E. Nygma Profile picture
Jun 17 9 tweets 2 min read Twitter logo Read on Twitter
Dulu masa kelas Wildlife Ecology, kami diberitahu hornbill atau burung enggang adalah haiwan yang setia dan hanya ada satu pasangan sepanjang hayat mereka (monogamous). One husband one wife.

Tapi kesetiaan mereka boleh membawa maut kadang-kadang.

#SyazanaTalksScience
Sarang yang dibuat untuk enggang betina bertelur dan menjaga anak-anaknya selalunya akan dibuat bersama-sama. Tapi fasa terakhir pembinaan sarang mereka, enggang betina akan duduk dalam sarang tersebut dan mereka tutup sarang tu, cuma tinggalkan satu lubang kecil.
Lubang kecil ini yang akan jadi laluan untuk enggang jantan bagi makanan pada enggang betina. Romantik bukan? Enggang betina akan duduk dalam sarang tu untuk satu tempoh yang lama, enggang jantan yang berhempas pulas keluar mencari rezeki untuk isteri dan anak-anaknya.
Tapi kenapa pula kesetiaan ini boleh membawa maut? Jika berlaku sesuatu pada enggang jantan (mati dibunuh, diburu, sakit, sesat etc), enggang betina akan tetap setia dalam sarang tu, tunggu enggang jantan. Dia tak akan keluar.
Maknanya, kalau enggang jantan tak balik-balik, enggang betina tak akan dapat makanan dan lama-lama dia akan mati dalam sarang, menanti kepulangan enggang jantan.

Cinta mati, ibaratnya.
Sebab tu burung enggang ini tak boleh diburu dan dibunuh. Sebab bunuh seekor, kebarangkalian kita akan bunuh sekeluarga. Selain daripada pemburu haram, bila kita tebang pokok di hutan, pembalakan halal dan juga haram memusnahkan habitat mereka.

Sebab sarang mereka dalam pokok.
Bila manusia rakus memusnahkan hutan demi balak, banyak haiwan yang akan terkesan sebab habitat mereka dalam hutan tersebut. Tanpa pokok-pokok ini, kau nak haiwan-haiwan ini tinggal kat mana? Rumah kau?

Cubalah fikir kalau orang musnahkan rumah kau. Ada akal, tapi bengap.
Manusia boleh belajar banyak perkara daripada hubungan burung enggang. Enggang jantan sangat rajin dan akan pastikan isteri dan anak-anaknya akan dapat makanan yang cukup, selesa dalam sarang. Tak pernah dia berhenti mencari rezeki.
Kesetiaan mereka tidak pernah berbelah bahagi. Setia hingga akhir hayat, hingga habis waktu, ke nafas yang terakhir, sampai tutup mata buat selamanya.

Itulah simbol cinta burung enggang.

❤️

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with E. Nygma

E. Nygma Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @SyazanaMI

Jun 16
Abah Beriani. Beratus kali lalu depan kedai ini, tak pernah terfikir nak cuba makan. Tapi hari ini aku ambil keputusan untuk cuba nasi beriani abah. Abah siapa? Aku tak tahu.

Gambar asal boleh sebab aku dah lapar sangat tadi. Image
Aku order nasi beriani gam kambing, 2 papadom, dan sebutir telur pindang.

Nasinya ada rasa. Bukanlah terlalu sedap, dan bukan juga tak sedap langsung. Dalam kategori boleh diterima. Kambing masak kurma pun cukup-cukup rasa. Bukan secukup rasa tau, tapi cukup-cukup rasa.
Acar dia biasa sahaja. Kuah dal/kari biasa sahaja tapi rempahnya boleh rasa.

Sesuai untuk dimakan kalau tiba-tiba teringin nasi beriani. Kambingnya lembut dan dimasak dengan sempurna. Rempah ratusnya juga cukup, sepadan dengan harga.
Read 5 tweets
Jun 15
If you grow up with different versions of Batman and Superman, please watch The Flash. Your inner child would be so happy to see how DC works with their multiverse.
Marvel is all about saving the world, while DC is about saving your loved ones (and world too).

"Save Martha." Superman said that to Batman in Batman vs Superman.

Barry just wants to save his mom. That's all. You'd understand why he did what he did and you can't blame him.
Minus the weird CGI and game-like scenes, The Flash is a solid movie for DC/Marvel fans like us.

It's like going back in time, and see those characters you grew up with, one more time, on a big screen.
Read 7 tweets
Jun 14
Semalam Miles Morales. Esok Barry Allen pula.

Superhero shirt ✅
Superhero socks ✅

The child in me is beyond happy.
Esok aku tolong panggung wayang buka pintu. Show paling awal sekali aku bakal pilih.

After Batman, The Flash is my next favourite superhero. Not Grant Gustin kind of The Flash. But Ezra Miller. That is my kind of The Flash.

Sassy.
Bila kau membesar dengan watak The Flash dalam Justice League yang kartun, kau tahu The Falah wataknya cheeky, banyak cakap, jarang guna kepala otak.

Grant Gustin punya watak as The Flash tak sama macam apa aku bayangkan Barry Allen would be.

But Ezra Miller nailed it.
Read 4 tweets
Nov 23, 2022
Selamat pagi. Aku sedikit kecewa pagi ini bila rakan sekerja aku, yang aku tak pernah ada interaction, tiba-tiba datang kat aku dan beritahu aku dia risau, dia takut dan dia tak boleh tidur malam.

Sebab apa? Dia risau akan keselamatan dia, risau akan keselamatan negara.
Kenapa?

Sebab dia bukan bangsa Melayu, dia bukan beragama Islam.

Kau nampak tak apa kesan racism? Sampai orang Malaysia rasa terancam duduk dalam negara sendiri. Dan begitu risau negara dia mundur dan berdepan masalah.
Dan kau tahu apa lagi dia luahkan?

"Why kita tak nak bagi peluang pada Anwar? Muhyiddin had his chance and he blew it. Kalau Anwar tak bagus, we boot him out in the next election."

Dia terkesan waktu covid, dan dia sendiri nampak apa kerajaan buat atau tak buat masa tu.
Read 7 tweets
Nov 22, 2022
Kalau awak tu cikgu, pensyarah, para pendidik, tolong jangan hasut dan sulam jarum halus bersifat kebencian pada kaum lain dalam kalangan pelajar awak. Jangan. Awak sepatutnya jadi contoh, tauladan. A role model. Bukan ejen pemecah belah antara kaum.
Budak-budak tak tahu sangat, tak arif, kita yang dewasa kena didik dan bimbing. Bukan kita bagi kenyataan berbaur perkauman. Bukan lagi hasut dan api-apikan mereka. Jangan jadi racist dalam bilik darjah, dalam kelas, dalam bilik kuliah.
Apa bangsa dan agama sekalipun, awak tak boleh menghina orang lain, bangsa lain, agama lain depan para pelajar awak. Apatah lagi menghasut mereka untuk benci kaum lain. Tolonglah. Kita semua para pendidik patut lebih faham konsep mendidik, membimbing dan menjadi tauladan.
Read 11 tweets
Nov 22, 2022
Minggu ini aku dah ada tema warna baju kerja tau. Semalam aku pakai warna merah, because you know why lah obviously. Hari ini aku pakai serba hitam. Macam aku yang nak pergi mengadap dan angkat sumpah. Ada lagi sepasang warna hitam dan putih.
Jumaat je aku belum sure nak pakai warna apa. Jangan sampai trend 13 Mei halal halal kat TikTok aku bawa ke dunia nyata! Tapi aku punya versi 25 Nov, jadi halal buat kamu, sayang. Ahaks.
Kalau aku ada split personality, dah lama aku lempang diri sendiri. Macam gampang.

OK selamat pagi! Hari ini kita sambung lagi drama PRU episod ke-3754. Malaysia boleh!
Read 6 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(