Dr Mahathir Mohamad Profile picture
Jun 12 25 tweets 4 min read Twitter logo Read on Twitter
TANAH MELAYU
 
1. Jika kita teliti sejarah orang Melayu, kita terpaksa akui bahawa sepanjang zaman tanah air orang Melayu merosot kawasannya.
2. Demikian apabila British mengada perjanjian dengan Siam di Bangkok pada tahun 1909, empat buah negeri Melayu, iaitu Patani, Singgora, Menara dan Yala di selatan Siam, diserah kepada Siam.
3. Pihak British mendakwa bahawa Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diletak di bawah naungan British.
4. Perjanjian ini dibuat oleh British tanpa rundingan dengan raja-raja Melayu di negeri-negeri berkenaan. Tidak ada laporan berkenaan pandangan Raja-Raja Melayu terhadap perjanjian ini.

5. Maka terhilanglah sebahagian dari Tanah Melayu.
6. Di selatan pula terdapat Kepulauan Riau yang menjadi sebahagian dari negeri Johor. Apabila Belanda menyerang dan menjajah kepulauan yang sekarang dikenali sebagai Indonesia, mereka menawan juga Kepulauan Riau.
7. Johor tidak membantah kerana Belanda terlalu kuat. Maka kepulauan Riau menjadi wilayah Indonesia apabila negara itu merdeka dan semua wilayah yang ditawan oleh Belanda diiktiraf sebagai sebahagian dari Indonesia.

8. Maka terhilanglah Kepulauan Riau sebagai sebahagian dari… twitter.com/i/web/status/1…
9. Pada 1819 British membeli pulau Singapura atau Temasek dari Temenggung Johor, dengan harga dolar Sepanyol sebanyak 60,000. Menjadi amalan biasa apabila kuasa Eropah menamatkan penaklukan wilayah takluk mereka selepas perang dunia kedua wilayah berkenaan dikembalikan kepada… twitter.com/i/web/status/1…
10. Semasa British menjajah Singapura, ramai orang bangsa Cina dan India diterima masuk sebagai pemastautin tetap. Akhirnya hampir seluruh pulau Singapura diduduki dan dimiliki oleh orang Cina.
11. Pentadbiran kolonial British akui bahawa Singapura adalah sebahagian dari Tanah Melayu. Seperti yang disebut di atas apabila penaklukan British tamat, wilayah yang dijajah oleh mereka, diserah balik kepada negara asal wilayah berkenaan.
12. Itulah niat British dan itulah juga kehendak Malaysia. Oleh itu apabila penjajahan tamat, Singapura kembali menjadi sebahagian dari Tanah Melayu.
13. Malangnya penduduk Cina Singapura menimbulkan masalah politik dalam negara Malaysia yang baru didirikan. Mereka tidak bersetuju dengan syarat-syarat kemerdekaan Malaysia, iaitu keistimewaan bagi penduduk asal Tanah Melayu, iaitu orang Melayu. Mereka tuntut hak sama rata… twitter.com/i/web/status/1…
14. Berhadapan dengan masalah ini, pemerintah Malaysia yang merdeka memutus untuk pisahkan Singapura dari Malaysia dan mengiktiraf Singapura sebagai negara bebas.
15. Dengan itu hilanglah sebahagian lagi dari Tanah Melayu. Semua kehilangan kawasan Tanah Melayu berlaku tanpa apa-apa bantahan oleh orang Melayu atau raja-raja mereka.
16. Sekarang Tanah Melayu sudah jadi amat kecil. Ia terhad kepada semenanjung ini sahaja. Negeri-negeri yang masih ada ialah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan Pahang dan Johor.
17. Wilayah yang dahulu ditakluk oleh British iaitu Melaka dan Pulau Pinang kembali menjadi sebahagian dari Tanah Melayu.
18. Ini sahajalah yang tinggal sebagai Tanah Melayu sekarang. Tetapi walaupun masih dikenali sebagai Tanah Melayu, sebenarnya tidak banyak lagi tanah Melayu yang dimiliki oleh orang Melayu.
19. Sebabnya di zaman British terutamanya, ramai orang asing berhijrah ke Tanah Melayu. Orang Melayu tidak bantah walaupun pada satu masa jumlah orang asing lebih ramai dari orang Melayu. Mereka yang datang dari negara China dan India, meringankan beban orang Melayu kerana mereka… twitter.com/i/web/status/1…
20. Pendatang asing ini juga mengadakan perniagaan dan perusahaan yang memperkayakan Tanah Melayu. Tumpuan orang Melayu ialah kepada jawatan bergaji Kerajaan. Jawatan-jawatan tinggi dalam Kerajaan dipegang oleh orang Melayu.
21. Setelah pendatang asing tinggal lama di Tanah Melayu maka mereka pun diberi kerakyatan. Sebagai rakyat Tanah Melayu kuasa politik pun diperolehi oleh mereka.
22. Tetapi orang asing ini tidak dapat taraf kerakyatan sama rata dengan orang Melayu kerana mereka kekalkan kaitan mereka dengan negara asal mereka. Namun mereka menguasai ekonomi dan kekayaan yang dapat mempengaruhi politik negara.
23. Di Tanah Melayu tidak ada sekatan terhadap siapa sahaja dalam pemilikan tanah. Setelah menjadi kaya banyaklah tanah yang dibeli oleh puak pendatang dan keturunan mereka.
24. Menjual tanah menjadi punca pendapatan orang Melayu. Tanah, jika tidak dijual akan kekal selama-lamanya. Tetapi jika dijual, duit yang didapati tidak kekal. Duit akan habis apabila dibelanja.
25. Jadi apabila tanah dijual dan duit yang didapati habis dibelanja, penjual tanah akan jadi lebih miskin. Tidak ada yang boleh dijual selain dari tenaga yang ada di tubuh badan.
26. Pilihan yang ada pada orang yang miskin ialah dengan menjual tenaga sebagai pekerja buruh atau menjadi pengemis yang meminta-minta. Jika tidak sanggup bekerja dan dengan itu menjadi pengemis, kehidupan di dunia tentulah amat menekan.
27. Tak perlulah dijelas apa nasib pengemis. Agak terlalu lewat untuk mengembalikan tanah yang dahulu dimiliki oleh orang Melayu.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
12 Jun 2023

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr Mahathir Mohamad

Dr Mahathir Mohamad Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @chedetofficial

Jun 6
PULAU PINANG
 
1. I do not want to be involved in the controversy over Penang. But suggesting that Sanusi, the MB of Kedah is committing a crime for giving his views of the history of that island is too much.
2. Historically the Sultan of Kedah agreed for the British East India Company to take over the island on payment of 6000 Spanish dollars a year. Later a strip of the mainland opposite was added for 4000 Spanish dollars a year.
3. In addition the agreement required the British company to help in the defence of Kedah if attacked by foreign countries. We know that the British failed to honour their words.
Read 8 tweets
Mar 30
SAYA TAKUT
 
1. Apa sudah jadi.

2. Saya takut.

3. Kerana di tanah air saya, di Malaysia, di Tanah Melayu saya tidak boleh bercakap berkenaan masalah orang Melayu.
4. Tidak boleh berjumpa pun. Tidak ada tempat. Semua tolak. Empat kali kena tolak “atas arahan pihak atasan”.
5. Nak lancar proklamasi orang Melayu tanpa sentuh kaum lain, itu hasutan. Sedition.
Read 6 tweets
Mar 27
TUDUHAN ANWAR

1. Dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput saya hadir, Anwar telah berkata, “ada orang dulu, 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, sekarang mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham”.
Tambahnya, “Bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu. Untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu. Sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat.”
2. Saya ingin dapat bukti dari Anwar bahawa saya bolot untuk saya, untuk keluarga saya dan anak-anak saya.

3. Membuat tuduhan memang mudah. Tetapi tuduhan yang tidak dibukti dengan jelas, tidak boleh diterima sebagai benar. Ia adalah fitnah.
Read 9 tweets
Mar 22
LALANG (Versi Bahasa Melayu)
1. Ops Lalang berlaku ketika saya sebagai Perdana Menteri. Ia bukan atas arahan saya.

2. Tun Hanif telah jelaskan ianya keputusan yang dibuat polis. (Tonton di sini: )
3. Perdana Menteri perlu dengar pandangan polis. Mereka bertanggungjawab atas keselamatan negara. Pandangan dan nasihat mereka tidak boleh ditolak begitu saja.
4. Parti-parti dalam Pakatan Harapan selalu menyalahkan saya disebabkan Ops Lalang. Namun apabila sesuatu menguntungkan objektif mereka, mereka dengan bangga terima saya sebagai rakan dan pilih saya sebagai calon Perdana Menteri mereka.
Read 8 tweets
Mar 22
LALANG

1. Ops Lalang happened when I was Prime Minister. I did not order it.

2. Tun Hanif has already clarified that it was the decision made by the police. (Watch here: shorturl.at/wBNU8)
3. A Prime Minister has to listen to the police. They are responsible for the security of the nation. Their opinions and advice cannot be simply brushed aside.
4. The parties in Pakatan Harapan had always blamed me for ops Lalang. But when it served their objectives they very gladly accepted me as a colleague and also as the candidate to be their Prime Minister.
Read 10 tweets
Mar 20
RACISM

1. Anwar’s Government has ruled that the people must not talk about race and religion.
2. Obviously this rule is directed at the Malays. This rule is in fact racist because it denies the rights of the Malays. Talking about multiracialism and multireligion is okay. It is okay because it is in favour of the other races. This is also racist.
3. No one can deny that in this country the Malays are faced with many problems. It is obvious that if these problems are not tackled now they will get worse. The Government knows this.
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(