E. Nygma Profile picture
Jun 20 14 tweets 3 min read Twitter logo Read on Twitter
Kita selalu salah faham dengan ikan jerung. Sebenarnya ikan jerung tak nak pun serang dan makan manusia sebab kita tak termasuk langsung dalam rantai makanan di laut dan diet ikan jerung.

Tapi kenapa berlakunya serangan ikan jerung terhadap manusia?

#SyazanaTalksScience
Pertama sekali kita kena tahu diet ikan jerung. Memanglah mereka pemangsa dan makan daging. Boleh dikatakan haiwan karnivor (pemaging) yang hebat. Dengan saiznya yang besar, gigi yang tajam, mereka makan pelbagai hidupan di laut - ikan, penyu, anjing laut, singa laut, sotong etc. Image
Bagaimana cara jerung memburu? Selalunya mereka berburu bersendirian (solitary hunter), tak macam orca atau killed whale yang memburu dalam kumpulan (a very smart, cunning way of hunting). Tapi ada juga masa-masa yang buat ikan jerung keluar memburu secara berkumpulan.
Ikan jerung memang menggunakan keupayaan mereka untuk mengesan mangsa melalui pergerakan dalam air, rasa/bau seperti darah. Jarang sekali mereka menggunakan deria penglihatan sebab jerung punya mata dan deria penglihatan tak bagus sangat. Tak reti bezakan warna pun satu hal juga.
Sebab poor eyesight lah ikan jerung tak reti bezakan kalau manusia berenang dalam laut dengan anjing laut yang memang makanan mereka. Sebab dua-dua dalam air, bila tengok dari bawah, sama je. Tak ada beza sangat.

Jerung tak reti beza manusia dan anjing laut!
Dari sudut pandangan mata ikan jerung, kita serupa je dengan anjing laut. Sebab tu mereka serang manusia di laut. Dah lah kita kalau berenang, main air, main papan luncur dalam air bukan main kecepek kecepek bunyi air. Ini menarik perhatian ikan jerung! Image
Deria lain selain daripada penglihatan ikan jerung memang sangat baik. Bila dia dengar bunyi, dia dapat rasa getaran, gelombang, pergerakan dalam air, dia akan segera mendekati dan berlegar-legar di sekeliling mangsa. Bila dia rasa yakin, baru dia serang.
Ikan jerung makan anjing laut sebab anjing laut kaya dengan lemak. Lemak ini sangat diperlukan oleh mereka sebab mereka perlukan tenaga. Makan sekali tapi boleh tahan untuk beberapa hari. Lemak adalah sumber tenaga utama buat ikan jerung. Lagi tinggi kalori, lagi mereka suka!
Manusia pula berapa sangat kandungan lemak dalam badan? Lagi-lagi yang fit, yang berenang dan main surfboard apa bagai. Tak tinggi pun kalori dan lemak dalam badan tu untuk tampung keperluan seekor ikan jerung.

Ikan jerung pun tak nak lah makan kita. Buang masa je. Tak kenyang.
Mereka mungkin kena makan 5-10 manusia untuk dapatkan jumlah kalori yang sama macam makan seekor anjing laut. Sebab tu, kita kena faham, selalunya jerung tersalah serang manusia sebab mereka betul-betul ingatkan kita adalah anjing laut.

Maafkan kekhilafan mereka.
Tapi boleh jadi juga haiwan ini belajar dan mula mendekati manusia sebab semakin ramai manusia ceroboh kawasan mereka. Secara tak langsung, kita sendiri meletakkan diri kita sebagai salah satu diet ikan jerung.
Ketahuilah, lebih banyak jerung dibunuh oleh manusia berbanding manusia dibunuh oleh jerung. Dan kematian ini selalunya tidak disengajakan.

Ikan jerung tak makan manusia. Tapi atas faktor tertentu, mereka serang dan makan manusia.

Kita ini ibarat tulang je buat ikan jerung.
Maka, perlu kita faham bahawa ikan jerung bukan haiwan yang jahat, yang memburu manusia, bukan juga pemangsa kita. Kita tak wujud dalam rantai makanan dan diet mereka.

Sayangi ikan jerung 🦈
Jerung Merah berbeza dengan ikan jerung yang saya maksudkan OK?

Shark is love, shark is life ❤️

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with E. Nygma

E. Nygma Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @SyazanaMI

Jun 20
Haaaaa nampak tweet seperti ini mula aku rasa nak tweet pasal ular pula! Nak kongsi ilmu tentang venom, antivenom, gigi dan rahang ular sawa, segala aku belajar dulu tentang ular! Mula dah sisi nerd aku nak dizahirkan! Nanti jadi lagi tweet Syazana talks science. Dasar nerd 🙄
Tapi buat pengetahuan semua, tweet tentang sains adalah cara aku berkongsi ilmu pengetahuan.

Bukankah Rasulullah pernah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali tiga perkara - sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang berdoa padanya.
Anggap je ini cara aku kumpul saham akhirat. Setiap satu aku tweet, nanti kat depan semua umat manusia, aku kena soal. Benda merepek merapu meraban tu satu hal, tapi biarlah seimbang dengan ilmu yang bermanfaat.

Semoga saham akhirat kita semua terus berkembang.
Read 4 tweets
Jun 20
NOT saying I agree with this tweet stating that Hafiz Mahamad main forex sebab I know nothing about it. Nanti jatuh hukum fitnah.

TAPI based on some of the replies and quote tweets, ramai tak boleh terima tweet seperti ini. Dilabel dengki.

Now let me tell you something.
People VERY close to me ada yang main forex. 24/7 main forex, komputer tak pernah off, tengok graf, trade, tu je kerja dia.

Duduk rumah besar, gated and guarded, di kawasan elit tapi BUKAN rumah dia. Rumah tu diberi 'pinjam' oleh orang lain untuk run his forex business.
Tapi memang kaya. Duit tak ada masalah. Rajin bersedekah. Panggil anak-anak yatim, tahfiz ke rumah, baca itu ini, buat majlis agama. Memang nampak warak. Berjubah, berkopiah. Tak bongkak pun dengan harta, bukan jenis tayang harta sangat pun.
Read 11 tweets
Jun 19
Mereka yang tak setuju dengan tweet ini, tolong semak balik tata cara seorang pendidik menggunakan media sosial. TAK BOLEH sama sekali muka, identiti para pelajar ditunjuk di media sosial untuk tujuan peribadi. Kebenaran harus disahkan secara bertulis, daripada pihak sekolah.
Ini bukan pasal dia cikgu yang baik ke penyayang ke apa ke, lepas tu kita dengki, nak kecam etc. Tapi memang tak boleh nak jadikan anak murid sebagai bahan konten peribadi di media sosial.

Kalau nak buat, guna media sosial rasmi sekolah atau pusat pendidikan yang berkaitan.
Yang mana panggil empunya tweet sebagai Karen ternyata tak arif tentang tata cara penggunaan media sosial peribadi (pendidik) dan anak murid.

Tak boleh buat sebab memang dah termaktub. Kena dapatkan kebenaran secara bertulis. Bukan secara verbal semata-mata.
Read 4 tweets
Jun 19
PUNYA SENANG BELI TIKET COLDPLAY KAT SINGAPORE PUNYA. TAK ADA HASSLE LANGSUNG. BERATUR, TUNGGU TURN, MASUK, PILIH CAT, BUAT BAYARAN. SELESAI!

Shame on you @livenationmy!!!
LIMA HARI CONCERT KAT SINGAPORE. MACAM TU JE DIA BUAT KEPUTUSAN SEBAB SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN. BARU PRESALE TAU!

MEMALUKAN BETUL @livenationmy TAK TAHU NAK HANDLE TICKETING SYSTEM SAMPAI COLDPLAY PUN TAK NAK TAMBAH PUN HARI CONCERT KAT SINI. SO INCOMPETENT! EMBARRASSING!
Ye, aku marah dengan @livenationmy sebab aku sepatutnya boleh jana ekonomi dalam negara sendiri. Tapi sebab they were so bad in handling the ticketing system sampai bot boleh selamba beli berpuluh, beratus tiket lepas tu jual mahal-mahal, ramai tak berpeluang nak pergi.
Read 4 tweets
Jun 18
Sebab burung enggang tengah hangat dapat perhatian, tak salah kalau aku nak kongsikan satu lagi burung yang terancam juga. Milky stork (burung upeh).

Pada tahun 2009, dengan kerjasama Zoo Negara dan Jab Perhilitan, sejumlah burung ini dilepaskan di Kuala Gula, Perak. ImageImageImageImage
Burung upeh ini semakin terancam sebab makanan yang mereka makan semakin tercemar dan berkurangan. Kuala Gula adalah kawasan nelayan, orang tangkap ikan. Bot yang keluar masuk ini melepaskan bahan kimia dan menyebabkan pencemaran.

Selain daripada itu, mereka turut diburu.
Kuala Gula adalah santuari burung, dan dalam bulan-bulan tertentu, burung-burung dari kawasan lain akan berhijrah dan singgah ke Kuala Gula untuk berehat, dapatkan makanan. Macam R&R lah konsepnya.

Siapa yang suka burung mesti tahu pasal Kuala Gula.
Read 8 tweets
Jun 17
Dulu masa kelas Wildlife Ecology, kami diberitahu hornbill atau burung enggang adalah haiwan yang setia dan hanya ada satu pasangan sepanjang hayat mereka (monogamous). One husband one wife.

Tapi kesetiaan mereka boleh membawa maut kadang-kadang.

#SyazanaTalksScience
Sarang yang dibuat untuk enggang betina bertelur dan menjaga anak-anaknya selalunya akan dibuat bersama-sama. Tapi fasa terakhir pembinaan sarang mereka, enggang betina akan duduk dalam sarang tersebut dan mereka tutup sarang tu, cuma tinggalkan satu lubang kecil.
Lubang kecil ini yang akan jadi laluan untuk enggang jantan bagi makanan pada enggang betina. Romantik bukan? Enggang betina akan duduk dalam sarang tu untuk satu tempoh yang lama, enggang jantan yang berhempas pulas keluar mencari rezeki untuk isteri dan anak-anaknya.
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(