“Pakcik makan durian. Musim durian ni doc. Tapi tak banyak, dalam 5 ulas je”
Durian mmg banyak manfaat& khasiat sinonim dgn gelaran Raja buah. Tapi ingat...!
Tapi ingat! ia boleh jadi penawar ia juga boleh jadi racun !
Jom tengok apa manfaat dan khasiat durian dahulu 😉✨
✅ Sifar kolesterol dan tinggi lemak tak tepu(lemak baik)
- Kolesterol boleh menyebabkan jantung tersumbat dan durian bebas dari kolesterol. Lemak tak tepu baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
✅ Kaya folic acid dan folate
- Bagi mereka yang mempunyai masalah kurang darah(anemia) sangat sesuai untuk penghasilan sel darah merah.
✅ Tinggi serat dan fiber
- Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit kerana ia boleh melancarkan sistem penghadaman.
✅ Mengandungi Tryptophan
- Ia merupakan bahan untuk penghasilan serotonin dan melatonin. Membantu bagi mereka yang mempunyai masalah tidur(insomnia),kemurungan dan dapat mengurangkan stress.
Namun begitu, ia akan jadi racun jika diambil berlebihan. Pakar nutrisi menasihatkan hanya 100gm atau 2 #ULASKECIL durian setiap hidangan.
Antara mudarat jika diambil berlebihan:
❌ Tinggi kalori
- Kalori yang tinggi akan menyebabkan kegemukkan.
❌ Tinggi kandungan gula
- Bahaya terutamanya bagi mereka yang mempunyai kencing manis dan masalah buah pinggang.
❌ Gastrik
- Ia akan membebaskan gas dan alkohol semasa dihadam dan menyebabkan perut kurang selesa dan keradangan perut.
❌ Badan jadi panas
- Tindakbalas kimia dan proses metabolisma semasa proses penghadaman membuatkan badan jadi panas dan tidak selesa.
❌ Makin nipis
- Yang paling mudarat bila dibeli dengan kuantiti yang banyak,poket kalian akan makin menipis😆
#SHARE info berguna pada orang ramai sebab masih ramai yang tak tahu berapa kuantiti durian yang sepatutnya dimakan.
Sebenarnya, air panas dan mandi air sejuk, kedua-duanya mempunyai kebaikan yang tersendiri pada tubuh.
Yang penting, jangan mandi wajib dengan suami orang ya! 😉
Jom saya kongsikan manfaat dan keburukan mandi air sejuk dan panas!
Manfaat mandi air sejuk :
❄️ Memperbaiki aliran darah!
❄️ Merendahkan tahap kortisol
(Kortisol adalah sejenis hormon yang dilepaskan oleh tubuh sebagai respons kepada keadaan stres.)
❄️ Mengurangkan rasa sakit
Berdasarkan review yang dilakukan pada tahun 2014, pendedahan kepada air sejuk boleh memicu respons kesakitan automatik yang disebut sebagai stress-induced analgesia (SIA).