu dengar “AI akan ambil alih kerja kita”. Kata-kata macam ni boleh buat semua risau.

Kalau AI ambil alih, kita nak kerja apa? Makan minum macam mana? Risau.

Maka jom hayati ulasan ni nak faham arus AI ni. Sebab apa? twitter.com/i/web/status/1… Image
Sebab datuk moyang kita dah alami arus yang sama. Sebab tu penting sejarah ekonomi ni.

Sebagai penulis bab ni (dan juga isu geopolitik), saya selalu marhaenkan penjelasan supaya semua pembaca faham.

Kalau suka ulasan macam ni, jemput follow saya. Sehari saya buat 1-2 thread. Image
Okay. Saya memang suka main angka nak faham ekonomi. Tapi saya tahu angka tak mencerminkan segalanya.

Semua angka boleh tunjuk benda-benda bagus. Tapi di sebalik tabir, rakyat marhaen tengah sengsara. Setuju?

Jadi kita kena faham ekonomi guna naratif manusia.
Suka dan duka. Image
Read 28 tweets
Jun 1
Dominasi Lithium China Yang Kian Dicabar Australia

Saya yakin korang perasan Dunia Arab tengah menggelabah buat macam-macam projek.

Semua pakat nak pelbagaikan ekonomi. Kenapa agaknya?

Ada banyak sebab. Tapi salah satu? Mereka makin hilang kuasa dalam sektor tenaga dunia. twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Sehari saya buat 1-2 thread nak bercerita topik rumit guna bahasa marhaen.

Kalau korang suka bacaan gini, jemput follow saya.

Saya mula bercerita yang minyak sebenarnya makin tak laku. Sebab dunia dah beralih. Image
Korang pernah dengar “phase-out of fossil fuel vehicles”? Definisi jer berbelit rumit. Maksud dia senang jer.

Ni inisiatif nak haramkan jualan kenderaan yang guna minyak. Kereta berpetrol, lori berdiesel dan pesawat berkerosene.

Banyak negara dah start nak buat. Image
Read 26 tweets
May 31
Apa Akan Jadi Pada Turkiye Selepas Erdogan Menang

Ramai PM saya minta ulasan pasal Erdogan.

Saya ambil sedikit masa nak ulas guna pancaindera geopolitik.

Selepas tiga hari menganalisis, saya membawa korang antara thread paling mendalam mengenai Erdogan.

Jom baca! twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Sehari saya buat 1-2 thread bercerita hal-hal rumit guna bahasa marhaen. Saya percaya ilmu adalah untuk semua.

Kalau minat usaha saya ni, jemput follow saya.

Sebab ada banyak thread menanti korang. Image
Ramai tak nampak punca Erdogan kekal relevan kat pentas politik Turkiye.

Senang jer marahkan pengundi.

Walaupun suka guna naratif berapi-api, Erdogan tiada ideologi tunggal. Erdogan ni “ideologically fluid” tak kira zaman.

Mudah kata, ideologi Erdogan adalah Erdoganisme. Image
Read 26 tweets
May 30
Kenapa China Taknak Yuan Tumbangkan Dollar

Sepanjang tahun kita dengar pasal ‘de-dollarization’ bagai, alih tengok USD bantai semua matawang macam pembuli.

Persoalannya, asal China taknak buat matawang Yuan jadi ‘USD Baru’ jer?

Mesti banyak negara akan join punya kan? twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Isu USD-Yuan ni, memang dua topik ni kena betul.

Kalau korang suka perbincangan gini, jemput follow saya. Sehari saya buat 1-2 thread. Ada banyak kisah menanti.

Nak faham, saya mula bercerita pasal China dulu. Image
Ekonomi China sekarang ada masalah sangat besar.

Betul, statistik menunjukkan China sedang membangun dengan pesat.

Realiti kat lapangan juga mengesahkannya.

Tapi semua ni sampai sekitar 2010-an jer. Sekitar 2018 macam tu, ekonomi China sedang overheat. Image
Read 30 tweets
May 29
Kenapa Penting Kita Kena Tahu Pasal Kejatuhan Leicester City

Ahad lalu, ada tragedi besar menimpa jutaan orang.

Leicester City FC tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris. Ini bukan ulasan sukan.

Saya nak tulis satu sisi perniagaan yang saya yakin semua boleh buat iktibar. twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis sejarah ekonomi (dan isu geopolitik). Sehari saya buat 1-2 thread merungkaikan benda-benda rumit supaya orang marhaen boleh faham dengan mudah.

Ilmu milik semua. Maka kalau korang minat bacaan gini, jemput follow saya.

Balik ke Leicester City. Image
Konsep EPL — bagi yang tak tahu — senang. Ada 20 kelab.

Kelab kat tangga ke-18, 19 dan 20 tersingkir ke liga bawahan (EFL Championship). Sama kat situ juga. Tiga tercorot kat EFL Championship turun bawah lagi (EFL League One).

Tiga kelab best performers liga bawahan akan naik. Image
Read 27 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(