Yon ❼ Profile picture
Jun 16 11 tweets 2 min read Twitter logo Read on Twitter
'Abang sado' menangis insaf, dihukum penjara 9 hari lagi

Lelaki yang tular menunjal kepala pemandu wanita, menangis keinsafan sebaik dihadapkan sekali lagi ke mahkamah pada Jumaat.

Ini adalah bebenang Image
Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, tidak dapat menahan sebak ketika didakwa di Mahkamah Majistret Cameron Highlands atas dua pertuduhan mengasari dua pekerja sebuah restoran di Tanah Rata, Cameron Highlands, 4 Jun lalu.

+
Penyelia kilang berkenaan mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu di hadapan Majistret Qasiratul Jannah Usmani Othman.

Dalam rayuannya, Mohammad Zaim Faiz mengaku menyesali akan perbuatannya dan berjanji tidak mengulangi sikap sedemikian.

+
"Saya merayu untuk bayar denda kerana kes pertama sudah dihukum penjara. Saya rasa bersalah dan menyesalinya. Saya tidak akan ulangi lagi perbuatan saya," katanya.

+
Dia turut memohon mahkamah agar hanya dikenakan hukuman denda paling minimum memandangkan mempunyai tanggungan seorang anak kecil berusia dua tahun lima bulan dan isteri yang sarat mengandung.

+
Mengikut pertuduhan, dia juga dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas seorang pekerja asing, Samir Das, 28, dan warga tempatan, V Dennis Pillai, 23, di sebuah restoran steamboat dekat Tanah Rata dalam daerah Cameron Highlands sekitar jam 4.20pm pada 4 Jun lalu.

+
Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

+
Majistret Qasiratul Jannah Usmani menetapkan hukuman penjara sembilan hari dan denda RM1,000 bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara sembilan hari lagi sekiranya gagal membayar denda.

+
Bagaimanapun hukuman penjara dijalankan secara serentak bermula tarikh tangkapan pada Khamis.

Polis Pahang sebelum ini mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap lelaki terbabit kerana disyaki turut mengasari pekerja restoran di Cameron Highlands.

+
Berdasarkan laporan, lelaki berkenaan bertindak memaki hamun dengan kata-kata kesat dan menampar kedua-dua belah pipi pekerja restoran itu kerana tidak berpuas hati makanan lambat sampai.

+
Pada 9 Jun lalu, Mahkamah Majistret Tapah menjatuhi hukuman penjara tujuh hari selepas tertuduh mengaku bersalah mengugut dan mencederakan pemandu wanita hingga video kejadian itu tular di media sosial.

Tamat

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Yon ❼

Yon ❼ Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @Amrlamnnn

Jun 17
Breakfast best dekat PortDickson

Walaupun beratur tapi laju! Service tiptop

Ini adalah bebenang! ImageImageImageImage
Pada mulanya tak nak makan sini sebab nampak noh! Beratuq panjang tak kosee la aku tapi kawan2 sebulan suara macam tak pe lah alang2 dah parking kan..

Location: google.com.my/search?q=kaw+p…

+ ImageImageImage
I told you beratur tak sampai 10minit laju service dia! Tu start rasa macam okay best.. Dia kasi order time tengah baratur lagi so the process tu laju tu Yon love!

Cara order dia.. dia bagi kertas.. Tick
+ Image
Read 7 tweets
Jun 15
Mayat wanita tanpa kepala, tangan ditemukan di sungai

Mayat seorang wanita ditemukan tanpa kepala dan kedua belah tangan di Sungai Kampung Sapat di Papar, Sabah pada Khamis.

Ini adalah bebenang Image
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, mayat berkenaan ditemukan dalam keadaan tersangkut pada ranting pokok kayu di tepi sungai.

+
Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu daripada orang awam menerusi panggilan telefon berhubung kejadian terbabit.

+
Read 9 tweets
Jun 15
'Ayah biasanya balik sebelum Zohor, solat di surau'

"Arwah ayah seorang yang sangat baik, jika keluar menunggang motosikal sekalipun dia akan balik rumah sebelum Zohor kerana akan solat setiap hari di surau." kata Muhammad Hafidz Ahmad Fadzil, 36.

Ini adalah bebenang Image
anak kepada Ahmad Fadzil Omar Azzadin, 62, yang maut di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang, di sini, semalam.

+
Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, mangsa yang menunggang motosikal Ducati Panigale meninggal dunia akibat parah selepas terbabas dan terjatuh dari jejambat SUKE apabila cuba mengelak penunggang motosikal lain yang melawan arus.

+
Read 10 tweets
Jun 15
Lelaki mengaku salah 8 tuduhan rogol, amang seksual anak sendiri

Dia mengaku salah atas lapan pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya sendiri di Mahkamah Sesyen di Muar, Johor pada Khamis.

Ini adalah bebenang Image
Tertuduh berusia 41 tahun dan hanya bekerja kampung dituduh melakukan perbuatan keji berkenaan dalam sebuah rumah di Semerah sejak tahun 2020 hingga 2023.

Pertuduhan pertama, tertuduh melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 12 tahun pada tahun 2020.

+
Oleh itu, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan amang seksual fizikal di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 16 akta yang sama.

+
Read 7 tweets
Jun 14
Tinggalkan pentas secara tiba-tiba, Jennie Blackpink mohon maaf

Jennie, yang bertindak tinggalkan pentas persembahan secara tiba-tiba tampil membuat permohonan maaf khusus buat para peminat yang hadir ke konsert mereka baru-baru ini.

Ini adalah bebenang Image
Menerusi platform Instagram, Jennie mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan situasi semasa memandangkan perkara itu menjadi bualan hangat dunia hiburan.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat menghabiskan persembahan pada Ahad lalu," katanya.

+
Jennie meluahkan rasa kecewanya dan akui keputusan itu bukanlah sesuatu yang mudah, namun kesihatan dan keadaan fizikalnya menjadi keutamaan.

+
Read 8 tweets
Jun 14
Syamsul Yusof, Puteri Sarah Sah Bercerai talak satu kali kedua

"Saya ceraikan Puteri Sarah dengan talak satu," kata Pengarah filem 'Mat Kilau', Syamsul Yusof ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah pada Rabu.

Ini adalah bebenang Image
Ini bermakna, kemelut rumah tangga mereka, akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai buat kali kedua ketika prosiding status pengesahan cerai di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas.

+
Sebaik lafaz cerai itu diucapkan, Puteri Sarah yang hadir ke mahkamah dengan memakai kurung moden bewarna kelabu tidak menunjukkan sebarang perubahan emosi yang ketara.

+
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(